Skip to main content
  • EN
  • BM
  • Search
  • AIA Malaysia
  • Produk Kami
    • Perlindungan Hayat
    • Perlindungan Perubatan
    • Perlindungan Penyakit Kritikal
    • Simpanan & Pelaburan
    • Perlindungan Kemalangan
    • Penyelesaian Hartanah
    • Insurans Kenderaan
    • Produk Dalam Talian
    • AIA Vitality
    • Manfaat Pekerja
    • Insurans Komersial
  • AIA Vitality
    • Bagaimana AIA Vitality Berfungsi?
    • MAFAAT & GANJARAN
    • Testimonial Ahli
  • Tahukah Anda?
    • Kesihatan & Kesejahteraan
    • Kewangan & Insurans
    • Galeri video
    • Statistik Kesihatan
  • Tentang Kami
    • Tentang Kami
    • Tentang AIA Public Takaful Berhad
    • Tentang AIA General Insurance Berhad
    • Tentang AIA Pension & Asset Management (APAM)
    • Peluang Kerjaya
    • Program Komuniti
    • Pusat Media
    • Acara & Promosi
    • Piagam Pelanggan
  • Bantuan
    • Hubungi Kami
    • Temui Kami
    • Soalan Lazim
    • Pengumuman Penting
    • Hab Borang
    • Panduan Pengguna Portal Pelanggan My AIA
  • Log Masuk My AIA
    • Log Masuk Portal Pelanggan
    • Pendaftaran Pelanggan
    • Log Masuk Portal Korporat
  • Investment-Linked Funds
AIA
  • Produk Kami

    Produk Kami

    Pilih daripada salah satu kategori di kanan atau klik untuk cadangan mengikut keperluan anda.

    Kami sedia membantu anda.
    Dana Berkaitan Pelaburan

    Dapatkan maklumat terkini mengenai dana-dana kami dan prestasi dana tersebut.

    Klik di sini untuk Laporan Prestasi Dana Berkaitan Pelaburan AIA 2021

    Untuk Individu

    Untuk Perniagaan

    • Perlindungan Hayat

      Lindungi masa depan orang yang tersayang daripada ketidakpastian

    • Perlindungan Perubatan

      Memiliki penyelesaian penjagaan kesihatan yang diyakini dan inovatif disaat memerlukan.

    • Perlindungan Penyakit Kritikal

      Perlindungan daripada beban kewangan akibat penyakit kritikal.

    • Simpanan & Pelaburan

      Gandakan pulangan nilai wang anda – impian anda bermakna.

    • Perlindungan Kemalangan

      Kukuhkan kewangan untuk menghadapi perkara di luar jangkaan.

    • Penyelesaian Hartanah

      Biayai hartanah impian anda dan pastikan isi rumah dilindungi.

    • Insurans Kenderaan

      Dapatkan perlindungan komprehensif untuk kenderaan bermotor anda.

    • Produk Dalam Talian

      Dapatkan pelan insurans dan takaful kami secara dalam talian untuk perlindungan serta-merta.

    • AIA Vitality

      AIA Vitality adalah program kesejahteraan yang disokong oleh bidang sains yang sesuai dengan anda dan memberi ganjaran bagi pilihan kesihatan anda. Ketahui lebih lanjut

    • Manfaat Pekerja

      Lindungi aset syarikat anda yang paling penting melalui penyelesaian kami yang menerajui pasaran.

    • Insurans Komersial

      Lindungi perniagaan anda daripada kejadian yang tidak diingini dan kerosakan.

  • AIA Vitality

    AIA Vitality

    • Bagaimana AIA Vitality Berfungsi?

      Ketahui bagaimana AIA Vitality mendorong anda untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat, berpanjangan dan bermakna.

    • MAFAAT & GANJARAN

      Ketahui manfaat dan ganjaran yang boleh anda nikmati sebagai ahli AIA Vitality.

    • Testimonial Ahli

      Dapatkan inspirasi dari kisah ahli kami mengenai pengalaman mereka dengan AIA Vitality.

  • Tahukah Anda?

    Tahukah Anda?

    Panduan dan tip-tip mengenai topik kesihatan dan kewangan terkini.

    LIHAT SEMUA DALAM TAHUKAH ANDA?
    • Kesihatan & Kesejahteraan

      Kehidupan bermakna & sihat bermula hari ini.

    • Kewangan & Insurans

      Kewangan dipermudahkan.

