Peluang Kerjaya

Kami mencari individu yang cemerlang, aktif dan bersemangat untuk menyertai kami dalam usaha kami menjadi Syarikat Insurans Hayat terkemuka di Malaysia.

Posisi

BAHAGIAN JUALAN TELEPEMASARAN

Menggunakan teknik penjualan konsultatif untuk mempromosikan produk insurans kepada pelanggan yang berpotensi.

Bertanggungjawab untuk mencapai KPI harian dan bulanan berdasarkan garis panduan Quality Assurance (QA) untuk mematuhi kualiti panggilan syarikat.

Pemegang Ijazah atau diploma (atau SPM dengan sekurang-kurangnya satu (1) tahun pengalaman dalam bidang jualan).

Mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik. Kelebihan bagi calon yang menguasai dialek Cina.

Agresif, bersemangat dan berorientasikan hasil untuk memperoleh pendapatan yang lebih tinggi.

Memimpin dan menguruskan pasukan Financial Executives untuk mencapai sasaran dan objektif jualan jabatan.

Membimbing dan menyediakan latihan termasuk pengetahunan mengenai polisi dan prosedur syarikat serta peralatan untuk menyokong aktiviti harian kepada Financial Executives.

Memastikan semua ahli pasukan dilengkapi dengan pengetahuan tentang produk jualan.

Bertanggungjawab dalam memantau prestasi kempen dan penilaian KPI bagi memastikan sasaran perniagaan tercapai.

Pemegang Ijazah dengan pengalaman sekurang-kurangnya dua (2) tahun dalam menguruskan pasukan jualan.

Kelebihan bagi calon yang lulus Peperiksaan Pra Kontrak (PCE) dalam Insurans Hayat/Am.

Mempromosikan produk dan khidmat insurans kepada pelanggan berpotensi yang sedia ada dengan membuat dan menerima panggilan telepemasaran menggunakan teknik jualan dari jauh dan janji temu secara maya.

Bertanggungjawab memenuhi KPI harian dan bulanan menurut garis panduan Jaminan Kualiti (QA) bagi mematuhi syarat kualiti panggilan yang ditetapkan syarikat.

Pemegang Ijazah atau Diploma (atau SPM dengan pengalaman jualan sekurang-kurangnya 1 tahun), pengalaman jualan/ telepemasaran/pusat panggilan diutamakan.

Kelulusan Peperiksaan Prakontrak (PCE) bagi Insurans Hayat/Am mempunyai kelebihan tambahan.

Memiliki kemahiran komunikasi yang baik. Tekun, rajin dan bersemangat untuk menambah pendapatan hidup.

Quality Assurance

Mengkaji dan memberi maklum balas berhubung kualiti pengendalian panggilan oleh Financial Executives mengikut kriteria yang ditetapkan.

Mencapai Indeks Prestasi Penting dengan memastikan penilaian panggilan dalam TAT yang dipersetujui.

Berkomunikasi dan melaporkan secara berkala kepada Quality Assurance Manager/Team Leader mengenai aspek-aspek yang boleh meningkatkan kualiti panggilan.

Pemegang Ijazah atau diploma dengan sekurang-kurangnya satu (1) tahun pengalaman dalam bidang berkaitan.

Mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik. Kelebihan bagi calon yang menguasai dialek Cina.

HUBUNGKAN SAYA DENGAN RECRUITMENT TEAM

error icon
  • *Required Field
    error
  • *Required Field
  • *Required Field