Skip to main content
  • EN
  • BM
  • Search
  • AIA Malaysia
  • Produk Kami
    • Perlindungan Hayat
    • Perlindungan Perubatan
    • Perlindungan Penyakit Kritikal
    • Simpanan & Pelaburan
    • Perlindungan Kemalangan
    • Penyelesaian Hartanah
    • Insurans Kenderaan
    • Produk Dalam Talian
    • AIA Vitality
    • Manfaat Pekerja
    • Insurans Komersial
  • AIA Vitality
    • Bagaimana AIA Vitality Berfungsi?
    • MAFAAT & GANJARAN
    • Testimonial Ahli
  • Tahukah Anda?
    • Kesihatan & Kesejahteraan
    • Kewangan & Insurans
    • Galeri video
    • Statistik Kesihatan
  • Tentang Kami
    • Tentang Kami
    • Tentang AIA Public Takaful Berhad
    • Tentang AIA General Insurance Berhad
    • Tentang AIA Pension & Asset Management (APAM)
    • Peluang Kerjaya
    • Program Komuniti
    • Pusat Media
    • Acara & Promosi
    • Piagam Pelanggan
  • Bantuan
    • Hubungi Kami
    • Temui Kami
    • Soalan Lazim
    • Pengumuman Penting
    • Hab Borang
    • Panduan Pengguna Portal Pelanggan My AIA
  • Log Masuk My AIA
    • Log Masuk Portal Pelanggan
    • Pendaftaran Pelanggan
    • Log Masuk Portal Korporat
  • Investment-Linked Funds
AIA
  • Produk Kami

    Produk Kami

    Pilih daripada salah satu kategori di kanan atau klik untuk cadangan mengikut keperluan anda.

    Kami sedia membantu anda.
    Dana Berkaitan Pelaburan

    Dapatkan maklumat terkini mengenai dana-dana kami dan prestasi dana tersebut.

    Klik di sini untuk Laporan Prestasi Dana Berkaitan Pelaburan AIA 2021

    Untuk Individu

    Untuk Perniagaan

    • Perlindungan Hayat

      Lindungi masa depan orang yang tersayang daripada ketidakpastian

    • Perlindungan Perubatan

      Memiliki penyelesaian penjagaan kesihatan yang diyakini dan inovatif disaat memerlukan.

    • Perlindungan Penyakit Kritikal

      Perlindungan daripada beban kewangan akibat penyakit kritikal.

    • Simpanan & Pelaburan

      Gandakan pulangan nilai wang anda – impian anda bermakna.

    • Perlindungan Kemalangan

      Kukuhkan kewangan untuk menghadapi perkara di luar jangkaan.

    • Penyelesaian Hartanah

      Biayai hartanah impian anda dan pastikan isi rumah dilindungi.

    • Insurans Kenderaan

      Dapatkan perlindungan komprehensif untuk kenderaan bermotor anda.

    • Produk Dalam Talian

      Dapatkan pelan insurans dan takaful kami secara dalam talian untuk perlindungan serta-merta.

    • AIA Vitality

      AIA Vitality adalah program kesejahteraan yang disokong oleh bidang sains yang sesuai dengan anda dan memberi ganjaran bagi pilihan kesihatan anda. Ketahui lebih lanjut

    • Manfaat Pekerja

      Lindungi aset syarikat anda yang paling penting melalui penyelesaian kami yang menerajui pasaran.

    • Insurans Komersial

      Lindungi perniagaan anda daripada kejadian yang tidak diingini dan kerosakan.

  • AIA Vitality

    AIA Vitality

    • Bagaimana AIA Vitality Berfungsi?

      Ketahui bagaimana AIA Vitality mendorong anda untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat, berpanjangan dan bermakna.

    • MAFAAT & GANJARAN

      Ketahui manfaat dan ganjaran yang boleh anda nikmati sebagai ahli AIA Vitality.

    • Testimonial Ahli

      Dapatkan inspirasi dari kisah ahli kami mengenai pengalaman mereka dengan AIA Vitality.

  • Tahukah Anda?

    Tahukah Anda?

