Skip to main content
  • EN
  • BM
  • Search
  • AIA Malaysia
  • Produk Kami
    • Perlindungan Hayat
    • Perlindungan Perubatan
    • Perlindungan Penyakit Kritikal
    • Simpanan & Pelaburan
    • Perlindungan Kemalangan
    • Penyelesaian Hartanah
    • Insurans Kenderaan
    • Produk Dalam Talian
    • AIA Vitality
    • Manfaat Pekerja
    • Insurans Komersial
  • AIA Vitality
    • Bagaimana AIA Vitality Berfungsi?
    • MAFAAT & GANJARAN
    • Testimonial Ahli
  • Tahukah Anda?
    • Kesihatan & Kesejahteraan
    • Kewangan & Insurans
    • Galeri video
    • Statistik Kesihatan
  • Tentang Kami
    • Tentang Kami
    • Tentang AIA Public Takaful Berhad
    • Tentang AIA General Insurance Berhad
    • Tentang AIA Pension & Asset Management (APAM)
    • Peluang Kerjaya
    • Program Komuniti
    • Pusat Media
    • Acara & Promosi
    • Piagam Pelanggan
  • Bantuan
    • Hubungi Kami
    • Temui Kami
    • Soalan Lazim
    • Pengumuman Penting
    • Hab Borang
    • Panduan Pengguna Portal Pelanggan My AIA
  • Log Masuk My AIA
    • Log Masuk Portal Pelanggan
    • Pendaftaran Pelanggan
    • Log Masuk Portal Korporat
  • Investment-Linked Funds
AIA
  • Produk Kami

    Produk Kami

    Pilih daripada salah satu kategori di kanan atau klik untuk cadangan mengikut keperluan anda.

    Kami sedia membantu anda.
    Dana Berkaitan Pelaburan

    Dapatkan maklumat terkini mengenai dana-dana kami dan prestasi dana tersebut.

    Klik di sini untuk Laporan Prestasi Dana Berkaitan Pelaburan AIA 2021

    Untuk Individu

    Untuk Perniagaan

    • Perlindungan Hayat

      Lindungi masa depan orang yang tersayang daripada ketidakpastian

    • Perlindungan Perubatan

      Memiliki penyelesaian penjagaan kesihatan yang diyakini dan inovatif disaat memerlukan.

    • Perlindungan Penyakit Kritikal

      Perlindungan daripada beban kewangan akibat penyakit kritikal.

    • Simpanan & Pelaburan

      Gandakan pulangan nilai wang anda – impian anda bermakna.

    • Perlindungan Kemalangan

      Kukuhkan kewangan untuk menghadapi perkara di luar jangkaan.

    • Penyelesaian Hartanah

      Biayai hartanah impian anda dan pastikan isi rumah dilindungi.

    • Insurans Kenderaan

      Dapatkan perlindungan komprehensif untuk kenderaan bermotor anda.

    • Produk Dalam Talian

      Dapatkan pelan insurans dan takaful kami secara dalam talian untuk perlindungan serta-merta.

    • AIA Vitality

      AIA Vitality adalah program kesejahteraan yang disokong oleh bidang sains yang sesuai dengan anda dan memberi ganjaran bagi pilihan kesihatan anda. Ketahui lebih lanjut

    • Manfaat Pekerja

      Lindungi aset syarikat anda yang paling penting melalui penyelesaian kami yang menerajui pasaran.

    • Insurans Komersial

      Lindungi perniagaan anda daripada kejadian yang tidak diingini dan kerosakan.

  • AIA Vitality

    AIA Vitality

    • Bagaimana AIA Vitality Berfungsi?

      Ketahui bagaimana AIA Vitality mendorong anda untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat, berpanjangan dan bermakna.

    • MAFAAT & GANJARAN

      Ketahui manfaat dan ganjaran yang boleh anda nikmati sebagai ahli AIA Vitality.

    • Testimonial Ahli

      Dapatkan inspirasi dari kisah ahli kami mengenai pengalaman mereka dengan AIA Vitality.

  • Tahukah Anda?

    Tahukah Anda?

    Panduan dan tip-tip mengenai topik kesihatan dan kewangan terkini.

