Skip to main content
  • EN
  • BM
  • Search
  • AIA Malaysia
  • Produk Kami
    • Perlindungan Hayat
    • Perlindungan Perubatan
    • Perlindungan Penyakit Kritikal
    • Simpanan & Pelaburan
    • Perlindungan Kemalangan
    • Penyelesaian Hartanah
    • Insurans Kenderaan
    • Produk Dalam Talian
    • AIA Vitality
    • Manfaat Pekerja
    • Insurans Komersial
  • AIA Vitality
    • Bagaimana AIA Vitality Berfungsi?
    • MAFAAT & GANJARAN
    • Testimonial Ahli
  • Tahukah Anda?
    • Kesihatan & Kesejahteraan
    • Kewangan & Insurans
    • Galeri video
    • Statistik Kesihatan
  • Tentang Kami
    • Tentang Kami
    • Tentang AIA Public Takaful Berhad
    • Tentang AIA General Insurance Berhad
    • Tentang AIA Pension & Asset Management (APAM)
    • Peluang Kerjaya
    • Program Komuniti
    • Pusat Media
    • Acara & Promosi
    • Piagam Pelanggan
  • Bantuan
    • Hubungi Kami
    • Temui Kami
    • Soalan Lazim
    • Pengumuman Penting
    • Hab Borang
    • Panduan Pengguna Portal Pelanggan My AIA
  • Log Masuk My AIA
    • Log Masuk Portal Pelanggan
    • Pendaftaran Pelanggan
    • Log Masuk Portal Korporat
  • Investment-Linked Funds
AIA
  • Produk Kami

    Produk Kami

    Pilih daripada salah satu kategori di kanan atau klik untuk cadangan mengikut keperluan anda.

    Kami sedia membantu anda.
    Dana Berkaitan Pelaburan

    Dapatkan maklumat terkini mengenai dana-dana kami dan prestasi dana tersebut.

    Klik di sini untuk Laporan Prestasi Dana Berkaitan Pelaburan AIA 2021

    Untuk Individu

    Untuk Perniagaan

    • Perlindungan Hayat

      Lindungi masa depan orang yang tersayang daripada ketidakpastian

    • Perlindungan Perubatan

      Memiliki penyelesaian penjagaan kesihatan yang diyakini dan inovatif disaat memerlukan.

    • Perlindungan Penyakit Kritikal

      Perlindungan daripada beban kewangan akibat penyakit kritikal.

    • Simpanan & Pelaburan

      Gandakan pulangan nilai wang anda – impian anda bermakna.

    • Perlindungan Kemalangan

      Kukuhkan kewangan untuk menghadapi perkara di luar jangkaan.

    • Penyelesaian Hartanah

      Biayai hartanah impian anda dan pastikan isi rumah dilindungi.

    • Insurans Kenderaan

      Dapatkan perlindungan komprehensif untuk kenderaan bermotor anda.

    • Produk Dalam Talian

      Dapatkan pelan insurans dan takaful kami secara dalam talian untuk perlindungan serta-merta.

    • AIA Vitality

      AIA Vitality adalah program kesejahteraan yang disokong oleh bidang sains yang sesuai dengan anda dan memberi ganjaran bagi pilihan kesihatan anda. Ketahui lebih lanjut

    • Manfaat Pekerja

      Lindungi aset syarikat anda yang paling penting melalui penyelesaian kami yang menerajui pasaran.

    • Insurans Komersial

      Lindungi perniagaan anda daripada kejadian yang tidak diingini dan kerosakan.

  • AIA Vitality

    AIA Vitality

    • Bagaimana AIA Vitality Berfungsi?

      Ketahui bagaimana AIA Vitality mendorong anda untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat, berpanjangan dan bermakna.

    • MAFAAT & GANJARAN

      Ketahui manfaat dan ganjaran yang boleh anda nikmati sebagai ahli AIA Vitality.

    • Testimonial Ahli

      Dapatkan inspirasi dari kisah ahli kami mengenai pengalaman mereka dengan AIA Vitality.

  • Tahukah Anda?

    Tahukah Anda?

    Panduan dan tip-tip mengenai topik kesihatan dan kewangan terkini.

    LIHAT SEMUA DALAM TAHUKAH ANDA?
    • Kesihatan & Kesejahteraan

      Kehidupan bermakna & sihat bermula hari ini.

    • Kewangan & Insurans

      Kewangan dipermudahkan.

    • Galeri video

      Video pendek mengenai topik kesihatan dan kewangan terkini.

    • Statistik Kesihatan

      Ketahui lanjut mengenai statistik kesihatan terkini.

  • Tentang Kami

    Tentang Kami

    Hampir seabad lamanya, AIA memenuhi keperluan jutaan orang yang sentiasa berubah di seluruh rantau Asia Pasifik.

