Perlindungan Hayat
Lindungi masa depan orang yang tersayang daripada ketidakpastian
{{title}}
{{label}}Perlindungan Penyakit Kritikal
Tempoh Perlindungan
Umur Penyertaan
Anda boleh membelinya melalui
A-Life Lady adalah pelan komprehensif untuk wanita yang memenuhi keperluan perlindungan anda. Pelan ini menyediakan manfaat insurans hayat yang direka khas untuk wanita kepada anda.
Apabila anda membeli A-Life Lady dan mendaftar sebagai ahli AIA Vitality, anda akan menerima bonus tambahan setiap tahun, iaitu Bonus Tunai Tahunan. Anda akan menerima bonus ini sebagai ganjaran kerana membuat pilihan yang sihat, dan juga boleh mendapat bonus tunai sehingga 50% daripada premium asas yang anda bayar setiap tahun.
Jadi sertailah AIA Vitality, program insurans dan kesihatan unik kami yang menyokong dan memberi ganjaran kepada anda kerana membuat pilihan yang sihat.
Sebagai pelanggan A-Life Lady, anda mendapat keistimewaan untuk melindungi anak anda tanpa perlu menjalani proses penajajaminan perubatan jika tempoh kehamilan anda kurang daripada 14 minggu – dengan memilih pelan A-Life Joy Xtra.
Ibu-ibu mengandung yang membeli pelan A-Life Joy Xtra baharu akan menerima ganjaran tunai berjumlah 1% daripada amaun perlindungan. Jika anda menambah A-Plus BabyCare Xtra kepada polisi anda, kami akan membayar sebanyak 3% daripada amaun perlindungan!
Didiagnosis dengan kanser adalah satu pengalaman yang mencabar dari segi fizikal, emosi dan kewangan A-Life Lady melindungi anda daripada kanser wanita dari peringkat awal dan seterusnya, dengan memastikan kewangan anda kukuh supaya anda boleh fokus ke atas rawatan dan pemulihan.
Untuk memastikan anda mendapat khidmat penjagaan lengkap, A-Life Lady menawarkan manfaat penjagaan wanita yang menyeluruh dan membuat bayaran sekali untuk komplikasi perubatan yang timbul akibat pembedahan kosmetik elektif, terapi penggantian hormon untuk rawatan menopaus (putus haid), rawatan psikoterapi untuk gangguan keresahan atau kemurungan.
Pelan ini melindungi anda daripada pelbagai jenis komplikasi kehamilan.
Kami ingin meraikan pencapaian penting dalam hidup anda dengan memberi ganjaran tunai ke atas peristiwa bermakna, khususnya perkahwinan, kelahiran anak dan usia emas. Jumlah ganjaran tunai adalah sehingga 12% daripada amaun perlindungan anda!
Apabila pelan anda matang pada umur 80 tahun, kami akan membayar 150% daripada amaun perlindungan anda untuk meraikan pencapaian penting dalam hidup anda.
Anda boleh mendapat Bonus Tunai Tahunan tanpa perlu membayar apa-apa premium tambahan apabila anda membeli A-Life Lady dan mendaftar sebagai ahli AIA Vitality. Bonus Tunai Tahunan pertama adalah berjumlah 10% daripada premium asas yang anda bayar untuk polisi ini.
Apakah yang dimaksudkan dengan kanser tahap awal?
Dalam sebuah pelan penyakit kritikal biasa, syarikat insurans hanya akan membayar faedah kepada anda jika kanser yang dihidapi dianggap mengancam nyawa. Walau bagaimanapun, pelan ini turut meliputi tahap awal kanser termasuk karsinoma in situ pada payu dara, serviks uteri, uterus, tiub fallopio, vulva/faraj atau ovari.
Apakah yang dimaksudkan dengan pembayaran sekaligus?
Ia merupakan pembayaran tuntutan tunggal berjumlah besar.
Apakah yang dimaksudkan dengan tempoh matang?
Ia adalah tarikh apabila perlindungan insurans anda bagi pelan ini berakhir.
Apakah yang dimaksudkan dengan tempoh menunggu?
Ia merupakan tempoh masa di mana syarikat insurans tidak akan membayar bagi tuntutan-tuntutan tertentu.
Sebagai pelanggan AIA, anda dapat menikmati tawaran dan kadar istimewa untuk pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh rakan penjagaan kesihatan kami.
Pemeriksaan Kesihatan Wanita dari serendah RM260
Jimat sehingga RM4,000 untuk Rawatan Kesuburan
Jimat sehingga RM1,200 untuk Materniti / Bersalin
Nikmati diskaun sehingga 15% untuk Vaksinasi Kanak-kanak
Nikmati diskaun sehingga 35% untuk Perkhidmatan Lawatan Ke Rumah Selepas Bersalin
Jimat lebih daripada RM600 untuk Perkhidmatan Perubatan Tradisional Cina
Pemeriksaan Kesihatan Wanita dari serendah RM260
Jimat sehingga RM4,000 untuk Rawatan Kesuburan
Anda suka apa yang anda baca? Ini hanyalah ringkasan produk. Jika anda mahukan maklumat lebih lanjut, anda boleh melihat brosur atau menghubungi Perancang Hayat AIA.