Skip to main content
  • EN
  • BM
  • Search
  • AIA Malaysia
  • Produk Kami
    • Perlindungan Hayat
    • Perlindungan Perubatan
    • Perlindungan Penyakit Kritikal
    • Simpanan & Pelaburan
    • Perlindungan Kemalangan
    • Penyelesaian Hartanah
    • Insurans Kenderaan
    • Produk Dalam Talian
    • AIA Vitality
    • Manfaat Pekerja
    • Insurans Komersial
  • AIA Vitality
    • Bagaimana AIA Vitality Berfungsi?
    • MAFAAT & GANJARAN
    • Testimonial Ahli
  • Tahukah Anda?
    • Kesihatan & Kesejahteraan
    • Kewangan & Insurans
    • Galeri video
    • Statistik Kesihatan
  • Tentang Kami
    • Tentang Kami
    • Tentang AIA Public Takaful Berhad
    • Tentang AIA General Insurance Berhad
    • Tentang AIA Pension & Asset Management (APAM)
    • Peluang Kerjaya
    • Program Komuniti
    • Pusat Media
    • Acara & Promosi
    • Piagam Pelanggan
  • Bantuan
    • Hubungi Kami
    • Temui Kami
    • Soalan Lazim
    • Pengumuman Penting
    • Hab Borang
    • Panduan Pengguna Portal Pelanggan My AIA
  • Log Masuk My AIA
    • Log Masuk Portal Pelanggan
    • Pendaftaran Pelanggan
    • Log Masuk Portal Korporat
  • Investment-Linked Funds
AIA
  • Produk Kami

    Produk Kami

    Pilih daripada salah satu kategori di kanan atau klik untuk cadangan mengikut keperluan anda.

    Kami sedia membantu anda.
    Dana Berkaitan Pelaburan

    Dapatkan maklumat terkini mengenai dana-dana kami dan prestasi dana tersebut.

    Klik di sini untuk Laporan Prestasi Dana Berkaitan Pelaburan AIA 2021

    Untuk Individu

    Untuk Perniagaan

    • Perlindungan Hayat

      Lindungi masa depan orang yang tersayang daripada ketidakpastian

    • Perlindungan Perubatan

      Memiliki penyelesaian penjagaan kesihatan yang diyakini dan inovatif disaat memerlukan.

    • Perlindungan Penyakit Kritikal

      Perlindungan daripada beban kewangan akibat penyakit kritikal.

    • Simpanan & Pelaburan

      Gandakan pulangan nilai wang anda – impian anda bermakna.

    • Perlindungan Kemalangan

      Kukuhkan kewangan untuk menghadapi perkara di luar jangkaan.

    • Penyelesaian Hartanah

      Biayai hartanah impian anda dan pastikan isi rumah dilindungi.

    • Insurans Kenderaan

      Dapatkan perlindungan komprehensif untuk kenderaan bermotor anda.

    • Produk Dalam Talian

      Dapatkan pelan insurans dan takaful kami secara dalam talian untuk perlindungan serta-merta.

    • AIA Vitality

      AIA Vitality adalah program kesejahteraan yang disokong oleh bidang sains yang sesuai dengan anda dan memberi ganjaran bagi pilihan kesihatan anda. Ketahui lebih lanjut

    • Manfaat Pekerja

      Lindungi aset syarikat anda yang paling penting melalui penyelesaian kami yang menerajui pasaran.

    • Insurans Komersial

      Lindungi perniagaan anda daripada kejadian yang tidak diingini dan kerosakan.

  • AIA Vitality

    AIA Vitality

    • Bagaimana AIA Vitality Berfungsi?

      Ketahui bagaimana AIA Vitality mendorong anda untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat, berpanjangan dan bermakna.

    • MAFAAT & GANJARAN

      Ketahui manfaat dan ganjaran yang boleh anda nikmati sebagai ahli AIA Vitality.

    • Testimonial Ahli

      Dapatkan inspirasi dari kisah ahli kami mengenai pengalaman mereka dengan AIA Vitality.

  • Tahukah Anda?

    Tahukah Anda?

    Panduan dan tip-tip mengenai topik kesihatan dan kewangan terkini.

