Skip to main content
  • EN
  • BM
  • Search
  • AIA Malaysia
  • Produk Kami
    • Perlindungan Hayat
    • Perlindungan Perubatan
    • Perlindungan Penyakit Kritikal
    • Simpanan & Pelaburan
    • Perlindungan Kemalangan
    • Penyelesaian Hartanah
    • Insurans Kenderaan
    • Produk Dalam Talian
    • AIA Vitality
    • Manfaat Pekerja
    • Insurans Komersial
  • AIA Vitality
    • Bagaimana AIA Vitality Berfungsi?
    • MAFAAT & GANJARAN
    • Testimonial Ahli
  • Tahukah Anda?
    • Kesihatan & Kesejahteraan
    • Kewangan & Insurans
    • Galeri video
    • Statistik Kesihatan
  • Tentang Kami
    • Tentang Kami
    • Tentang AIA Public Takaful Berhad
    • Tentang AIA General Insurance Berhad
    • Tentang AIA Pension & Asset Management (APAM)
    • Peluang Kerjaya
    • Program Komuniti
    • Pusat Media
    • Acara & Promosi
    • Piagam Pelanggan
  • Bantuan
    • Hubungi Kami
    • Temui Kami
    • Soalan Lazim
    • Pengumuman Penting
    • Hab Borang
    • Panduan Pengguna Portal Pelanggan My AIA
  • Log Masuk My AIA
    • Log Masuk Portal Pelanggan
    • Pendaftaran Pelanggan
    • Log Masuk Portal Korporat
  • Investment-Linked Funds
AIA
  • Produk Kami

    Produk Kami

    Pilih daripada salah satu kategori di kanan atau klik untuk cadangan mengikut keperluan anda.

    Kami sedia membantu anda.
    Dana Berkaitan Pelaburan

    Dapatkan maklumat terkini mengenai dana-dana kami dan prestasi dana tersebut.

    Klik di sini untuk Laporan Prestasi Dana Berkaitan Pelaburan AIA 2021

    Untuk Individu

    Untuk Perniagaan

    • Perlindungan Hayat

      Lindungi masa depan orang yang tersayang daripada ketidakpastian

    • Perlindungan Perubatan

      Memiliki penyelesaian penjagaan kesihatan yang diyakini dan inovatif disaat memerlukan.

    • Perlindungan Penyakit Kritikal

      Perlindungan daripada beban kewangan akibat penyakit kritikal.

    • Simpanan & Pelaburan

      Gandakan pulangan nilai wang anda – impian anda bermakna.

    • Perlindungan Kemalangan

      Kukuhkan kewangan untuk menghadapi perkara di luar jangkaan.

    • Penyelesaian Hartanah

      Biayai hartanah impian anda dan pastikan isi rumah dilindungi.

    • Insurans Kenderaan

      Dapatkan perlindungan komprehensif untuk kenderaan bermotor anda.

    • Produk Dalam Talian

      Dapatkan pelan insurans dan takaful kami secara dalam talian untuk perlindungan serta-merta.

    • AIA Vitality

      AIA Vitality adalah program kesejahteraan yang disokong oleh bidang sains yang sesuai dengan anda dan memberi ganjaran bagi pilihan kesihatan anda. Ketahui lebih lanjut

    • Manfaat Pekerja

      Lindungi aset syarikat anda yang paling penting melalui penyelesaian kami yang menerajui pasaran.

    • Insurans Komersial

      Lindungi perniagaan anda daripada kejadian yang tidak diingini dan kerosakan.

  • AIA Vitality

    AIA Vitality

    • Bagaimana AIA Vitality Berfungsi?

      Ketahui bagaimana AIA Vitality mendorong anda untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat, berpanjangan dan bermakna.

    • MAFAAT & GANJARAN

      Ketahui manfaat dan ganjaran yang boleh anda nikmati sebagai ahli AIA Vitality.

    • Testimonial Ahli

      Dapatkan inspirasi dari kisah ahli kami mengenai pengalaman mereka dengan AIA Vitality.

  • Tahukah Anda?

    Tahukah Anda?

    Panduan dan tip-tip mengenai topik kesihatan dan kewangan terkini.

    LIHAT SEMUA DALAM TAHUKAH ANDA?
    • Kesihatan & Kesejahteraan

      Kehidupan bermakna & sihat bermula hari ini.

    • Kewangan & Insurans

      Kewangan dipermudahkan.

