Skip to main content
  • EN
  • BM
  • Search
  • AIA Malaysia
  • Produk Kami
    • Perlindungan Hayat
    • Perlindungan Perubatan
    • Perlindungan Penyakit Kritikal
    • Simpanan & Pelaburan
    • Perlindungan Kemalangan
    • Penyelesaian Hartanah
    • Insurans Kenderaan
    • Produk Dalam Talian
    • AIA Vitality
    • Manfaat Pekerja
    • Insurans Komersial
  • AIA Vitality
    • Bagaimana AIA Vitality Berfungsi?
    • MAFAAT & GANJARAN
    • Testimonial Ahli
  • Tahukah Anda?
    • Kesihatan & Kesejahteraan
    • Kewangan & Insurans
    • Galeri video
    • Statistik Kesihatan
  • Tentang Kami
    • Tentang Kami
    • Tentang AIA Public Takaful Berhad
    • Tentang AIA General Insurance Berhad
    • Tentang AIA Pension & Asset Management (APAM)
    • Peluang Kerjaya
    • Program Komuniti
    • Pusat Media
    • Acara & Promosi
    • Piagam Pelanggan
  • Bantuan
    • Hubungi Kami
    • Temui Kami
    • Soalan Lazim
    • Pengumuman Penting
    • Hab Borang
    • Panduan Pengguna Portal Pelanggan My AIA
  • Log Masuk My AIA
    • Log Masuk Portal Pelanggan
    • Pendaftaran Pelanggan
    • Log Masuk Portal Korporat
  • Investment-Linked Funds
AIA
  • Produk Kami

    Produk Kami

    Pilih daripada salah satu kategori di kanan atau klik untuk cadangan mengikut keperluan anda.

    Kami sedia membantu anda.
    Dana Berkaitan Pelaburan

    Dapatkan maklumat terkini mengenai dana-dana kami dan prestasi dana tersebut.

    Klik di sini untuk Laporan Prestasi Dana Berkaitan Pelaburan AIA 2021

    Untuk Individu

    Untuk Perniagaan

    • Perlindungan Hayat

      Lindungi masa depan orang yang tersayang daripada ketidakpastian

    • Perlindungan Perubatan

      Memiliki penyelesaian penjagaan kesihatan yang diyakini dan inovatif disaat memerlukan.

    • Perlindungan Penyakit Kritikal

      Perlindungan daripada beban kewangan akibat penyakit kritikal.

    • Simpanan & Pelaburan

      Gandakan pulangan nilai wang anda – impian anda bermakna.

    • Perlindungan Kemalangan

      Kukuhkan kewangan untuk menghadapi perkara di luar jangkaan.

    • Penyelesaian Hartanah

      Biayai hartanah impian anda dan pastikan isi rumah dilindungi.

    • Insurans Kenderaan

      Dapatkan perlindungan komprehensif untuk kenderaan bermotor anda.

    • Produk Dalam Talian

      Dapatkan pelan insurans dan takaful kami secara dalam talian untuk perlindungan serta-merta.

    • AIA Vitality

      AIA Vitality adalah program kesejahteraan yang disokong oleh bidang sains yang sesuai dengan anda dan memberi ganjaran bagi pilihan kesihatan anda. Ketahui lebih lanjut

    • Manfaat Pekerja

      Lindungi aset syarikat anda yang paling penting melalui penyelesaian kami yang menerajui pasaran.

    • Insurans Komersial

      Lindungi perniagaan anda daripada kejadian yang tidak diingini dan kerosakan.

  • AIA Vitality

    AIA Vitality

    • Bagaimana AIA Vitality Berfungsi?

      Ketahui bagaimana AIA Vitality mendorong anda untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat, berpanjangan dan bermakna.

    • MAFAAT & GANJARAN

      Ketahui manfaat dan ganjaran yang boleh anda nikmati sebagai ahli AIA Vitality.