    LIHAT SEMUA DALAM TAHUKAH ANDA?
    • Kesihatan & Kesejahteraan

      Kehidupan bermakna & sihat bermula hari ini.

    • Kewangan & Insurans

      Kewangan dipermudahkan.

    • Galeri video

      Video pendek mengenai topik kesihatan dan kewangan terkini.

    • Statistik Kesihatan

      Ketahui lanjut mengenai statistik kesihatan terkini.

  • Tentang Kami

    Tentang Kami

    Hampir seabad lamanya, AIA memenuhi keperluan jutaan orang yang sentiasa berubah di seluruh rantau Asia Pasifik.

    BACA LEBIH LANJUT
    • Tentang Kami

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA Public Takaful Berhad

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA General Insurance Berhad

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA Pension & Asset Management (APAM)

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Peluang Kerjaya

      Berminat untuk menyertai keluarga AIA? Carilah jawatan yang sesuai untuk anda.

    • Program Komuniti

      Berbakti kepada komuniti amatlah penting buat kami.

    • Pusat Media

      Kewangan, siaran akhbar dan maklumat lain mengenai AIA.

    • Acara & Promosi

      Acara & Promosi

    • Piagam Pelanggan

      Komitmen kami untuk Pelanggan kami

  • Bantuan

    Bantuan

    Kami bertekad untuk membantu menjawab pertanyaan anda dengan sentuhan perkhidmatan pelanggan yang memuaskan.

    Hubungi AIA
    • Hubungi Kami

      Tiada jawapan dalam bahagian FAQ? Hubungi kami sekarang.

    • Temui Kami

    • Soalan Lazim

      Ada soalan? Anda boleh dapatkan jawapan di sini.

    • Pengumuman Penting

      Maklumat berguna untuk pelanggan kami.

    • Hab Borang

      Perlukan borang? Carilah di hab borang kami.

    • Panduan Pengguna Portal Pelanggan My AIA

  • Log Masuk My AIA

    My AIA

    Urus pelan AIA dan manfaat pekerja anda, kekal sihat dengan AIA Vitality serta akses perkhidmatan kesihatan.

    Download My AIA
    Download My AIA
    Download My AIA
    Download My AIA
    • individual
      PORTAL PELANGGAN

      Urus pelan AIA, manfaat pekerja dan akaun AIA Vitality anda.

      Daftar Log masuk

    • corporate
      PORTAL KORPORAT

      Untuk kakitangan Sumber Manusia (HR) dan pihak pengantara mengurus portfolio faedah pekerja syarikat dengan lebih efisien.

      Log masuk

  • Language Select
    • EN
    • BM
  • Search
  • Contact Us
    • Hubungi Kami

      Waktu Operasi:
      Isnin – Khamis : 8.30pagi – 5.30petang,
      Jumaat : 8.30pagi – 4.30petang

    • AIA BHD.

    • AIA PUBLIC TAKAFUL BHD.

    • AIA General Berhad

    • AIA Auto Assist/AIA Roadside Assist

Tentang AIA Public Takaful Berhad
Selepas
Back to Top
  • {{title}}

    {{label}}
  • WARGA KAMI

    Warga kami adalah asas kejayaan kami dan pendorong utama dalam merealisasikan janji kami untuk membantu warga Malaysia hidup lebih sihat, lebih berpanjangan dan lebih hebat.

    • LEMBAGA PENGARAH
    • JAWATANKUASA SHARIAH
    • PASUKAN PENGURUSAN

    Mahani Binti Amat

    Mahani Binti Amat

    Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (Pengerusi)

    Puan Mahani berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (jurusan Pentadbiran Perniagaan) dari Universiti Malaya. Beliau mempunyai lebih daripada 27 tahun pengalaman dalam industri perbankan. Beliau memulakan kerjayanya dengan Bank Negara Malaysia pada tahun 1977 di mana beliau bertugas selama 7 tahun dalam Pengurusan Rizab. Pada tahun 1984, beliau menyertai RHB Bank di Singapura dan telah memegang pelbagai jawatan dibawah bahagian Perbendaharaan dan Perbankan Luar Pesisir serta Perbankan Pengguna. Beliau kemudiannya kembali bertugas di RHB Bank Kuala Lumpur pada tahun 2001 dan telah memegang beberapa jawatan pengurusan kanan dalam bahagian perbankan premium dan antarabangsa, sehingga jawatan terakhir beliau pada tahun 2004 sebagai Naib Presiden Eksekutif, bahagian operasi dan perkhidmatan.


