Skip to main content
  • EN
  • BM
  • Search
  • AIA Malaysia
  • Produk Kami
    • Perlindungan Hayat
    • Perlindungan Perubatan
    • Perlindungan Penyakit Kritikal
    • Simpanan & Pelaburan
    • Perlindungan Kemalangan
    • Penyelesaian Hartanah
    • Insurans Kenderaan
    • Produk Dalam Talian
    • AIA Vitality
    • Manfaat Pekerja
    • Insurans Komersial
  • AIA Vitality
    • Bagaimana AIA Vitality Berfungsi?
    • MAFAAT & GANJARAN
    • Testimonial Ahli
  • Tahukah Anda?
    • Kesihatan & Kesejahteraan
    • Kewangan & Insurans
    • Galeri video
    • Statistik Kesihatan
  • Tentang Kami
    • Tentang Kami
    • Tentang AIA Public Takaful Berhad
    • Tentang AIA General Insurance Berhad
    • Tentang AIA Pension & Asset Management (APAM)
    • Peluang Kerjaya
    • Program Komuniti
    • Pusat Media
    • Acara & Promosi
    • Piagam Pelanggan
  • Bantuan
    • Hubungi Kami
    • Temui Kami
    • Soalan Lazim
    • Pengumuman Penting
    • Hab Borang
    • Panduan Pengguna Portal Pelanggan My AIA
  • Log Masuk My AIA
    • Log Masuk Portal Pelanggan
    • Pendaftaran Pelanggan
    • Log Masuk Portal Korporat
  • Investment-Linked Funds
AIA
  • Produk Kami

    Produk Kami

    Pilih daripada salah satu kategori di kanan atau klik untuk cadangan mengikut keperluan anda.

    Kami sedia membantu anda.
    Dana Berkaitan Pelaburan

    Dapatkan maklumat terkini mengenai dana-dana kami dan prestasi dana tersebut.

    Klik di sini untuk Laporan Prestasi Dana Berkaitan Pelaburan AIA 2021

    Untuk Individu

    Untuk Perniagaan

    • Perlindungan Hayat

      Lindungi masa depan orang yang tersayang daripada ketidakpastian

    • Perlindungan Perubatan

      Memiliki penyelesaian penjagaan kesihatan yang diyakini dan inovatif disaat memerlukan.

    • Perlindungan Penyakit Kritikal

      Perlindungan daripada beban kewangan akibat penyakit kritikal.

    • Simpanan & Pelaburan

      Gandakan pulangan nilai wang anda – impian anda bermakna.

    • Perlindungan Kemalangan

      Kukuhkan kewangan untuk menghadapi perkara di luar jangkaan.

    • Penyelesaian Hartanah

      Biayai hartanah impian anda dan pastikan isi rumah dilindungi.

    • Insurans Kenderaan

      Dapatkan perlindungan komprehensif untuk kenderaan bermotor anda.

    • Produk Dalam Talian

      Dapatkan pelan insurans dan takaful kami secara dalam talian untuk perlindungan serta-merta.

    • AIA Vitality

      AIA Vitality adalah program kesejahteraan yang disokong oleh bidang sains yang sesuai dengan anda dan memberi ganjaran bagi pilihan kesihatan anda. Ketahui lebih lanjut

    • Manfaat Pekerja

      Lindungi aset syarikat anda yang paling penting melalui penyelesaian kami yang menerajui pasaran.

    • Insurans Komersial

      Lindungi perniagaan anda daripada kejadian yang tidak diingini dan kerosakan.

  • AIA Vitality

    AIA Vitality

    • Bagaimana AIA Vitality Berfungsi?

      Ketahui bagaimana AIA Vitality mendorong anda untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat, berpanjangan dan bermakna.

    • MAFAAT & GANJARAN

      Ketahui manfaat dan ganjaran yang boleh anda nikmati sebagai ahli AIA Vitality.

