Semua orang memerlukan insurans perubatan, tetapi bukan semua orang memerlukan insurans penyakit kritikal. Adakah pernyataan ini betul atau salah?
Perlindungan Hayat
Lindungi masa depan orang yang tersayang daripada ketidakpastian
{{title}}
{{label}}
Apabila seseorang itu meningkat umurnya, tanggungjawab dan komitmennya juga akan bertambah. Golongan dewasa yang melangkah ke alam pekerjaan akan membeli kereta pertama, rumah pertama, dan seterusnya memulakan keluarga. Keperluan golongan ini sangat berbeza dengan mereka yang menghampiri persaraan atau jika ianya seorang anak kecil.
Apakah pelan insurans yang sesuai untuk seorang anak kecil, seorang dewasa yang bekerja atau seorang yang hampir bersara? Wujudkah satu polisi yang boleh melindungi semua peringkat umur?
Mari rujuk panduan kami.
A-Life Super Junior adalah satu pelan yang boleh memberikan perlindungan kepada seseorang anak seawal 14 hari. Pelan 20 tahun ini melindungi penjagaan kesihatan anak anda sehingga dia berusia 75 tahun. Salah satu ciri terbaik pelan ini ialah ianya akan bertukar secara automatik kepada pelan orang dewasa apabila anak anda berumur 18.
Perlindungan: kematian, kehilangan upaya kekal & menyeluruh, 12 penyakit kritikal juvana dan 36 penyakit kritikal
Setibanya tempoh matang polisi: 125% atau 250% daripada jumlah perlindungan akan dibayar kepada anak anda.
A-EduAchieve adalah satu pelan simpanan pendidikan yang berkaitan pelaburan. Pelan ini juga disertakan dengan perlindungan insurans. Pelan ini akan matang apabila anak anda mencapai usia 25 tahun.
Perlindungan: Kematian, kehilangan upaya kekal & menyeluruh
Setibanya tempoh matang polisi: Jumlah penuh akaun akan dibayar. Pelan ini juga disertakan dengan bonus ulang tahun untuk perlindungan ekstra dan ciri istimewa ‘University Startup Booster’ apabila anak itu mencapai umur 18 tahun.
Pelan ini khas buat pasangan yang baru memulakan hidup bersama, A-LifeLink menawarkan perlindungan unik dan pelan simpanan yang terbaik untuk menghadapi cabaran akan datang. A-LifeLink merangkumi kematian dan kehilangan upaya kekal & menyeluruh tetapi anda mempunyai kelonggaran fleksibiliti untuk menambah perlindungan pilihan seperti perubatan, penyakit kritikal dan kemalangan.
Perlindungan: Kematian, kehilangan upaya kekal & menyeluruh, dan apa-apa tambahan perlindungan.
Setibanya tempoh matang polisi: Jumlah penuh simpanan akan dibayar setibanya tempoh matang perlindungan.
Tiada apa yang lebih bermanfaat selain daripada memulakan perancangan persaraan lebih awal. A-EnrichGold ialah pelan bersifatkan simpanan yang menawarkan pembayaran wang terjamin (guaranteed cash payments) dan potensi untuk berkembang bertambah sepanjang tempoh polisi. Ia juga disertakan dengan perlindungan insurans sehingga tempoh matang
Perlindungan: Kematian, kehilangan upaya kekal & menyeluruh
Setibanya tempoh matang polisi: 120% atau 150% daripada jumlah yang diinsuranskan, bayaran wang terjamin yang terkumpul dan nilai akaun
Perlindungan kesihatan ialah sesuatu yang diperlukan pada semua peringkat usia. A-Plus Med bukan sahaja menawarkan perlindungan sehingga umur 100 tetapi anda juga dapat menikmati perlindungan perubatan bernilai sehingga RM1.5 juta setiap tahun bagi membantu anda mengatasi kenaikan kos perubatan.
Perlindungan: Perlindungan perubatan sehingga umur 100
Setibanya tempoh matang polisi: Tiada
Artikel di atas adalah untuk memberi maklumat sahaja. AIA tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian yang mungkin berbangkit akibat penggunaan maklumat yang terkandung dalam artikel ini.
Gandakan pulangan nilai wang anda – impian anda bermakna.
Kehidupan ini penuh dengan ketidakpastian Untuk melindungi masa depan anda dan mereka yang tersayang, merancang untuk mendapatkan perlindungan yang sewajarnya, perlu menjadi salah satu daripada keutamaan anda.
Kehidupan penuh dengan risiko, namun penjagaan kesihatan anda sepatutnya tidak termasuk dalam risiko tersebut.