    • Testimonial Ahli

      Dapatkan inspirasi dari kisah ahli kami mengenai pengalaman mereka dengan AIA Vitality.

  • Tahukah Anda?

    Tahukah Anda?

    Panduan dan tip-tip mengenai topik kesihatan dan kewangan terkini.

    LIHAT SEMUA DALAM TAHUKAH ANDA?
    • Kesihatan & Kesejahteraan

      Kehidupan bermakna & sihat bermula hari ini.

    • Kewangan & Insurans

      Kewangan dipermudahkan.

    • Galeri video

      Video pendek mengenai topik kesihatan dan kewangan terkini.

    • Statistik Kesihatan

      Ketahui lanjut mengenai statistik kesihatan terkini.

  • Tentang Kami

    Tentang Kami

    Hampir seabad lamanya, AIA memenuhi keperluan jutaan orang yang sentiasa berubah di seluruh rantau Asia Pasifik.

    BACA LEBIH LANJUT
    • Tentang Kami

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA Public Takaful Berhad

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA General Insurance Berhad

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA Pension & Asset Management (APAM)

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Peluang Kerjaya

      Berminat untuk menyertai keluarga AIA? Carilah jawatan yang sesuai untuk anda.

    • Program Komuniti

      Berbakti kepada komuniti amatlah penting buat kami.

    • Pusat Media

      Kewangan, siaran akhbar dan maklumat lain mengenai AIA.

    • Acara & Promosi

      Acara & Promosi

    • Piagam Pelanggan

      Komitmen kami untuk Pelanggan kami

  • Bantuan

    Bantuan

    Kami bertekad untuk membantu menjawab pertanyaan anda dengan sentuhan perkhidmatan pelanggan yang memuaskan.

    Hubungi AIA
    • Hubungi Kami

      Tiada jawapan dalam bahagian FAQ? Hubungi kami sekarang.

    • Temui Kami

    • Soalan Lazim

      Ada soalan? Anda boleh dapatkan jawapan di sini.

    • Pengumuman Penting

      Maklumat berguna untuk pelanggan kami.

    • Hab Borang

      Perlukan borang? Carilah di hab borang kami.

    • Panduan Pengguna Portal Pelanggan My AIA

  • Log Masuk My AIA

    My AIA

    Urus pelan AIA dan manfaat pekerja anda, kekal sihat dengan AIA Vitality serta akses perkhidmatan kesihatan.

    Download My AIA
    Download My AIA
    Download My AIA
    Download My AIA
    • individual
      PORTAL PELANGGAN

      Urus pelan AIA, manfaat pekerja dan akaun AIA Vitality anda.

      Daftar Log masuk

    • corporate
      PORTAL KORPORAT

      Untuk kakitangan Sumber Manusia (HR) dan pihak pengantara mengurus portfolio faedah pekerja syarikat dengan lebih efisien.

      Log masuk

  • Language Select
    • EN
    • BM
  • Search
  • Contact Us
    • Hubungi Kami

      Waktu Operasi:
      Isnin – Khamis : 8.30pagi – 5.30petang,
      Jumaat : 8.30pagi – 4.30petang

    • AIA BHD.

    • AIA PUBLIC TAKAFUL BHD.

    • AIA General Berhad

    • AIA Auto Assist/AIA Roadside Assist

2019
Sebelum | Selepas
Back to Top
  • {{title}}

    {{label}}
  • AIA Perkenal A-Plus MedCare: Perkhidmatan Pengurusan Kes Perubatan Peribadi Pertama di Malaysia

    03/10/2019


    AIA Charity Day

    (Dari kiri ke kanan) Heng Zee Wang, Ketua Pegawai Pemasaran AIA Bhd.; Tan Hak Leh, Ketua Eksekutif Serantau AIA Group; Sigal Atzmon, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Medix; Ng Keng Hooi, Ketua Eksekutif Kumpulan dan Presiden AIA Group; Ben Ng, Ketua Pegawai Eksekutif AIA Bhd.; dan Leong Chee Soong, Ketua Pegawai Pengedaran Agensi AIA Bhd. pada majlis pelancaran A-Plus MedCare.

