Skip to main content
  • EN
  • BM
  • Search
  • AIA Malaysia
  • Produk Kami
    • Perlindungan Hayat
    • Perlindungan Perubatan
    • Perlindungan Penyakit Kritikal
    • Simpanan & Pelaburan
    • Perlindungan Kemalangan
    • Penyelesaian Hartanah
    • Insurans Kenderaan
    • Produk Dalam Talian
    • AIA Vitality
    • Manfaat Pekerja
    • Insurans Komersial
  • AIA Vitality
    • Bagaimana AIA Vitality Berfungsi?
    • MAFAAT & GANJARAN
    • Testimonial Ahli
  • Tahukah Anda?
    • Kesihatan & Kesejahteraan
    • Kewangan & Insurans
    • Galeri video
    • Statistik Kesihatan
  • Tentang Kami
    • Tentang Kami
    • Tentang AIA Public Takaful Berhad
    • Tentang AIA General Insurance Berhad
    • Tentang AIA Pension & Asset Management (APAM)
    • Peluang Kerjaya
    • Program Komuniti
    • Pusat Media
    • Acara & Promosi
    • Piagam Pelanggan
  • Bantuan
    • Hubungi Kami
    • Temui Kami
    • Soalan Lazim
    • Pengumuman Penting
    • Hab Borang
    • Panduan Pengguna Portal Pelanggan My AIA
  • Log Masuk My AIA
    • Log Masuk Portal Pelanggan
    • Pendaftaran Pelanggan
    • Log Masuk Portal Korporat
  • Investment-Linked Funds
AIA
  • Produk Kami

    Produk Kami

    Pilih daripada salah satu kategori di kanan atau klik untuk cadangan mengikut keperluan anda.

    Kami sedia membantu anda.
    Dana Berkaitan Pelaburan

    Dapatkan maklumat terkini mengenai dana-dana kami dan prestasi dana tersebut.

    Klik di sini untuk Laporan Prestasi Dana Berkaitan Pelaburan AIA 2021

    Untuk Individu

    Untuk Perniagaan

    • Perlindungan Hayat

      Lindungi masa depan orang yang tersayang daripada ketidakpastian

    • Perlindungan Perubatan

      Memiliki penyelesaian penjagaan kesihatan yang diyakini dan inovatif disaat memerlukan.

    • Perlindungan Penyakit Kritikal

      Perlindungan daripada beban kewangan akibat penyakit kritikal.

    • Simpanan & Pelaburan

      Gandakan pulangan nilai wang anda – impian anda bermakna.

    • Perlindungan Kemalangan

      Kukuhkan kewangan untuk menghadapi perkara di luar jangkaan.

    • Penyelesaian Hartanah

      Biayai hartanah impian anda dan pastikan isi rumah dilindungi.

    • Insurans Kenderaan

      Dapatkan perlindungan komprehensif untuk kenderaan bermotor anda.

    • Produk Dalam Talian

      Dapatkan pelan insurans dan takaful kami secara dalam talian untuk perlindungan serta-merta.

    • AIA Vitality

      AIA Vitality adalah program kesejahteraan yang disokong oleh bidang sains yang sesuai dengan anda dan memberi ganjaran bagi pilihan kesihatan anda. Ketahui lebih lanjut

    • Manfaat Pekerja

      Lindungi aset syarikat anda yang paling penting melalui penyelesaian kami yang menerajui pasaran.

    • Insurans Komersial

      Lindungi perniagaan anda daripada kejadian yang tidak diingini dan kerosakan.

  • AIA Vitality

    AIA Vitality

    • Bagaimana AIA Vitality Berfungsi?

      Ketahui bagaimana AIA Vitality mendorong anda untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat, berpanjangan dan bermakna.

    • MAFAAT & GANJARAN

      Ketahui manfaat dan ganjaran yang boleh anda nikmati sebagai ahli AIA Vitality.

    • Testimonial Ahli

      Dapatkan inspirasi dari kisah ahli kami mengenai pengalaman mereka dengan AIA Vitality.

  • Tahukah Anda?

    Tahukah Anda?

    Panduan dan tip-tip mengenai topik kesihatan dan kewangan terkini.

