Perlindungan Hayat
Lindungi masa depan orang yang tersayang daripada ketidakpastian
{{title}}
{{label}}Perlindungan Kemalangan
Tempoh Perlindungan
Umur Penyertaan
Anda boleh membelinya melalui
Living Protector menyediakan sokongan kewangan untuk menampung perbelanjaan harian anda selepas kemalangan, supaya anda boleh memberi tumpuan pada usaha pemulihan anda.
Jika anda mengalami hilang upaya seperti hilang penglihatan, pertuturan dan pendengaran, anggota atau lumpuh dalam tempoh setahun selepas kemalangan, anda akan turut menerima elaun tahunan sehingga 10 tahun bagi membantu mengurangkan bebanan kewangan yang anda tanggung.
Jika anda mengalami hilang upaya menyeluruh sementara, beban kewangan merupakan perkara terakhir yang patut anda bimbangkan. Bagi membantu anda semasa anda beransur pulih, anda akan menerima pembayaran mingguan untuk tempoh sehingga setahun bagi setiap kemalangan. Jika anda mengalami hilang upaya sebahagian sementara, anda akan menerima 25% daripada manfaat mingguan tersebut sehingga setahun. Oleh kerana kemalangan berlaku tanpa dijangka, anda boleh membuat tuntutan berbilang sepanjang tempoh pelan anda.
Apakah yang dimaksudkan dengan hilang upaya menyeluruh sementara?
Ia adalah apabila anda cedera dan hilang upaya akibat kemalangan dan tidak dapat bekerja untuk suatu tempoh masa.
Apakah yang dimaksudkan dengan hilang upaya sebahagian sementara?
Ini berlaku jika kecederaan yang dialami semasa kemalangan menyebabkan anda hilang upaya dan terpaksa bekerja di tahap yang lebih rendah daripada kemampuan anda sementara menunggu sembuh.
Anda suka apa yang anda baca? Ini hanyalah ringkasan produk. Jika anda mahukan maklumat lanjut, sila merujuk kepada brosur dan Lembaran Pendedahan Produk kami atau menghubungi Perancang Hayat AIA.