    Rider terbaharu tawar pelanggan rawatan dan sokongan perubatan sebaiknya, dari peringkat diagnosis hingga pemulihan.

    Kuala Lumpur, 3 Oktober 2019 – AIA Bhd. hari ini melancarkan rider A-Plus MedCare, satu penyelesaian pertama seumpamanya yang memberi para pelanggan akses eksklusif kepada perkhidmatan Pengurusan Kes Perubatan Peribadi (Personal Medical Case Management - PMCM) ketika menempuh tempoh yang paling mencabar dalam hidup mereka. Apabila didiagnosis menghidap penyakit yang serius atau kompleks, para pelanggan AIA akan menerima panduan dan sokongan 24/7 daripada pasukan kes perubatan peribadi sepanjang perjalanan perubatan mereka, dari peringkat diagnosis sehingga tempoh rawatan, pemantauan dan seterusnya pemulihan.

    Melalui A-Plus MedCare, para pelanggan AIA akan mendapat akses kepada penilaian perubatan yang menyeluruh, pemeriksaan semula terhadap penyakit yang dihidapi dan rujukan untuk ujian diagnostik tambahan jika diperlukan dan konsultasi berterusan dengan pakar-pakar perubatan terkemuka daripada pelbagai bidang dari seluruh dunia. Bukan itu sahaja, para pelanggan juga diberikan khidmat penyelerasan penjagaan penuh serta dorongan dan sokongan emosi yang berterusan daripada pasukan pengurusan kes perubatan peribadi.

    Sekiranya para pelanggan disyorkan untuk mendapatkan rawatan di luar negara disebabkan kekurangan kepakaran tempatan dalam bidang tertentu, A-Plus MedCare akan membayar balik kos tiket penerbangan pergi-balik pelanggan dan seorang teman sehingga had keseluruhan sebanyak RM10,000 seumur hidup.

    Ben Ng, Ketua Pegawai Eksekutif AIA Bhd. berkata: “Seiring dengan perkembangan dan kemajuan teknologi perubatan dan rawatan hari ini, pelanggan kami berhak menerima dan mengharapkan penjagaan kesihatan khusus dan berkualiti tinggi. Pengenalan A-Plus MedCare merupakan peluang penting bagi AIA untuk memberikan pengalaman yang sebaik mungkin kepada pelanggan ketika saat mereka memerlukan kami. Perkhidmatan PMCM ini membuktikan komitmen kami untuk melangkaui model perniagaan insurans tradisional dengan memainkan peranan penting dalam perjalanan hidup pelanggan. Kami gembira menjadi syarikat insurans pertama menawarkan manfaat seumpama ini di Malaysia.”

    Para pelanggan yang mendapatkan pelan berkaitan pelaburan fleksibel AIA iaitu A-LifeLink 2 dan A-LifeJoy 2 serta pelan A-LifeLink-i, A-LifeJoy-i dan A-Life Fleksi daripada AIA PUBLIC Takaful boleh menyertakan rider ini sebagai manfaat tambahan kepada polisi atau sijil mereka. Pelanggan kemudiannya layak untuk mendapatkan penilaian semula terhadap kes perubatan mereka oleh pasukan pakar yang terdiri daripada 300 pengamal perubatan dalaman dan rangkaian bertaraf global yang terdiri daripada 3,000 pakar-pakar perubatan bebas dan terkemuka. Ini adalah untuk memastikan para pelanggan mempunyai maklumat sewajarnya untuk membuat keputusan berlandaskan kualiti dan pengetahuan, selain daripada menerima penjagaan perubatan yang sebaik mungkin sepanjang perjalanan perubatan mereka, di seluruh pelusuk dunia.

