Skip to main content
  • EN
  • BM
  • Search
  • AIA Malaysia
  • Produk Kami
    • Perlindungan Hayat
    • Perlindungan Perubatan
    • Perlindungan Penyakit Kritikal
    • Simpanan & Pelaburan
    • Perlindungan Kemalangan
    • Penyelesaian Hartanah
    • Insurans Kenderaan
    • Produk Dalam Talian
    • AIA Vitality
    • Manfaat Pekerja
    • Insurans Komersial
  • AIA Vitality
    • Bagaimana AIA Vitality Berfungsi?
    • MAFAAT & GANJARAN
    • Testimonial Ahli
  • Tahukah Anda?
    • Kesihatan & Kesejahteraan
    • Kewangan & Insurans
    • Galeri video
    • Statistik Kesihatan
  • Tentang Kami
    • Tentang Kami
    • Tentang AIA Public Takaful Berhad
    • Tentang AIA General Insurance Berhad
    • Tentang AIA Pension & Asset Management (APAM)
    • Peluang Kerjaya
    • Program Komuniti
    • Pusat Media
    • Acara & Promosi
    • Piagam Pelanggan
  • Bantuan
    • Hubungi Kami
    • Temui Kami
    • Soalan Lazim
    • Pengumuman Penting
    • Hab Borang
    • Panduan Pengguna Portal Pelanggan My AIA
  • Log Masuk My AIA
    • Log Masuk Portal Pelanggan
    • Pendaftaran Pelanggan
    • Log Masuk Portal Korporat
  • Investment-Linked Funds
AIA
  • Produk Kami

    Produk Kami

    Pilih daripada salah satu kategori di kanan atau klik untuk cadangan mengikut keperluan anda.

    Kami sedia membantu anda.
    Dana Berkaitan Pelaburan

    Dapatkan maklumat terkini mengenai dana-dana kami dan prestasi dana tersebut.

    Klik di sini untuk Laporan Prestasi Dana Berkaitan Pelaburan AIA 2021

    Untuk Individu

    Untuk Perniagaan

    • Perlindungan Hayat

      Lindungi masa depan orang yang tersayang daripada ketidakpastian

    • Perlindungan Perubatan

      Memiliki penyelesaian penjagaan kesihatan yang diyakini dan inovatif disaat memerlukan.

    • Perlindungan Penyakit Kritikal

      Perlindungan daripada beban kewangan akibat penyakit kritikal.

    • Simpanan & Pelaburan

      Gandakan pulangan nilai wang anda – impian anda bermakna.

    • Perlindungan Kemalangan

      Kukuhkan kewangan untuk menghadapi perkara di luar jangkaan.

    • Penyelesaian Hartanah

      Biayai hartanah impian anda dan pastikan isi rumah dilindungi.

    • Insurans Kenderaan

      Dapatkan perlindungan komprehensif untuk kenderaan bermotor anda.

    • Produk Dalam Talian

      Dapatkan pelan insurans dan takaful kami secara dalam talian untuk perlindungan serta-merta.

    • AIA Vitality

      AIA Vitality adalah program kesejahteraan yang disokong oleh bidang sains yang sesuai dengan anda dan memberi ganjaran bagi pilihan kesihatan anda. Ketahui lebih lanjut

    • Manfaat Pekerja

      Lindungi aset syarikat anda yang paling penting melalui penyelesaian kami yang menerajui pasaran.

    • Insurans Komersial

      Lindungi perniagaan anda daripada kejadian yang tidak diingini dan kerosakan.

  • AIA Vitality

    AIA Vitality

    • Bagaimana AIA Vitality Berfungsi?

      Ketahui bagaimana AIA Vitality mendorong anda untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat, berpanjangan dan bermakna.

    • MAFAAT & GANJARAN

      Ketahui manfaat dan ganjaran yang boleh anda nikmati sebagai ahli AIA Vitality.

    • Testimonial Ahli

      Dapatkan inspirasi dari kisah ahli kami mengenai pengalaman mereka dengan AIA Vitality.

  • Tahukah Anda?

    Tahukah Anda?

    Panduan dan tip-tip mengenai topik kesihatan dan kewangan terkini.

    LIHAT SEMUA DALAM TAHUKAH ANDA?
    • Kesihatan & Kesejahteraan

      Kehidupan bermakna & sihat bermula hari ini.

    • Kewangan & Insurans

      Kewangan dipermudahkan.

    • Galeri video

      Video pendek mengenai topik kesihatan dan kewangan terkini.

    • Statistik Kesihatan

      Ketahui lanjut mengenai statistik kesihatan terkini.

  • Tentang Kami

    Tentang Kami

    Hampir seabad lamanya, AIA memenuhi keperluan jutaan orang yang sentiasa berubah di seluruh rantau Asia Pasifik.