    • Testimonial Ahli

      Dapatkan inspirasi dari kisah ahli kami mengenai pengalaman mereka dengan AIA Vitality.

  • Tahukah Anda?

    Tahukah Anda?

    Panduan dan tip-tip mengenai topik kesihatan dan kewangan terkini.

    LIHAT SEMUA DALAM TAHUKAH ANDA?
    • Kesihatan & Kesejahteraan

      Kehidupan bermakna & sihat bermula hari ini.

    • Kewangan & Insurans

      Kewangan dipermudahkan.

    • Galeri video

      Video pendek mengenai topik kesihatan dan kewangan terkini.

    • Statistik Kesihatan

      Ketahui lanjut mengenai statistik kesihatan terkini.

  • Tentang Kami

    Tentang Kami

    Hampir seabad lamanya, AIA memenuhi keperluan jutaan orang yang sentiasa berubah di seluruh rantau Asia Pasifik.

    BACA LEBIH LANJUT
    • Tentang Kami

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA Public Takaful Berhad

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA General Insurance Berhad

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA Pension & Asset Management (APAM)

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Peluang Kerjaya

      Berminat untuk menyertai keluarga AIA? Carilah jawatan yang sesuai untuk anda.

    • Program Komuniti

      Berbakti kepada komuniti amatlah penting buat kami.

    • Pusat Media

      Kewangan, siaran akhbar dan maklumat lain mengenai AIA.

    • Acara & Promosi

      Acara & Promosi

    • Piagam Pelanggan

      Komitmen kami untuk Pelanggan kami

  • Bantuan

    Bantuan

    Kami bertekad untuk membantu menjawab pertanyaan anda dengan sentuhan perkhidmatan pelanggan yang memuaskan.

    Hubungi AIA
    • Hubungi Kami

      Tiada jawapan dalam bahagian FAQ? Hubungi kami sekarang.

    • Temui Kami

    • Soalan Lazim

      Ada soalan? Anda boleh dapatkan jawapan di sini.

    • Pengumuman Penting

      Maklumat berguna untuk pelanggan kami.

    • Hab Borang

      Perlukan borang? Carilah di hab borang kami.

    • Panduan Pengguna Portal Pelanggan My AIA

  • Log Masuk My AIA

    My AIA

    Urus pelan AIA dan manfaat pekerja anda, kekal sihat dengan AIA Vitality serta akses perkhidmatan kesihatan.

    Download My AIA
    Download My AIA
    Download My AIA
    Download My AIA
    • individual
      PORTAL PELANGGAN

      Urus pelan AIA, manfaat pekerja dan akaun AIA Vitality anda.

      Daftar Log masuk

    • corporate
      PORTAL KORPORAT

      Untuk kakitangan Sumber Manusia (HR) dan pihak pengantara mengurus portfolio faedah pekerja syarikat dengan lebih efisien.

      Log masuk

  • Language Select
    • EN
    • BM
  • Search
  • Contact Us
    • Hubungi Kami

      Waktu Operasi:
      Isnin – Khamis : 8.30pagi – 5.30petang,
      Jumaat : 8.30pagi – 4.30petang

    • AIA BHD.

    • AIA PUBLIC TAKAFUL BHD.

    • AIA General Berhad

    • AIA Auto Assist/AIA Roadside Assist

2018
Sebelum
Back to Top
  • {{title}}

    {{label}}
  • Setahun kemudian: Tenaga Kerja Malaysia Alami Kehilangan Produktiviti yang Tinggi dan Tekanan Berkaitan dengan Kerja  

    Kuala Lumpur, 26/11/2018


    Hasil tinjauan Tempat Kerja Paling Sihat Malaysia oleh AIA Vitality 2018 menunjukkan bahawa ketidakhadiran dan kehadiran tidak produktif terus menjejaskan prestasi sesebuah organisasi

    • Syarikat-syarikat kehilangan sejumlah 73.1 hari bagi setiap pekerja yang disebabkan oleh ketidakhadiran dan kehadiran tidak produktif, melibatkan kos RM2.27 juta setahun bagi setiap majikan.
    • Isu kesihatan mental semakin meningkat dengan 50.2% pekerja mengalami sekurang-kurangnya satu dimensi tekanan berkaitan dengan kerja.
    • 98% pekerja mempunyai usia AIA Vitality yang lebih tinggi berbanding usia sebenar dan berfungsi dengan keadaan badan dan mental yang lebih tua dari usia sebenar.

