Skip to main content
  • EN
  • BM
  • Search
  • AIA Malaysia
  • Produk Kami
    • Perlindungan Hayat
    • Perlindungan Perubatan
    • Perlindungan Penyakit Kritikal
    • Simpanan & Pelaburan
    • Perlindungan Kemalangan
    • Penyelesaian Hartanah
    • Insurans Kenderaan
    • Produk Dalam Talian
    • AIA Vitality
    • Manfaat Pekerja
    • Insurans Komersial
  • AIA Vitality
    • Bagaimana AIA Vitality Berfungsi?
    • MAFAAT & GANJARAN
    • Testimonial Ahli
  • Tahukah Anda?
    • Kesihatan & Kesejahteraan
    • Kewangan & Insurans
    • Galeri video
    • Statistik Kesihatan
  • Tentang Kami
    • Tentang Kami
    • Tentang AIA Public Takaful Berhad
    • Tentang AIA General Insurance Berhad
    • Tentang AIA Pension & Asset Management (APAM)
    • Peluang Kerjaya
    • Program Komuniti
    • Pusat Media
    • Acara & Promosi
    • Piagam Pelanggan
  • Bantuan
    • Hubungi Kami
    • Temui Kami
    • Soalan Lazim
    • Pengumuman Penting
    • Hab Borang
    • Panduan Pengguna Portal Pelanggan My AIA
  • Log Masuk My AIA
    • Log Masuk Portal Pelanggan
    • Pendaftaran Pelanggan
    • Log Masuk Portal Korporat
  • Investment-Linked Funds
AIA
  • Produk Kami

    Produk Kami

    Pilih daripada salah satu kategori di kanan atau klik untuk cadangan mengikut keperluan anda.

    Kami sedia membantu anda.
    Dana Berkaitan Pelaburan

    Dapatkan maklumat terkini mengenai dana-dana kami dan prestasi dana tersebut.

    Klik di sini untuk Laporan Prestasi Dana Berkaitan Pelaburan AIA 2021

    Untuk Individu

    Untuk Perniagaan

    • Perlindungan Hayat

      Lindungi masa depan orang yang tersayang daripada ketidakpastian

    • Perlindungan Perubatan

      Memiliki penyelesaian penjagaan kesihatan yang diyakini dan inovatif disaat memerlukan.

    • Perlindungan Penyakit Kritikal

      Perlindungan daripada beban kewangan akibat penyakit kritikal.

    • Simpanan & Pelaburan

      Gandakan pulangan nilai wang anda – impian anda bermakna.

    • Perlindungan Kemalangan

      Kukuhkan kewangan untuk menghadapi perkara di luar jangkaan.

    • Penyelesaian Hartanah

      Biayai hartanah impian anda dan pastikan isi rumah dilindungi.

    • Insurans Kenderaan

      Dapatkan perlindungan komprehensif untuk kenderaan bermotor anda.

    • Produk Dalam Talian

      Dapatkan pelan insurans dan takaful kami secara dalam talian untuk perlindungan serta-merta.

    • AIA Vitality

      AIA Vitality adalah program kesejahteraan yang disokong oleh bidang sains yang sesuai dengan anda dan memberi ganjaran bagi pilihan kesihatan anda. Ketahui lebih lanjut

    • Manfaat Pekerja

      Lindungi aset syarikat anda yang paling penting melalui penyelesaian kami yang menerajui pasaran.

    • Insurans Komersial

      Lindungi perniagaan anda daripada kejadian yang tidak diingini dan kerosakan.

  • AIA Vitality

    AIA Vitality

    • Bagaimana AIA Vitality Berfungsi?

      Ketahui bagaimana AIA Vitality mendorong anda untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat, berpanjangan dan bermakna.

    • MAFAAT & GANJARAN

      Ketahui manfaat dan ganjaran yang boleh anda nikmati sebagai ahli AIA Vitality.

    • Testimonial Ahli

      Dapatkan inspirasi dari kisah ahli kami mengenai pengalaman mereka dengan AIA Vitality.

  • Tahukah Anda?

    Tahukah Anda?

    Panduan dan tip-tip mengenai topik kesihatan dan kewangan terkini.

    LIHAT SEMUA DALAM TAHUKAH ANDA?
    • Kesihatan & Kesejahteraan

      Kehidupan bermakna & sihat bermula hari ini.