    BACA LEBIH LANJUT
    • Tentang Kami

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA Public Takaful Berhad

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA General Insurance Berhad

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA Pension & Asset Management (APAM)

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Peluang Kerjaya

      Berminat untuk menyertai keluarga AIA? Carilah jawatan yang sesuai untuk anda.

    • Program Komuniti

      Berbakti kepada komuniti amatlah penting buat kami.

    • Pusat Media

      Kewangan, siaran akhbar dan maklumat lain mengenai AIA.

    • Acara & Promosi

      Acara & Promosi

    • Piagam Pelanggan

      Komitmen kami untuk Pelanggan kami

  • Bantuan

    Bantuan

    Kami bertekad untuk membantu menjawab pertanyaan anda dengan sentuhan perkhidmatan pelanggan yang memuaskan.

    Hubungi AIA
    • Hubungi Kami

      Tiada jawapan dalam bahagian FAQ? Hubungi kami sekarang.

    • Temui Kami

    • Soalan Lazim

      Ada soalan? Anda boleh dapatkan jawapan di sini.

    • Pengumuman Penting

      Maklumat berguna untuk pelanggan kami.

    • Hab Borang

      Perlukan borang? Carilah di hab borang kami.

    • Panduan Pengguna Portal Pelanggan My AIA

  • Log Masuk My AIA

    My AIA

    Urus pelan AIA dan manfaat pekerja anda, kekal sihat dengan AIA Vitality serta akses perkhidmatan kesihatan.

    Download My AIA
    Download My AIA
    Download My AIA
    Download My AIA
    • individual
      PORTAL PELANGGAN

      Urus pelan AIA, manfaat pekerja dan akaun AIA Vitality anda.

      Daftar Log masuk

    • corporate
      PORTAL KORPORAT

      Untuk kakitangan Sumber Manusia (HR) dan pihak pengantara mengurus portfolio faedah pekerja syarikat dengan lebih efisien.

      Log masuk

  • Language Select
    • EN
    • BM
  • Search
  • Contact Us
    • Hubungi Kami

      Waktu Operasi:
      Isnin – Khamis : 8.30pagi – 5.30petang,
      Jumaat : 8.30pagi – 4.30petang

    • AIA BHD.

    • AIA PUBLIC TAKAFUL BHD.

    • AIA General Berhad

    • AIA Auto Assist/AIA Roadside Assist

AIA i-Med Basic
Back to Top
  • {{title}}

    {{label}}
  • Soalan-Soalan Lazim AIA i-Med Basic

    + Lihat semua
    - Tutup semua

    1. Apakah itu Takaful?

    Takaful adalah skim bantuan bersama berdasarkan prinsip perpaduan, persaudaraan, dan kerjasama. Setiap peserta bersetuju untuk menyumbang berdasarkan Tabarru' (derma) ke dalam dana yang dipanggil Dana Risiko Peserta (DRP), yang akan digunakan untuk membantu satu sama lain pada masa-masa yang diperlukan. AIA PUBLIC Takaful Bhd (AIA PUBLIC) sebagai Pengendali Takaful diamanahkan untuk melabur dan menguruskan dana ini dengan betul mengikut strategi pelaburan yang mematuhi prinsip Syariah.


    2. Apakah itu AIA i-Med Basic?

    AIA i-Med Basic ialah pelan Takaful yang diperbaharui setiap tahun yang menyediakan perlindungan bagi perbelanjaan kemasukan ke hospital dan pembedahan sehingga umur 70 tahun. 

    Pelan ini tidak mempunyai sebarang komisen dan tiada perantara yang terlibat dalam pemasaran pelan AIA i-Med Basic.


    3. Siapakah yang boleh menyertai pelan ini?

    Pelan ini tersedia untuk individu yang berumur 16 hingga 55 tahun, tertakluk kepada pengunderaitan.


    4. Apakah manfaat AIA Med Basic?

    Pelan ini melindungi:

    Jadual Manfaat

    Pelan

    1

    Bilik Dan Penginapan Hospital

    (sehingga 120 hari setahun)

    RM100

    2

    Unit Rawatan Rapi (ICU)

    (sehingga 120 hari setahun)

    Seperti caj yang dikenakan, tertakluk kepada Had Tahunan dan Had Seumur Hidup

    3

    Yuran berkaitan Hospital
    • Bekalan dan Perkhidmatan Hospital
    • Bayaran Pembedahan
    • Yuran Bilik Pembedahan
    • Yuran Pakar Bius
    • Lawatan Doktor Dalam Hospital (2 lawatan setiap pakar perubatan untuk sehari)

    Semua tuntutan adalah tertakluk kepada Deduktibel sebanyak RM300 untuk Mana-mana Satu Hilang Upaya.