    KUALA LUMPUR, 26 November 2018 - Penyedia insurans hayat dan kesihatan terkemuka, AIA Bhd. hari ini mengumumkan hasil tinjauan Tempat Kerja Paling Sihat Malaysia oleh AIA Vitality 2018 (Malaysia’s Healthiest Workplace by AIA Vitality 2018 survey). Penemuan tinjauan menunjukkan bahawa Malaysia terus terjejas dengan kehilangan produktiviti di tempat kerja yang disebabkan oleh ketidakhadiran* dan kehadiran tidak produktif** yang ketara dikalangan tenaga kerja. Keputusan tinjauan juga menunjukkan peningkatan masalah kesihatan mental di tempat kerja dengan 50.2% pekerja melaporkan sekurang-kurangnya satu dimensi tekanan yang berkaitan dengan kerja.

    Sejumlah 117 organisasi yang berbeza saiz dan sektor mengambil bahagian dalam tinjauan tahun ini, dengan gabungan tenaga kerja seramai 11,551 orang. Jumlah ini merupakan dua kali ganda bilangan peserta daripada tinjauan tahun lepas, yang memberikan indikasi bahawa keinginan Korporat Malaysia untuk mengetahui kedudukan mereka serta komitmen mereka dalam menyediakan tempat kerja yang lebih baik untuk menarik dan mengekalkan pekerja mereka. Sejak pelancarannya, keputusan tinjauan telah mengenal pasti punca kehilangan produktiviti yang tinggi serta tingkah laku dan faktor lain seperti kurang tidur, tekanan, pemakanan tidak sihat, kurang bersenam dan kesihatan mental dan kesejahteraan secara keseluruhan.

    Kebanyakan tinjauan mendedahkan bahawa kesihatan mental kekal sebagai salah satu isu besar namun tidak dibincangkan di tempat kerja. Lazimnya, kesihatan mental sering diabaikan dan tidak dapat dikesan kerana stigma dan kurang pemahaman. Isu-isu lain seperti tekanan, budaya organisasi, kepimpinan dan pembulian juga boleh memberi kesan kepada kesihatan mental dan kesejahteraan pekerja, lantaran memberi kesan negatif kepada produktiviti dan prestasi sesebuah organisasi. Hasil tinjauan 2018 mendedahkan bahawa 50.2% pekerja mengalami sekurang-kurangnya satu dimensi tekanan yang berkaitan dengan kerja, di mana 18.2% disebabkan oleh tekanan kewangan.

    Hasil tinjauan Tempat Kerja Paling Sihat Malaysia oleh AIA Vitality 2018 yang lain adalah:

    • 45.9% pekerja terdedah kepada risiko kerana aktiviti fizikal mereka adalah kurang daripada 150 minit seminggu.
    • 16.6% pekerja adalah obes.
    • 85% pekerja dilaporkan mempunyai satu atau lebih masalah muskuloskeletal.
    • 91.7% pekerja yang ditinjau tidak mempunyai diet seimbang.
    • 54.4% rakyat Malaysia tidur kurang daripada tujuh (7) jam setiap malam, manakala 11% mempunyai corak tidur yang kurang baik diikuti dengan 2% mempunyai corak tidur yang sangat tidak baik.
    • 32% pekerja dilaporkan mempunyai satu atau lebih penyakit kronik (tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, diabetes, penyakit jantung atau strok).
    • 56% pekerja merasakan bahawa pengurus mereka mengambil berat mengenai kesihatan dan kesejahteraan mereka.
    • 90% majikan/organisasi menawarkan sekurang-kurangnya satu intervensi- hanya 13% pekerja mengetahui tentang intervensi yang ditawarkan oleh majikan mereka dan 59% dari jumlah tersebut mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu intervensi.
    • 98% rakyat Malaysia mempunyai usia AIA Vitality yang lebih tinggi berbanding usia sebenar mereka.