    • Galeri video

      Video pendek mengenai topik kesihatan dan kewangan terkini.

    • Statistik Kesihatan

      Ketahui lanjut mengenai statistik kesihatan terkini.

  • Tentang Kami

    Tentang Kami

    Hampir seabad lamanya, AIA memenuhi keperluan jutaan orang yang sentiasa berubah di seluruh rantau Asia Pasifik.

    BACA LEBIH LANJUT
    • Tentang Kami

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA Public Takaful Berhad

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA General Insurance Berhad

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA Pension & Asset Management (APAM)

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Peluang Kerjaya

      Berminat untuk menyertai keluarga AIA? Carilah jawatan yang sesuai untuk anda.

    • Program Komuniti

      Berbakti kepada komuniti amatlah penting buat kami.

    • Pusat Media

      Kewangan, siaran akhbar dan maklumat lain mengenai AIA.

    • Acara & Promosi

      Acara & Promosi

    • Piagam Pelanggan

      Komitmen kami untuk Pelanggan kami

  • Bantuan

    Bantuan

    Kami bertekad untuk membantu menjawab pertanyaan anda dengan sentuhan perkhidmatan pelanggan yang memuaskan.

    Hubungi AIA
    • Hubungi Kami

      Tiada jawapan dalam bahagian FAQ? Hubungi kami sekarang.

    • Temui Kami

    • Soalan Lazim

      Ada soalan? Anda boleh dapatkan jawapan di sini.

    • Pengumuman Penting

      Maklumat berguna untuk pelanggan kami.

    • Hab Borang

      Perlukan borang? Carilah di hab borang kami.

    • Panduan Pengguna Portal Pelanggan My AIA

  • Log Masuk My AIA

    My AIA

    Urus pelan AIA dan manfaat pekerja anda, kekal sihat dengan AIA Vitality serta akses perkhidmatan kesihatan.

    Download My AIA
    Download My AIA
    Download My AIA
    Download My AIA
    • individual
      PORTAL PELANGGAN

      Urus pelan AIA, manfaat pekerja dan akaun AIA Vitality anda.

      Daftar Log masuk

    • corporate
      PORTAL KORPORAT

      Untuk kakitangan Sumber Manusia (HR) dan pihak pengantara mengurus portfolio faedah pekerja syarikat dengan lebih efisien.

      Log masuk

  • Language Select
    • EN
    • BM
  • Search
  • Contact Us
    • Hubungi Kami

      Waktu Operasi:
      Isnin – Khamis : 8.30pagi – 5.30petang,
      Jumaat : 8.30pagi – 4.30petang

    • AIA BHD.

    • AIA PUBLIC TAKAFUL BHD.

    • AIA General Berhad

    • AIA Auto Assist/AIA Roadside Assist

2021
Sebelum | Selepas
Back to Top
  • {{title}}

    {{label}}
  • Cara Baharu Untuk Hidup Aktif

    01/03/2021


    DISTRICT RACE MALAYSIA OLEH AIA VITALITY KEMBALI DENGAN ACARA DIGITAL SERBA BAHARU, DIPERLUASKAN KE SELURUH MALAYSIA DENGAN GANJARAN HADIAH YANG LEBIH LUMAYAN DAN HEBAT.

    Gambaran keseluruhan

    • Perlumbaan eksplorasi bandar terhebat di dunia telah beralih ke wadah digital dan boleh disertai secara percuma.
    • Acara ini kembali dengan AIA Vitality selaku penajanya, bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia terus kekal aktif dalam norma baharu agar dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat, berpanjangan dan bermakna
    • Aplikasi ini menampilkan aktiviti baharu yang merangkumi titik semak (checkpoint) yang berada di luar kediaman anda bagi memudahkan penyertaan. Anda boleh menyertai perlumbaan ini dari mana-mana sahaja di Malaysia!
    • Lebih daripada 40 hadiah untuk dimenangi termasuk sebuah kereta baharu, peralatan adidas dan jam tangan Garmin. Seorang pemenang bertuah akan berpeluang membawa pulang sebuah kereta Proton X50. 