    LIHAT SEMUA DALAM TAHUKAH ANDA?
    • Kesihatan & Kesejahteraan

      Kehidupan bermakna & sihat bermula hari ini.

    • Kewangan & Insurans

      Kewangan dipermudahkan.

    • Galeri video

      Video pendek mengenai topik kesihatan dan kewangan terkini.

    • Statistik Kesihatan

      Ketahui lanjut mengenai statistik kesihatan terkini.

  • Tentang Kami

    Tentang Kami

    Hampir seabad lamanya, AIA memenuhi keperluan jutaan orang yang sentiasa berubah di seluruh rantau Asia Pasifik.

    BACA LEBIH LANJUT
    • Tentang Kami

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA Public Takaful Berhad

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA General Insurance Berhad

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA Pension & Asset Management (APAM)

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Peluang Kerjaya

      Berminat untuk menyertai keluarga AIA? Carilah jawatan yang sesuai untuk anda.

    • Program Komuniti

      Berbakti kepada komuniti amatlah penting buat kami.

    • Pusat Media

      Kewangan, siaran akhbar dan maklumat lain mengenai AIA.

    • Acara & Promosi

      Acara & Promosi

    • Piagam Pelanggan

      Komitmen kami untuk Pelanggan kami

  • Bantuan

    Bantuan

    Kami bertekad untuk membantu menjawab pertanyaan anda dengan sentuhan perkhidmatan pelanggan yang memuaskan.

    Hubungi AIA
    • Hubungi Kami

      Tiada jawapan dalam bahagian FAQ? Hubungi kami sekarang.

    • Temui Kami

    • Soalan Lazim

      Ada soalan? Anda boleh dapatkan jawapan di sini.

    • Pengumuman Penting

      Maklumat berguna untuk pelanggan kami.

    • Hab Borang

      Perlukan borang? Carilah di hab borang kami.

    • Panduan Pengguna Portal Pelanggan My AIA

  • Log Masuk My AIA

    My AIA

    Urus pelan AIA dan manfaat pekerja anda, kekal sihat dengan AIA Vitality serta akses perkhidmatan kesihatan.

    Download My AIA
    Download My AIA
    Download My AIA
    Download My AIA
    • individual
      PORTAL PELANGGAN

      Urus pelan AIA, manfaat pekerja dan akaun AIA Vitality anda.

      Daftar Log masuk

    • corporate
      PORTAL KORPORAT

      Untuk kakitangan Sumber Manusia (HR) dan pihak pengantara mengurus portfolio faedah pekerja syarikat dengan lebih efisien.

      Log masuk

  • Language Select
    • EN
    • BM
  • Search
  • Contact Us
    • Hubungi Kami

      Waktu Operasi:
      Isnin – Khamis : 8.30pagi – 5.30petang,
      Jumaat : 8.30pagi – 4.30petang

    • AIA BHD.

    • AIA PUBLIC TAKAFUL BHD.

    • AIA General Berhad

    • AIA Auto Assist/AIA Roadside Assist

2019
Sebelum | Selepas
Back to Top
  • {{title}}

    {{label}}
  • DISTRICT RACE ANJURAN AIA VITALITY KINI DI MALAYSIA

    20/06/2019



    JOM SERTAI PERLUMBAAN EKSPLORASI BANDAR YANG TERHEBAT DI DUNIA

    [KUALA LUMPUR, JUN 20, 2019] – District Race, perlumbaan eksplorasi bandar yang terhebat di dunia, anjuran AIA Vitality buat julung kalinya diperkenalkan di Malaysia pada hari ini. Pertama kali dilancarkan di Singapura pada 2018, District merupakan platform perintis yang menggunakan teknologi untuk menggalakkan orang ramai untuk menjalani gaya hidup sihat dan aktif dengan menawarkan pengalaman yang menyeronokkan apabila mereka melakukan aktiviti eksplorasi bandar melalui aplikasi District Race.