    Bercakap di Sidang Kemuncak Tinjauan Tempat Kerja Paling Sihat Malaysia 2018, Ketua Pegawai Eksekutif AIA Bhd., Anusha Thavarajah berkata: "Kami melancarkan Tinjauan Tempat Kerja Paling Sihat di Malaysia oleh AIA Vitality sebagai langkah pertama  untuk mewujudkan kesedaran dan mempromosikan kesejahteraan tempat kerja untuk membantu tenaga kerja Malaysia hidup lebih sihat, berpanjangan dan bermakna. Kami berbangga dapat menerajui perbincangan berkenaan topik ini untuk tahun yang kedua, dan amat berharap bahawa pandangan dan strategi-strategi yang dikemukakan hasil daripada tinjauan ini dapat membantu syarikat korporat memahami, merangka dan melaksanakan intervensi yang boleh mempengaruhi tingkah laku positif di kalangan pekerja mereka.

    Sebagai penyedia skim faedah pekerja utama di Malaysia, AIA mendapat maklumat dan pandangan secara menerus ke atas impak tenaga kerja yang tidak sihat terhadap majikan. Melalui inisiatif ini, AIA terus memainkan peranan yang bukan hanya memberikan perlindungan insurans, tetapi berkembang menjadi suatu entiti yang membantu orang ramai hidup dan kekal sihat.”

    "Tahun ini, kami terutamanya ingin menangani topik yang sukar - kesihatan mental. Dengan tekanan tempat kerja menjadi salah satu risiko utama tenaga kerja, kami merasakan betapa pentingnya untuk mencetus perbualan mengenai subjek kontroversi ini. Terdapat keperluan yang jelas untuk Korporat Malaysia membina budaya dalam organisasi kita yang menyediakan persekitaran tempat kerja yang selamat yang mengamalkan budaya keterbukaan dan menggalakkan penyembuhan tanpa sebarang penghakiman. Kami berharap bahawa inisiatif yang kami jalankan ini hanyalah permulaan kepada tempat kerja dan budaya kerja yang lebih sihat untuk semua rakyat Malaysia," tambah Anusha.

    Tinjauan Tempat Kerja Paling Sihat Malaysia adalah tinjauan bebas yang dijalankan oleh AIA dengan kerjasama agensi penyelidikan RAND Europe dan Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai penasihat akademik tempatan kajian tersebut. Diadaptasi daripada kajian Tempat Kerja Sehat Britain, sebuah kajian yang berjaya dijalankan di UK sejak tahun 2013, kini merupakan satu-satunya tinjauan tempat kerja komprehensif berlandaskan sains yang pernah dijalankan di Malaysia.

    Tinjauan ini ditawarkan secara percuma kepada syarikat-syarikat di Malaysia dengan sekurang-kurangnya 20 kakitangan, dan syarikat yang mengambil bahagian akan menerima laporan kesihatan organisasi terperinci yang membantu mereka memahami faktor risiko di kalangan pekerja mereka, serta keberkesanan syarikat tersebut dari segi intervensi kesihatan dan kesejahteraan.

    Hasil tinjauan 2018 didedahkan di Sidang Kemuncak Tempat Kerja Paling Sihat Malaysia yang bertempat di ibu negara, di mana analisis utama, pandangan dan kemunculan trend terbaru disampaikan oleh pakar industri kepada kira-kira 350 tetamu dan pengamal media.

