Perlindungan Hayat
Lindungi masa depan orang yang tersayang daripada ketidakpastian
{{title}}
{{label}}Takaful adalah skim bantuan bersama berdasarkan prinsip perpaduan, persaudaraan, dan kerjasama. Setiap peserta bersetuju untuk menyumbang berdasarkan Tabarru' (derma) ke dalam dana yang dipanggil Dana Risiko Peserta (DRP), yang akan digunakan untuk membantu satu sama lain pada masa-masa yang diperlukan. AIA PUBLIC Takaful Bhd (AIA PUBLIC) sebagai Pengendali Takaful diamanahkan untuk melabur dan menguruskan dana ini dengan betul mengikut strategi pelaburan yang mematuhi prinsip Syariah.
AIA i-Critical Illness Cover adalah pelan Takaful yang diperbaharui setiap tahun bagi penyakit kritikal yang boleh diperbaharui setiap tahun yang melindungi 39 penyakit kritikal sehingga umur 70 tahun.
Pelan ini tidak mempunyai sebarang komisen dan tiada perantara yang terlibat dalam pemasaran pelan AIA i-Critical Illness Cover.
Pelan ini tersedia untuk individu yang berumur 16 hingga 55 tahun, tertakluk kepada pengunderaitan.
Jumlah perlindungan yang anda perlukan bergantung kepada kemampuan anda, tanggungan kewangan semasa dan keperluan kewangan masa depan keluarga anda. Anda boleh mengira anggaran keperluan perlindungan anda dengan menekan butang “Ketahui Bajet Anda” di sini.
Faedah | Jumlah Perlindungan* |
---|---|
Penyakit Kritikal | RM 50,000 RM 100,000 RM 150,000 RM 200,000 RM 250,000 |
* Tertakluk kepada jumlah maksimum RM250,000 bagi setiap hayat, bagi setiap pelan.
39 penyakit kritikal yang dilindungi di bawah pelan ini adalah:
|
|
*Sekiranya berlaku Angioplasti dan Rawatan Invasif Lain untuk Penyakit Arteri Koronari, 10% daripada jumlah perlindungan akan dibayar, tertakluk kepada maksimum RM25,000 (terhad kepada 1 pembayaran sahaja). Jumlah perlindungan akan dikurangkan dengan bayaran pendahuluan ini.
Sila rujuk kepada Sijil Takaful untuk definisi yang tepat bagi perlindungan penyakit kritikal yang disenaraikan di atas.
Sekiranya anda didiagnosis dengan penyakit kritikal yang dilindungi semasa tempoh sijil (kecuali untuk Angioplasti dan Rawatan Invasif Lain untuk Penyakit Arteri Koronari), anda akan menerima 100% daripada jumlah perlindungan, dan sijil akan ditamatkan selepas itu.
Sekiranya berlaku Angioplasti dan Rawatan Invasif Lain untuk Penyakit Arteri Koronari, 10% daripada jumlah perlindungan akan dibayar, tertakluk kepada had maksimum sebanyak RM25,000. Pembayaran di bawah faedah ini akan mengurangkan jumlah perlindungan anda, dan hanya dibenarkan sekali. Selepas pembayaran di bawah faedah ini dilakukan, perlindungan anda akan diteruskan untuk baki 38 penyakit kritikal yang dilindungi yang lain dengan jumlah perlindungan yang telah dikurangkan. Caruman anda masih perlu untuk dibayar secara berterusan.
Sila ambil perhatian bahawa faedah di atas tidak akan dibayar sekiranya anda tidak hidup sekurang-kurangnya selama 15 hari selepas anda didiagnosis dengan penyakit kritikal tersebut.
Sekiranya anda didiagnosis dengan lebih daripada satu penyakit kritikal yang dilindungi pada masa yang sama semasa tempoh sijil, anda berhak untuk menuntut hanya satu penyakit kritikal yang dilindungi. Kami akan membayar 100% daripada jumlah perlindungan dan sijil akan ditamatkan.