    Panduan dan tip-tip mengenai topik kesihatan dan kewangan terkini.

    LIHAT SEMUA DALAM TAHUKAH ANDA?
    • Kesihatan & Kesejahteraan

      Kehidupan bermakna & sihat bermula hari ini.

    • Kewangan & Insurans

      Kewangan dipermudahkan.

    • Galeri video

      Video pendek mengenai topik kesihatan dan kewangan terkini.

    • Statistik Kesihatan

      Ketahui lanjut mengenai statistik kesihatan terkini.

  • Tentang Kami

    Tentang Kami

    Hampir seabad lamanya, AIA memenuhi keperluan jutaan orang yang sentiasa berubah di seluruh rantau Asia Pasifik.

    BACA LEBIH LANJUT
    • Tentang Kami

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA Public Takaful Berhad

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA General Insurance Berhad

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA Pension & Asset Management (APAM)

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Peluang Kerjaya

      Berminat untuk menyertai keluarga AIA? Carilah jawatan yang sesuai untuk anda.

    • Program Komuniti

      Berbakti kepada komuniti amatlah penting buat kami.

    • Pusat Media

      Kewangan, siaran akhbar dan maklumat lain mengenai AIA.

    • Acara & Promosi

      Acara & Promosi

    • Piagam Pelanggan

      Komitmen kami untuk Pelanggan kami

  • Bantuan

    Bantuan

    Kami bertekad untuk membantu menjawab pertanyaan anda dengan sentuhan perkhidmatan pelanggan yang memuaskan.

    Hubungi AIA
    • Hubungi Kami

      Tiada jawapan dalam bahagian FAQ? Hubungi kami sekarang.

    • Temui Kami

    • Soalan Lazim

      Ada soalan? Anda boleh dapatkan jawapan di sini.

    • Pengumuman Penting

      Maklumat berguna untuk pelanggan kami.

    • Hab Borang

      Perlukan borang? Carilah di hab borang kami.

    • Panduan Pengguna Portal Pelanggan My AIA

  • Log Masuk My AIA

    My AIA

    Urus pelan AIA dan manfaat pekerja anda, kekal sihat dengan AIA Vitality serta akses perkhidmatan kesihatan.

    Download My AIA
    Download My AIA
    Download My AIA
    Download My AIA
    • individual
      PORTAL PELANGGAN

      Urus pelan AIA, manfaat pekerja dan akaun AIA Vitality anda.

      Daftar Log masuk

    • corporate
      PORTAL KORPORAT

      Untuk kakitangan Sumber Manusia (HR) dan pihak pengantara mengurus portfolio faedah pekerja syarikat dengan lebih efisien.

      Log masuk

  • Language Select
    • EN
    • BM
  • Search
  • Contact Us
    • Hubungi Kami

      Waktu Operasi:
      Isnin – Khamis : 8.30pagi – 5.30petang,
      Jumaat : 8.30pagi – 4.30petang

    • AIA BHD.

    • AIA PUBLIC TAKAFUL BHD.

    • AIA General Berhad

    • AIA Auto Assist/AIA Roadside Assist

2019
Sebelum | Selepas
Back to Top
  • {{title}}

    {{label}}
  • AIA dan Citi Perkukuh Kerjasama Bancassurance dengan Penyelesaian Insurans Digital Terbaru

    Kuala Lumpur, 19/04/2019


    AIA x Citi

    Kapsyen foto: (Dari kiri ke kanan) Pengurus Perniagaan Pelanggan Citi Malaysia, Elaine Fan; Ketua Pegawai Eksekutif Citi Malaysia, Lee Lung Nien; Ketua Pegawai Eksekutif AIA Bhd., Anusha Thavarajah bersama Ketua Pegawai Pengedaran Kerjasama AIA Bhd. Serrina Foo, di majlis pelancaran saluran digital menyeluruh AIA-Citi yang menawarkan pengalaman pembelian insurans dalam talian yang lancar kepada pelanggan.