    BACA LEBIH LANJUT
    • Tentang Kami

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA Public Takaful Berhad

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA General Insurance Berhad

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA Pension & Asset Management (APAM)

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Peluang Kerjaya

      Berminat untuk menyertai keluarga AIA? Carilah jawatan yang sesuai untuk anda.

    • Program Komuniti

      Berbakti kepada komuniti amatlah penting buat kami.

    • Pusat Media

      Kewangan, siaran akhbar dan maklumat lain mengenai AIA.

    • Acara & Promosi

      Acara & Promosi

    • Piagam Pelanggan

      Komitmen kami untuk Pelanggan kami

  • Bantuan

    Bantuan

    Kami bertekad untuk membantu menjawab pertanyaan anda dengan sentuhan perkhidmatan pelanggan yang memuaskan.

    Hubungi AIA
    • Hubungi Kami

      Tiada jawapan dalam bahagian FAQ? Hubungi kami sekarang.

    • Temui Kami

    • Soalan Lazim

      Ada soalan? Anda boleh dapatkan jawapan di sini.

    • Pengumuman Penting

      Maklumat berguna untuk pelanggan kami.

    • Hab Borang

      Perlukan borang? Carilah di hab borang kami.

    • Panduan Pengguna Portal Pelanggan My AIA

  • Log Masuk My AIA

    My AIA

    Urus pelan AIA dan manfaat pekerja anda, kekal sihat dengan AIA Vitality serta akses perkhidmatan kesihatan.

    Download My AIA
    Download My AIA
    Download My AIA
    Download My AIA
    • individual
      PORTAL PELANGGAN

      Urus pelan AIA, manfaat pekerja dan akaun AIA Vitality anda.

      Daftar Log masuk

    • corporate
      PORTAL KORPORAT

      Untuk kakitangan Sumber Manusia (HR) dan pihak pengantara mengurus portfolio faedah pekerja syarikat dengan lebih efisien.

      Log masuk

  • Language Select
    • EN
    • BM
  • Search
  • Contact Us
    • Hubungi Kami

      Waktu Operasi:
      Isnin – Khamis : 8.30pagi – 5.30petang,
      Jumaat : 8.30pagi – 4.30petang

    • AIA BHD.

    • AIA PUBLIC TAKAFUL BHD.

    • AIA General Berhad

    • AIA Auto Assist/AIA Roadside Assist

2020
Sebelum | Selepas
Back to Top
  • {{title}}

    {{label}}
  • AIA PUBLIC Takaful Kongsi Keceriaan Aidilfitri Bersama 1,000 Keluarga Asnaf

    19/05/2020


    Rakyat Malaysia bantu sumbang ‘Kit Semarakkan Raya’ kepada golongan yang memerlukan melalui kempen #GymUntukJiwa

    Elmie Aman Najas (kedua dari kiri), Ketua Pegawai Eksekutif AIA PUBLIC Takaful menyerahkan ‘Kit Semarakkan Raya’ kepada Dr. Mohd Daud Sulaiman (kedua dari kanan), Presiden MRA untuk diedarkan kepada 1,000 keluarga asnaf. Turut bersama ialah Afdzal Al-'Adli Husni (kiri), Pengarah Bersekutu Pemasaran Produk, AIA PUBLIC Takaful dan Hj. Khairil Annuar bin Khalid, Timbalan Presiden MRA (kanan)

    Kredit Foto: Ahnaf Isryad Mohd Mokmin, Malaysian Relief Agency

    Kuala Lumpur, 19 Mei 2020 – Sebagai sebahagian daripada program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) 'Semarakkan Raya', AIA PUBLIC Takaful Bhd. (AIA PUBLIC Takaful) dengan kerjasama Malaysia Relief Agency (MRA) baru-baru ini telah mengedarkan 'Kit Semarakkan Raya’ yang terdiri daripada bekalan makanan kepada 1,000 keluarga asnaf di Lembah Klang, Melaka dan Negeri Sembilan sebagai persiapan sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang.

    Menyedari akan kesusahan dan kesulitan yang dihadapi oleh golongan yang kurang bernasib baik khususnya mereka yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 yang berterusan dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), AIA PUBLIC Takaful melalui inisiatif ini tampil memainkan peranannya sebagai warga korporat yang bertanggungjawab bagi memastikan kebajikan golongan ini juga turut dijaga dan terus dipelihara.

    Elmie Aman Najas, Ketua Pegawai Eksekutif AIA PUBLIC Takaful berkata: “Menjalani ibadah puasa dan merayakan Aidilfitri ketika pelaksanaan PKP sememangnya lebih mencabar buat keluarga-keluarga ini dalam komuniti kita. Oleh itu, kami ingin meringankan beban mereka dan berkongsi keceriaan bersama golongan ini kerana mereka juga berhak untuk menyambut Hari Raya dengan kegembiraan. Inisiatif CSR ini adalah salah satu cara kami membantu mereka meraikan Syawal yang lebih bermakna."