    Had Tahunan

    RM20,000

    Had Seumur Hidup

    RM80,000

    Nota:

    1. Pelan ini tidak melindungi rawatan pra-penghospitalan, rawatan selepas penghospitalan dan rawatan pesakit luar.

    2. Deduktibel adalah jumlah tetap yang anda perlu bayar untuk perbelanjaan perubatan yang ditanggung sebagai perkongsian kos. Anda perlu membayar RM300 yang pertama daripada perbelanjaan yang layak untuk setiap hilang upaya dan kami akan membayar baki untuk perbelanjaan yang layak.

    3. “Setiap Hilang Upaya” bermaksud jika dua atau lebih Pengasingan disebabkan oleh hilang upaya yang sama atau yang berkaitan, atau disebabkan oleh sebarang komplikasi yang timbul daripadanya, maka pengasingan tersebut akan dianggap sebagai satu pengasingan jika setiap daripadanya tidak dipisahkan lebih daripada sembilan puluh (90) hari dari tarikh dikeluarkan dari hospital.


    5. Apa yang akan berlaku sekiranya saya meninggal dunia semasa tempoh sijil?

    Sekiranya anda meninggal dunia semasa tempoh sijil, tiada faedah yang akan dibayar kerana AIA i-Med Basic tidak melindungi kematian.


    6. Bilakah perlindungan saya akan bermula?

    Perlindungan anda bermula serta-merta selepas pembayaran caruman anda disahkan.


    7. Bagaimanakah cara untuk saya membuat caruman untuk pelan ini?

    Anda boleh membuat pembayaran caruman untuk pelan ini melalui kad debit atau kad kredit anda.


    8. Adakah caruman bagi AIA i-Med Basic terjamin?

    Caruman bagi pelan ini adalah tidak dijamin dan mungkin meningkat pada masa hadapan. Kami berhak untuk menyemak semula kadar caruman dengan memberikan notis bertulis 30 hari sebelum ulang tahun sijil yang akan datang.


    9. Berapa lamakah caruman saya perlu bayar bagi pelan ini?

    Caruman perlu dibayar sehingga akhir tempoh sijil. Sila ambil perhatian bahawa kadar caruman akan meningkat bergantung kepada umur terakhir yang telah dicapai apabila caruman perlu dibayar.

    Anda boleh rujuk kadar caruman penuh di dalam Helaian Pendedahan Produk.


    10. Bolehkah saya menukar kaedah pembayaran caruman?

    Anda boleh menukar kaedah pembayaran caruman anda di portal pelanggan kami, iaitu di My AIA. Sila klik pada pautan ini untuk log masuk atau membuat pendaftaran.


    11. Berapa lamakah tempoh perlindungan?

    Pelan ini diperbaharui setiap tahun sehingga umur 70 tahun. Sijil anda akan diperbaharui secara automatik setiap Ulang Tahun Sijil dengan syarat caruman anda dibayar.


    12. Bolehkah saya menyertai lebih daripada satu sijil AIA i-Med Basic?

    Tidak, anda hanya boleh menyertai satu (1) sijil AIA i-Med Basic. 


    13. Bolehkah saya menukar pelan perlindungan sijil AIA i-Med Basic saya?

    Tidak, hanya terdapat satu pelan untuk AIA i-Med Basic.


    14. Bilakah saya akan menerima kad perubatan dan Sijil Takaful?

    Sila ambil perhatian bahawa pelan perubatan ini tidak mempunyai kad, oleh itu anda tidak akan menerima sebarang kad perubatan. Untuk kemudahan tanpa tunai semasa kemasukan hospital, sila rujuk kepada soalan 26 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

    Apabila penyertaan dan pembayaran caruman anda telah disahkan, kami akan menghantar e-mel pengesahan anda bersama-sama dengan e-sijil anda. Sila simpan e-mel ini sebagai bukti perlindungan. Walau bagaimanapun, jika anda kehilangan e-mel ini, anda boleh log masuk ke portal pelanggan kami, MyAIA, untuk melihat butiran sijil anda dan memuat turun salinan e-sijil anda. Sila klik pada pautan ini untuk login atau mendaftar.


    15. Bolehkah saya membatalkan atau menyerahkan sijil saya?

    Ya, anda mempunyai pilihan untuk membatalkan atau menyerahkan sijil anda. Kami akan membayar balik caruman yang tidak digunakan daripada Dana Risiko Peserta (DRF) dan Yuran Wakalah yang belum diperoleh daripada dana Pengendali Takaful (jika ada) berdasarkan jadual di bawah, tertakluk jika tiada sebarang tuntutan dilakukan bagi Sijil ini pada Tahun Sijil semasa.