    Perincian


    District Race Malaysia anjuran AIA Vitality kembali lagi dan bersiap sedia untuk memperkasa rakyat Malaysia melalui acara digital augmentasi realiti baharu dengan penyertaan percuma. Sejak tahun lalu, pandemik COVID-19 telah mengakibatkan kesemua acara sukan yang melibatkan penyertaan secara besar-besaran tidak dapat dilangsungkan, sekaligus mendorong orang ramai untuk bertindak kreatif dalam melakukan rutin kecergasan mereka. Justeru, edisi terbaharu District Race Malaysia yang bakal dilancarkan hari ini (1 Mac 2021) adalah berlandaskan konsep yang sama. Dikuasakan oleh platform teknologinya yang canggih, acara ini menggalakkan orang ramai untuk menjalani kehidupan aktif dan sihat dalam norma baharu dengan menawarkan satu pengalaman menjelajah bandar yang menyeronokan melalui aplikasi District.
     

    Tahun ini, District bersama penajanya AIA Vitality telah meluaskan penyertaan acara ini ke seluruh negara yang memberi peluang kepada semua rakyat Malaysia untuk menyertainya dan menikmati keseronokannya bersama.

    Acara selama empat bulan ini berhasrat untuk mendorong orang ramai kekal aktif dan sihat dengan melakukan senaman mengikut cara yang baharu dan mengujakan dalam suasana yang selesa dan selamat. Versi baharu aplikasi District ini menawarkan para penggunanya dengan pelbagai pilihan penyertaan tanpa mengira tahap kecergasan mereka. Ini termasuk pengalaman kecergasan tahap tinggi, augmentasi realiti dan pelbagai pertandingan komuniti untuk semua.

    Cara paling mudah untuk bermula adalah dengan berjalan kaki, berjoging atau berlari ke lokasi titik semak maya berhampiran. Hanya buka aplikasi, tekan ‘Start’, dan jalan mengikut lokasi-lokasi GPS untuk meraih mata. Jelajahlah di sekitar kawasan kejiranan atau di taman berhampiran; titik semak berada di mana-mana sahaja.

    Bagi mereka yang tidak berhasrat untuk mengumpul titik semak, mereka juga boleh memperoleh mata untuk setiap kilometer yang dikumpul sama ada dengan berjalan kaki atau berlari. Aktiviti-aktiviti ini boleh dijejaki melalui aplikasi District atau dengan menghubungkan peranti boleh pakai yang dilengkapi GPS, misalnya Garmin. Selepas dihubungkan dengan peranti, semua rekod aktiviti akan diselaraskan terus kepada aplikasi District dan mata yang diraih akan dikredit dan dikira untuk kedudukan keseluruhan. Proses menyertai sesuatu acara tidak pernah semudah ini.

    Di samping pertandingan bulanan, satu cabutan Hadiah Utama juga akan berlangsung sepanjang tempoh acara bermula 1 Mac hingga 30 Jun, dengan pelbagai hadiah menarik menjadi rebutan. Sebarang aktiviti yang berjaya meraih 2,000+ mata terkumpul akan melayakkan peserta untuk satu peluang bagi cabutan bertuah tersebut. Pemenang bertuah berpeluang membawa pulang sebuah kereta Proton X50 baharu. Di samping itu, terdapat lebih daripada 40 hadiah pertandingan untuk dimenangi termasuk jam tangan Garmin, peralatan adidas dan banyak lagi.

    District Race Malaysia anjuran AIA Vitality juga merupakan satu cara yang hebat untuk menghubungkan rakan-rakan dan keluarga untuk sama-sama bergerak aktif secara maya tatkala ramai yang tidak berkesempatan untuk bersemuka secara fizikal sepanjang tempoh pelaksanaan PKP. Para peserta boleh mengajak rakan dan ahli keluarga untuk membentuk satu pasukan bagi menyertai perlumbaan ini dan berpeluang untuk menang Pasukan dengan jumlah ahli terbanyak akan memenangi kemeja T District Race Malaysia dan pingat augmentasi realiti District 2021 secara percuma.

    “Edisi sulung District Race yang dilangsungkan di Dataran Merdeka Kuala Lumpur pada 2019 telah menarik penyertaan lebih 8,000 orang dan kami begitu teruja dengan sambutan hangat yang diterima. Walaupun pandemik global telah memberi kesan dan menjejaskan sebahagian kehidupan kita semua, kami tetap ingin menekankan kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat dan positif di kalangan golongan anak muda mahupun keluarga,” kata Josh Tendler, Ketua Pemasaran, District Technologies. “Aplikasi District dikuasakan dengan teknologi berasaskan lokasi dan gamifikasi, dan ianya kini membolehkan peranti boleh pakai yang dilengkapi GPS dipautkan kepada platform itu. Oleh kerana itu, kami membawa perlumbaan komuniti di Malaysia ini beralih ke format digital pada tahun ini – dengan misi untuk kekal aktif dan sihat. Perlumbaan kali ini pastinya menjanjikan kelainan yang tidak pernah disaksikan sebelum ini.”