    Inisiatif Semarakkan Raya ini diperkukuhkan lagi dengan sokongan daripada rakyat Malaysia yang menyertai kempen terbaru AIA PUBLIC Takaful iaitu #GymUntukJiwa. Kempen yang dilancarkan pada hari keempat bulan Ramadan ini merangkumi pelbagai cabaran media sosial yang mendorong rakyat Malaysia untuk terus berusaha menjadi insan yang lebih baik – melatih jiwa untuk menanam rasa empati, cinta dan belas kasihan yang akhirnya dapat mewujudkan impak yang positif kepada komuniti disekeliling.

    Fasa pertama cabaran media sosial #GymUntukJiwa memerlukan para peserta memuat naik gambar atau video mereka melakukan kebaikan sepanjang bulan Ramadan di laman Facebook atau Instagram mereka dengan menyertakan tanda pagar – #GymUntukJiwa dan #AIAPUBLICTakaful. Perbuatan yang boleh dilakukan adalah seperti berkongsi makanan dengan jiran mereka, membuat kejutan kepada orang tersayang dengan pemberian hadiah bahkan menolong orang yang kurang berkemampuan.

    Oleh kerana bilangan tanda pagar yang diperoleh melalui cabaran ini yang berakhir pada 16 Mei, melebihi jangkaan, AIA PUBLIC Takaful telah memutuskan untuk meningkatkan jumlah keluarga asnaf yang akan menerima sumbangan bantuan daripada 250 kepada 1,000 buah keluarga.

    “Bulan Ramadan yang mulia ini mengajar seorang Muslim antara lain untuk bersedekah dan melatih diri untuk bermurah hati serta berniat baik terhadap orang lain. Oleh itu, kempen #GymUntukJiwa oleh AIA PUBLIC Takaful ini bermatlamat mendorong rakyat Malaysia untuk terus menyebarkan nilai-nilai positif dan kebaikan bagi mencapai kehidupan yang lebih bermakna. Pemberian kecil dari seseorang mungkin mendatangkan kegembiraan kepada orang lain terutamanya mereka yang menghadapi pelbagai kesukaran dan kekangan lebih-lebih lagi dalam tempoh yang mencabar ini. Kami amat menghargai sokongan dan semangat yang ditonjolkan oleh rakyat Malaysia yang telah sama-sama melakukan kebaikan dengan cara tersendiri, sama ada besar mahupun kecil, untuk kemajuan diri dan masyarakat,'' tambah Elmie.

    Selain menerima Kit Semarakkan Raya yang mengandungi keperluan harian dan Raya seperti tepung, beras, minyak masak, gula, ketupat segera dan juga biskut Raya, setiap keluarga asnaf juga dibekalkan dengan AIA Carepack yang terdiri daripada cecair pembasmi kuman (hand-sanitiser), pelitup muka serta tisu basah anti-bakteria untuk membantu mereka kekal sihat dan selamat serta mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

    Fasa seterusnya bagi cabaran media sosial #GymUntukJiwa akan bermula dari 22 Mei bersempena dengan perayaan Aidilfitri. Untuk maklumat lanjut mengenai #GymUntukJiwa, sila layari https://www.aia.com.my/ms/gym-untuk-jiwa.html

    - TAMAT -


    Mengenai AIA PUBLIC Takaful Bhd.

    AIA PUBLIC Takaful Bhd. (AIA PUBLIC Takaful) dimiliki bersama oleh AIA Co. Ltd. (AIA), Public Bank Berhad (PBB) dan Public Islamic Bank Berhad (anak syarikat milik penuh PBB). Diperbadankan pada 11 Mac 2011, AIA PUBLIC Takaful memanfaatkan kedudukan kepimpinan AIA dan PBB Group serta rangkaian infrastruktur dan pengedaran yang mampan dalam industri insurans dan perbankan bagi memacu pertumbuhan dan meningkatkan kadar penetrasi Takaful Keluarga di pasaran domestik. AIA PUBLIC Takaful komited untuk menawarkan penyelesaian patuh syariah yang tepat bagi memenuhi pelbagai keperluan pelanggan di setiap peringkat kehidupan.

    Mengenai AIA

    AIA Group Limited dan anak syarikatnya (keseluruhannya “AIA” atau “Kumpulan”) terdiri daripada kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas. Ia beroperasi di 18 pasaran di Asia Pasifik – cawangan dan anak syarikat milik penuh di Hong Kong SAR, Thailand, Singapura, Malaysia, Tanah Besar China, Korea Selatan, Filipina, Australia, Indonesia, Taiwan (China), Vietnam, New Zealand, Macau SAR, Brunei, Kemboja, Myanmar, 99 peratus pegangan anak syarikat di Sri Lanka dan 49 peratus pegangan usaha sama di India.