Sekiranya anda meninggal dunia semasa tempoh sijil, tiada faedah yang akan dibayar kerana AIA i-Critical Illness Cover tidak melindungi kematian.
Ya, kami akan membayar tuntutan penyakit kritikal di bawah pelan ini sebagai tambahan kepada sebarang tuntutan yang mungkin anda ada dengan pelan AIA PUBLIC yang lain yang mempunyai perlindungan penyakit kritikal.
Perlindungan anda bermula serta-merta selepas pembayaran caruman anda disahkan.
Anda boleh membuat pembayaran caruman untuk pelan ini melalui kad debit atau kad kredit anda.
Caruman bagi pelan ini adalah tidak dijamin dan mungkin meningkat pada masa hadapan. Kami berhak untuk menyemak semula kadar caruman dengan memberikan notis bertulis 90 hari sebelum ulang tahun sijil yang akan datang.
Caruman perlu dibayar sehingga akhir tempoh sijil. Sila ambil perhatian bahawa kadar caruman akan meningkat bergantung kepada umur terakhir yang telah dicapai apabila caruman perlu dibayar.
Anda boleh rujuk kadar caruman penuh di dalam Helaian Pendedahan Produk.
Anda boleh menukar kaedah pembayaran caruman anda di portal pelanggan kami, iaitu di My AIA. Sila klik pada pautan ini untuk log masuk atau membuat pendaftaran.
Pelan ini diperbaharui setiap tahun sehingga umur 70 tahun. Sijil anda akan diperbaharui secara automatik setiap Ulang Tahun Sijil dengan syarat caruman anda dibayar.
Ya, anda boleh menyertai lebih daripada satu (1) AIA i-Critical Illness Cover tetapi jumlah perlindungan bagi kesemua sijil yang disertai tidak boleh melebihi RM250,000. Walau bagaimanapun, adalah dinasihatkan untuk mengambil jumlah perlindungan yang sesuai dengan keperluan anda dalam satu sijil.
Anda boleh mengurangkan jumlah perlindungan anda pada tarikh matang caruman berikutnya. Walau bagaimanapun, anda tidak boleh meningkatkan jumlah perlindungan anda. Sekiranya anda ingin meningkatkan perlindungan, kami mencadangkan anda menyertai sijil tambahan. Sila rujuk Soalan Lazim nombor 17 untuk maklumat lanjut.
Ya, anda mempunyai pilihan untuk membatalkan atau menyerahkan sijil anda. Kami akan membayar balik caruman yang tidak digunakan daripada Dana Risiko Peserta (DRF) dan Yuran Wakalah yang belum diperoleh daripada dana Pengendali Takaful (jika ada) berdasarkan jadual di bawah, tertakluk jika tiada sebarang tuntutan dilakukan bagi Sijil ini pada Tahun Sijil semasa.
(Nota: * tidak terpakai pada Tahun Sijil yang pertama disebabkan Tempoh Percubaan)
Tempoh Percubaan - Anda boleh membatalkan sijil anda dengan mengembalikan sijil Takaful anda dan memberi permintaan bertulis yang ditandatangani oleh anda kepada AIA PUBLIC dalam tempoh lima belas (15) hari selepas menerima sijil Takaful anda. Caruman yang telah anda bayar akan dibayar balik.
Anda boleh mengembalikan sijil anda sebelum tarikh luput sijil dengan mengunjungi mana-mana Pusat Pelanggan AIA, tertakluk kepada yang berikut:
Sila ambil perhatian bahawa sijil yang dikembali semula hanya akan melindungi kerugian atau kejadian yang dilindungi sekiranya ia berlaku selepas tarikh pengembalian semula selepas tempoh menunggu yang terpakai.
Yuran Wakalah akan ditolak dahulu sebagai peratusan caruman untuk membayar kos perbelanjaan pengurusan kami. Kos perbelanjaan ini termasuk duti setem sebanyak RM10.