    Tempoh Dari Ulang Tahun Sijil, tidak Melebihi Mod Pembayaran Caruman
    (% daripada Caruman Dibayar)
    Tahunan Setengah Tahunan Suku Tahunan Bulanan
    15 hari* 90% 80% 70% Tiada Bayaran Balik
    1 bulan 80% 70% 50% Tiada Bayaran Balik
    2 bulan 70% 50% 20% Tiada Bayaran Balik
    3 bulan 60% 30% Tiada Bayaran Balik
    Tiada Bayaran Balik
    4 bulan 50% 20% 50% Tiada Bayaran Balik
    5 bulan 40% 10% 20% Tiada Bayaran Balik
    6 bulan 30% Tiada Bayaran Balik Tiada Bayaran Balik Tiada Bayaran Balik
    7 bulan 25% 70% 50% Tiada Bayaran Balik
    8 bulan 20% 50% 20% Tiada Bayaran Balik
    9 bulan 15% 30% Tiada Bayaran Balik
    Tiada Bayaran Balik
    10 bulan 10% 20% 50% Tiada Bayaran Balik
    11 bulan 5% 10% 20% Tiada Bayaran Balik
    Tempoh melebihi 11 bulan Tiada Bayaran Balik Tiada Bayaran Balik Tiada Bayaran Balik Tiada Bayaran Balik
    Tempoh Dari Ulang Tahun Sijil, tidak Melebihi 15 hari*
    Mod Pembayaran Caruman
    (% daripada Caruman Dibayar)
    Tahunan
    90%
    Setengah Tahunan
    80%
    Suku Tahunan
    70%
    Bulanan
    Tiada Bayaran Balik
    Tempoh Dari Ulang Tahun Sijil, tidak Melebihi 1 bulan
    Mod Pembayaran Caruman
    (% daripada Caruman Dibayar)
    Tahunan
    80%
    Setengah Tahunan
    70%
    Suku Tahunan
    50%
    Bulanan
    Tiada Bayaran Balik
    Tempoh Dari Ulang Tahun Sijil, tidak Melebihi 2 bulan
    Mod Pembayaran Caruman
    (% daripada Caruman Dibayar)
    Tahunan
    70%
    Setengah Tahunan
    50%
    Suku Tahunan
    20%
    Bulanan
    Tiada Bayaran Balik
    Tempoh Dari Ulang Tahun Sijil, tidak Melebihi 3 bulan
    Mod Pembayaran Caruman
    (% daripada Caruman Dibayar)
    Tahunan
    60%
    Setengah Tahunan
    30%
    Suku Tahunan
    Tiada Bayaran Balik
    Bulanan
    Tiada Bayaran Balik
    Tempoh Dari Ulang Tahun Sijil, tidak Melebihi 4 bulan
    Mod Pembayaran Caruman
    (% daripada Caruman Dibayar)
    Tahunan
    50%
    Setengah Tahunan
    20%
    Suku Tahunan
    50%
    Bulanan
    Tiada Bayaran Balik
    Tempoh Dari Ulang Tahun Sijil, tidak Melebihi 5 bulan
    Mod Pembayaran Caruman
    (% daripada Caruman Dibayar)
    Tahunan
    40%
    Setengah Tahunan
    10%
    Suku Tahunan
    20%
    Bulanan
    Tiada Bayaran Balik
    Tempoh Dari Ulang Tahun Sijil, tidak Melebihi 6 bulan
    Mod Pembayaran Caruman
    (% daripada Caruman Dibayar)
    Tahunan
    30%
    Setengah Tahunan
    Tiada Bayaran Balik
    Suku Tahunan
    Tiada Bayaran Balik
    Bulanan
    Tiada Bayaran Balik
    Tempoh Dari Ulang Tahun Sijil, tidak Melebihi 7 bulan
    Mod Pembayaran Caruman
    (% daripada Caruman Dibayar)
    Tahunan
    25%
    Setengah Tahunan
    70%
    Suku Tahunan
    50%
    Bulanan
    Tiada Bayaran Balik
    Tempoh Dari Ulang Tahun Sijil, tidak Melebihi 8 bulan
    Mod Pembayaran Caruman
    (% daripada Caruman Dibayar)
    Tahunan
    20%
    Setengah Tahunan
    50%
    Suku Tahunan
    20%
    Bulanan
    Tiada Bayaran Balik
    Tempoh Dari Ulang Tahun Sijil, tidak Melebihi 9 bulan
    Mod Pembayaran Caruman
    (% daripada Caruman Dibayar)
    Tahunan
    15%
    Setengah Tahunan
    30%
    Suku Tahunan
    Tiada Bayaran Balik
    Bulanan
    Tiada Bayaran Balik
    Tempoh Dari Ulang Tahun Sijil, tidak Melebihi 10 bulan
    Mod Pembayaran Caruman
    (% daripada Caruman Dibayar)
    Tahunan
    10%
    Setengah Tahunan
    20%
    Suku Tahunan
    50%
    Bulanan
    Tiada Bayaran Balik
    Tempoh Dari Ulang Tahun Sijil, tidak Melebihi 11 bulan
    Mod Pembayaran Caruman
    (% daripada Caruman Dibayar)
    Tahunan
    5%
    Setengah Tahunan
    10%
    Suku Tahunan
    20%
    Bulanan
    Tiada Bayaran Balik
    Tempoh Dari Ulang Tahun Sijil, tidak Melebihi Tempoh melebihi 11 bulan
    Mod Pembayaran Caruman
    (% daripada Caruman Dibayar)
    Tahunan
    Tiada Bayaran Balik
    Setengah Tahunan
    Tiada Bayaran Balik
    Suku Tahunan
    Tiada Bayaran Balik
    Bulanan
    Tiada Bayaran Balik