    • Kewangan & Insurans

      Kewangan dipermudahkan.

    • Galeri video

      Video pendek mengenai topik kesihatan dan kewangan terkini.

    • Statistik Kesihatan

      Ketahui lanjut mengenai statistik kesihatan terkini.

  • Tentang Kami

    Tentang Kami

    Hampir seabad lamanya, AIA memenuhi keperluan jutaan orang yang sentiasa berubah di seluruh rantau Asia Pasifik.

    BACA LEBIH LANJUT
    • Tentang Kami

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA Public Takaful Berhad

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA General Insurance Berhad

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA Pension & Asset Management (APAM)

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Peluang Kerjaya

      Berminat untuk menyertai keluarga AIA? Carilah jawatan yang sesuai untuk anda.

    • Program Komuniti

      Berbakti kepada komuniti amatlah penting buat kami.

    • Pusat Media

      Kewangan, siaran akhbar dan maklumat lain mengenai AIA.

    • Acara & Promosi

      Acara & Promosi

    • Piagam Pelanggan

      Komitmen kami untuk Pelanggan kami

  • Bantuan

    Bantuan

    Kami bertekad untuk membantu menjawab pertanyaan anda dengan sentuhan perkhidmatan pelanggan yang memuaskan.

    Hubungi AIA
    • Hubungi Kami

      Tiada jawapan dalam bahagian FAQ? Hubungi kami sekarang.

    • Temui Kami

    • Soalan Lazim

      Ada soalan? Anda boleh dapatkan jawapan di sini.

    • Pengumuman Penting

      Maklumat berguna untuk pelanggan kami.

    • Hab Borang

      Perlukan borang? Carilah di hab borang kami.

    • Panduan Pengguna Portal Pelanggan My AIA

  • Log Masuk My AIA

    My AIA

    Urus pelan AIA dan manfaat pekerja anda, kekal sihat dengan AIA Vitality serta akses perkhidmatan kesihatan.

    Download My AIA
    Download My AIA
    Download My AIA
    Download My AIA
    • individual
      PORTAL PELANGGAN

      Urus pelan AIA, manfaat pekerja dan akaun AIA Vitality anda.

      Daftar Log masuk

    • corporate
      PORTAL KORPORAT

      Untuk kakitangan Sumber Manusia (HR) dan pihak pengantara mengurus portfolio faedah pekerja syarikat dengan lebih efisien.

      Log masuk

  • Language Select
    • EN
    • BM
  • Search
  • Contact Us
    • Hubungi Kami

      Waktu Operasi:
      Isnin – Khamis : 8.30pagi – 5.30petang,
      Jumaat : 8.30pagi – 4.30petang

    • AIA BHD.

    • AIA PUBLIC TAKAFUL BHD.

    • AIA General Berhad

    • AIA Auto Assist/AIA Roadside Assist

2021
Sebelum | Selepas
Back to Top
  • {{title}}

    {{label}}
  • Touch ‘n Go eWallet dan AIA Malaysia Perkenal WalletSafe dengan Harga RM1*

    01/11/2021


    Perlindungan baharu yang pertama di pasaran, eksklusif untuk pengguna Touch ‘n Go eWallet

     

    [Dari Kiri ke Kanan:] Ignatius Ong, Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital, Effendy Shahul Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Touch 'n Go Group, Ben Ng, Ketua Pegawai Eksekutif AIA Bhd. dan Eric Chang, Ketua Pegawai Eksekutif AIA General Berhad memperkenalkan WalletSafe, produk pertama hasil kerjasama kedua-dua syarikat. Ditawarkan pada harga RM1, WalletSafe ialah pelan insurans 6 bulan yang melindungi pengguna Touch 'n Go eWallet sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan atau COVID-19. Ia juga menyediakan perlindungan tambahan untuk transaksi tidak sah yang dilakukan melalui akaun eWallet dan GO+ mereka. Kesemua perlindungan ini ditawarkan sebagai tambahan kepada manfaat Money-back Guarantee yang disediakan oleh Touch 'n Go eWallet untuk pengguna yang disahkan.