    DATUK HUSNI ZAI YAACOB

    Datuk Husni Zai Yaacob

    Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

    Datuk Husni memegang ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Sumber Ekonomi dari Universiti Putra Malaysia. Datuk Husni pernah berkhidmat di beberapa Perwakilan Malaysia di Filipina, Pakistan dan United Kingdom dan merupakan Duta Besar Malaysia ke Kuwait dan Duta Besar Malaysia ke Thailand. Datuk Husni telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura pada 23 Ogos 2013 sebelum persaraan beliau daripada perkhidmatan kerajaan pada 2016. Datuk Husni mempunyai lebih 34 tahun pengalaman dan kepakaran dalam menguruskan perhubungan antarabangsa sebagai diplomat dan Pengurusan Kanan di Kementerian Luar Negeri Malaysia.   


    Dato’ Chang Kat Kiam

    Dato’ Chang Kat Kiam

    Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif 

    Dato' Chang memegang ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari University of Hull, United Kingdom. Dato’ juga merupakan Chartered Banker, Chartered Banker Institute (CBI), United Kingdom. Dato’ Chang mempunyai pengalaman lebih dari 45 tahun dalam industri perbankan dan kewangan. Pada masa ini Dato’ Chang ialah Timbalan Ketua Pengarah Eksekutif Public Bank Berhad.


    Prof. Madya Datin Dr. Rusnah Muhamad

    Associate Prof. Datin Dr. Rusnah Muhamad

    Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

    Prof. Madya Datin Dr. Rusnah memegang Ijazah Kedoktoran (Ph.D) dalam bidang Perakaunan dari Universiti Malaya. Beliau memperoleh ijazah pertamanya dalam bidang perakaunan daripada universiti yang sama dan kemudiannya berjaya memegang ijazah Sarjana Sains Perakaunan dan Kewangan dari University of Stirling, Scotland. Beliau juga mempunyai kelulusan Diploma Eksekutif dalam bidang Shariah dari Pusat Pendidikan Lanjutan Universiti Malaya dan telah menerima Anugerah Pelajar Terbaik. Beliau kini merupakan seorang Profesor Madya Fakulti Perniagaan dan Perakaunan di Universiti Malaya. Beliau juga memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Shariah AIA PUBLIC Takaful Bhd. dan Public Islamic Bank Berhad.


    chong kin leong

    Chong Kin Leong

    Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

    Encik Chong menamatkan pengajian dalam bidang Perakaunan daripada Universiti Malaya pada tahun 1981 dan merupakan ahli Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia serta ahli Institut Akauntan Malaysia. Encik Chong mempunyai lebih daripada 40 tahun pengalaman bekerja dalam semua aspek kewangan dan pengurusan perniagaan di sektor korporat, institusi kewangan dan pengauditan. Jawatan terakhir eksekutif sebelum bersara ialah sebagai Ketua Pegawai Kewangan Genting Berhad di mana beliau telah berkhidmat selama 16 tahun.


    ben ng 

    Ben Ng

    Pengarah Eksekutif

    Encik Ng adalah Felo Persatuan Aktuari (FSA) dan Felo Persatuan Aktuari Kasualti (FCAS) di Amerika Syarikat. Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda, Pentadbiran Perniagaan dengan kepujian tertinggi daripada Universiti Nebraska-Lincoln, Amerika Syarikat. Encik Ng mempunyai lebih daripada 26 tahun pengalaman dalam industri insurans. Beliau menyertai AIA pada tahun 2011 dan telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif AIA Bhd. pada 15 Ogos 2019. Sebelum memegang jawatan terkini, beliau merupakan Pengarah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif AIA Indonesia, jawatan yang disandang sejak Jun 2014. Encik Ng juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif perniagaan Penyelesaian Korporat AIA Group dan Pengarah Pembangunan Perniagaan Serantau serta Ketua Pegawai Eksekutif Interim AIA Taiwan. Encik Ng telah memegang pelbagai jawatan penting sepanjang kerjayanya yang merangkumi fungsi perniagaan dan kewangan termasuk Ketua Pegawai Kewangan, Ketua Pegawai Operasi dan Ketua Pegawai Pemasaran.