    Kerjasama institusi perbankan dengan syarikat insurans yang pertama di Malaysia melancarkan saluran digital menyeluruh yang menawarkan pengalaman pembelian insurans dalam talian yang lancar kepada pelanggan Citi

    Kuala Lumpur, 9 April 2019 – AIA Bhd. hari ini mengukuhkan jalinan kerjasama dengan Citi Malaysia menerusi pelancaran saluran digital menyeluruh yang menawarkan pemegang kad kredit Citi pengalaman pembelian rangkaian produk insuransnya secara dalam talian yang selamat dan lancar. Inisiatif ini menggabungkan kepakaran digital AIA dan Citi, menggunakan keterhubungan aplikasi pengaturcaraan antara muka (API) Citi yang memberi kemudahan dan manfaat kepada pelanggan. 

    Mengulas mengenai usaha sama terbaru AIA bersama Citi, Anusha Thavarajah, Ketua Pegawai Eksekutif AIA Bhd. berkata, “Kami gembira kerana mencapai satu lagi kejayaan penting melalui kerjasama bancassurance dengan Citi yang memanfaatkan kepakaran digital dan aset inovatif kami bagi menawarkan penyelesaian pelanggan yang memenuhi keperluan mereka. Kami juga berkongsi matlamat yang sama dengan Citi untuk menjadi rakan sepanjang perjalanan hidup pelanggan, bukan sahaja ketika diperlukan tetapi untuk membantu mereka hidup dengan lebih sihat, berpanjangan dan bermakna.”

    Ketua Pegawai Eksekutif Citi Malaysia, Lee Lung Nien menambah, “Tawaran dalam talian ini adalah langkah terbaik bagi Citi untuk terus mara ke hadapan kerana kami melihat pendigitalan sebagai evolusi semulajadi perniagaan kami. Perniagaan insurans Citi Malaysia bersedia memacu pertumbuhan dalam segmen digital kerana kajian kami menunjukkan bahawa pelanggan berminat untuk mendapatkan produk perlindungan dan kini, kami menyediakan penyelesaian yang mudah diakses menerusi peranti pilihan mereka.

    “Dikuasakan oleh keterhubungan API Citi, pelanggan kami kini boleh mendapatkan perlindungan insurans secara dalam talian pada bila-bila masa dan di mana jua disamping menikmati proses pembelian yang lancar dan mudah. Ini bermakna transaksi dapat dilengkapkan dalam masa beberapa minit dengan hanya beberapa klik, sekali gus memudahkan pelanggan mendapat perlindungan pada hari yang sama,” jelas beliau.

    Produk insurans pertama yang ditawarkan di bawah initiatif ini adalah pelan insurans penyakit kritikal (CI) komprehensif AIA, CI Care Plus. Dengan premium bulanan serendah RM 38 dan perlindungan sehingga RM200,000, CI Care Plus melindungi pelanggan Citi daripada 39 jenis penyakit kritikal serta komplikasi yang disebabkan oleh penyakit diabetes sehingga usia 80 tahun.

    Pelanggan Citi juga akan menikmati manfaat tambahan seperti menerima 100% amuan perlindungan apabila tempoh polisi matang dan bayaran sekali gus kepada ahli keluarga sekiranya meninggal dunia. Pelan ini juga menyediakan pembayaran pendahuluan bagi angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari. 

    “Jelas sekali, semakin ramai rakyat Malaysia menghidap penyakit tidak berjangkit dan menghadapi kesukaran untuk menanggung kos jangka panjang untuk merawat penyakit kritikal. Hasil daripada kajian terkini Indeks Kehidupan Sihat AIA mendedahkan bahawa 57% daripada responden di Malaysia menyatakan kebimbangan terhadap kos yang mungkin perlu ditanggung untuk merawat penyakit-penyakit kritikal. Justeru, produk ini diperkenalkan tepat pada masanya untuk membantu menangani kebimbangan tersebut,” tambah Anusha.  

    CI Care Plus ditawarkan kepada pemegang kad kredit Citi yang merupakan warganegara atau penduduk tetap Malaysia yang berusia diantara 18 hingga 55 tahun. Pelanggan boleh memilih daripada empat jenis pelan berbeza mengikut keperluan mereka dan menerima perlindungan serta-merta setelah melengkapkan empat langkah pendaftaran yang mudah, tanpa perlu menjawab sebarang soal selidik perubatan atau menjalani pemeriksaan kesihatan.