    Manfaat ini juga disediakan kepada pelanggan korporat melalui Manfaat Pekerja AIA, Group MedCare

    “Sejak pelancaran AIA Vitality pada tahun 2016 yang membantu para pelanggan untuk memahami dan menguruskan kesihatan mereka, ke pelbagai pilihan produk yang menyediakan perlindungan dan sokongan kewangan semasa tempoh rawatan dan pemulihan, kami terus berkembang menjadi salah satu keutamaan pelanggan sepanjang perjalanan penjagaan kesihatan mereka. Kini, dengan rider A-Plus MedCare, kami mempertingkatkan lagi ekosistem Penyelesaian Kesihatan Menyeluruh (Total Health Solution) kami, sekali gus memperkukuhkan komitmen kami untuk membantu rakyat Malaysia untuk Hidup Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna,” kongsi Heng Zee Wang, Ketua Pegawai Pemasaran AIA Bhd.

    Perkhidmatan PMCM disediakan secara eksklusif oleh Medix, sebuah syarikat yang mempunyai kepakaran dalam bidang perkhidmatan pengurusan perubatan global yang berkualiti. Ini merupakan susulan perkongsian strategik Kumpulan AIA dengan Medix yang dimeterai baru-baru ini di beberapa pasaran termasuk Malaysia dalam usahanya untuk menyampaikan tawaran berbeza - mengoptimumkan penjagaan dan mempertingkatkan pengalaman perubatan pelanggan AIA di seluruh rantau Asia Pasifik.

    Dengan perkembangan dalam penyelidikan dan kepelbagaian model rawatan serta teknologi baharu, perkhidmatan PMCM Medix berperanan sebagai penghubung antara pesakit dan dunia perubatan. Ia mampu mengurangkan tekanan yang dihadapi para pelanggan dan keluarga mereka apabila berhadapan dengan masalah perubatan yang serius dan juga dapat memastikan akses serta penjagaan kesihatan yang berkualiti.

    Sigal Atzmon, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Medix berkata: “Kami amat berbangga dengan pelancaran perkhidmatan kami di Malaysia. Menerusi usaha sama ini, kami berharap untuk membuat sesuatu perubahan dengan menyediakan penjagaan perubatan yang bersifat peribadi, memperkasa pesakit dengan ilmu dan alat yang berhak diketahui bagi membuat keputusan yang arif serta menawarkan perlindungan yang berterusan dalam kehidupan seharian pelanggan AIA. Paling penting, kami berhasrat untuk menyumbang kepada pengalaman penyediaan penjagaan yang menyeluruh di Malaysia.”

    Untuk maklumat lanjut mengenai A-Plus MedCare, sila layari www.aia.com.my.   

    - TAMAT -

    Mengenai AIA Bhd.

    AIA Bhd., adalah sebuah syarikat insurans terkemuka di Malaysia, di mana kami mendapat penghormatan menjalankan perniagaan sejak 1948. Kami menawarkan pelbagai penyelesaian kewangan termasuk Perlindungan, Kesihatan, Kemalangan Diri, Manfaat Pekerja, Insurans Am, Gadai Janji, Persaraan dan Takaful Keluarga untuk memenuhi keperluan dan jaminan kewangan pelanggan kami pada setiap peringkat kehidupan. Melalui rangkaian pengedaran yang pelbagai dengan kekuatan pasukan agensi seramai 14,000 Perancang Hayat, cawangan rakan kongsi bank yang eksklusif di seluruh negara serta pasukan jualan korporat dan broker, kami memberi para pelanggan pilihan dalam menentukan bagaimana, bila dan di mana mereka menghubungi kami.