    Kuala Lumpur, 1 November 2021 – Touch ‘n Go Group melalui TNG Digital Sdn Bhd ("TNG Digital"), pemilik dan pengendali Touch 'n Go eWallet, dan AIA Malaysia ("AIA") memulakan jalinan kerjasama strategik dengan pelancaran produk kolaborasi pertama mereka hari ini iaitu WalletSafe, pada harga pengenalan RM1*.

    “Ketika pandemik ini, peningkatan permintaan untuk transaksi tanpa tunai telah menyebabkan peningkatan penggunaan eWallet. Menurut Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia, transaksi e-dompet telah meningkat sebanyak 131% pada 2020 yang melibatkan 0.6 bilion transaksi, berbanding 0.3 bilion transaksi pada 2019. Selain itu, lebih banyak pedagang telah mendaftar untuk menerima e-pembayaran dengan pembayaran kod Tindak Balas Pantas (QR). Touch 'n Go eWallet sudah diterima di lebih daripada sejuta titik penerimaan pedagang DuitNow QR. Memandangkan terdapat kenaikan jumlah transaksi, salah satu isu utama yang sering dikhuatiri para pengguna adalah soal keselamatan. Ianya satu kebimbangan yang ingin ditangani oleh Touch 'n Go dan AIA Malaysia melalui pengenalan WalletSafe,” kata Effendy Shahul Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Touch 'n Go Group.

    WalletSafe ialah pelan insurans selama 6 bulan yang melindungi pengguna Touch 'n Go eWallet sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan atau COVID-19 dan membayar sehingga sepuluh kali ganda baki amaun Touch ‘n Go eWallet (maksimum RM25,000) mereka. Ia juga menyediakan perlindungan tambahan untuk transaksi tidak sah yang dilakukan melalui akaun eWallet dan GO+ mereka, sehingga RM25,000. Kesemua perlindungan ini ditawarkan sebagai tambahan kepada manfaat Money-back Guarantee yang disediakan oleh Touch 'n Go eWallet untuk pengguna yang disahkan.

    Melalui pengalaman yang lancar dan mudah, pengguna boleh membeli produk ini secara terus dari Touch ‘n Go eWallet mereka dan akan diinsuranskan dengan serta-merta. Urusan tuntutan juga lebih mudah dan pantas kerana keseluruhan proses dilakukan secara dalam talian.

    “WalletSafe adalah produk pertama di pasaran yang mengikat perlindungan insurans dengan baki eWallet dan kami amat gembira dapat menawarkan penyelesaian baharu yang menarik ini dengan harga RM1 sahaja kepada pengguna eWallet kami. Melalui penggunaan teknologi dan inovasi secara efektif, bersama-sama dengan AIA Malaysia, kami dapat memberikan nilai yang lebih tinggi serta tawaran produk yang direka khusus buat para pengguna. Tambahan pula, produk ini bukan hanya membolehkan para pengguna menikmati ketenangan fikiran, tetapi juga menggalakkan mereka untuk menabung melalui GO+ kerana mengetahui bahawa mereka mendapat perlindungan yang lebih tinggi sebanyak RM25,000,” tambah Effendy.

    Senada dengan komen Effendy, Ben Ng, Ketua Pegawai Eksekutif AIA Bhd. berkata: “Ketika ramai yang sedang mencari perlindungan serba lengkap untuk eWallet mereka, kami berbesar hati menawarkan produk mampu milik dengan nilai perlindungan yang tinggi kepada lebih 16 juta pengguna rakan kongsi kami yang dapat dinikmati secara eksklusif sebagai pelanggan Touch 'n Go eWallet. Produk yang kami lancarkan hari ini hanyalah permulaan kepada perjalanan jangka panjang dan menarik kami bersama Touch ‘n Go dalam menyediakan penyelesaian baru, inovatif dan diperibadikan untuk membantu pengguna mereka hidup lebih sihat, berpanjangan dan bermakna.”

    Pada Julai 2021, TNG Digital dan AIA membentuk perkongsian strategik jangka panjang yang membolehkan AIA menawarkan penyelesaian insurans digital kepada pengguna Touch ‘n Go eWallet, syarikat e-dompet terbesar di Malaysia. WalletSafe adalah produk pertama yang dilancarkan susulan pengumuman tersebut.

    WalletSafe boleh dibeli bermula hari ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.touchngo.com.my.