    LIHAT SEMUA DALAM TAHUKAH ANDA?
    • Kesihatan & Kesejahteraan

      Kehidupan bermakna & sihat bermula hari ini.

    • Kewangan & Insurans

      Kewangan dipermudahkan.

    • Galeri video

      Video pendek mengenai topik kesihatan dan kewangan terkini.

    • Statistik Kesihatan

      Ketahui lanjut mengenai statistik kesihatan terkini.

  • Tentang Kami

    Tentang Kami

    Hampir seabad lamanya, AIA memenuhi keperluan jutaan orang yang sentiasa berubah di seluruh rantau Asia Pasifik.

    BACA LEBIH LANJUT
    • Tentang Kami

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA Public Takaful Berhad

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA General Insurance Berhad

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA Pension & Asset Management (APAM)

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Peluang Kerjaya

      Berminat untuk menyertai keluarga AIA? Carilah jawatan yang sesuai untuk anda.

    • Program Komuniti

      Berbakti kepada komuniti amatlah penting buat kami.

    • Pusat Media

      Kewangan, siaran akhbar dan maklumat lain mengenai AIA.

    • Acara & Promosi

      Acara & Promosi

    • Piagam Pelanggan

      Komitmen kami untuk Pelanggan kami

  • Bantuan

    Bantuan

    Kami bertekad untuk membantu menjawab pertanyaan anda dengan sentuhan perkhidmatan pelanggan yang memuaskan.

    Hubungi AIA
    • Hubungi Kami

      Tiada jawapan dalam bahagian FAQ? Hubungi kami sekarang.

    • Temui Kami

    • Soalan Lazim

      Ada soalan? Anda boleh dapatkan jawapan di sini.

    • Pengumuman Penting

      Maklumat berguna untuk pelanggan kami.

    • Hab Borang

      Perlukan borang? Carilah di hab borang kami.

    • Panduan Pengguna Portal Pelanggan My AIA

  • Log Masuk My AIA

    My AIA

    Urus pelan AIA dan manfaat pekerja anda, kekal sihat dengan AIA Vitality serta akses perkhidmatan kesihatan.

    Download My AIA
    Download My AIA
    Download My AIA
    Download My AIA
    • individual
      PORTAL PELANGGAN

      Urus pelan AIA, manfaat pekerja dan akaun AIA Vitality anda.

      Daftar Log masuk

    • corporate
      PORTAL KORPORAT

      Untuk kakitangan Sumber Manusia (HR) dan pihak pengantara mengurus portfolio faedah pekerja syarikat dengan lebih efisien.

      Log masuk

  • Language Select
    • EN
    • BM
  • Search
  • Contact Us
    • Hubungi Kami

      Waktu Operasi:
      Isnin – Khamis : 8.30pagi – 5.30petang,
      Jumaat : 8.30pagi – 4.30petang

    • AIA BHD.

    • AIA PUBLIC TAKAFUL BHD.

    • AIA General Berhad

    • AIA Auto Assist/AIA Roadside Assist

2018
Selepas
Back to Top
  • {{title}}

    {{label}}
  • AIA Malaysia melancarkan Tempat Kerja Paling Sihat Malaysia oleh AIA Vitality 2018

    Kuala Lumpur, 04/04/2018


    KUALA LUMPUR, 4 April 2018 - AIA Bhd., telah mengumumkan pelancaran Tempat Kerja Paling Sihat Malaysia 2018 oleh AIA Vitality ("Tinjauan"), satu tinjauan komprehensif tentang kesihatan dan kesejahteraan pekerja di Malaysia. Ini merupakan tahun kedua AIA akan melancarkan usaha ini untuk meninjau pelbagai organisasi mengikut saiz dan tenaga kerja mereka dari pelbagai industri di seluruh Malaysia.

    Tinjauan1 ini akan memberikan gambaran keseluruhan yang komprehensif tentang kesihatan dan kesejahteraan pekerja Malaysia yang seterusnya membantu majikan mengenal pasti intervensi yang berkesan supaya mereka boleh meningkatkan strategi promosi kesihatan untuk mewujudkan persekitaran yang lebih sihat bagi pekerja mereka.

