Kelewatan Pengeluaran Surat Jaminan bagi Pesakit Dalam dan Pesakit Luar

Dukacita dimaklumkan bahawa kami sedang mengalami kelewatan yang tidak dijangka bagi pengeluaran Surat Jaminan (GL) pesakit dalam dan pesakit luar untuk kemasukan/rawatan hospital. Ini disebabkan oleh isu teknikal yang berlaku semasa proses menaik taraf sistem Platform Hospital kami pada 23 Jun.

 

Kami memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi para pelanggan, pengedar dan rakan kongsi hospital kami.

 

Kami sedang berusaha sedaya upaya untuk menstabilkan sistem tersebut dan memulihkan perkhidmatan kami secepat mungkin. Buat sementara waktu, kami telah memaklumkan Hospital Panel kami untuk memudahkan proses kemasukan para pelanggan AIA yang ingin mendapatkan rawatan di fasiliti mereka dan mengutamakan semua kemasukan segera. Dalam tempoh masa ini, para pelanggan boleh memilih untuk menunjukkan kad e-perubatan atau kad ID ahli mereka kepada pihak hospital semasa pendaftaran atau kemasukan sebagai bukti perlindungan.

Sebagai alternatif, para pelanggan juga boleh memilih untuk menyelesaikan bayaran bil hospital mereka dan memfailkan tuntutan bayaran balik dengan AIA. Tuntutan bayaran balik boleh dikemukakan secara e-tuntutan di My AIA dan kami akan berusaha untuk membayar tuntutan tersebut secepat mungkin, tertakluk kepada terma dan syarat perlindungan.

 

Kami akui ia bukan satu pengalaman yang menyenangkan buat sebilangan pelanggan kami yang memohon GL sejak beberapa hari yang lalu. Sekali lagi, kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi dan kami akan terus berusaha untuk melakukan yang terbaik. Terima kasih atas kesabaran dan pemahaman anda ketika kami berusaha untuk mengembalikan sistem dan perkhidmatan kami seperti sediakala.

 

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi talian hotline 24/7 kami di 1300 88 8860 / 70. Kami sedia membantu anda.