    Jawatankuasa Shariah


    Dr. Ab Mumin Ab Ghani

    Dr. Ab Mumin Ab Ghani (Pengerusi) memperoleh Diploma Pendidikan, Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1979 dan 1987. Beliau kemudian menerima Ijazah Kedoktoran di dalam Pengajian Islam daripada Universiti Malaya pada tahun 1998.

    Dr. Ab Mumin Ab Ghani telah berkhidmat sebagai Profesor Madya di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya dari tahun 1989 hingga 2016 di mana beliau telah menerbitkan pelbagai kertas kajian berkenaan kewangan Islam. Pada masa yang sama, Dr. Ab Mumin Ab Ghani juga diamanahkan untuk memegang beberapa jawatan kanan di peringkat Akademi Pengajian Islam serta Universiti Malaya.

    Antara sumbangan utama beliau di dalam bidang Kewangan Islam di peringkat kebangsaan adalah peranan beliau sebagai ahli jawatankuasa kerja di Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Naib Pengerusi Jawatankuasa Pembentukan Standard bagi Program Muamalat dan Kewangan Islam di Kementerian Pendidikan Tinggi, ahli Jawatankuasa Kajian Halatuju Muamalat dan Kewangan Islam di Malaysia.

    Dr. Ab Mumin Ab Ghani telah berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Syariah bagi Hong Leong Islamic Bank Berhad dari 2004 hingga 2020 dan Hong Leong MSIG Takaful Berhad dari 2006 hingga 2020. Dr. Ab Mumin Ab Ghani juga pernah menjadi ahli Jawatankuasa Shariah bagi Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad dari 2004 hingga 2006. Dr. Ab Mumin Ab Ghani ialah ahli Jawatankuasa Syariah bagi Public Islamic Bank Berhad.


    Ir. Dr. Muhamad Fuad Abdullah

    Ir. Dr. Muhamad Fuad Abdullah mempunyai dwi kelayakan akademik di dalam bidang kejuruteraan dan pengajian Islam. Beliau memperoleh ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana di dalam bidang Kejuruteraan Elektrik daripada Universiti Southampton, England pada tahun 1977 dan 1982. Beliau kemudian menyempurnakan Ijazah Sarjana Muda Syariah di Universiti Jordan pada 1994. Kelayakan tertinggi akademik beliau adalah Ijazah Kedoktoran di dalam Ketamadunan Islam yang dianugerahkan oleh Universiti Aberdeen, Scotland pada tahun 1996.

    Dr. Muhamad Fuad memainkan peranan aktif di dalam dunia akademik. Beliau telah berkhidmat sebagai profesor adjung/pensyarah di beberapa universiti tempatan termasuk, Universiti Teknologi Petronas, Universiti Pertanian Malaysia dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka; Panel Penasihat Industri Program Kejuruteraan Elektrik di Universiti Teknologi Mara, Universiti Multimedia dan Universiti Tenaga Nasional; serta berkhidmat dari 2007 hingga 2010 sebagai ahli Lembaga Pengajian bagi program Ijazah Sarjana Muda Fiqh & Usul Fiqh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau merupakan Ketua Eksekutif The Netherlands Maritime Institute of Technology, Johor Bahru pada tahun 2019. Kini, beliau adalah ahli lembaga pengarah bagi Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Tun Abd Razak Sdn Bhd.

    Dr. Muhamad Fuad pernah menjadi pengarah bagi Institut Kefahaman Islam Malaysia, MIDF Berhad, MIDF Property Berhad, Sime Darby Berhad, Sime Darby Property Berhad dan Island & Peninsular Bhd. Beliau juga adalah Pengerusi bagi Gagasan Nadi Cergas Bhd dan ahli lembaga pengarah bagi PNB Commercial Sdn Bhd.

