Perlindungan Hayat
Lindungi masa depan orang yang tersayang daripada ketidakpastian
{{title}}
{{label}}AIA Starter Plan
Produk Dalam Talian
Tempoh Perlindungan
Umur Penyertaan
Anda boleh mendapatkannya melalui
AIA Starter Plan adalah pelan insurans kami yang paling berpatutan. Ia menyediakan perlindungan kematian. Pelan ini adalah sesuai sekiranya anda baru kepada insurans hayat atau mengingini perlindungan insurans yang asas. Anda boleh membeli AIA Starter Plan dalam talian dan dapat perlindungan dengan segera.
Pelan ini hanya terbuka kepada warganegara Malaysia yang tinggal di Malaysia.
Pelan ini tidak mempunyai sebarang komisen dan tiada perantara yang terlibat dalam pemasaran pelan AIA Starter Plan.
AIA menawarkan AIA Starter Plan sebagai salah satu inisiatif menyokong Perlindungan Tenang. AIA Starter Plan ini sesuai jika anda baru mengetahui insurans hayat/ takaful atau jika anda ingin mendapatkan perlindungan asas.
Untuk maklumat lanjut tentang Perlindungan Tenang dari AIA, sila klik sini.
Sila rujuk kepada terma dan syarat.
Adalah penting untuk anda mengetahui keperluan perlindungan anda berdasarkan bajet kewangan anda sebelum membeli polisi ini. Klik butang Ketahui Bajet Anda untuk melengkapkan satu ujian penilaian yang mudah.
Pelan ini akan memberi orang tersayang anda dengan bayaran sekali gus apabila anda meninggal dunia.
Pilih jumlah perlindungan anda, bermula dari minimum RM10,000 sehingga maksimum RM30,000.
AIA Bhd. (790895-D) adalah dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.