AIA General BHD.

Walau apapun cabaran hidup yang mendatang, AIA General Berhad akan sentiasa berada di sisi anda. Kami menyediakan pelbagai penyelesaian insurans am untuk membantu anda bersedia menghadapi keadaan yang tidak diduga.

AIA General Berhad adalah sebahagian daripada AIA Bhd., peneraju utama syarikat insurans di Malaysia. Kami menawarkan perlindungan motor, kemalangan diri dan penyelesaian insurans komersial kepada hampir setengah juta rakyat Malaysia. Produk-produk kami diedarkan melalui rangkaian luas jaringan Perancang Hayat AIA, rakan-rakan bank, wakil tele-jualan, cawangan di seluruh negara dan secara dalam talian. Diterajui inovasi dipacu oleh data, kami sentiasa menambahbaik produk dan perkhidmatan kami untuk memenuhi permintaan para pelanggan yang pelbagai, kini dan pada masa akan datang.