    Dr. Muhamad Fuad merupakan Ahli Jawatankuasa Syariah bagi Public Islamic Bank Bhd dan Ahli Jawatankuasa Penasihat Syariah kepada BIMB Securities Sdn Bhd. Beliau pernah menjadi Pengerusi Ahli Jawatankuasa MIDF Bhd dan MNRB Retakaful Sdn Bhd serta pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Syariah bagi MNRB Holdings Berhad.


    YM Engku Ahmad Fadzil Engku Ali

    YM Engku Ahmad Fadzil YM Engku Ali memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-undang diikuti Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (Syariah) daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 1993 dan 1994. Beliau kemudian menyempurnakan Ijazah Sarjana di dalam Kehakiman Islam di Universiti Jordan pada tahun 2000.

    Beliau telah diterima masuk sebagai peguambela dan peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya pada tahun 1995. Beliau juga merupakan pensyarah di UIAM dari 1994 hingga 2014 dan mengajar Undang-undang Pusaka, Jurisprudens Islam dan Undang-undang Jenayah Islam. YM Engku Ahmad Fadzil YM Engku Ali pernah menjadi ahli panel penyelidik fatwa di Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan serta Felo Kanan di Institut Kajian Strategik Islam Malaysia.

    YM Engku Ahmad Fadzil YM Engku Ali juga mempunyai tauliah untuk menyampaikan ceramah agama di Negeri Sembilan, Sarawak, Selangor, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

    YM Engku Ahmad Fadzil YM Engku Ali juga pernah berkhidmat sebagai ahli Jawatankuasa Syariah bagi Bank Muamalat Malaysia Berhad. YM Engku Ahmad Fadzil YM Engku Ali juga merupakan ahli Jawatankuasa Syariah bagi Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank) dan Public Islamic Bank Berhad. Beliau juga merupakan seorang pengarah di Tijarah Hati Murni Sdn Bhd.


    Khairil Anuar Mohd Noor

    Encik Khairil Anuar memperoleh Diploma Perniagaan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada tahun 1983. Beliau kemudian memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti St. Louis, Missouri, Amerika Syarikat pada tahun 1986 dan 1987.

    Encik Khairil Anuar pernah menjawat pelbagai jawatan di beberapa jabatan dan bahagian di HSBC Bank Malaysia Berhad. Jawatan terakhir beliau di HSBC Bank Malaysia Berhad ialah Pengurus, Bahagian Perbankan Islam. Seterusnya, beliau berkhidmat sebagai Ketua Bahagian Perbankan Islam di Bank Simpanan Nasional, Malaysia sebelum menyambung kerjaya beliau di Timur Tengah.

    Semasa berkhidmat di Timur Tengah, Encik Khairil Anuar telah diberi kepercayaan untuk memegang beberapa jawatan kanan utama seperti Naib Presiden, Ketua Pemasaran di Emirates Islamic Bank, Dubai, Ketua Perniagaan Runcit di Badr Al-Islamic, Dubai dan Naib Presiden Kanan, Ketua Penstrukturan, Produk dan Prestasi Perniagaan, Kumpulan Perbankan Borong Al Hilal Bank di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu.

    Antara kepakaran utama beliau ialah pembangunan produk untuk aset, tanggungan, dagangan dan pengurusan tunai serta penstrukturan transaksi kewangan Islam yang kompleks termasuk sukuk dan pembiayaan transaksi berkumpulan (syndication). Encik Khairil Anuar juga mempunyai pengalaman yang luas dalam perancangan strategik dan pemasaran yang mana menjadikan beliau berpengetahuan dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan industri kewangan Islam.

    Encik Khairil Anuar merupakan Ketua dan Pengasas Bersama Masryef Management House, sebuah Firma Konsultansi Kewangan Islam sejak 2019. Firma tersebut menyediakan perkhidmatan dan konsultasi berkaitan dengan khidmat nasihat, tadbir urus, pembangunan produk, semakan dan audit.


    Shabnam Mohamad Mokhtar

    Puan Shabnam memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Putra Malaysia pada tahun 2001. Beliau kemudian dianugerahkan Ijazah Sarjana Perakaunan dari Universiti Illinois pada tahun 2003. Beliau juga memperoleh beberapa sijil pasca siswazah dari Middlesex University, London dalam bidang Teknologi Kewangan (Fintech) dan A.I, Project Finance, International Trade Finance dan Real Estate. Beliau memperoleh kelulusan Certified Shariah Adviser & Auditor (CSAA) dari Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial Institutions (AAOIFI) pada tahun 2018.