    Perniagaan yang kini dikenali sebagai AIA telah ditubuhkan di Shanghai sedekad yang lalu pada tahun 1919. Ia merupakan peneraju pasaran di rantau Asia Pasifik (tidak termasuk Jepun) berasaskan premium insurans hayat dan memegang kedudukan utama di sebahagian besar pasarannya. AIA mempunyai jumlah aset bernilai $284 bilion dolar Amerika pada 31 Disember 2019.

    AIA memenuhi keperluan simpanan dan perlindungan individu jangka panjang dengan menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan termasuk insurans hayat, insurans kemalangan dan kesihatan serta pelan simpanan. Kumpulan ini juga menyediakan manfaat pekerja, kredit hayat dan perkhidmatan persaraan kepada pelanggan korporat. Melalui rangkaian agensi, rakan kongsi dan kakitangan yang meluas di seluruh Asia Pasifik, AIA memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 36 juta pemegang polisi individu dan lebih 16 juta ahli skim insurans berkelompok.

    Kumpulan AIA disenaraikan di Papan Utama, Bursa Saham Hong Kong di bawah kod bursa “1299” dengan Resit Depositari Amerika (Tingkat 1) yang diniagakan pada pasaran kaunter (simbol ticker: “AAGIY”).

    Produk Kami
    Perlindungan Hayat
    Perlindungan Perubatan
    Perlindungan Penyakit Kritikal
    Simpanan & Pelaburan
    Perlindungan Kemalangan
    Penyelesaian Hartanah
    Insurans Kenderaan
    Produk Dalam Talian
    Produk Kami
    Perlindungan Hayat
    Perlindungan Perubatan
    Perlindungan Penyakit Kritikal
    Simpanan & Pelaburan
    Perlindungan Kemalangan
    Penyelesaian Hartanah
    Insurans Kenderaan
    Produk atas talian
    Tahukan Anda
    Kesihatan & Kesejahteraan
    Kewangan & Insurans
    Galeri Video
    Statistik Kesihatan
    Tentang Kami
    Tentang AIA Bhd.
    Tentang AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    Tentang AIA General Berhad
    Tentang AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    Peluang Kerjaya
    Program Komuniti
    Acara & Promosi
    Peta Laman
    Bantuan & Sokongan
    Hubungi Kami
    Soalan Lazim
    Pengumuman Penting
    Hab Borang
    AIA Malaysia
    Menara AIA, 99, Jalan Ampang,
    50450 Kuala Lumpur
    AIA Bhd.
    1300-88-1899
    Untuk Pelanggan Luar Negara
    603 2056 1111
    AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    1300-88-8922
    AIA General Berhad
    1300-88-1899
    AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    1300-22-7771
    AIA Auto Assist / Roadside Assist
    1-800-88-8733
    Tahukah Anda
    Kesihatan & Kesejahteraan
    Kewangan & Insurans
    Galeri Video
    Statistik Kesihatan
    TENTANG KAMI
    Tentang AIA Bhd.
    Tentang AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    Tentang AIA General Berhad
    Tentang AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    Peluang Kerjaya
    Program Komuniti
    Acara & Promosi
    Peta Laman

    Laman web ini menggunakan kuki bertujuan untuk meningkatkan kemudahan pengguna. Anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai jenis kuki yang kami kumpulkan, apa yang kami gunakan, dan cara menguruskan tetapan kuki anda di dalam Polisi Kuki dan Penyata Privasi.

    Bantuan & Sokongan
    Hubungi Kami
    Soalan Lazim
    Pengumuman Penting
    Hab Borang
    AIA Malaysia
    Menara AIA, 99, Jalan Ampang,
    50450 Kuala Lumpur
    AIA Bhd.
    1300-88-1899
    Untuk Pelanggan Luar Negara
    603 2056 1111
    AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    1300-88-8922
    AIA General Berhad
    1300-88-1899
    AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    1300-22-7771
    AIA Auto Assist / Roadside Assist
    1-800-88-8733

    Hak cipta © 2022 AIA Group Limited dan anak-anak syarikatnya. AIA Bhd. 200701032867 (790895-D) AIA PUBLIC Takaful Bhd. 201101007816 (935955-M) AIA General Berhad 201001040438 (924363-W) AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd. 201201027147 (1011637-P) AIA Health Services Sdn. Bhd. 199601016211 (388561-T). Semua hak cipta terpelihara.
    Terma Penggunaan | Penyataan Privasi | Kod Tatacara | Peta Laman