    *Tertakluk pada terma dan syarat

    - TAMAT-

    Mengenai Touch ‘n Go Group

    Kumpulan syarikat Touch ‘n Go adalah perusahaan teknologi kewangan berpandukan pengguna yang terkemuka di Malaysia dengan tumpuan utama dalam ekosistem pengangkutan dan infrastruktur pembayaran berasaskan platform di negara ini. Ia terdiri daripada penawaran perkhidmatan Touch ‘n Go Sdn Bhd, sebuah anak syarikat milik sepenuhnya CIMB Group dan TNG Digital Sdn Bhd (“TNGD”), sebuah usaha sama antara Touch ‘n Go dan Ant Group, syarikat induk Alipay, platform pembayaran digital terbesar di China. Kumpulan syarikat Touch ‘n Go berkhidmat untuk rakyat Malaysia yang menggunakan kad, RFID dan penawaran eWallet untuk melaksanakan pelbagai transaksi harian.

    Mengenai TNG Digital Sdn Bhd

    TNG Digital Sdn Bhd (“TNGD”) telah diasaskan oleh Touch ‘n Go Sdn Bhd dan Ant Group (“Ant”), syarikat induk Alipay, platform pembayaran digital terbesar di China. Diasaskan pada tahun 2017, TNGD adalah pemilik dan pengendali Touch ‘n Go eWallet, syarikat eWallet nombor satu di Malaysia dengan lebih 16 juta pengguna berdaftar. Menggabungkan jenama domestik Touch ‘n Go yang kukuh, dominasi dalam penggunaan tol, transit dan tempat meletak kereta dan pangkalah pengguna di seluruh negara, dengan kepakaran domain yang tinggi Ant dan sebagai peneraju pembangunan platform terbuka untuk perkhidmatan kewangan inklusif yang diterajui teknologi, Touch ‘n Go eWallet menyediakan perkhidmatan kewangan dan pembayaran kepada para pengguna runcit dan perniagaan kecil ke sederhana, merentasi infrastruktur fizikal dan dalam talian. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.tngdigital.com.my.

    Mengenai AIA Malaysia

    AIA Malaysia adalah sebahagian daripada Kumpulan AIA, kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas. Secara bersama, AIA Bhd., AIA PUBLIC Takaful Bhd., AIA General Berhad dan AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd. telah memberi perkhidmatan kepada rakyat Malaysia selama lebih dari 72 tahun.

    Sebagai salah satu penyedia insurans dan takaful terkemuka di negara ini, AIA Malaysia menawarkan pelbagai penyelesaian  konvensional dan patuh syariah yang inovatif dan komprehensif, merangkumi Perlindungan Hayat dan Kesihatan, Takaful Keluarga, Manfaat Pekerja, Motor, Kemalangan Diri, Gadai Janji, Insurans Komersial dan skim Persaraan yang memenuhi keperluan kesihatan, kekayaan dan perlindungan  pelanggannya di setiap peringkat kehidupan.

    Menerusi rangkaian pusat perkhidmatan di seluruh negara, pasukan terlatih yang terdiri daripada lebih 2,600 kakitangan serta saluran pengedarannya yang pelbagai dan berdedikasi yang merangkumi pasukan agensi seramai 20,000 Perancang Hayat, rakan kongsi bank eksklusif, pasukan penjualan korporat dan broker,                         AIA Malaysia kekal komited untuk sentiasa bersama 4 juta pelanggannya; menyokong dan membantu mereka Hidup Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna

    Mengenai AIA

    AIA Group Limited dan anak syarikatnya (keseluruhannya “AIA” atau “Kumpulan”) terdiri daripada kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas. Ia beroperasi di 18 pasaran – cawangan dan anak syarikat milik penuh di Tanah Besar China, Hong Kong SAR, Thailand, Singapura, Malaysia, Australia, Kemboja, Indonesia, Myanmar, Filipina, Korea Selatan, Sri Lanka, Taiwan (China), Vietnam, Brunei, Macau SAR, New Zealand, dan 49 peratus pegangan usaha sama di India.

