Siapa kata anda perlu membelanjakan wang yang banyak atau melancong ke tempat eksotik untuk percutian keluarga yang menyeronokkan?
Perlindungan Hayat
Lindungi masa depan orang yang tersayang daripada ketidakpastian
{{title}}
{{label}}
Rakyat Malaysia dan kegemaran untuk makan memang tak akan berpisah. Dengan pelbagai pilihan dan bermacam perayaan sepanjang tahun, memang sukar untuk kita mengekalkan gaya hidup yang sihat.
Pada awal tahun ini, sebuah jurnal perubatan Britain menamakan Malaysia sebagai negara paling obes di Asia. Senarai hidangan kita hampir sama panjang dengan bilangan rakyat Malaysia yang kurang sihat, dan mengikut kajian ini, separuh daripada penduduk Malaysia boleh dikategorikan sebagai berlebihan berat badan atau obes.
Jadi, jika anda jenis yang suka makan tetapi mahu kekal sihat terutamanya ketika musim perayaan, ikuti tip-tip berikut dalam tabiat pemakanan anda.
Tahukah anda, senaman 30 minit pada intensiti tinggi adalah lebih produktif berbanding senaman kardio selama 60 minit? Ini kerana intensiti yang berganda meningkatkan jumlah kalori yang dibakar oleh badan anda, lebih daripada waktu anda bersenam untuk tempoh lama pada kadar sekata. Untuk mendapatkan lebih hasil dalam seminit, gabungkan latihan kekuatan dengan kardio secara berturut-turut. Senaman anda boleh merangkumi larian setempat untuk 30 saat diikuti rutin lompat bintang. Contoh lain adalah seperti gerak lonjak (lunges), putaran lengan (arm circles) atau sesuatu yang ringkas seperti lompat cangkung (squats). Senaman intensiti tinggi bermakna anda perlu mengulangnya beberapa kali setiap sesi, jadi pastikan anda mengulangkan rutin dalam beberapa set. Fokus pada mantera: badan perlu sihat untuk makan!
Untuk mengatasi rasa kembung ketika musim perayaan, makan lebih banyak bawang putih. Kita semua tahu kebaikan bawang putih, tetapi bagaimana ia boleh melawan rasa kembung? Bawang putih mengandungi Alisin yang menyokong penyingkiran bakteria dan yis yang tidak diingini daripada perut anda. Ini amat berguna terutama apabila anda mengambil makanan dengan ramuan yang jarang anda makan.
Untuk menikmati hidangan bufet di musim perayaan, anda perlu ada strategi. Apabila anda tiba di rumah terbuka pertama anda, tengok dan nilai semua pilihan anda sebelum makan. Jika anda ingin menikmati pelbagai hidangan, ambil sedikit daripada setiap hidangan supaya anda boleh merasa semuanya tanpa keterlaluan Tapi, cakap memang senang, bukan? Apabila godaan terlalu tinggi, kira daripada satu hingga sepuluh, kemudian minum segelas air. Jadi, anda anda ada masa untuk tukar fikiran dan tidak makan terlalu banyak.
Selain daripada kekal aktif, elakkan diri dari duduk berjam lamanya. Kajian menunjukkan apabila anda bangun dari duduk setiap 30 atau 60 minit untuk melakukan aktiviti ringan selama 5 minit, anda akan mengurangkan risiko kencing manis dan masalah koronari yang lain. Ambil langkah kecil dengan menambah aktiviti sekitar rumah ketika musim perayaaan seperti banyak menyapu, mengelap lantai ataupun mengecat. Bukan sahaja anda akan disenangi keluarga, aktiviti ini juga akan mempercepatkan pencernaan dan mengekalkan metabolisme anda.
Apabila anda membantu di sekitar rumah, ia boleh dikira sebagai satu senaman. Inilah gunanya teknologi. Dapatkan Fitbit dan rekodkan aktiviti anda. Setiap orang punyai cara menjaga kesihatan tersendiri, dan ini boleh jadi cara anda. Psst… ahli AIA Vitality boleh menikmati tawaran menarik untuk peralatan Fitbit! Ketahui lebih lanjut di sini.