    Ben Pember, Ketua Pegawai Eksekutif District Technologies berkata: "Setelah berjaya mencatat kejayaan dalam penganjuran District Race di Hong Kong dan Singapura, kami amat teruja untuk memperkenalkan District Race di Malaysia pula. Dengan menawarkan sebuah pengalaman baharu dalam aktiviti eksplorasi bandar kepada rakyat Malaysia, kami berharap dapat menggalakkan gaya  hidup aktif dan pada masa yang sama menyemai rasa penghargaan yang lebih mendalam terhadap bandar mereka sendiri. District Race direka bersesuaian bagi setiap individu dan kami percaya District Race merupakan permulaan yang baik dalam menyuntik motivasi orang ramai untuk meneroka semula keindahan serta keunikan bandar mereka.”

    Heng Zee Wang, Ketua Pegawai Pemasaran AIA Malaysia juga berpendapat: "Mengekalkan rejim senaman yang tetap dan mengamalkan gaya hidup aktif sememangnya satu cabaran buat generasi masa kini. Komitmen terhadap kerjaya dan keluarga, di samping tempoh perjalanan yang lama sering menjadi halangan untuk kita mengekalkan gaya hidup yang sihat. Oleh itu, AIA berbesar hati membawa District Race ke Malaysia buat pertama kalinya. Kami berharap acara ini dapat menjadi sebuah platform yang membolehkan rakyat Malaysia mengeksplorasi bandar mereka dengan cara baharu bersama keluarga serta rakan-rakan. Kami sentiasa mencari idea baharu dan inovatif untuk memperkasakan rakyat Malaysia menjalani kehidupan yang lebih sihat, berpanjangan dan bermakna. Kami percaya District mampu menjanjikan sebuah pengalaman baharu yang hebat untuk semua."

    Aplikasi Eksplorasi Terhebat di Dunia

    Aplikasi District Race adalah sebuah platform yang menggunakan teknologi berteraskan permainan untuk memberi pengalaman mengagumkan kepada pengguna dalam usaha menyuntik nafas baharu terhadap aktiviti larian dan eksplorasi bandar. Dengan menggabungkan kecanggihan teknologi berasaskan pengesanan lokasi dan augmentasi realiti (AR), aplikasi District Race membawa pengguna menjelajah bandar mereka dalam sebuah perlumbaan yang menakjubkan.

    Peserta boleh menggunakan aplikasi District Race sebagai panduan dalam menjelajah bandar dan mengumpul sebanyak mungkin mata dengan melepasi beberapa stesen hentian maya serta cabaran. Tiada laluan dan jarak tertentu yang ditetapkan, oleh itu peserta bebas mengatur strategi dan menjelajah bandar dengan cara mereka tersendiri .

    Baik generasi muda yang mencari peluang untuk meneroka semula bandar mereka atau barisan pelari elit yang ingin menakluk cabaran baharu mahupun golongan berkeluarga yang mencari pengalaman sihat, menyeronokkan dan dpada masa yang sama mendidik, District Race direka untuk memberi pengalaman yang tidak akan dilupakan buat semua.

    Aktiviti pra-acara untuk menghangatkan acara utama

    Acara perlumbaan utama akan diadakan pada 3 November 2019 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dengan tiket berharga antara RM60 hingga RM130, termasuk harga tiket bagi fasa Early Bird dan Regular. Sebelum acara kemuncak di Kuala Lumpur, perlumbaan juga akan diadakan secara berperingkat di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka dan Johor Bahru. Terdapat beberapa stesen hentian maya yang dikenali sebagai ‘grids’ di lokasi-lokasi tersebut untuk memberi peluang kepada semua orang merasai pengalaman menyertai District Race secara percuma sebelum acara utama berlangsung. Grids akan mula dipaparkan bermula 21 Jun hingga 20 Oktober dan peserta berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik apabila mereka melakukan eksplorasi bandar.

    Bukan itu sahaja, satu siri acara komuniti yang dikenali sebagai #ExploreEvents juga akan diadakan di empat buah bandar utama tersebut. Acara ini memperlihatkan setiap daerah maya mempunyai tema tersendiri dan menawarkan cabaran berbeza yang memfokuskan pada mercu tanda, budaya dan warisan setiap bandar.