    Perniagaan yang kini dikenali sebagai AIA telah ditubuhkan di Shanghai lebih seabad yang lalu pada tahun 1919. Ia merupakan peneraju pasaran di rantau Asia (tidak termasuk Jepun) berasaskan premium insurans hayat dan memegang kedudukan utama di sebahagian besar pasarannya. AIA mempunyai jumlah aset bernilai $326 bilion dolar Amerika pada 31 Disember 2020.

    AIA memenuhi keperluan simpanan dan perlindungan individu jangka panjang dengan menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan termasuk insurans hayat, insurans kemalangan dan kesihatan serta pelan simpanan. Kumpulan ini juga menyediakan manfaat pekerja, kredit hayat dan perkhidmatan persaraan kepada pelanggan korporat. Melalui rangkaian agensi, rakan kongsi dan kakitangan yang meluas di seluruh Asia, AIA memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 38 juta pemegang polisi individu dan lebih 16 juta ahli skim insurans berkelompok.

    Kumpulan AIA disenaraikan di Papan Utama, Bursa Saham Hong Kong di bawah kod bursa “1299” dengan Resit Depositari Amerika (Tingkat 1) yang diniagakan pada pasaran kaunter (simbol ticker: “AAGIY”).

    Produk Kami
    Perlindungan Hayat
    Perlindungan Perubatan
    Perlindungan Penyakit Kritikal
    Simpanan & Pelaburan
    Perlindungan Kemalangan
    Penyelesaian Hartanah
    Insurans Kenderaan
    Produk Dalam Talian
    Produk Kami
    Perlindungan Hayat
    Perlindungan Perubatan
    Perlindungan Penyakit Kritikal
    Simpanan & Pelaburan
    Perlindungan Kemalangan
    Penyelesaian Hartanah
    Insurans Kenderaan
    Produk atas talian
    Tahukan Anda
    Kesihatan & Kesejahteraan
    Kewangan & Insurans
    Galeri Video
    Statistik Kesihatan
    Tentang Kami
    Tentang AIA Bhd.
    Tentang AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    Tentang AIA General Berhad
    Tentang AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    Peluang Kerjaya
    Program Komuniti
    Acara & Promosi
    Peta Laman
    Bantuan & Sokongan
    Hubungi Kami
    Soalan Lazim
    Pengumuman Penting
    Hab Borang
    AIA Malaysia
    Menara AIA, 99, Jalan Ampang,
    50450 Kuala Lumpur
    AIA Bhd.
    1300-88-1899
    Untuk Pelanggan Luar Negara
    603 2056 1111
    AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    1300-88-8922
    AIA General Berhad
    1300-88-1899
    AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    1300-22-7771
    AIA Auto Assist / Roadside Assist
    1-800-88-8733
    Tahukah Anda
    Kesihatan & Kesejahteraan
    Kewangan & Insurans
    Galeri Video
    Statistik Kesihatan
    TENTANG KAMI
    Tentang AIA Bhd.
    Tentang AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    Tentang AIA General Berhad
    Tentang AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    Peluang Kerjaya
    Program Komuniti
    Acara & Promosi
    Peta Laman

    Laman web ini menggunakan kuki bertujuan untuk meningkatkan kemudahan pengguna. Anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai jenis kuki yang kami kumpulkan, apa yang kami gunakan, dan cara menguruskan tetapan kuki anda di dalam Polisi Kuki dan Penyata Privasi.

    Bantuan & Sokongan
    Hubungi Kami
    Soalan Lazim
    Pengumuman Penting
    Hab Borang
    AIA Malaysia
    Menara AIA, 99, Jalan Ampang,
    50450 Kuala Lumpur
    AIA Bhd.
    1300-88-1899
    Untuk Pelanggan Luar Negara
    603 2056 1111
    AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    1300-88-8922
    AIA General Berhad
    1300-88-1899
    AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    1300-22-7771
    AIA Auto Assist / Roadside Assist
    1-800-88-8733

    Hak cipta © 2022 AIA Group Limited dan anak-anak syarikatnya. AIA Bhd. 200701032867 (790895-D) AIA PUBLIC Takaful Bhd. 201101007816 (935955-M) AIA General Berhad 201001040438 (924363-W) AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd. 201201027147 (1011637-P) AIA Health Services Sdn. Bhd. 199601016211 (388561-T). Semua hak cipta terpelihara.
    Terma Penggunaan | Penyataan Privasi | Kod Tatacara | Peta Laman