Selepas penolakan Yuran Wakalah, baki caruman yang dibayar akan diperuntukkan kedalam DRP sebagai Tabarru’ (Derma) dengan tujuan menyediakan perlindungan dan memenuhi tuntutan bagi peristiwa/risiko yang dilindungi di bawah Sijil Takaful. Nilai Tabarru’ ini akan meningkat seiring dengan umur anda.
Jadual di bawah menunjukkan peruntukkan Caruman:
Tahun Sijil | Peratusan (%) Caruman | |
---|---|---|
Yuran Wakalah | Caruman Yang Diperuntukkan Ke DRP (Tabarru’) | |
1 sehingga Matang | 30% | 70% |
Tiada yuran, caj tambahan dan cukai selain daripada pembayaran caruman anda.
Lebihan akan ditentukan dan diisytiharkan, jika ada, sekali setahun oleh kami selaku Pengendali Takaful. Sekiranya terdapat lebihan daripada DRP, lebihan bersih, selepas tuntutan yang perlu dibayar dan modal yang diperlukan akan dikongsi oleh Pengendali Takaful dan Peserta yang layak mengikut nisbah berikut:
Pengendali Takaful | Peserta | |
---|---|---|
Lebihan pada Dana Risiko Peserta (DRP) | 50% | 50% |
Lebihan ini akan dikongsi dengan Peserta-peserta yang layak secara berkadaran mengikut peruntukan Tabarru’ sebenar mereka.
Kelayakan untuk faedah di bawah sijil hanya akan bermula selepas tempoh tertentu dari Tarikh Penyertaan atau Tarikh Mula Sijil, yang mana kemudian. Tempoh ini dikenali sebagai “Tempoh Menunggu”.
Ya. Tempoh menunggu untuk AIA Critical Illness Cover akan bermula dari Tarikh Penyertaan atau Tarikh Mula, yang mana kemudian, seperti berikut:
Keterangan | Tempoh Menunggu |
---|---|
Kanser, Serangan Jantung, Pembedahan Pintasan Ateri Koronari, Penyakit Arteri Koronari Serius dan Angioplasti dan Rawatan Invasif Lain untuk Penyakit Arteri Koronari | 60 hari |
Penyakit Kritikal Lain | 30 hari |
Sijil ini tidak melindungi:
Nota: Senarai ini tidak lengkap. Sila rujuk Sijil Takaful untuk senarai pengecualian yang penuh.
Anda boleh memuat turun borang yang diperlukan (item 1, 2 dan 5 di bawah) untuk tuntutan di sini. Sila lengkapkan borang, termasuk maklumat bank anda kerana kami akan membayar tuntutan yang diluluskan secara terus ke dalam akaun bank anda melalui e-bayaran.
Di bawah adalah senarai dokumen untuk membuat tuntutan:
Dokumen bukan asal (contoh: salinan kad pengenalan) mestilah diperakui sebagai salinan diakui sah oleh kakitangan AIA yang diberi kuasa di mana-mana Pusat Pelanggan AIA.
Anda boleh menghantar borang yang telah dilengkapkan bersama dokumen yang diperlukan ke mana-mana Pusat Pelanggan AIA.
Anda boleh menyemak status tuntutan anda melalui portal pelanggan kami, MY AIA. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran. Anda juga boleh mengunjungi mana-mana Pusat Pelanggan kami atau menghubungi Care Line kami di 1300 88 8922.
Sila tinggalkan maklumat anda untuk kami hubungi dengan klik di pautan ini. Anda juga boleh menghubungi Care Line kami di 1300-88-8922.
Jika anda menghantar e-mel kepada kami, anda akan menerima pengesahan penerimaan automatik serta-merta. Wakil khidmat pelanggan kami akan membalas e-mel anda dalam tempoh 3 hari bekerja.