    Mula menjelajah dengan aplikasi District Race sambil nikmati ganjaran

    District Race akan melancarkan Ultimate Explorer Challenge (Cabaran Penjelajah Terunggul) di Malaysia untuk menggalakkan orang ramai menjelajah dan meningkatkan tahap kecergasan mereka. Peserta yang berjaya mengumpul mata tertinggi dengan melengkapkan grids District di Malaysia dari 17 Jun hingga 2 November 2019 akan diberi ganjaran iaitu sebuah trip mengelilingi dunia yang memberi peluang kepada mereka mencuba grids District di lebih dari 15 buah bandar di seluruh dunia.[1] Ganjaran ini sejajar dengan misi untuk membolehkan semua orang pergi lebih jauh, melakukan lebih banyak perkara dan menjelajah. Pemenang cabaran ini akan diumumkan pada hari acara perlumbaan utama pada 3 November.

    Di samping itu, peserta yang memuat turun aplikasi District dan melengkap penjelajahan di sekurang-kurangnya lima grid antara 17 Jun dan 31 Julai akan menerima tiket percuma untuk menyertai District Race Kuala Lumpur yang akan berlangsung pada 3 November.

    Perlumbaan explorasi bandar terhebat di dunia

    Peserta boleh memilih untuk menyertai antara dua kategori iaitu Discovery atau Open pada hari perlumbaan utama, sebagai individu atau dalam pasukan berempat. Kedua-dua kategori ini berbeza daripada segi tahap kesukaran dan jumlah stesen hentian.


    [1] Tertakluk pada terma dan syarat. Peserta harus menyelesaikan minimum 100 sesi dan perlu mengumpul minimum 5000 mata untuk setiap sesi.

     

    Kategori Open adalah kategori klasik yang sesuai buat mereka yang ingin menjelajah tempat-tempat baharu di sekitar bandar dan bersaing dalam cabaran baharu, dengan lebih daripada 100 stesen hentian serta cabaran untuk diselesaikan dalam tempoh masa dua jam.

    Kategori Discovery pula menawarkan grid yang sesuai untuk seisi keluarga dan disyorkan buat mereka yang baharu sahaja ingin melakukan aktiviti seumpama ini. Grid di kategori ini adalah lebih kecil dan masa yang diambil untuk menyelesaikan misi adalah kurang satu jam daripada kategori Open, dengan lebih daripada 50 stesen hentian serta cabaran yang terletak di sekitar lokasi utama.

    Setiap kategori mempunyai tiga jenis cabaran yang perlu diselesaikan iaitu Scan Challenge, Discovery Challenge dan Time Trial Challenge. Setiap cabaran akan menguji skil peserta seperti daripada segi kepantasan, pengetahuan mengenai bandar, ketangkasan dan penyelesaian masalah. Untuk menyelesaikan semua cabaran tersebut, peserta perlu mengatur strategi dan merancang laluan mereka sendiri serta memilih stesen hentian yang dapat memaksimumkan jumlah mata mereka.

    Peserta boleh memantau prestasi semasa mereka di carta pemarkahan yang dipaparkan secara langsung di aplikasi District Race. Langkah ini bertujuan mewujudkan persaingan yang sihat dan menaikkan semangat peserta untuk terus berusaha sehingga ke stesen hentian terakhir.

    Pembelian tiket District Race Kuala Lumpur boleh dilakukan di www.exploredistrict.com/en/events/kuala-lumpur

    Aplikasi District Race kini boleh dimuat turun melalui App Store dan Google Play. Layari laman web District Race Malaysia untuk maklumat lanjut dan ikuti District Race Malaysia di media sosial untuk informasi terkini.