    *Ketidakhadiran: Tidak hadir kerja di atas sebab-sebab berkaitan dengan kesihatan
    **Kehadiran tidak produktif: Hadir di tempat kerja semasa tidak sihat

    Hasil Penemuan Tinjauan Malaysia

    KEBANGKITAN MASALAH KESIHATAN MENTAL DIKALANGAN TENAGA KERJA MENGURANGKAN PRODUKTIVITI

    Menurut penemuan Tinjauan Tempat Kerja Paling Sihat Malaysia oleh AIA Vitality 2018, secara purata majikan kehilangan 73.1 hari waktu bekerja bagi setiap pekerja akibat ketidakhadiran yang berkaitan dengan kesakitan dan kehadiran tidak produktif.

    Ketidakhadiran merujuk kepada ketiadaan pekerja dari pekerjaan akibat masalah kesihatan sementara kehadiran tidak produktif bermakna pekerja hadir di tempat kerja tetapi dibatasi oleh masalah kesihatan untuk menjalankan tugas harian mereka. Di samping itu, kehilangan hari bekerja meningkat daripada purata 67.2 hari dari tahun sebelumnya (2017) yang menjadikan anggaran kehilangan RM2.27 juta setahun bagi setiap organisasi.

    Pekerja Malaysia juga semakin terjejas disebabkan isu-isu kesihatan mental selama ini yang boleh menyebabkan ketidakhadiran pekerja dan pemberhentian yang seterusnya memberi kesan negatif terhadap produktiviti dan prestasi syarikat. Jika tidak ditangani, prestasi kedua-dua majikan dan pekerja akan terjejas. Hasil penemuan juga menunjukkan bahawa 50.2% pekerja mempunyai sekurang-kurangnya satu dimensi tekanan kerja yang berkaitan.

    TABIAT BURUK SEMAKIN MENINGKAT

    Pekerja Malaysia dilihat mempunyai tabiat yang buruk kerana bilangan perokok meningkat berbanding dengan pasaran lain (iaitu Australia, Hong Kong dan Thailand) - 11.1% pekerja kini adalah perokok, berbanding dengan purata 7.5% di pasaran lain.

    Mereka direkodkan sebagai paling berisiko dengan masalah berkaitan nutrisi dengan 91.7% tidak mengambil diet yang seimbang termasuk buah-buahan, sayur-sayuran, dan bijirin.

    Di samping itu, 16.6% pekerja Malaysia yang ditinjau adalah obes. Tekanan, pemakanan mengikut emosi, atau dibelenggu masalah  di tempat kerja boleh menjadi faktor penyebab peningkatan tabiat buruk ini. Akhir sekali, pekerja didapati kurang cenderung untuk membuat perubahan yang sihat jika mereka berasa diri mereka berada dalam keadaan sihat. 13% pekerja mempunyai empat (4) atau lebih faktor risiko tetapi 62% pekerja percaya bahawa mereka berada dalam keadaan sihat.

    KEHIDUPAN DAN PILIHAN KERJA YANG LEBIH BAIK MENGGAMBARKAN MOTIVASI PEKERJA

    Malaysia telah menunjukkan peningkatan yang positif dalam beberapa kategori – dengan bilangan pekerja tertinggi yang menunjukkan minat dan motivasi untuk mengubah aktiviti fizikal dan berat badan mereka. Di samping itu, lebih separuh daripada pekerja bersetuju bahawa kepimpinan dikalangan tenaga kerja adalah positif. Tinjauan juga menunjukkan bahawa 56% rakyat Malaysia merasakan bahawa pengurus mereka mengambil berat tentang kesihatan dan kesejahteraan mereka.

    Dapatkan maklumat lanjut mengenai Tempat Kerja Paling Sihat Malaysia oleh AIA Vitality di www.healthiestworkplace.aia.com

    - TAMAT -

    Mengenai AIA Bhd.