Menjelang musim perayaan, sudah menjadi kewajipan untuk menjemput kawan dan keluarga untuk menikmati hidangan lazat bersama. Jika anda bertanggungjawab untuk menyediakan makanan buat tetamu, pilih resipi yang sihat atau masak hidangan yang mempunyai ramuan berkhasiat. Gilakan Ladoo? Cubalah resipi Ladoo dengan oat dan kekacang. Sukakan trufel coklat? Cuba buat trufel coklat yang berasaskan kelapa pula! Elok juga jika anda menggantikan sesuatu ramuan dengan badam. Fikir di luar kebiasaan dan sediakan hidangan perayaan yang enak lagi sihat.
Kadang kala, otak kita akan keliru sama ada kita haus atau lapar. Segelas besar air yang diminum sebelum makan boleh membantu mengurangkan jumlah makanan yang anda ambil. Minum sehingga lapan gelas air setiap hari. Tahap penghidratan boleh mempengaruhi pembakaran kalori. Apabila anda badan anda terhidrat, barulah anda boleh melakukan aktiviti fizikal. 80% otot tanpa lemak dalam badan terdiri daripada air dan memerlukan air untuk berfungsi dengan lebih baik. Apabila badan tidak dihidrat, tisu otot akan mula kehilangan air, lantas menyukarkan proses kontraksi badan secara efektif, dan akhirnya mengurangkan kekuatan dan daya tahan anda. Kesimpulannya, air membuat badan anda cukup terhidrat untuk melengkapkan senaman singkat berintensiti tinggi secara efektif, demi mengekalkan tahap kecergasan ketika musim perayaan.
Makan snek perayaan bersama-sama bukanlah satu-satunya cara untuk bermesra dengan kawan dan keluarga. Cuba aktiviti komuniti seperti badminton dan berjalan-jalan yang boleh disertai semua orang. Lagi ramai, lagi bagus. Jika semua berminat untuk mencuba aktiviti baru, lagi bagus. Bila kali terakhir anda bermain trampolin bersama kawan dan keluarga? Kunjungi Jumpstreet jika anda menyambut perayaan di Lembah Kelang. Kajian menunjukkan bahawa kemungkinan lebih kalori akan terbakar adalah lebih tinggi apabila anda berseronok ketika melengkapkan sesuatu aktiviti. Dari segi psikologi, ini memang masuk akal kerana anda tidak akan sedar bahawa badan anda sedang bersenam, dan anda akan lebih fokus pada aktiviti tersebut.
Tidak salah jika anda mahu menikmati makanan ketika musim perayaan ini, tapi bersederhanalah dan tetapkan matlamat. Anda boleh mengekalkan kesihatan ketika musim perayaan jika anda meluangkan masa untuk membuat pelan, dan pastikan anda mengikutinya. Kami tahu, godaan untuk berkompromi dan tidak mengikut pelan memang tinggi ketika musim perayaan ini, jadi jika anda punyai disiplin diri dan rakan yang sering memberi peringatan, ini akan banyak membantu. Selamat menjamu selera!
Rujukan:
Twelve Weeks of Sprint Interval Training Improves Indices of Cardiometabolic Health Similar to Traditional Endurance Training despite a Five-Fold Lower Exercise Volume and Time Commitment, Jenna B. Gillen, Brian J. Martin, Martin J. MacInnis, Lauren E. Skelly, Mark A. Tarnopolsky, Martin J. Gibala, 2016.
The Food Doctor: How to beat the bloat; http://www.dailymail.co.uk/
Chapter 4: Active Adults; https://health.gov
Artikel di atas adalah untuk memberi maklumat sahaja. AIA tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian yang mungkin berbangkit akibat penggunaan maklumat yang terkandung dalam artikel ini.
AIA Vitality adalah program insurans dan kesihatan unik yang menyokong secara aktif dan memberi ganjaran kepada anda atas pilihan harian anda yang sihat supaya anda boleh menjalani kehidupan yang lebih sihat, lebih lama dan sejahtera.