    Puan Shabnam pernah mengetuai bahagian penyelidikan unit pasaran modal Islam di International Shariah Research Academy (ISRA). Sebelum itu, Puan Shabnam pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia di mana beliau mengajar subjek Pengurusan Bank, Pengurusan Kewangan dan Pengurusan Kewangan Islam.

    Puan Shabnam merupakan Pengarah Urusan SHAPE® Knowledge Services (M) Sdn Bhd. Beliau menyertai kumpulan SHAPE® sejak tahun 2010. Selain membantu pelanggan menstruktur pelbagai produk kewangan Islam di peringkat antarabangsa, beliau merencana plan strategik bagi pelancaran projek kewangan Islam. Beliau juga merangka dan menjalankan latihan professional merangkumi spektrum lengkap kewangan Islam. Dilengkapi pengalaman kewangan Islam global, Puan Shabnam menawarkan pengetahuan implementasi mengambil kira pelbagai konteks perniagaan, peraturan dan pendapat Syariah.

    Puan Shabnam dilantik sebagai felo kewangan Islam Suruhanjaya Sekuriti Malaysia – Pusat Pengajian Islam Oxford bagi penggal 2021/2022. Beliau berminat dalam penyelidikan pelbagai disiplin terutamanya kelestarian, inovasi dan teknologi. Di Oxford, penyelidikan beliau merangkumi Ekonomi Biru, Kelestarian dan teladan bagi kewangan Islam.

    Puan Shabnam Mohamad Mokhtar merupakan ahli Jawatankuasa Syariah di RHB Islamic Bank Berhad. Beliau juga pernah menjadi Panel Penasihat Syariah di Malaysian Rating Corporation dari tahun 2010 hingga 2014.

    Pasukan Pengurusan


    Elmie Aman Najas

    Elmie Aman Najas

    Ketua Pegawai Eksekutif

    Elmie dilantik mengetuai perniagaan Takaful Keluarga AIA pada tahun 2015. Beliau bertanggungjawab untuk meningkatkan perniagaan Takaful Keluarga, mendorong inovasi produk dan meningkatkan serta mensasarkan Takaful dalam pasaran Bumi melalui kedudukan serta rangkaian pengagihan dan infrastruktur AIA dan Public Bank Berhad.


    Khor Swee Chin

    Kor Swee Chin

    Pengarah, Aktuari Takaful

    Swee Chin mengetuai unit Aktuari Takaful yang bertanggungjawab memastikan kewangan Syarikat yang kukuh dan perlindungan kewangan yang mencukupi dalam mengurus risiko kewangan serta modal Syarikat.


    Sze Yuet Ping

    Sze Yuet Ping

    Pengarah, Kewangan Takaful

    Yuet Ping mengetuai unit Kewangan Takaful yang bertanggungjawab dalam perbendaharaan, penyelarasan, operasi kewangan dan lejar am, laporan kewangan, kawalan kewangan serta pelaburan.


    Reena Sari Abdul Halim

    Reena Sari Abdul Halim

    Pengarah Bersekutu, Tadbir Urus Perniagaan

    Reena Sari mengetuai unit Tadbir Urus Perniagaan yang bertanggungjawab untuk memacu pertumbuhan perniagaan yang mampan melalui pengurusan saluran pengagihan yang efisien serta memperkukuhkan kecekapan kos dan operasi Syarikat melalui pengurusan operasi dan IT yang berkesan.


    Afdzal Al-‘Adli Husni Husin

    Afdzal Al-‘Adli Husni Husin

    Pengarah Bersekutu, Pemasaran Cadangan Pelanggan

    Adli mengetuai unit Pemasaran Cadangan Pelanggan dalam menghasilkan penyelesaian yang tepat dan bersesuaian bagi perniagaan Takaful Keluarga AIA. Beliau bertanggungjawab dalam pembangunan produk secara keseluruhan; dari strategi, pembangunan sehingga pemasaran produk melalui pelbagai saluran pengagihan.