    • Galeri video

      Video pendek mengenai topik kesihatan dan kewangan terkini.

    • Statistik Kesihatan

      Ketahui lanjut mengenai statistik kesihatan terkini.

  • Tentang Kami

    Tentang Kami

    Hampir seabad lamanya, AIA memenuhi keperluan jutaan orang yang sentiasa berubah di seluruh rantau Asia Pasifik.

    BACA LEBIH LANJUT
    • Tentang Kami

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA Public Takaful Berhad

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA General Insurance Berhad

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA Pension & Asset Management (APAM)

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Peluang Kerjaya

      Berminat untuk menyertai keluarga AIA? Carilah jawatan yang sesuai untuk anda.

    • Program Komuniti

      Berbakti kepada komuniti amatlah penting buat kami.

    • Pusat Media

      Kewangan, siaran akhbar dan maklumat lain mengenai AIA.

    • Acara & Promosi

      Acara & Promosi

    • Piagam Pelanggan

      Komitmen kami untuk Pelanggan kami

  • Bantuan

    Bantuan

    Kami bertekad untuk membantu menjawab pertanyaan anda dengan sentuhan perkhidmatan pelanggan yang memuaskan.

    Hubungi AIA
    • Hubungi Kami

      Tiada jawapan dalam bahagian FAQ? Hubungi kami sekarang.

    • Temui Kami

    • Soalan Lazim

      Ada soalan? Anda boleh dapatkan jawapan di sini.

    • Pengumuman Penting

      Maklumat berguna untuk pelanggan kami.

    • Hab Borang

      Perlukan borang? Carilah di hab borang kami.

    • Panduan Pengguna Portal Pelanggan My AIA

  • Log Masuk My AIA

    My AIA

    Urus pelan AIA dan manfaat pekerja anda, kekal sihat dengan AIA Vitality serta akses perkhidmatan kesihatan.

    Download My AIA
    Download My AIA
    Download My AIA
    Download My AIA
    • individual
      PORTAL PELANGGAN

      Urus pelan AIA, manfaat pekerja dan akaun AIA Vitality anda.

      Daftar Log masuk

    • corporate
      PORTAL KORPORAT

      Untuk kakitangan Sumber Manusia (HR) dan pihak pengantara mengurus portfolio faedah pekerja syarikat dengan lebih efisien.

      Log masuk

  • Language Select
    • EN
    • BM
  • Search
  • Contact Us
    • Hubungi Kami

      Waktu Operasi:
      Isnin – Khamis : 8.30pagi – 5.30petang,
      Jumaat : 8.30pagi – 4.30petang

    • AIA BHD.

    • AIA PUBLIC TAKAFUL BHD.

    • AIA General Berhad

    • AIA Auto Assist/AIA Roadside Assist

2020
Sebelum | Selepas
Back to Top
  • {{title}}

    {{label}}
  • AIA Public Takaful Bantu Pelanggan Lindungi, Kumpul, Dan Wariskan Kekayaan Menerusi A-Life Legasi


    APTB A Life Legasi

    (Dari kiri ke kanan) Ir. Amran Mahzan, Pengarah Eksekutif Mercy Malaysia, Cheah Kuan Yoon, Ketua Pegawai Eksekutif PB Trustee Services Berhad, Elmie Aman Najas, Ketua Pegawai Eksekutif AIA PUBLIC Takaful Bhd.; dan Michael Warren, Pengurus Besar Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) pada majlis pelancaran A-Life Legasi, pelan Takaful Keluarga terbaru daripada AIA PUBLIC Takaful.

    • Bayar sehingga 600% daripada jumlah perlindungan dalam bentuk Hibah
    • Perkenal rider A-Plus Infaq, rider yang pertama seumpamanya di pasaran dengan kerjasama Mercy Malaysia dan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM)
    • Rider A-Plus Infaq membolehkan pelanggan berkongsi legasi yang dibina dengan badan-badan amal sekaligus menyumbang kepada komuniti
    • Pelanggan menerima ganjaran berterusan kerana pengurusan kewangan yang baik melalui Akaun Legasi

    Kuala Lumpur, 16 Mac 2020 – AIA PUBLIC Takaful Bhd. (AIA PUBLIC Takaful) baru-baru ini melancarkan pelan Takaful Keluarga, A-Life Legasi bagi membantu para pelanggan memastikan masa depan orang yang tersayang dilindungi melalui pengurusan legasi yang baik. Bukan sahaja pelanggan dapat melindungi dan meningkatkan kekayaan mereka dengan A-Life Legasi, pelan ini juga memberi peluang kepada mereka untuk menyumbang kepada komuniti dengan berkongsi legasi yang dibina dengan badan-badan amal menerusi rider A-Plus Infaq, rider yang pertama seumpamanya di pasaran.