    (Nota:*tidak terpakai pada Tahun Sijil yang pertama disebabkan Tempoh Percubaan)

    Tempoh Percubaan - Anda boleh membatalkan sijil anda dengan mengembalikan sijil Takaful anda dan memberi permintaan bertulis yang ditandatangani oleh anda kepada AIA PUBLIC dalam tempoh lima belas (15) hari selepas menerima sijil Takaful anda. Caruman yang telah anda bayar akan dibayar balik.


    16. Jika sijil AIA i-Med Basic saya telah luput, bolehkah saya mengembalikannya?

    Anda boleh mengembalikan sijil anda sebelum tarikh luput sijil dengan mengunjungi mana-mana Pusat Pelanggan AIA, tertakluk kepada yang berikut:

    • (i) Anda masih dalam lingkungan umur yang dibenarkan pada masa pengembalian semula;
    • (ii) Anda perlu memberi bukti kebolehinsuranan (contoh: laporan perubatan) yang memuaskan kepada kami;
    • (iii) Anda perlu membayar semua caruman tertunggak; dan
    • (iv) Mana-mana terma dan syarat lain yang mungkin dikenakan oleh kami pada masa pengembalian semula.

    Sila ambil perhatian bahawa sijil yang dikembali semula hanya akan melindungi kerugian atau kejadian yang dilindungi sekiranya ia berlaku selepas tarikh pengembalian semula selepas tempoh menunggu yang terpakai.


    17. Apakah yuran-yuran dan caj-caj yang perlu saya bayar?

    Yuran Wakalah akan ditolak dahulu sebagai peratusan caruman untuk membayar kos perbelanjaan pengurusan kami. Kos perbelanjaan ini termasuk duti setem sebanyak RM10.

    Selepas penolakan Yuran Wakalah, baki caruman yang dibayar akan diperuntukkan kedalam DRP sebagai Tabarru’ (Derma) dengan tujuan menyediakan perlindungan dan memenuhi tuntutan bagi peristiwa/risiko yang dilindungi di bawah Sijil Takaful. Nilai Tabarru’ ini akan meningkat seiring dengan umur anda.

    Jadual di bawah menunjukkan peruntukkan Caruman:

    Tahun Sijil Peratusan (%) Caruman
    Yuran Wakalah Caruman Yang Diperuntukkan Ke DRP (Tabarru’)
    1 sehingga Matang 17.5%
    82.5%

    18. Adakah terdapat yuran, caj tambahan dan cukai untuk pelan ini?

    Tiada yuran, caj tambahan dan cukai selain daripada pembayaran caruman anda.


    19. Adakah saya layak untuk menikmati lebihan?

    Lebihan akan ditentukan dan diisytiharkan, jika ada, sekali setahun oleh kami selaku Pengendali Takaful. Sekiranya terdapat lebihan daripada DRP, lebihan bersih, selepas tuntutan yang perlu dibayar dan modal yang diperlukan akan dikongsi oleh Pengendali Takaful dan Peserta yang layak mengikut nisbah berikut:

     

    Pengendali Takaful

    Peserta

    Lebihan pada Dana Risiko Peserta (DRP)

    50%

    50%

    Lebihan ini akan dikongsi dengan Peserta-peserta yang layak secara berkadaran mengikut peruntukan Tabarru’ sebenar mereka.


    20. Apakah maksud Tempoh Menunggu?

    Kelayakan untuk faedah di bawah sijil hanya akan bermula selepas tempoh tertentu dari Tarikh Penyertaan atau Tarikh Mula Sijil, yang mana kemudian. Tempoh ini dikenali sebagai “Tempoh Menunggu”.


    21. Adakah terdapat tempoh menunggu untuk AIA i-Med Basic?

    Ya. Tempoh menunggu untuk AIA i-Med Basic akan dikenakan dari Tarikh Penyertaan atau Tarikh Mula, yang mana kemudian, seperti berikut:

    Penerangan Tempoh Menunggu
    Penyakit Tertentu 120 hari
    Penyakit Lain 30 hari
    Kecederaan Akibat Kemalangan Tiada

    22. Apakah itu deduktibel?

    Deduktibel adalah jumlah tetap yang anda perlu bayar untuk perbelanjaan perubatan yang ditanggung sebagai perkongsian kos. Anda perlu membayar RM300 yang pertama daripada perbelanjaan yang layak untuk setiap hilang upaya dan kami akan membayar baki untuk perbelanjaan yang layak.