    Laman web: www.exploredistrict.com/en/events/kuala-lumpur

    Facebook: www.facebook.com/DistrictRaceMY

    Instagram: www.instagram/exploredistrictMY

    #weareallexplorers #districtraceMY  #AIAVitalityMY

    -TAMAT-

    Mengenai District

    District Technologies adalah sebuah syarikat teknologi inovatif yang memberi nafas baharu kepada aktiviti larian dan eksplorasi bandar dengan menggunakan teknologi berteraskan permainan. Ditubuhkan pada tahun 2017, District Technologies lahir hasil daripada keinginan untuk menghidupkan semula semangat eksplorasi dalam diri setiap individu serta membolehkan masyarakat menjalani gaya hidup aktif dan sosial. Produk utama ditawarkan oleh District Technologies adalah District iaitu aplikasi eksplorasi bandar pertama seumpamanya yang menggabungkan kecanggihan teknologi berasaskan pengesanan lokasi dan augmentasi reality (AR) untuk menggalakkan masyarakat meneroka semula bandar mereka dan pada masa yang sama meningkatkan tahap kecergasan dengan cara menyelesaikan beberapa cabaran yang terdapat sekitar bandar. District Technologies juga menganjurkan acara District Race di seluruh dunia yang diinspirasi daripada aplikasi District. District Technologies beribu pejabat di Singapura dan dikenali di peringkat global, dengan pasaran utama di Asia Pasifik dan Eropah.

    Untuk maklumat lanjut, layari www.exploredistrict.com  

    Mengenai AIA Bhd.

    AIA Bhd. adalah peneraju utama syarikat insurans di Malaysia, di mana ia mendapat penghormatan menjalankan perniagaan sejak 1948. AIA Bhd. menawarkan rangkaian penyelesaian kewangan termasuk Perlindungan, Kesihatan, Kemalangan Peribadi, Faedah Pekerja, Gadai Janji, dan Persaraan untuk memenuhi keperluan dan jaminan kewangan pelanggannya pada setiap peringkat kehidupan mereka. Melalui rangkaian pengedaran yang pelbagai dan luas yang mempunyai kekuatan pasukan agensi dengan hampir 14,000 Perancang Hayat, cawangan rakan kongsi bank yang eksklusif di seluruh negara serta pasukan jualan korporat dan broker, AIA Bhd. memberi pelanggannya pilihan dalam menentukan bagaimana, bila dan di mana mereka menghubunginya.

    Sebahagian daripada Kumpulan AIA, kumpulan insurans hayat pan-Asia yang tersenarai awam terbesar dan bebas, AIA Bhd. mempunyai kekuatan kewangan, pengalaman, rangkaian pusat perkhidmatan serta pasukan terlatih yang terdiri daripada lebih 2,000 kakitangan yang menawarkan perkhidmatan kepada 3.5 juta pelanggan di seluruh negara. Sehingga 30 Jun 2018, jumlah aset AIA Bhd. bernilai RM51 bilion, dengan modal berbayar sebanyak RM1,451 juta.

    Mengenai AIA Vitality

    AIA Vitality merupakan satu-satunya program kesejahteraan menyeluruh berasaskan sains yang pertama di Asia. Program ini menyediakan pengetahuan, alat dan motivasi kepada ahli-ahlinya untuk membantu mereka melaksanakan langkah-langkah yang boleh dicapai bagi memenuhi matlamat kesihatan dan perubahan tingkah laku positif secara jangka panjang ke arah gaya hidup yang lebih sihat. Ahli AIA Vitality diberi insentif untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti kesihatan dan kesejahteraan dengan menawarkan mereka pelbagai faedah termasuk manfaat insurans dan perlindungan tambahan kepada pelan insurans dan pelan takaful yang terpilih serta menikmati diskaun daripada rakan AIA Vitality.

    Ketahui dengan lebih lanjut mengenai AIA Vitality di www.aiavitality.com.my

     

    Lampiran A - Butiran Acara

    Tarikh 3 November 2019 (Ahad)
    Lokasi Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
    Masa

    Bermula jam 6 pagi hingga 4 petang

    Aturcara:

    0600 - Pintu dibuka

    0645 - Pelepasan bagi kategori ‘Elite’

    0700 - Pelepasan bagi kategori ‘Open’

    1200 - Penyampaian hadiah

    1400 - Pelepasan bagi kategori ‘Discovery’

    1600 - Acara tamat

    Jarak Larian Tanpa sebarang tetapan laluan dan jarak, peserta boleh mengatur strategi dan merancang laluan mereka sendiri. Mereka juga bebas memilih stesen hentian yang ingin dituju dan cabaran yang hendak diselesaikan untuk memaksimumkan jumlah mata yang dikumpul.
    Bayaran penyertaan
      Open Discovery
    Super Early (Pendaftaran terawal) (17 Jun – 30 Jun) RM 70 RM 60
    Early Bird (Pendaftaran Awal) (1 Jul – 31 Jul) RM 80 RM 70
    Regular (Pendaftaran Biasa) (1 Aug – 30 Sep) RM 90 RM 80
    Late (Pendaftaran Lewat) (1 Oct – 20 Oct) RM 100 RM 90
    Last Call (Panggilan Akhir) (21 Oct – 1 Nov) RM 110 RM 100

    * Kumpulan berempat mendapat diskaun 10% semasa pendaftaran.