    Pelan patuh syariah ini memberi perlindungan terhadap kematian akibat kemalangan atau kematian semasa mengerjakan Haji atau Umrah termasuk Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK). Ia juga bertindak sebagai salah satu kaedah pengurusan harta buat pelanggan di mana ia menawarkan nilai perlindungan yang tinggi dengan jumlah perlindungan minimum sebanyak RM350,000. Orang yang tersayang juga akan menerima sehingga 600% daripada jumlah perlindungan dalam bentuk Hibah (hadiah). Di samping itu, pelanggan A-Life Legasi juga boleh mendapatkan perlindungan sehingga RM4 juta tanpa perlu menjalani sebarang pemeriksaan kesihatan.

    Menjelaskan rasional di sebalik pelancaran pelan A-Life Legasi, Elmie Aman Najas, Ketua Pegawai Eksekutif, AIA PUBLIC Takaful berkata: “A-Life Legasi diperkenalkan berdasarkan pemahaman pasaran kami, khususnya dalam kalangan keluarga Islam. Walaupun perlindungan kekayaan adalah penting untuk memastikan kehidupan yang selesa, mereka juga percaya bahawa ianya bukan sekadar meninggalkan simpanan yang mencukupi buat keluarga apabila mereka dijemput Ilahi. Ia turut melibatkan sumbangan, amal jariah serta kebajikan yang boleh diamalkan secara berterusan walaupun setelah meninggal dunia. Oleh itu, pada tahun ini, kami memperluaskan faedah takaful, bukan hanya untuk membantu pelanggan memenuhi keperluan pengurusan dan perlindungan kewangan mereka, malah membolehkan mereka untuk meneruskan amal jariah dan membantu golongan yang memerlukan. Inilah yang dimaksudkan dengan membina dan meninggalkan legasi anda.”

    Satu lagi ciri unik A-Life Legasi adalah Akaun Legasi, yang membantu para pelanggan meningkatkan simpanan dengan memberikan ganjaran berterusan apabila mereka mengamalkan tabiat pengurusan kewangan yang baik dan apabila mencapai sesuatu peringkat penting di sepanjang kehidupan mereka. Jika pelanggan membuat caruman dalam tempoh yang ditetapkan, sejumlah amaun akan dikreditkan ke dalam Akaun Legasi mereka setiap dua (2) tahun, pada tahun ke-20 dan pada tempoh matang sijil. Di samping itu, sekiranya pelanggan berkahwin, menimang cahaya mata, bersara atau mencapai peringkat kehidupan lain, sehingga 50% daripada jumlah Akaun Legasi yang terkumpul akan dibayar kepada mereka.

    Pelanggan juga boleh mempertingkatkan perlindungan dan keperluan simpanan dengan menambah pelbagai pilihan rider lain kepada pelan A-Life Legasi mereka termasuk perlindungan terhadap penyakit kritikal. Selain mengumpul dan melindungi kekayaan, pelan ini secara uniknya membolehkan para pelanggan berkongsi kekayaan dengan memberi faedah takaful kepada golongan yang memerlukan sebagai sebahagian daripada amal jariah yang dapat dilaksanakan secara berterusan menerusi rider A-Plus Infaq.

    Ini bermakna, jika pelanggan meninggal dunia atau mengalami HUMK, amaun perlindungan rider akan disalurkan kepada badan amal pilihan pelanggan atau mereka boleh memilih untuk menginfaqkan jumlah tersebut kepada rakan amal rider berkenaan iaitu Mercy Malaysia atau Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM). Sumbangan infaq akan disalurkan kepada badan amal yang dipilih menerusi penyedia perkhidmatan AIA PUBLIC Takaful, PB Trustee Services Berhad.