    Mohamad Khairul Daim Ahmad Shamsuri

    Mohamad Khairul Daim Ahmad Shamsuri

    Pengarah Bersekutu, Syariah, Undang-Undang & Kesetiausahaan

    Daim mengetuai Unit Syariah, Undang-undang & Kesetiausahaan Syarikat. Beliau menyelaras interaksi di antara pihak berkepentingan dan juga bertindak sebagai pegawai perhubungan antara Syarikat dengan pihak berkuasa dan pertubuhan berhubung hal-hal kawal selia.


    Vhinodhan Veerapalan

    Mohamad Khairul Daim Ahmad Shamsuri

    Pengarah Bersekutu, Pematuhan

    Vhinod mengetuai unit Pematuhan Takaful dan dipertanggungjawabkan untuk memantau, menyelia dan mengurus risiko pematuhan dalam Syarikat disamping memastikan kawalan adalah teratur dan beroperasi seperti yang dikehendaki.

    Produk Kami
    Perlindungan Hayat
    Perlindungan Perubatan
    Perlindungan Penyakit Kritikal
    Simpanan & Pelaburan
    Perlindungan Kemalangan
    Penyelesaian Hartanah
    Insurans Kenderaan
    Produk Dalam Talian
    Produk Kami
    Perlindungan Hayat
    Perlindungan Perubatan
    Perlindungan Penyakit Kritikal
    Simpanan & Pelaburan
    Perlindungan Kemalangan
    Penyelesaian Hartanah
    Insurans Kenderaan
    Produk atas talian
    Tahukan Anda
    Kesihatan & Kesejahteraan
    Kewangan & Insurans
    Galeri Video
    Statistik Kesihatan
    Tentang Kami
    Tentang AIA Bhd.
    Tentang AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    Tentang AIA General Berhad
    Tentang AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    Peluang Kerjaya
    Program Komuniti
    Acara & Promosi
    Peta Laman
    Bantuan & Sokongan
    Hubungi Kami
    Soalan Lazim
    Pengumuman Penting
    Hab Borang
    AIA Malaysia
    Menara AIA, 99, Jalan Ampang,
    50450 Kuala Lumpur
    AIA Bhd.
    1300-88-1899
    Untuk Pelanggan Luar Negara
    603 2056 1111
    AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    1300-88-8922
    AIA General Berhad
    1300-88-1899
    AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    1300-22-7771
    AIA Auto Assist / Roadside Assist
    1-800-88-8733
    Tahukah Anda
    Kesihatan & Kesejahteraan
    Kewangan & Insurans
    Galeri Video
    Statistik Kesihatan
    TENTANG KAMI
    Tentang AIA Bhd.
    Tentang AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    Tentang AIA General Berhad
    Tentang AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    Peluang Kerjaya
    Program Komuniti
    Acara & Promosi
    Peta Laman

    Laman web ini menggunakan kuki bertujuan untuk meningkatkan kemudahan pengguna. Anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai jenis kuki yang kami kumpulkan, apa yang kami gunakan, dan cara menguruskan tetapan kuki anda di dalam Polisi Kuki dan Penyata Privasi.

    Bantuan & Sokongan
    Hubungi Kami
    Soalan Lazim
    Pengumuman Penting
    Hab Borang
    AIA Malaysia
    Menara AIA, 99, Jalan Ampang,
    50450 Kuala Lumpur
    AIA Bhd.
    1300-88-1899
    Untuk Pelanggan Luar Negara
    603 2056 1111
    AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    1300-88-8922
    AIA General Berhad
    1300-88-1899
    AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    1300-22-7771
    AIA Auto Assist / Roadside Assist
    1-800-88-8733

    Hak cipta © 2022 AIA Group Limited dan anak-anak syarikatnya. AIA Bhd. 200701032867 (790895-D) AIA PUBLIC Takaful Bhd. 201101007816 (935955-M) AIA General Berhad 201001040438 (924363-W) AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd. 201201027147 (1011637-P) AIA Health Services Sdn. Bhd. 199601016211 (388561-T). Semua hak cipta terpelihara.
    Terma Penggunaan | Penyataan Privasi | Kod Tatacara | Peta Laman