    Heng Zee Wang, Ketua Pegawai Pemasaran, AIA Bhd. berkongsikan sentimen yang sama: “District Race anjuran AIA Vitality sebelum ini telah menggegarkan Malaysia apabila ia julung kalinya dilancarkan pada 2019. Selaku penaja, kami cukup teruja kerana dapat menganjurkannya sekali lagi, kali ini dengan format yang baharu dan diubahsuai untuk terus memberi inspirasi kepada semua rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat untuk kekal aktif meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran kehidupan akibat pandemik COVID-19. Kami sentiasa komited dalam mencari kaedah inovatif dan menghiburkan bagi membantu rakyat Malaysia Hidup Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna – dan salah satu daripadanya adalah menerusi program kesihatan unik AIA Vitality kami yang menggalakkan orang ramai membuat pilihan yang lebih sihat dalam kehidupan seharian mereka. Kerjasama dengan District Race ini sememangnya tepat untuk kami kerana ia memberi kesempatan kepada orang ramai menjelajah di sekitara kawasan bandar dan komuniti masing-masing bersama rakan-rakan serta keluarga secara sihat dan selamat.”

    Aplikasi District boleh dimuat turun melalui App Store dan Google Play Store.

    Pendaftaran am District Race Malaysia anjuran AIA Vitality masih lagi dibuka secara percuma dengan memuat turun aplikasi di: https://rebrand.ly/DistrictRaceMY

    Untuk maklumat lanjut, ikuti @DistrictRaceMY di Facebook dan Instagram, atau layari laman rasmi acara di: www.exploredistrict.com/en/events/district-race-my-2021

     

    - TAMAT -


    Mengenai District (exploredistrict.com)

    Hubungi: Chris Cable, Ketua Acara, +60 17 349 2342, Chris@districtrace.com

    District Technologies adalah sebuah syarikat teknologi inovatif yang memberi nafas baharu kepada aktiviti larian dan eksplorasi bandar dengan menggunakan teknologi berteraskan permainan. Ditubuhkan pada tahun 2017, District Technologies lahir hasil daripada keinginan untuk menghidupkan semula semangat eksplorasi dalam diri setiap individu serta membolehkan masyarakat menjalani gaya hidup aktif dan sosial. Produk utama ditawarkan oleh District Technologies adalah District iaitu aplikasi eksplorasi bandar pertama seumpamanya yang menggabungkan kecanggihan teknologi berasaskan pengesanan lokasi dan augmentasi reality (AR) untuk menggalakkan masyarakat meneroka semula bandar mereka dan pada masa yang sama meningkatkan tahap kecergasan dengan cara menyelesaikan beberapa cabaran yang terdapat sekitar bandar. District Technologies juga menganjurkan acara District Race di seluruh dunia yang diinspirasi daripada aplikasi District. District Technologies beribu pejabat di Singapura dan dikenali di peringkat global, dengan pasaran utama di Asia Pasifik dan Eropah.

    Untuk maklumat lanjut, layari www.exploredistrict.com

    Mengenai AIA Vitality

    AIA Vitality merupakan satu-satunya program kesejahteraan menyeluruh berasaskan sains yang pertama di Asia. Program ini menyediakan pengetahuan, alat dan motivasi kepada ahli-ahlinya untuk membantu mereka melaksanakan langkah-langkah yang boleh dicapai bagi memenuhi matlamat kesihatan dan perubahan tingkah laku positif secara jangka panjang ke arah gaya hidup yang lebih sihat. Ahli AIA Vitality diberi insentif untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti kesihatan dan kesejahteraan dengan menawarkan mereka pelbagai faedah termasuk manfaat insurans dan perlindungan tambahan kepada pelan insurans dan pelan takaful yang terpilih serta menikmati diskaun daripada rakan AIA Vitality.

    Ketahui dengan lebih lanjut mengenai AIA Vitality di www.aiavitality.com.my

    Mengenai AIA Bhd.