    Semasa menerangkan ciri eksklusif pelan ini, Elmie juga turut berkongsi manfaat jangka panjang yang ditawarkan rider tersebut, “Apa yang membezakan A-Life Legasi daripada pelan lain di pasaran adalah unsur amal (A-Plus Infaq) yang direka sebagai sebahagian daripada ciri produk yang memberikan kemudahan kepada para pelanggan untuk mengagihkan legasi mereka tanpa perlu mendapatkan bantuan pihak luar. Dalam erti kata lain, para pelanggan kami disediakan saluran untuk menderma kepada badan amal pilihan mereka dengan lebih mudah melalui kaedah yang lebih mampan walaupun mereka sudah tiada. Ini secara tidak langsung meningkatkan penyertaan sosial yang akhirnya akan memberi kesan positif kepada semua lapisan masyarakat.”

    “Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Mercy Malaysia dan NCSM di atas sokongan berterusan dan kesudian mereka menjadi benefisiari A-Plus Infaq. Tidak lupa juga kepada PB Trustee Services Berhad selaku penyedia perkhidmatan kami. Kedua-dua badan bukan kerajaan (NGO) ini merupakan rakan kongsi jangka panjang AIA dan kami amat berbesar hati kerana dapat menyokong usaha-usaha murni mereka selama ini. Dengan penyelesaian takaful ini, kami membawa usahasama yang sedia terjalin ke peringkat lebih tinggi; mengukuhkan lagi tujuan utama kami untuk membantu rakyat Malaysia untuk Hidup Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna. Saya amat gembira kerana dapat bekerjasama dengan badan-badan amal yang tepat bagi mencapai matlamat kami ini,” kata Elmie.

    Bagi meraikan kerjasama AIA PUBLIC Takaful dengan rakan-rakan amalnya, pengendali takaful berkenaan telah menyumbangkan RM10,000 kepada Mercy Malaysia dan NCSM. Replika cek telah disampaikan oleh Elmie kepada Ir. Amran Mahzan, Pengarah Eksekutif Mercy Malaysia dan Encik Michael Warren, Pengurus Besar NCSM pada majlis makan tengahari eksklusif yang diadakan di ibu pejabat AIA baru-baru ini.

    Pelan A-Life Legasi tersedia untuk individu yang berumur antara 14 hari dan 70 tahun yang turut menawarkan pelbagai terma perlindungan dan caruman yang bersesuaian dengan keperluan pelanggan. Pelan ini juga didatangkan dengan AIA Vitality, sebuah program kesihatan unik berasaskan sains yang memperkasakan ahlinya dengan pengetahuan, alat dan motivasi untuk mencapai matlamat kesihatan mereka.

    Untuk maklumat lanjut mengenai A-Life Legasi dan A-Plus Infaq serta penyelesaian dan perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh AIA PUBLIC Takaful, sila layari www.aia.com.my.

    - TAMAT -


    Mengenai AIA PUBLIC Takaful Bhd.

    AIA PUBLIC Takaful Bhd. (AIA PUBLIC Takaful) dimiliki bersama oleh AIA Co. Ltd. (AIA), Public Bank Berhad (PBB) dan Public Islamic Bank Berhad (anak syarikat milik penuh PBB). Diperbadankan pada 11 Mac 2011, AIA PUBLIC Takaful memanfaatkan kedudukan kepimpinan AIA dan PBB Group serta rangkaian infrastruktur dan pengedaran yang mampan dalam industri insurans dan perbankan bagi memacu pertumbuhan dan meningkatkan kadar penetrasi Takaful Keluarga di pasaran domestik. AIA PUBLIC Takaful komited untuk menawarkan penyelesaian patuh syariah yang tepat bagi memenuhi pelbagai keperluan pelanggan di setiap peringkat kehidupan.

    Mengenai AIA

    AIA Group Limited dan anak syarikatnya (keseluruhannya “AIA” atau “Kumpulan”) terdiri daripada kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas. Ia beroperasi di 18 pasaran di Asia Pasifik – cawangan dan anak syarikat milik penuh di Hong Kong, Thailand, Singapura, Malaysia, Tanah Besar China, Korea, Filipina, Australia, Indonesia, Taiwan, Vietnam, New Zealand, Macau, Brunei, Kemboja, 97 peratus pegangan anak syarikat di Sri Lanka dan 49 peratus pegangan usaha sama di India. Pada April 2019, AIA juga diberikan kelulusan sebagai pemohon pilihan untuk beroperasi di Myanmar menerusi pemilikan 100 peratus anak syarikatnya.