    AIA Bhd. adalah peneraju utama syarikat insurans di Malaysia, di mana kami mendapat penghormatan menjalankan perniagaan sejak 1948. Kami menawarkan rangkaian penyelesaian kewangan termasuk Perlindungan, Kesihatan, Kemalangan Peribadi, Faedah Pekerja, Gadai Janji, dan Persaraan untuk memenuhi keperluan dan jaminan kewangan pelanggan kami pada setiap peringkat kehidupan mereka. Melalui rangkaian pengedaran kami yang pelbagai dan luas yang mempunyai kekuatan pasukan agensi dengan hampir 14,000 Perancang Hayat, cawangan rakan kongsi bank kami yang eksklusif di seluruh negara serta pasukan jualan korporat dan broker, kami memberi pelanggan kami pilihan dalam menentukan bagaimana, bila dan di mana mereka menghubungi kami.

    Sebahagian daripada Kumpulan AIA, kumpulan insurans hayat pan-Asia yang tersenarai awam terbesar dan bebas, AIA Bhd. mempunyai kekuatan kewangan, pengalaman, rangkaian pusat perkhidmatan serta pasukan terlatih yang terdiri daripada lebih 2,000 kakitangan yang menawarkan perkhidmatan kepada 3.5 juta pelanggan di seluruh negara. Sehingga 30 June 2018, jumlah aset AIA Bhd. bernilai RM51 bilion, dengan modal berbayar sebanyak RM1,451 juta.

    Mengenai AIA

    AIA Group Limited dan anak syarikat (keseluruhannya “AIA” atau “Kumpulan”) terdiri daripada kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas. Ia beroperasi di 18 pasaran di rantau Asia Pasifik – cawangan dan anak syarikat milik penuh di Hong Kong, Thailand, Singapura, Malaysia, China, Korea, Filipina, Australia, Indonesia, Taiwan, Vietnam, New Zealand, Macau, Brunei, Cambodia, dan mempunyai pegangan anak syarikat sebanyak 97 peratus di Sri Lanka dan satu usaha sama dengan pegangan anak syarikat sebanyak 49 peratus di India serta pejabat perwakilan di Myanmar.

    Perniagaan yang kini dikenali sebagai AIA telah ditubuhkan di Shanghai hampir sedekad yang lalu pada tahun 1919. Ianya merupakan peneraju pasaran di rantau Asia Pasifik (tidak termasuk Jepun) berdasarkan premium insurans hayat dan memegang kedudukan utama dalam sebahagian besar pasarannya. Ia mempunyai jumlah aset bernilai $221 bilion dolar Amerika pada 30 Jun 2018.

    AIA memenuhi keperluan simpanan dan perlindungan individu secara jangka panjang dengan menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan termasuk insurans hayat, insurans kemalangan dan kesihatan dan pelan simpanan. Kumpulan ini juga menyediakan manfaat pekerja, kredit hayat dan perkhidmatan persaraan kepada pelanggan korporat. Melalui rangkaian ejen-ejen, rakan kongsi dan pekerja yang meluas di seluruh Asia Pasifik, AIA memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 32 juta pemegang polisi individu dan lebih 16 juta peserta skim insurans berkumpulan.

    Kumpulan AIA disenaraikan di Papan Utama, Bursa Saham Hong Kong di bawah kod bursa “1299” dengan Resit Depositari Amerika (Tahap 1) yang diniagakan pada kaunter pasaran (simbol ticker: “AAGIY”).

    Mengenai AIA Vitality

    AIA Vitality merupakan satu-satunya program kesejahteraan menyeluruh berasaskan sains yang pertama di Asia. Program ini menyediakan pengetahuan, alat dan motivasi kepada ahli-ahlinya untuk membantu mereka melaksanakan langkah-langkah yang boleh dicapai bagi memenuhi matlamat kesihatan dan perubahan tingkah laku positif secara jangka panjang ke arah gaya hidup yang lebih sihat.

    Ahli AIA Vitality diberi insentif untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti kesihatan dan kesejahteraan dengan menawarkan mereka pelbagai faedah termasuk manfaat insurans dan perlindungan tambahan kepada pelan insurans dan pelan Takaful yang terpilih serta menikmati diskaun daripada rakan AIA Vitality.