    * Ahli AIA Vitality akan menerima diskaun 20% dengan menggunakan kod promo

    Cara Pendaftran

    Penyertaan dalam talian menerusi kad kredit / kad debit/ PayPal di

    www.exploredistrict.com/en/events/kuala-lumpur

    Tarikh Tutup Pendaftaran 1 November 2019
    *Pendaftaran ditutup apabila had penyertaan telah penuh
    Pautan Rasmi

    Website: www.exploredistrict.com/en/events/kuala-lumpur

    Facebook: www.facebook.com/DistrictRaceMY

    Instagram: www.instagram/exploredistrictMY

    #weareallexplorers #districtraceMY  #AIAVitalityMY

    Penganjur District Technologies Pte Ltd)
    Edaran Pek Perlumbaan Akan Diumumkan Kelak
    Barangan dalam Pek Perlumbaan Semua pek District Race mengandungi barangan berikut:
    1. Baju District Race KL
    2. Stiker District Race berteknologi augmentasi realiti (AR)
    3. Beg District Race
    4. Medal Penamat berteknologi augmentasi realiti (AR) (diberi di garisan penamat)

     

    Lampiran B - DISTRICT RACE ANJURAN AIA VITALITY 101

    Grid

    Grid akan memaparkan beberapa kawasan berbeza di Kuala Lumpur dan setiap kawasan menawarkan pengalaman perlumbaan yang unik. Paparan grid beserta stesen hentian maya akan disiarkan menjelang hari perlumbaan supaya peserta boleh mengatur strategi dan merancang laluan mereka.

    Stesen Hentian dan Cabaran

    Peserta boleh mengatur strategi dan laluan mereka sendiri serta mengumpul sebanyak mungkin mata dengan melepasi stesen hentian dan menyelesaikan cabaran yang terdapat di kawasan grid dalam tempoh masa tertentu. Mata diberikan apabila peserta berjaya tiba ke stesen hentian atau menyahut cabaran. Selain itu, tambahan mata turut diberikan apabila mereka berjaya menyelesaikan cabaran tersebut.  

    Terdapat 3 jenis cabaran iaitu Scan Challenge, Discovery Challenge dan Time Trial Challenge. Setiap cabaran memerlukan gabungan empat set skil yang berbeza iaitu skil daripada segi pengetahuan mengenai bandar, kepantasan dan ketahanan, ketangkasan serta  penyelesaian masalah.

    Pengumpulan Mata

    Mata yang boleh diperoleh di stesen hentian adalah antara 100 hingga 400 mata, manakala mata bagi aktiviti cabaran bermula pada 500 mata.

    Semua peserta perlu mengumpul sebanyak mungkin mata dalam tempoh masa yang ditentukan. Pantau  kedudukan terkini di carta pemarkahan. Kumpul  sebanyak mungkin mata dan kembali ke lokasi utama dalam tempoh masa yang ditetapkan untuk berpeluang memenangi perlumbaan. Peserta yang lewat tiba di lokasi utama akan dikenakan pemotongan mata sebagai penalti.

    Jenis Kategori

    Accident Pro Prime

    OPEN – Kategori ini merupakan kategori klasik yang mempunyai lebih dari 100 stesen hentian dan cabaran. Kategori ini sesuai buat  mereka yang ingin menjelajah tempat baharu di sekitar bandar mereka dan bersaing menyelesaikan cabaran baharu. Peserta boleh menyertai secara individu atau sebagai pasukan berempat dan melengkapkan perlumbaan dalam tempoh masa 2 jam.