    Sejak tahun 2014, AIA dan Citi telah menjalin kerjasama bancassurance strategik dan jangka panjang merentasi 11 pasaran termasuk Australia, China, Hong Kong, India, Indonesia, Korea, Singapura, Thailand, Filipina dan Vietnam. Kerjasama tersebut merangkumi kesemua saluran edaran peruncitan termasuk cawangan, telepemasaran dan dalam talian. AIA Bhd. menawarkan rangkaian penyelesaian insurans yang meliputi kedua-dua produk insurans hayat dan insurans kemalangan peribadi kepada semua pelanggan Citi di Malaysia.

    Untuk maklumat lanjut mengenai CI Care Plus, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan AIA di 1 800 38 3464 atau layari www.citibank.com.my.    

    - TAMAT -

    Mengenai AIA Bhd.

    AIA Bhd. adalah peneraju utama syarikat insurans di Malaysia, di mana kami mendapat penghormatan menjalankan perniagaan sejak 1948. Kami menawarkan rangkaian penyelesaian kewangan termasuk Perlindungan, Kesihatan, Kemalangan Peribadi, Faedah Pekerja, Gadai Janji, dan Persaraan untuk memenuhi keperluan dan jaminan kewangan pelanggan kami pada setiap peringkat kehidupan mereka. Melalui rangkaian pengedaran kami yang pelbagai dan luas yang mempunyai kekuatan pasukan agensi dengan hampir 14,000 Perancang Hayat, cawangan rakan kongsi bank kami yang eksklusif di seluruh negara serta pasukan jualan korporat dan broker, kami memberi pelanggan kami pilihan dalam menentukan bagaimana, bila dan di mana mereka menghubungi kami.

    Sebahagian daripada Kumpulan AIA, kumpulan insurans hayat pan-Asia yang tersenarai awam bebas yang terbesar, AIA Bhd. mempunyai kekuatan kewangan, pengalaman, rangkaian pusat perkhidmatan serta pasukan terlatih yang terdiri daripada lebih 2,000 kakitangan untuk menawarkan perkhidmatan kepada 3.5 juta pelanggan di seluruh negara. Sehingga 30 Jun 2018, jumlah aset AIA Bhd. bernilai RM51 bilion, dengan modal berbayar sebanyak RM1,451 juta.

    Mengenai AIA

    AIA Group Limited dan anak syarikat (keseluruhannya “AIA” atau “Kumpulan”) terdiri daripada kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam bebas yang terbesar. Ia beroperasi di 18 pasaran di rantau Asia Pasifik – cawangan dan anak syarikat milik penuh di Hong Kong, Thailand, Singapura, Malaysia, China, Korea, Filipina, Australia, Indonesia, Taiwan, Vietnam, New Zealand, Macau, Brunei, Cambodia, dan mempunyai pegangan anak syarikat sebanyak 97 peratus di Sri Lanka dan satu usaha sama dengan pegangan anak syarikat sebanyak 49 peratus di India serta pejabat perwakilan di Myanmar.

    Perniagaan yang kini dikenali sebagai AIA telah ditubuhkan di Shanghai hampir sedekad yang lalu pada tahun 1919. Ianya merupakan peneraju pasaran di rantau Asia Pasifik (tidak termasuk Jepun) berdasarkan premium insurans hayat dan memegang kedudukan utama dalam sebahagian besar pasarannya. Ia mempunyai jumlah aset bernilai USD230 bilion pada 31 Disember 2018.

    AIA memenuhi keperluan simpanan dan perlindungan individu secara jangka panjang dengan menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan termasuk insurans hayat, insurans kemalangan dan kesihatan dan pelan simpanan. Kumpulan ini juga menyediakan manfaat pekerja, kredit hayat dan perkhidmatan persaraan kepada pelanggan korporat. Melalui rangkaian ejen-ejen, rakan kongsi dan pekerja yang meluas di seluruh Asia Pasifik, AIA memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 33 juta pemegang polisi individu dan lebih 16 juta peserta skim insurans berkumpulan.

