Siapa kata anda perlu membelanjakan wang yang banyak atau melancong ke tempat eksotik untuk percutian keluarga yang menyeronokkan?
Perlindungan Hayat
Lindungi masa depan orang yang tersayang daripada ketidakpastian
{{title}}
{{label}}
Siapa kata anda perlu membelanjakan wang yang banyak atau melancong ke tempat eksotik untuk percutian keluarga yang menyeronokkan? Lupakan Disneyland, Lembah Klang juga mempunyai pelbagai tempat-tempat menarik (ada yang percuma!) untuk aktiviti sekeluarga. Anda hanya perlu tahu di mana tempatnya.
Jika anda merancang untuk bercuti bersama anak-anak, inilah senarai terbaik untuk aktiviti yang boleh dilakukan sekeluarga. Apa yang lebih menarik ialah semua lokasi ini bertempat di sekitar Lembah Klang, jadi anda tidak perlu keluar bandar untuk bercuti.
Sebagai taman tema keluarga terbesar di Malaysia, The Parenthood ialah pusat setempat untuk semua peralatan bayi, anak kecil dan keluarga. Terdapat dua cawangan The Parenthood di Sunway Pyramid dan Sunway Putra Mall. The Parenthood juga mempunyai program pra-sekolah dan pilihan untuk membeli-belah, makan, salun dan barangan kesihatan di bawah satu bumbung. Ia sesuai untuk ibu bapa yang perlu membeli barangan keperluan anak dan dalam masa yang sama, anak-anak tidak bosan menunggu kerana mereka boleh mengisi masa bermain. Anak anda juga boleh ke The Parenthood Playland, satu gimnasium berkonsep hutan yang popular di kalangan kanak-kanak di bawah umur 12.
Bayaran masuk: $$$
Waktu operasi: 10pg-10mlm, setiap hari
Sesuai untuk: Keluarga dengan anak berusia 15 tahun ke bawah
Di Funtopia, aktiviti kecergasan diiringi dengan keriangan dan ini boleh dilihat daripada dinding wall climbing yang berwarna-warni dan pelbagai jenis permainan yang diadaptasi untuk aktiviti memanjat. Jangan risau tentang keselamatan - staf yang terlatih akan memberikan tutorial sebelum aktiviti memanjat sebelum anak-anak memanjat zirafah, pokok tinggi dan juga bangunan. Funtopia terletak di pusat beli-belah Courtyard, SS15.
Bayaran masuk: $$$
Waktu operasi: 10pg-10mlm, setiap hari
Sesuai untuk: Keluarga dengan anak-anak pelbagai usia
Cara terbaik untuk membiarkan anak hyperaktif bermain ialah dengan membenarkan mereka melompat dan terjun bagaimanapun mengikut kehendak mereka. Jumpstreet adalah satu-satunya tempat di mana anak anda boleh melompat setinggi langit dengan trampolin bersaiz mega. Bagi mereka yang berada di Lembah Klang, anda boleh ke Jumpstreet di Petaling Jaya dan bagi mereka yang berada di selatan seperti Johor Bahru, anda boleh ke Jumpstreet di Austin Heights.
Bayaran masuk: $$$
Waktu operasi: 10pg -9mlm, setiap hari. 10pg-10mlm untuk Jumaat dan Sabtu
Sesuai untuk: Keluarga dengan anak-anak pelbagai usia
Taman bertemakan hiburan pasca apokalips ini terletak di IOI City Mall, Putrajaya. Taman ini bukan sahaja popular di kalangan kanak-kanak (terutama untuk sambutan hari jadi), ia juga dikenali di kalangan remaja dan orang dewasa, menjadikannya sesuai untuk hiburan sekeluarga. Jika si ibu dan ayah tidak mahu menyertai aktiviti di sini, mereka boleh memilih tiket masuk taman yang lebih murah daripada harga penuh tiket.
Bonus: IOI City Mall juga mempunyai sebuah gelanggang luncur ais!
Bayaran masuk: $$$
Waktu operasi: 10pg-10mlm, setiap hari
Sesuai untuk: Keluarga dengan anak-anak pelbagai usia
Taman bertemakan hiburan pasca apokalips ini terletak di IOI City Mall, Putrajaya. Taman ini bukan sahaja popular di kalangan kanak-kanak (terutama untuk sambutan hari jadi), ia juga dikenali di kalangan remaja dan orang dewasa, menjadikannya sesuai untuk hiburan sekeluarga. Jika si ibu dan ayah tidak mahu menyertai aktiviti di sini, mereka boleh memilih tiket masuk taman yang lebih murah daripada harga penuh tiket.
Bonus: IOI City Mall juga mempunyai sebuah gelanggang luncur ais!