    Accident Pro Prime

    DISCOVERY – Kategori ini menawarkan grid yang sesuai untuk dilakukan oleh seisi keluarga dan disyorkan untuk mereka yang baharu sahaja ingin melakukan aktiviti seumpama ini. Grid di kategori ini adalah lebih kecil dan masa yang diambil untuk menyelesaikan misi adalah kurang satu jam daripada kategori Open. Terdapat lebih daripada 50 stesen hentian dan cabaran di sekitar lokasi utama. Peserta boleh menyertai secara individu atau sebagai pasukan berempat.

    District Base (Lokasi Utama)

    District Base adalah lokasi utama District Race. Terletak di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, para peserta boleh merasai pengalaman melakukan pelbagai aktiviti yang berteknologi tinggi, permainan berteraskan augmentasi realiti dan realiti maya, menikmati makanan dan meninuman yang lazat, serta berhibur dengan dendangan muzik sebelum dan selepas perlumbaan.

    Produk Kami
    Perlindungan Hayat
    Perlindungan Perubatan
    Perlindungan Penyakit Kritikal
    Simpanan & Pelaburan
    Perlindungan Kemalangan
    Penyelesaian Hartanah
    Insurans Kenderaan
    Produk Dalam Talian
    Produk Kami
    Perlindungan Hayat
    Perlindungan Perubatan
    Perlindungan Penyakit Kritikal
    Simpanan & Pelaburan
    Perlindungan Kemalangan
    Penyelesaian Hartanah
    Insurans Kenderaan
    Produk atas talian
    Tahukan Anda
    Kesihatan & Kesejahteraan
    Kewangan & Insurans
    Galeri Video
    Statistik Kesihatan
    Tentang Kami
    Tentang AIA Bhd.
    Tentang AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    Tentang AIA General Berhad
    Tentang AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    Peluang Kerjaya
    Program Komuniti
    Acara & Promosi
    Peta Laman
    Bantuan & Sokongan
    Hubungi Kami
    Soalan Lazim
    Pengumuman Penting
    Hab Borang
    AIA Malaysia
    Menara AIA, 99, Jalan Ampang,
    50450 Kuala Lumpur
    AIA Bhd.
    1300-88-1899
    Untuk Pelanggan Luar Negara
    603 2056 1111
    AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    1300-88-8922
    AIA General Berhad
    1300-88-1899
    AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    1300-22-7771
    AIA Auto Assist / Roadside Assist
    1-800-88-8733
    Tahukah Anda
    Kesihatan & Kesejahteraan
    Kewangan & Insurans
    Galeri Video
    Statistik Kesihatan
    TENTANG KAMI
    Tentang AIA Bhd.
    Tentang AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    Tentang AIA General Berhad
    Tentang AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    Peluang Kerjaya
    Program Komuniti
    Acara & Promosi
    Peta Laman

    Laman web ini menggunakan kuki bertujuan untuk meningkatkan kemudahan pengguna. Anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai jenis kuki yang kami kumpulkan, apa yang kami gunakan, dan cara menguruskan tetapan kuki anda di dalam Polisi Kuki dan Penyata Privasi.

    Bantuan & Sokongan
    Hubungi Kami
    Soalan Lazim
    Pengumuman Penting
    Hab Borang
    AIA Malaysia
    Menara AIA, 99, Jalan Ampang,
    50450 Kuala Lumpur
    AIA Bhd.
    1300-88-1899
    Untuk Pelanggan Luar Negara
    603 2056 1111
    AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    1300-88-8922
    AIA General Berhad
    1300-88-1899
    AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    1300-22-7771
    AIA Auto Assist / Roadside Assist
    1-800-88-8733

    Hak cipta © 2022 AIA Group Limited dan anak-anak syarikatnya. AIA Bhd. 200701032867 (790895-D) AIA PUBLIC Takaful Bhd. 201101007816 (935955-M) AIA General Berhad 201001040438 (924363-W) AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd. 201201027147 (1011637-P) AIA Health Services Sdn. Bhd. 199601016211 (388561-T). Semua hak cipta terpelihara.
    Terma Penggunaan | Penyataan Privasi | Kod Tatacara | Peta Laman