    Ketua Pegawai Eksekutif AIA Bhd., Anusha Thavarajah, berkata: "Kami bangga melancarkan Tempat Kerja Paling Sihat Malaysia oleh AIA Vitality untuk tahun kedua. Sambutan terhadap tinjauan pada tahun 2017 sangat menggalakkan dan kami tahu bahawa kesihatan dan kesejahteraan pekerja akan terus menjadi topik penting di Malaysia ketika kami melihat ke arah meningkatkan produktiviti dan kesejahteraan tenaga kerja. Tinjauan pertama kami pada tahun 2017 mendapati Malaysia mengalami kehilangan produktiviti yang tinggi, kerana kos purata tahunan ketidakhadiran yang berkaitan dengan kesihatan dan kehadiran* adalah kira-kira RM2.7 juta setiap organisasi."

    "Sememangnya menjadi matlamat kami untuk terus melengkapkan majikan dengan pandangan dan strategi terbaik untuk membantu meningkatkan produktiviti perniagaan sambil meningkatkan kesejahteraan di tempat kerja dan membantu pekerja di Malaysia hidup lebih sihat, lebih lama dan lebih baik," tambah Anusha.

    Penyertaan di dalam Tinjauan Tempat Kerja Paling Sihat Malaysia 2018 oleh AIA Vitality adalah percuma dan terbuka kepada mana-mana organisasi yang mempunyai sekurang-kurangnya 20 pekerja. Pendaftaran akan dibuka dari sekarang hingga akhir bulan Mei. Tinjauan ini akan mengenal pasti Majikan Malaysia Paling Sihat, Pekerja Paling Sihat dan Tempat Kerja Paling Sihat dalam tiga kategori saiz organisasi - Organisasi Kecil (20-249 pekerja); Organisasi Sederhana (250-999 pekerja) dan Organisasi Besar (1,000 pekerja dan lebih). Tahun ini juga akan menampilkan kategori anugerah baharu – Peningkatan Tempat Kerja Paling Baik Malaysia yang terbuka kepada syarikat yang telah mengambil bahagian dalam tinjauan pada tahun 2017 dan akan mengambil bahagian lagi tahun ini. Pemenang akan diumumkan pada akhir tahun 2018.

    Setiap majikan yang mengambil bahagian akan menerima 'Laporan Penilaian Organisasi' komprehensif yang merangkumi penemuan hasil daripada maklum balas majikan dan pekerja. AIA juga akan memberikan setiap pekerja yang mengambil bahagian gambaran keseluruhan komprehensif tentang kesihatan dan kesejahteraan mereka dari segi gaya hidup, penunjuk klinikal, kesihatan mental, tekanan dan bidang lain yang mungkin berkaitan dengan mereka, serta laporan peribadi mengenai Usia AIA Vitality mereka. Organisasi boleh mendaftar untuk mengambil bahagian di: healthiestworkplace.aia.com

    - TAMAT -

    * kehadiran merujuk kepada hadir di tempat kerja dalam keaadaan tidak sihat.

    Mengenai AIA Bhd.
    AIA Bhd., adalah peneraju utama syarikat insurans di Malaysia, di mana kami mendapat penghormatan menjalankan perniagaan sejak 1948. Kami menawarkan rangkaian solusi kewangan termasuk Perlindungan, Kesihatan, Kemalangan Peribadi, Insurans Am, Faedah Pekerja, Gadai Janji, Persaraan dan produk Takaful Keluarga untuk memenuhi keperluan dan jaminan kewangan pelanggan kami pada setiap peringkat kehidupan mereka. Melalui rangkaian pengedaran kami yang pelbagai dan luas yang mempunyai kekuatan pasukan agensi dengan hampir 14,000 Perancang Hayat, cawangan rakan kongsi bank kami yang eksklusif di seluruh negara serta pasukan jualan korporat dan broker, kami memberi pelanggan kami pilihan dalam menentukan bagaimana, bila dan di mana mereka menghubungi kami.

    Sebahagian daripada Kumpulan AIA, kumpulan insurans nyawa pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas, AIA Bhd. mempunyai kekuatan kewangan, pengalaman, rangkaian pusat perkhidmatan serta satu pasukan cukup terlatih terdiri daripada lebih 2,000 kakitangan yang memberi perkhidmatan kepada 3 juta pelanggan di seluruh negara. Sehingga 30 November 2017, jumlah aset AIA Bhd. bernilai RM51 bilion, dengan modal berbayar sebanyak RM1,451 juta.