Bayaran masuk: $$$
Waktu operasi: 10pg-10mlm, setiap hari
Sesuai untuk: Keluarga dengan anak-anak pelbagai usia
Setiap pagi Ahad, Publika akan menutup jalan dalam daripada trafik kenderaan untuk acara Wheelie Sundays, di mana anda boleh datang dengan pakaian sukan berbasikal dan membawa basikal dua roda, rollerblades atau papan luncur. Jika anda tidak memiliki basikal, tidak mengapa, anda boleh sewa di sini. Keluarga, sahabat handai dan kanak-kanak boleh berbasikal dengan selamat di dalam kawasan Publika sebelum singgah ke pelbagai kafe dan restoran di sekitar.
Tip: Terdapat pelbagai kedai-kedai khusus untuk kanak-kanak di sini seperti Benbino, sebuah kafe mesra kanak-kanak dengan kawasan permainan di dalam kedai, dan juga Little Spa Kingdom untuk sesi manjaan diri seperti spa, urut dan rias kuku bagi si kecil.
Bayaran masuk: Percuma
Waktu operasi: 7pg-10pg, setiap Ahad
Sesuai untuk: Keluarga dengan anak-anak pelbagai usia
Sama seperti Wheelie Sundays di Publika, bandaraya Kuala Lumpur juga mempunyai acara yang hampir serupa tetapi berskala besar. Setiap Ahad pertama dan ketiga, jalanraya sepanjang 6km akan ditutup untuk kenderaan daripada 7.30am sehingga 9.30am. Di sini, anda boleh joging, berlari, bermain papan luncur, atau berbasikal dari Jalan Raja Laut ke Segitiga Emas iaitu Berjaya Times Square, Bukit Bintang, KLCC dan Pavilion KL. Bawa anak-anak anda dan basikal mereka, pelindung cahaya matahari, air dan snek kerana tentunya ini akan menjadi hari yang menyeronokkan di luar di tengah-tengah kotaraya.
Bayaran masuk: Percuma
Waktu operasi: 7.30pg-9.30pg, setiap Ahad pertama dan ketiga
Sesuai untuk: Keluarga dengan anak-anak pelbagai usia
Taman kembara di Shah Alam ini menawarkan cara beriadah yang unik – iaitu dengan merentasi hutan di atas jambatan kanopi. Litar di dalam taman ini terletak tinggi di antara pokok-pokok di mana litar itu termasuk aktiviti flying fox. Tahap kesukaran yang berbeza dan litar mesra kanak-kanak menjadikan ia satu percutian sesuai untuk seluruh keluarga. Terdapat juga SkyTrex di Melaka dan Langkawi, jadi anda juga boleh merentas hutan di sana jika anda melancong di negeri tersebut.
Bayaran masuk: $$$
Waktu operasi: 8.30pg-5ptg, tutup setiap Isnin
Sesuai untuk: Keluarga dengan anak-anak pelbagai usia
Konsep bandar di dalam taman di Putrajaya terserlah dengan adanya Taman Botani Putrajaya. Terdapat lima kawasan bertema di taman ini. Anda dan keluarga boleh bersiar-siar di sekitar tasik yang cantik dan melihat lebih 700 spesis flora. Anda juga boleh membawa buku lukisan, pensel warna dan kerusi kecil untuk anak anda supaya si comel boleh melakar pelbagai tumbuh-tumbuhan yang dilihat sepanjang perjalanan.
Bonus: Moroccan Pavilion di sudut taman ini sangat sesuai untuk sesi bergambar dan terdapat juga maklumat asas tentang seni bina Maghribi. Bayaran masuk RM3 memberikan akses kepada seluruh 18,000 kaki pavilion yang dibina secara berperingkat oleh orang kampung dari Maghribi dan hasil itu dibawa masuk ke Malaysia dan ia dihimpunkan oleh pakar seni Maghribi.
Bayaran masuk: Masuk ke taman adalah percuma kecuali laluan tertentu dan Moroccan Pavilion (RM3) Waktu operasi: 9pg- 6ptg setiap hari
Sesuai untuk: Keluarga dengan anak-anak pelbagai usia
Anda tidak perlu belanja banyak untuk mencipta memori bersama sekeluarga. Apabila merancang aktiviti percutian yang menyeronokkan, jangan lupa untuk menyertakan aktiviti fizikal dalam rencana anda agar seluruh keluarga dapat kekal aktif dan sihat bersama-sama.
*$$$ = lebih kurang RM50
Artikel di atas adalah untuk memberi maklumat sahaja. AIA tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian yang mungkin berbangkit akibat penggunaan maklumat yang terkandung dalam artikel ini.
AIA Vitality adalah program insurans dan kesihatan unik yang menyokong secara aktif dan memberi ganjaran kepada anda atas pilihan harian anda yang sihat supaya anda boleh menjalani kehidupan yang lebih sihat, lebih lama dan sejahtera.