    Contohnya, sekiranya jumlah perbelanjaan yang layak ialah RM5,000, amaun yang perlu dibayar oleh anda ialah RM300 dan kami akan bayar RM4,700.


    23. Apakah itu had tahunan dan had seumur hidup?

    Had tahunan adalah jumlah maksimum yang akan dibayar oleh kami dalam masa setahun bagi pelan ini dan had seumur hidup adalah jumlah maksimum yang boleh dituntut dari pelan ini sepanjang hayat anda.


    24. Apakah pengecualian-pengecualian utama di bawah sijil ini?

    Pelan ini tidak melindungi:

    • (a) Penyakit sedia ada sebelum Tarikh Penyertaan atau Tarikh Mula, yang mana kemudian; atau
    • (b) Rawatan atau pembedahan untuk Penyakit Tertentu sehingga Orang Dilindungi dilindungi secara berterusan dibawah Sijil ini untuk tempoh seratus dua puluh (120) hari; atau
    • (c) Sebarang keabnormalan perubatan atau fizikal yang wujud pada masa kelahiran, serta keabnormalan fizikal neonatal yang wujud dalam tempoh 6 bulan dari masa kelahiran. Ini termasuklah segala jenis hernia dan epilepsi kecuali apabila disebabkan oleh sesuatu trauma yang berlaku selepas tarikh Orang Dilindungi dilindungi secara berterusan di bawah Sijil ini dan sebarang keadaan kongenital atau keadaan keturunan yang telah menjadi nyata atau didiagnosis sebelum Orang Dilindungi mencapai umur 17 tahun; atau
    • (d) Sebarang Hilang Upaya yang diakibatkan oleh memusnahkan diri atau kecederaan diri yang disengajakan, pendedahan kepada bahaya secara sengaja atau sebarang cubaan memusnahkan diri dalam keadaan siuman atau tidak siuman; atau
    • (e) Peperangan, sama ada diisytiharkan ataupun tidak, mogok, rusuhan, perang saudara, revolusi atau sebarang operasi ketenteraan; atau
    • (f) Berkhidmat dalam angkatan bersenjata semasa peperangan yang diisytiharkan ataupun tidak diisytiharkan atau semasa di bawah perintah untuk operasi ketenteraan atau pemulihan ketenteraman awam; atau
    • (g) Sebarang perlanggaran atau cubaan untuk melanggar undang-undang atau menentang daripada ditahan; atau
    • (h) Kehamilan, keguguran atau melahirkan anak; atau
    • (i) Penyakit mental atau penyakit saraf, rawatan ketagihan arak, atau penyalahgunaan dadah atau sebarang komplikasi lain yang timbul daripadanya atau sebarang pengambilan dadah secara tidak sengaja yang tidak dipreskripsikan oleh Doktor yang merawat; atau
    • (j) Pembedahan elektif/plastik/kosmetik, khatan (kecuali khatan akibat jangkitan), pemeriksaan mata/pembedahan elektif untuk kecacatan penglihatan akibat keterlihatan, penglihatan jauh atau astigmatisme atau radang keratotomi; semua cermin mata pembetulan, kanta lekap dan kanta intraocular (kecuali kanta intraocular monofocal dalam pembedahan katarak) atau penggunaan atau perolehan peralatan atau alat prostetik luaran seperti anggota tiruan, alat pendengaran, dan preskripsinya;
    • (k) Sebarang rawatan atau Pembedahan pergigian melainkan jika diperlukan kerana kecederaan tetapi tidak termasuk penggantian gigi asal, penggantian gigi palsu dan perkhidmatan prostetik seperti titian gigi (“bridges”) dan korona (“crowns”) atau penggantiannya; atau
    • (l) Hospitalisasi terutamanya untuk tujuan penyiasatan, diagnosis, pemeriksaan sinar-X, pemeriksaan fizikal atau perubatan am, tidak berkaitan dengan rawatan atau diagnosis untuk hilang upaya yang dilindungi atau sebarang rawatan yang tidak perlu dari segi perubatan dan apa-apa rawatan pencegahan, ubat atau pemeriksaan pencegahan yang dijalankan oleh pakar perubatan, vitamin/makanan tambahan dan rawatan khusus untuk mengurangkan atau menaikkan berat badan; atau
    • (m) Sebarang rawatan atau siasatan yang tidak perlu dari segi perubatan, atau penyembuhan, penjagaan atau rehat pulih; atau
    • (n) Sebarang keadaan perubatan atau fizikal yang timbul dalam tempoh 30 hari pertama dari Tarikh Penyertaan atau Tarikh Mula sijil ini, yang mana kemudian, kecuali untuk kecederaan dilindungi; atau
    • (o) Radiasi pengionan atau pencemaran radioaktif daripada apa-apa bahan api nuklear atau sisa nuklear daripada proses pembelahan nuklear atau daripada apa-apa bahan senjata nuklear; atau
    • (p) Perbelanjaan yang ditanggung untuk mendermakan mana-mana bahagian badan atau organ oleh Orang Dilindungi dan pemerolehan organ termasuk semua kos yang ditanggung oleh penderma semasa pemindahan organ dan komplikasinya. Kami hanya akan membayar balik Caj Munasabah dan Biasa yang dikenakan ke atas Pembedahan Pemindahan Organ Utama/Sumsum Tulang untuk Orang Dilindungi sebagai penerima, terhad kepada sekali seumur hidup; atau
    • (q) Rawatan yang diterima oleh Orang Dilindungi di luar negara kecuali Singapura dan Brunei, jika Orang Dilindungi tinggal atau mengembara di luar Malaysia selama lebih daripada 90 hari berturut-turut. Manfaat bagi rawatan itu adalah terhad kepada Caj Munasabah dan Biasa dan caj yang Perlu Dari Segi Perubatan untuk rawatan dalam negara yang setaraf dengannya di Malaysia dan tidak termasuk kos pengangkutan ke tempat rawatan.