    AIA Bhd., adalah sebuah syarikat insurans terkemuka di Malaysia, di mana kami mendapat penghormatan menjalankan perniagaan sejak 1948. Kami menawarkan pelbagai penyelesaian kewangan termasuk Perlindungan, Kesihatan, Kemalangan Diri, Manfaat Pekerja, Insurans Am, Gadai Janji, Persaraan dan Takaful Keluarga untuk memenuhi keperluan dan jaminan kewangan pelanggan kami pada setiap peringkat kehidupan. Melalui rangkaian pengedaran yang pelbagai dengan kekuatan pasukan agensi seramai 15,000 Perancang Hayat, cawangan rakan kongsi bank yang eksklusif di seluruh negara serta pasukan jualan korporat dan broker, kami memberi para pelanggan pilihan dalam menentukan bagaimana, bila dan di mana mereka menghubungi kami.

    Sebahagian daripada Kumpulan AIA, kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas, AIA Bhd. mempunyai kekukuhan kewangan, pengalaman, rangkaian pusat perkhidmatan serta pasukan terlatih terdiri daripada lebih 2,600 kakitangan yang memberi perkhidmatan kepada 3.6 juta pelanggan kami di seluruh negara. Sehingga 30 Jun 2020, jumlah aset AIA Bhd. bernilai RM57.45 bilion, dengan modal berbayar sebanyak RM810 juta.

     

    Produk Kami
    Perlindungan Hayat
    Perlindungan Perubatan
    Perlindungan Penyakit Kritikal
    Simpanan & Pelaburan
    Perlindungan Kemalangan
    Penyelesaian Hartanah
    Insurans Kenderaan
    Produk Dalam Talian
    Produk Kami
    Perlindungan Hayat
    Perlindungan Perubatan
    Perlindungan Penyakit Kritikal
    Simpanan & Pelaburan
    Perlindungan Kemalangan
    Penyelesaian Hartanah
    Insurans Kenderaan
    Produk atas talian
    Tahukan Anda
    Kesihatan & Kesejahteraan
    Kewangan & Insurans
    Galeri Video
    Statistik Kesihatan
    Tentang Kami
    Tentang AIA Bhd.
    Tentang AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    Tentang AIA General Berhad
    Tentang AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    Peluang Kerjaya
    Program Komuniti
    Acara & Promosi
    Peta Laman
    Bantuan & Sokongan
    Hubungi Kami
    Soalan Lazim
    Pengumuman Penting
    Hab Borang
    AIA Malaysia
    Menara AIA, 99, Jalan Ampang,
    50450 Kuala Lumpur
    AIA Bhd.
    1300-88-1899
    Untuk Pelanggan Luar Negara
    603 2056 1111
    AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    1300-88-8922
    AIA General Berhad
    1300-88-1899
    AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    1300-22-7771
    AIA Auto Assist / Roadside Assist
    1-800-88-8733
    Tahukah Anda
    Kesihatan & Kesejahteraan
    Kewangan & Insurans
    Galeri Video
    Statistik Kesihatan
    TENTANG KAMI
    Tentang AIA Bhd.
    Tentang AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    Tentang AIA General Berhad
    Tentang AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    Peluang Kerjaya
    Program Komuniti
    Acara & Promosi
    Peta Laman

    Laman web ini menggunakan kuki bertujuan untuk meningkatkan kemudahan pengguna. Anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai jenis kuki yang kami kumpulkan, apa yang kami gunakan, dan cara menguruskan tetapan kuki anda di dalam Polisi Kuki dan Penyata Privasi.

    Bantuan & Sokongan
    Hubungi Kami
    Soalan Lazim
    Pengumuman Penting
    Hab Borang
    AIA Malaysia
    Menara AIA, 99, Jalan Ampang,
    50450 Kuala Lumpur
    AIA Bhd.
    1300-88-1899
    Untuk Pelanggan Luar Negara
    603 2056 1111
    AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    1300-88-8922
    AIA General Berhad
    1300-88-1899
    AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    1300-22-7771
    AIA Auto Assist / Roadside Assist
    1-800-88-8733

    Hak cipta © 2022 AIA Group Limited dan anak-anak syarikatnya. AIA Bhd. 200701032867 (790895-D) AIA PUBLIC Takaful Bhd. 201101007816 (935955-M) AIA General Berhad 201001040438 (924363-W) AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd. 201201027147 (1011637-P) AIA Health Services Sdn. Bhd. 199601016211 (388561-T). Semua hak cipta terpelihara.
    Terma Penggunaan | Penyataan Privasi | Kod Tatacara | Peta Laman