    Ketahui dengan lebih lanjut mengenai AIA Vitality di www.aiavitality.com.my

    Mengenai Tempat Kerja Paling Sihat oleh AIA Vitality

    Maklumat lanjut tentang Tempat Kerja Paling Sihat oleh AIA Vitality boleh diperolehi dengan melayari www.healthiestworkplace.aia.com

    Mengenai RAND Corporation

    RAND Corporation adalah sebuah organisasi penyelidikan yang membangunkan penyelesaian bagi cabaran polisi awam untuk membantu komuniti di seluruh dunia menjadi lebih selamat, lebih sihat dan lebih makmur.

    Produk Kami
    Perlindungan Hayat
    Perlindungan Perubatan
    Perlindungan Penyakit Kritikal
    Simpanan & Pelaburan
    Perlindungan Kemalangan
    Penyelesaian Hartanah
    Insurans Kenderaan
    Produk Dalam Talian
    Produk Kami
    Perlindungan Hayat
    Perlindungan Perubatan
    Perlindungan Penyakit Kritikal
    Simpanan & Pelaburan
    Perlindungan Kemalangan
    Penyelesaian Hartanah
    Insurans Kenderaan
    Produk atas talian
    Tahukan Anda
    Kesihatan & Kesejahteraan
    Kewangan & Insurans
    Galeri Video
    Statistik Kesihatan
    Tentang Kami
    Tentang AIA Bhd.
    Tentang AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    Tentang AIA General Berhad
    Tentang AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    Peluang Kerjaya
    Program Komuniti
    Acara & Promosi
    Peta Laman
    Bantuan & Sokongan
    Hubungi Kami
    Soalan Lazim
    Pengumuman Penting
    Hab Borang
    AIA Malaysia
    Menara AIA, 99, Jalan Ampang,
    50450 Kuala Lumpur
    AIA Bhd.
    1300-88-1899
    Untuk Pelanggan Luar Negara
    603 2056 1111
    AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    1300-88-8922
    AIA General Berhad
    1300-88-1899
    AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    1300-22-7771
    AIA Auto Assist / Roadside Assist
    1-800-88-8733
    Tahukah Anda
    Kesihatan & Kesejahteraan
    Kewangan & Insurans
    Galeri Video
    Statistik Kesihatan
    TENTANG KAMI
    Tentang AIA Bhd.
    Tentang AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    Tentang AIA General Berhad
    Tentang AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    Peluang Kerjaya
    Program Komuniti
    Acara & Promosi
    Peta Laman

    Laman web ini menggunakan kuki bertujuan untuk meningkatkan kemudahan pengguna. Anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai jenis kuki yang kami kumpulkan, apa yang kami gunakan, dan cara menguruskan tetapan kuki anda di dalam Polisi Kuki dan Penyata Privasi.

    Bantuan & Sokongan
    Hubungi Kami
    Soalan Lazim
    Pengumuman Penting
    Hab Borang
    AIA Malaysia
    Menara AIA, 99, Jalan Ampang,
    50450 Kuala Lumpur
    AIA Bhd.
    1300-88-1899
    Untuk Pelanggan Luar Negara
    603 2056 1111
    AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    1300-88-8922
    AIA General Berhad
    1300-88-1899
    AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    1300-22-7771
    AIA Auto Assist / Roadside Assist
    1-800-88-8733

    Hak cipta © 2022 AIA Group Limited dan anak-anak syarikatnya. AIA Bhd. 200701032867 (790895-D) AIA PUBLIC Takaful Bhd. 201101007816 (935955-M) AIA General Berhad 201001040438 (924363-W) AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd. 201201027147 (1011637-P) AIA Health Services Sdn. Bhd. 199601016211 (388561-T). Semua hak cipta terpelihara.
    Terma Penggunaan | Penyataan Privasi | Kod Tatacara | Peta Laman