    Mengenai AIA
    AIA Group Limited dan subsidiarinya (keseluruhannya “AIA” atau “Kumpulan”) terdiri daripada kumpulan insurans nyawa pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas. Ia beroperasi di 18 pasaran di Asia Pasifik – cawangan dan subsidiari milik penuh di Hong Kong, Thailand, Singapura, Malaysia, China, Korea, Filipina, Australia, Indonesia, Taiwan, Vietnam, New Zealand, Macau, Brunei, Cambodia, subsidiari 97 peratus di Sri Lanka dan satu usaha sama 49 peratus di India dan pejabat perwakilan di Myanmar

    Perniagaan yang kini dikenali sebagai AIA telah ditubuhkan di Shanghai hampir sedekad yang lalu. Ianya merupakan peneraju pasaran di rantau Asia Pasifik (tidak termasuk Jepun) berasaskan premium insurans nyawa dan memegang kedudukan utama pada sebahagian besar pasarannya. Ia mempunyai jumlah aset bernilai $216 bilion dolar Amerika pada 30 November 2017.

    AIA memenuhi keperluan simpanan dan perlindungan individu secara jangka panjang dengan menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan termasuk insurans nyawa, insurans kemalangan dan kesihatan dan pelan simpanan. Kumpulan ini juga menyediakan faedah pekerja, kredit hayat dan perkhidmatan persaraan kepada pelanggan korporat. Melalui suatu rangkaian luas terdiri daripada ejen-ejen, rakan kongsi dan pekerja di seluruh Asia Pasifik, AIA memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 30 juta polisi individu dan lebih 16 juta anggota penyertaan skim insurans kumpulan.

    Kumpulan AIA disenaraikan di Papan Utama, Bursa Saham Hong Kong di bawah kod bursa “1299” dengan Resit Depositari Amerika (Tingkat 1) yang diniagakan pada pasaran kaunter (simbol ticker: “AAGIY”).

    Mengenai AIA Vitality
    AIA Vitality adalah program kesihatan di Asia yang pertama dan hanya satu-satunya disokong sains secara komprehensif. Ia menyediakan ahli-ahli dengan pengetahuan, alat dan motivasi untuk membawa perubahan tingkah laku positif jangka panjang untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat.

    Ahli-ahli AIA Vitality adalah diinsentifkan untuk melibat secara aktif dalam aktiviti kesihatan dan kesejahteraan dengan menawarkan mereka pelbagai faedah termasuk manfaat insurans tambahan ke atas insurans terpilih dan pelan Takaful serta simpanan dan diskaun daripada rakan-rakan AIA Vitality. Ketahui lebih lanjut mengenai AIA Vitality di aiavitality.com.my.

    Mengenai Tempat Kerja Paling Sihat oleh AIA Vitality
    Tempat Kerja Paling Sihat oleh AIA Vitality adalah tinjauan komprehensif mengenai kesihatan dan kesejahteraan pekerja di seluruh Asia Pasifik. Pada tahun pertama tahun 2017, ia telah meninjau lebih daripada 10,000 pekerja dan 214 majikan merentas pelbagai industri di Australia, Hong Kong, Malaysia dan Singapura.

    Tempat Kerja Paling Sihat oleh AIA Vitality adalah gambaran keseluruhan komprehensif tentang kesejahteraan pekerja yang memberikan majikan strategi berguna untuk menyokong mereka dalam matlamat hidup yang sihat dan meningkatkan produktiviti seluruh syarikat.

    Ketahui lebih lanjut mengenai Tempat Kerja Paling Sihat oleh AIA Vitality di http://healthiestworkplace.aia.com.