    Nota: Senarai ini tidak lengkap. Sila rujuk Sijil Takaful untuk senarai pengecualian yang penuh.


    25. Di manakah saya boleh mendapatkan borang tuntutan & bagaimana untuk membuat tuntutan?

    Anda boleh memuat turun borang yang diperlukan untuk tuntutan di sini. Sila lengkapkan borang, termasuk maklumat bank anda kerana kami akan membayar tuntutan yang diluluskan secara terus ke dalam akaun bank anda melalui e-bayaran. 

    Di bawah adalah senarai dokumen untuk membuat tuntutan:

    • 1) Borang Tuntutan Hospital Individu
    • 2) Bil terperinci asal (Invois/Penyata) dan resit rasmi asal termasuk resit deposit
    • 3) Salinan Laporan Makmal dan Radiologi (MRI, CT Scan, Ultrabunyi, Sinar-X, ECG, Histopatologi, Biopsi & Ujian Perubatan Lain)
    • 4) Bagi Rawatan Luar Negara, termasuk: Salinan Passport menunjukkan Biodata, Tarikh Berlepas dari Malaysia dan Ketibaan Luar Negara atau salinan Tiket Penerbangan/Pas Masuk, Bil Terperinci Kemasukan Hospital Asal yang menunjukkan pecahan setiap caj dan terjemahan bahasa asing.

    Dokumen bukan asli (contohnya salinan kad pengenalan) mestilah diperakui sebagai salinan sebenar oleh kakitangan AIA yang diberi kuasa di mana-mana Pusat Pelanggan AIA.

    Anda boleh menghantar borang yang telah dilengkapkan bersama dokumen yang diperlukan ke mana-mana Pusat Pelanggan AIA.


    26. Adakah terdapat kemudahan tanpa tunai semasa kemasukan hospital?

    Kemudahan tanpa tunai hanya terpakai untuk hospital panel dan platinum kami.

    Untuk memproses kemasukan dengan lebih cepat, sila kemukakan Kad Pengenalan dan surat rujukan anda, jika berkenaan, kepada pegawai kemasukan hospital. Sila ambil perhatian bahawa tiada kad perubatan diperlukan untuk proses kemasukan. Sekiranya anda layak untuk Surat Jaminan, anda dikehendaki menandatangani borang tuntutan apabila dimasukkan ke hospital dan kenyataan tuntutan yang diluluskan pada masa pelepasan. Harap maklum bahawa anda perlu membayar jumlah deduktibel sebanyak RM300, dan perbelanjaan yang tidak layak semasa pelepasan hospital.

    Sebarang ketidaklayakan atau ketidaksahan untuk kemudahan tanpa tunai akan diberitahu kepada anda melalui hospital. Sila ambil perhatian bahawa tidak akan ada Surat Jaminan yang dikeluarkan untuk tiga bulan pertama sijil anda. Sekiranya anda dimasukkan ke hospital dalam tempoh ini, anda perlu membayar caj sepenuhnya dan mengemukakan tuntutan anda dengan semua dokumen yang diperlukan kepada kami. Sila rujuk soalan 25 untuk maklumat lanjut mengenai dokumen yang diperlukan untuk tuntutan.


    27. Apakah itu Surat Jaminan?

    Surat Jaminan adalah jaminan pembayaran yang ditawarkan oleh kami yang mengesahkan bahawa kos rawatan adalah layak di bawah pelan anda dan akan dilindungi oleh kami. Surat Jaminan ini hanya terpakai untuk hospital panel dan platinum kami.

    Terdapat beberapa pakar dalam hospital panel yang dilantik yang tidak mempunyai sebarang pengaturan kerja dengan AIA PUBLIC. Peserta yang mendapatkan rawatan dari doktor bukan panel perlu membayar caj tersebut secara penuh dan mengemukakan tuntutan anda bersama dengan semua dokumen kepada kami. Sila rujuk soalan 24 untuk maklumat lanjut mengenai dokumen-dokumen untuk tuntutan.