    Kumpulan AIA disenaraikan di Papan Utama, Bursa Saham Hong Kong di bawah kod bursa “1299” dengan Resit Depositari Amerika (Tahap 1) yang diniagakan pada kaunter pasaran (simbol ticker: “AAGIY”).

    Mengenai Citi

    Citi, the leading global bank, has approximately 200 million customer accounts and does business in more than 160 countries and jurisdictions. Citi provides consumers, corporations, governments and institutions with a broad range of financial products and services, including consumer banking and credit, corporate and investment banking, securities brokerage, transaction services, and wealth management. 

    Additional information may be found at www.citigroup.com | Twitter: @Citi | YouTube: www.youtube.com/citi  | Blog: http://blog.citigroup.com  | Facebook: www.facebook.com/citi | LinkedIn: www.linkedin.com/company/citi

    Produk Kami
    Perlindungan Hayat
    Perlindungan Perubatan
    Perlindungan Penyakit Kritikal
    Simpanan & Pelaburan
    Perlindungan Kemalangan
    Penyelesaian Hartanah
    Insurans Kenderaan
    Produk Dalam Talian
    Produk Kami
    Perlindungan Hayat
    Perlindungan Perubatan
    Perlindungan Penyakit Kritikal
    Simpanan & Pelaburan
    Perlindungan Kemalangan
    Penyelesaian Hartanah
    Insurans Kenderaan
    Produk atas talian
    Tahukan Anda
    Kesihatan & Kesejahteraan
    Kewangan & Insurans
    Galeri Video
    Statistik Kesihatan
    Tentang Kami
    Tentang AIA Bhd.
    Tentang AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    Tentang AIA General Berhad
    Tentang AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    Peluang Kerjaya
    Program Komuniti
    Acara & Promosi
    Peta Laman
    Bantuan & Sokongan
    Hubungi Kami
    Soalan Lazim
    Pengumuman Penting
    Hab Borang
    AIA Malaysia
    Menara AIA, 99, Jalan Ampang,
    50450 Kuala Lumpur
    AIA Bhd.
    1300-88-1899
    Untuk Pelanggan Luar Negara
    603 2056 1111
    AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    1300-88-8922
    AIA General Berhad
    1300-88-1899
    AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    1300-22-7771
    AIA Auto Assist / Roadside Assist
    1-800-88-8733
    Tahukah Anda
    Kesihatan & Kesejahteraan
    Kewangan & Insurans
    Galeri Video
    Statistik Kesihatan
    TENTANG KAMI
    Tentang AIA Bhd.
    Tentang AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    Tentang AIA General Berhad
    Tentang AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    Peluang Kerjaya
    Program Komuniti
    Acara & Promosi
    Peta Laman

    Laman web ini menggunakan kuki bertujuan untuk meningkatkan kemudahan pengguna. Anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai jenis kuki yang kami kumpulkan, apa yang kami gunakan, dan cara menguruskan tetapan kuki anda di dalam Polisi Kuki dan Penyata Privasi.

    Bantuan & Sokongan
    Hubungi Kami
    Soalan Lazim
    Pengumuman Penting
    Hab Borang
    AIA Malaysia
    Menara AIA, 99, Jalan Ampang,
    50450 Kuala Lumpur
    AIA Bhd.
    1300-88-1899
    Untuk Pelanggan Luar Negara
    603 2056 1111
    AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    1300-88-8922
    AIA General Berhad
    1300-88-1899
    AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    1300-22-7771
    AIA Auto Assist / Roadside Assist
    1-800-88-8733

    Hak cipta © 2022 AIA Group Limited dan anak-anak syarikatnya. AIA Bhd. 200701032867 (790895-D) AIA PUBLIC Takaful Bhd. 201101007816 (935955-M) AIA General Berhad 201001040438 (924363-W) AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd. 201201027147 (1011637-P) AIA Health Services Sdn. Bhd. 199601016211 (388561-T). Semua hak cipta terpelihara.
    Terma Penggunaan | Penyataan Privasi | Kod Tatacara | Peta Laman