    Mengenai RAND Europe
    RAND Europe adalah organisasi bukan untung yang membantu meningkatkan dasar dan membuat keputusan melalui penyelidikan dan analisis. Pelanggannya termasuk institusi Eropah, kerajaan, badan amal, yayasan, universiti dan firma sektor swasta yang memerlukan penyelidikan yang adil. RAND Europe menggabungkan pengetahuan subjek yang mendalam mengenai pelbagai bidang dasar termasuk kesihatan, sains dan inovasi; pertahanan, keselamatan dan infrastruktur; dan dasar dalam negeri serta sosial. Digabungkan dengan kepakaran metodologi yang telah terbukti dalam penilaian, pengukuran impak dan pemodelan pilihan, ia dapat menawarkan penyelidikan dan analisis yang terjamin yang berkualiti, wawasan tidak berat sebelah dan penyelesaian yang dapat dilakukan yang memberi kesan kepada kehidupan orang ramai.

    Hubungan Media:

    Faye Lingarajan

    Pengurus, Media & PR

    Tel: 03-2056 1211

    Emel: faye.lingarajan@aia.com

    Chen Mei Ling

    Ketua, Komunikasi Korporat

    Tel: 03-2056 1280

    Email: chen.meiling@aia.com



    1 Tinjauan ini akan dijalankan oleh rakan penyelidikan dan analisis AIA, RAND Europe, dengan sokongan daripada rakan akademik tempatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

    Produk Kami
    Perlindungan Hayat
    Perlindungan Perubatan
    Perlindungan Penyakit Kritikal
    Simpanan & Pelaburan
    Perlindungan Kemalangan
    Penyelesaian Hartanah
    Insurans Kenderaan
    Produk Dalam Talian
    Produk Kami
    Perlindungan Hayat
    Perlindungan Perubatan
    Perlindungan Penyakit Kritikal
    Simpanan & Pelaburan
    Perlindungan Kemalangan
    Penyelesaian Hartanah
    Insurans Kenderaan
    Produk atas talian
    Tahukan Anda
    Kesihatan & Kesejahteraan
    Kewangan & Insurans
    Galeri Video
    Statistik Kesihatan
    Tentang Kami
    Tentang AIA Bhd.
    Tentang AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    Tentang AIA General Berhad
    Tentang AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    Peluang Kerjaya
    Program Komuniti
    Acara & Promosi
    Peta Laman
    Bantuan & Sokongan
    Hubungi Kami
    Soalan Lazim
    Pengumuman Penting
    Hab Borang
    AIA Malaysia
    Menara AIA, 99, Jalan Ampang,
    50450 Kuala Lumpur
    AIA Bhd.
    1300-88-1899
    Untuk Pelanggan Luar Negara
    603 2056 1111
    AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    1300-88-8922
    AIA General Berhad
    1300-88-1899
    AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    1300-22-7771
    AIA Auto Assist / Roadside Assist
    1-800-88-8733
    Tahukah Anda
    Kesihatan & Kesejahteraan
    Kewangan & Insurans
    Galeri Video
    Statistik Kesihatan
    TENTANG KAMI
    Tentang AIA Bhd.
    Tentang AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    Tentang AIA General Berhad
    Tentang AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    Peluang Kerjaya
    Program Komuniti
    Acara & Promosi
    Peta Laman

    Laman web ini menggunakan kuki bertujuan untuk meningkatkan kemudahan pengguna. Anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai jenis kuki yang kami kumpulkan, apa yang kami gunakan, dan cara menguruskan tetapan kuki anda di dalam Polisi Kuki dan Penyata Privasi.

    Bantuan & Sokongan
    Hubungi Kami
    Soalan Lazim
    Pengumuman Penting
    Hab Borang
    AIA Malaysia
    Menara AIA, 99, Jalan Ampang,
    50450 Kuala Lumpur
    AIA Bhd.
    1300-88-1899
    Untuk Pelanggan Luar Negara
    603 2056 1111
    AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    1300-88-8922
    AIA General Berhad
    1300-88-1899
    AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    1300-22-7771
    AIA Auto Assist / Roadside Assist
    1-800-88-8733

    Hak cipta © 2022 AIA Group Limited dan anak-anak syarikatnya. AIA Bhd. 200701032867 (790895-D) AIA PUBLIC Takaful Bhd. 201101007816 (935955-M) AIA General Berhad 201001040438 (924363-W) AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd. 201201027147 (1011637-P) AIA Health Services Sdn. Bhd. 199601016211 (388561-T). Semua hak cipta terpelihara.
    Terma Penggunaan | Penyataan Privasi | Kod Tatacara | Peta Laman