    28. Apakah proses tuntutan untuk hospital bukan panel?

    Sekiranya anda mendapatkan rawatan daripada hospital bukan panel, anda perlu membayar caj tersebut sepenuhnya. Selepas itu, anda boleh mengemukakan tuntutan anda bersama dengan semua dokumen kepada kami. Sila rujuk soalan 24 untuk maklumat lanjut mengenai dokumen-dokumen untuk tuntutan.


    29. Di manakah saya boleh dapatkan senarai hospital panel atau platinum?

    Untuk mencari hospital panel dan platinum berhampiran anda, sila klik di sini.


    30. Bagaimanakah saya boleh menyemak status tuntutan saya?

    Anda boleh menyemak status tuntutan anda melalui portal pelanggan kami, MY AIA. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran. Anda juga boleh mengunjungi mana-mana Pusat Pelanggan kami atau menghubungi Care Line kami di 1300 88 8922.


    31. Siapakah yang patut saya hubungi jika ingin mengetahui lanjut atau membuat aduan?

    Sila tinggalkan maklumat anda untuk kami hubungi dengan klik di pautan ini. Anda juga boleh menghubungi Care Line kami di 1300-88-8922.


    32. Bilakah AIA PUBLIC akan membalas pertanyaan saya?

    Jika anda menghantar e-mel kepada kami, anda akan menerima pengesahan penerimaan automatik serta-merta. Wakil khidmat pelanggan kami akan membalas e-mel anda dalam tempoh 3 hari bekerja.


    Produk Kami
    Perlindungan Hayat
    Perlindungan Perubatan
    Perlindungan Penyakit Kritikal
    Simpanan & Pelaburan
    Perlindungan Kemalangan
    Penyelesaian Hartanah
    Insurans Kenderaan
    Produk Dalam Talian
    Produk Kami
    Perlindungan Hayat
    Perlindungan Perubatan
    Perlindungan Penyakit Kritikal
    Simpanan & Pelaburan
    Perlindungan Kemalangan
    Penyelesaian Hartanah
    Insurans Kenderaan
    Produk atas talian
    Tahukan Anda
    Kesihatan & Kesejahteraan
    Kewangan & Insurans
    Galeri Video
    Statistik Kesihatan
    Tentang Kami
    Tentang AIA Bhd.
    Tentang AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    Tentang AIA General Berhad
    Tentang AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    Peluang Kerjaya
    Program Komuniti
    Acara & Promosi
    Peta Laman
    Bantuan & Sokongan
    Hubungi Kami
    Soalan Lazim
    Pengumuman Penting
    Hab Borang
    AIA Malaysia
    Menara AIA, 99, Jalan Ampang,
    50450 Kuala Lumpur
    AIA Bhd.
    1300-88-1899
    Untuk Pelanggan Luar Negara
    603 2056 1111
    AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    1300-88-8922
    AIA General Berhad
    1300-88-1899
    AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    1300-22-7771
    AIA Auto Assist / Roadside Assist
    1-800-88-8733
    Tahukah Anda
    Kesihatan & Kesejahteraan
    Kewangan & Insurans
    Galeri Video
    Statistik Kesihatan
    TENTANG KAMI
    Tentang AIA Bhd.
    Tentang AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    Tentang AIA General Berhad
    Tentang AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    Peluang Kerjaya
    Program Komuniti
    Acara & Promosi
    Peta Laman

    Laman web ini menggunakan kuki bertujuan untuk meningkatkan kemudahan pengguna. Anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai jenis kuki yang kami kumpulkan, apa yang kami gunakan, dan cara menguruskan tetapan kuki anda di dalam Polisi Kuki dan Penyata Privasi.

    Bantuan & Sokongan
    Hubungi Kami
    Soalan Lazim
    Pengumuman Penting
    Hab Borang
    AIA Malaysia
    Menara AIA, 99, Jalan Ampang,
    50450 Kuala Lumpur
    AIA Bhd.
    1300-88-1899
    Untuk Pelanggan Luar Negara
    603 2056 1111
    AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    1300-88-8922
    AIA General Berhad
    1300-88-1899
    AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    1300-22-7771
    AIA Auto Assist / Roadside Assist
    1-800-88-8733

    Hak cipta © 2022 AIA Group Limited dan anak-anak syarikatnya. AIA Bhd. 200701032867 (790895-D) AIA PUBLIC Takaful Bhd. 201101007816 (935955-M) AIA General Berhad 201001040438 (924363-W) AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd. 201201027147 (1011637-P) AIA Health Services Sdn. Bhd. 199601016211 (388561-T). Semua hak cipta terpelihara.
    Terma Penggunaan | Penyataan Privasi | Kod Tatacara | Peta Laman