    Perniagaan yang kini dikenali sebagai AIA telah ditubuhkan di Shanghai sedekad yang lalu pada tahun 1919. Ia merupakan peneraju pasaran di rantau Asia Pasifik (tidak termasuk Jepun) berasaskan premium insurans hayat dan memegang kedudukan utama di sebahagian besar pasarannya. AIA mempunyai jumlah aset bernilai $256 bilion dolar Amerika pada 30 Jun 2019.

    AIA memenuhi keperluan simpanan dan perlindungan individu jangka panjang dengan menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan termasuk insurans hayat, insurans kemalangan dan kesihatan serta pelan simpanan. Kumpulan ini juga menyediakan manfaat pekerja, kredit hayat dan perkhidmatan persaraan kepada pelanggan korporat. Melalui rangkaian agensi, rakan kongsi dan kakitangan yang meluas di seluruh Asia Pasifik, AIA memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 34 juta pemegang polisi individu dan lebih 16 juta ahli skim insurans berkumpulan.

    Kumpulan AIA disenaraikan di Papan Utama, Bursa Saham Hong Kong di bawah kod bursa “1299” dengan Resit Depositari Amerika (Tingkat 1) yang diniagakan pada pasaran kaunter (simbol ticker: “AAGIY”).

    Produk Kami
    Perlindungan Hayat
    Perlindungan Perubatan
    Perlindungan Penyakit Kritikal
    Simpanan & Pelaburan
    Perlindungan Kemalangan
    Penyelesaian Hartanah
    Insurans Kenderaan
    Produk Dalam Talian
    Produk Kami
    Perlindungan Hayat
    Perlindungan Perubatan
    Perlindungan Penyakit Kritikal
    Simpanan & Pelaburan
    Perlindungan Kemalangan
    Penyelesaian Hartanah
    Insurans Kenderaan
    Produk atas talian
    Tahukan Anda
    Kesihatan & Kesejahteraan
    Kewangan & Insurans
    Galeri Video
    Statistik Kesihatan
    Tentang Kami
    Tentang AIA Bhd.
    Tentang AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    Tentang AIA General Berhad
    Tentang AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    Peluang Kerjaya
    Program Komuniti
    Acara & Promosi
    Peta Laman
    Bantuan & Sokongan
    Hubungi Kami
    Soalan Lazim
    Pengumuman Penting
    Hab Borang
    AIA Malaysia
    Menara AIA, 99, Jalan Ampang,
    50450 Kuala Lumpur
    AIA Bhd.
    1300-88-1899
    Untuk Pelanggan Luar Negara
    603 2056 1111
    AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    1300-88-8922
    AIA General Berhad
    1300-88-1899
    AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    1300-22-7771
    AIA Auto Assist / Roadside Assist
    1-800-88-8733
    Tahukah Anda
    Kesihatan & Kesejahteraan
    Kewangan & Insurans
    Galeri Video
    Statistik Kesihatan
    TENTANG KAMI
    Tentang AIA Bhd.
    Tentang AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    Tentang AIA General Berhad
    Tentang AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    Peluang Kerjaya
    Program Komuniti
    Acara & Promosi
    Peta Laman

    Laman web ini menggunakan kuki bertujuan untuk meningkatkan kemudahan pengguna. Anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai jenis kuki yang kami kumpulkan, apa yang kami gunakan, dan cara menguruskan tetapan kuki anda di dalam Polisi Kuki dan Penyata Privasi.

    Bantuan & Sokongan
    Hubungi Kami
    Soalan Lazim
    Pengumuman Penting
    Hab Borang
    AIA Malaysia
    Menara AIA, 99, Jalan Ampang,
    50450 Kuala Lumpur
    AIA Bhd.
    1300-88-1899
    Untuk Pelanggan Luar Negara
    603 2056 1111
    AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    1300-88-8922
    AIA General Berhad
    1300-88-1899
    AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    1300-22-7771
    AIA Auto Assist / Roadside Assist
    1-800-88-8733

    Hak cipta © 2022 AIA Group Limited dan anak-anak syarikatnya. AIA Bhd. 200701032867 (790895-D) AIA PUBLIC Takaful Bhd. 201101007816 (935955-M) AIA General Berhad 201001040438 (924363-W) AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd. 201201027147 (1011637-P) AIA Health Services Sdn. Bhd. 199601016211 (388561-T). Semua hak cipta terpelihara.
    Terma Penggunaan | Penyataan Privasi | Kod Tatacara | Peta Laman