Perlindungan Hayat
Lindungi masa depan orang yang tersayang daripada ketidakpastian
{{title}}
{{label}}Perlindungan Penyakit Kritikal
Tempoh Perlindungan
Umur Penyertaan
Anda boleh membelinya melalui
A-Plus Beyond Critical Shield adalah pelan perlindungan penyakit kritikal yang melindungi anda daripada 75 keadaan penyakit kritikal peringkat lanjutan, sehingga umur 80 tahun.
Anda juga mempunyai pilihan untuk menambah pelan A-Plus Beyond Early Critical Shield kepada pelan A-Plus Beyond Critical Shield anda yang memberi perlindungan terhadap 65 keadaan penyakit kritikal peringkat awal dan 40 keadaan penyakit kritikal peringkat pertengahan.
Apabila dibeli secara bersama, kedua-dua pelan ini akan memberi anda perlindungan untuk 180 keadaan dari penyakit kritikal peringkat awal sehingga peringkat lanjutan.
Terdiri daripada 75 keadaan penyakit kritikal peringkat Lanjutan yang dilindungi di bawah A-Plus Beyond Critical Shield, dan 65 keadaan penyakit kritikal peringkat Awal dan 40 keadaan penyakit kritikal peringkat Pertengahan yang dilindungi di bawah A-Plus Beyond Early Critical Shield.
Tingkatkan perlindungan anda kerana manfaat anda dapat dibayar dengan keadaan Rawatan Rapi kami yang dapat melindungi penyakit baru bahkan kemalangan:
di hospital penjagaan akut dengan pengudaraan mekanikal di Malaysia atau Singapura.
Terima pembayaran sekaligus 100% daripada jumlah perlindungan1 anda untuk semua peringkat2 diagnosis penyakit kritikal termasuk penemuan awal dan pertengahan.
Nikmati fleksibiliti untuk menentukan jumlah perlindungan yang anda perlukan untuk penyakit kritikal peringkat awal dan pertengahan secara berasingan daripada perlindungan penyakit kritikal peringkat lanjutan anda. Dengan cara ini, tahap perlindungan penyakit kritikal anda lebih diperibadikan mengikut keperluan anda!
Pelan ini melindungi anda untuk kos kemasukan ke ICU di hospital kerajaan atau swasta kerana COVID-19*.
Untuk maklumat lebih lanjut, layari: https://www.aia.com.my/en/covid-19-updates.html#coverage
*Tertakluk kepada terma & syarat
Apakah maksud peringkat awal, pertengahan, dan lanjutan?
Berkenaan pelan penyakit kritikal biasa, syarikat insurans hanya akan membayar manfaat kepada anda untuk penyakit kritikal peringkat lanjutan, iaitu apabila penyakit yang dihidapi dianggap mengancam nyawa.
AIA memahami bahawa walaupun penyakit tertentu mungkin tidak dianggap mengancam nyawa, ianya boleh membawa kesan yang boleh mengubah hidup. Itulah sebabnya selain daripada peringkat lanjutan, AIA juga melindungi penyakit kritikal pada peringkat awal dan pertengahan untuk membolehkan anda memberi tumpuan kepada proses pemulihan dan kembali sihat untuk mengejar impian anda.
Apakah yang dimaksudkan dengan pembayaran sekaligus?
Ia merupakan pembayaran tuntutan tunggal berjumlah besar.
Apakah yang dimaksudkan dengan tempoh menunggu?
Ia merupakan tempoh masa di mana syarikat insurans tidak akan membayar bagi tuntutan-tuntutan tertentu.
Anda suka apa yang anda baca? Ini hanyalah ringkasan produk. Jika anda mahukan maklumat lanjut, anda boleh melihat brosur kami atau menghubungi Perancang Hayat AIA.
1 Kecuali untuk Angioplasti dan Rawatan Invasif Lain di mana jumlah perlindungan yang akan dibayar untuk tuntutan ini adalah terhad kepada 10% daripada jumlah perlindungan A-Plus Beyond Critical Shield atau RM25,000, mana yang lebih rendah.
2 Jumlah perlindungan yang dibayar di bawah A-Plus Beyond Early Critical Shield akan mengurangkan jumlah perlindungan A-Plus Beyond Critical Shield.