    Sebahagian daripada Kumpulan AIA, kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas, AIA Bhd. mempunyai kekukuhan kewangan, pengalaman, rangkaian pusat perkhidmatan serta pasukan terlatih terdiri daripada lebih 2,000 kakitangan yang memberi perkhidmatan kepada 3.9 juta pelanggan kami di seluruh negara. Sehingga 30 Jun 2019, jumlah aset AIA Bhd. bernilai RM54.7 bilion, dengan modal berbayar sebanyak RM1,451 juta.

    Mengenai AIA

    AIA Group Limited dan anak syarikatnya (keseluruhannya “AIA” atau “Kumpulan”) terdiri daripada kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas. Ia beroperasi di 18 pasaran di Asia Pasifik – cawangan dan anak syarikat milik penuh di Hong Kong, Thailand, Singapura, Malaysia, Tanah Besar China, Korea, Filipina, Australia, Indonesia, Taiwan, Vietnam, New Zealand, Macau, Brunei, Kemboja, 97 peratus pegangan anak syarikat di Sri Lanka dan 49 peratus pegangan usaha sama di India. Pada April 2019, AIA juga diberikan kelulusan sebagai pemohon pilihan untuk beroperasi di Myanmar menerusi pemilikan 100 peratus anak syarikatnya.

    Perniagaan yang kini dikenali sebagai AIA telah ditubuhkan di Shanghai sedekad yang lalu pada tahun 1919. Ia merupakan peneraju pasaran di rantau Asia Pasifik (tidak termasuk Jepun) berasaskan premium insurans hayat dan memegang kedudukan utama di sebahagian besar pasarannya. AIA mempunyai jumlah aset bernilai $256 bilion dolar Amerika pada 30 Jun 2019.

    AIA memenuhi keperluan simpanan dan perlindungan individu jangka panjang dengan menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan termasuk insurans hayat, insurans kemalangan dan kesihatan serta pelan simpanan. Kumpulan ini juga menyediakan manfaat pekerja, kredit hayat dan perkhidmatan persaraan kepada pelanggan korporat. Melalui rangkaian agensi, rakan kongsi dan kakitangan yang meluas di seluruh Asia Pasifik, AIA memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 34 juta pemegang polisi individu dan lebih 16 juta ahli skim insurans berkumpulan.

    Kumpulan AIA disenaraikan di Papan Utama, Bursa Saham Hong Kong di bawah kod bursa “1299” dengan Resit Depositari Amerika (Tingkat 1) yang diniagakan pada pasaran kaunter (simbol ticker: “AAGIY”).

    Produk Kami
    Perlindungan Hayat
    Perlindungan Perubatan
    Perlindungan Penyakit Kritikal
    Simpanan & Pelaburan
    Perlindungan Kemalangan
    Penyelesaian Hartanah
    Insurans Kenderaan
    Produk Dalam Talian
    Produk Kami
    Perlindungan Hayat
    Perlindungan Perubatan
    Perlindungan Penyakit Kritikal
    Simpanan & Pelaburan
    Perlindungan Kemalangan
    Penyelesaian Hartanah
    Insurans Kenderaan
    Produk atas talian
    Tahukan Anda
    Kesihatan & Kesejahteraan
    Kewangan & Insurans
    Galeri Video
    Statistik Kesihatan
    Tentang Kami
    Tentang AIA Bhd.
    Tentang AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    Tentang AIA General Berhad
    Tentang AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    Peluang Kerjaya
    Program Komuniti
    Acara & Promosi
    Peta Laman
    Bantuan & Sokongan
    Hubungi Kami
    Soalan Lazim
    Pengumuman Penting
    Hab Borang
    AIA Malaysia
    Menara AIA, 99, Jalan Ampang,
    50450 Kuala Lumpur
    AIA Bhd.
    1300-88-1899
    Untuk Pelanggan Luar Negara
    603 2056 1111
    AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    1300-88-8922
    AIA General Berhad
    1300-88-1899
    AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    1300-22-7771
    AIA Auto Assist / Roadside Assist
    1-800-88-8733
    Tahukah Anda
    Kesihatan & Kesejahteraan
    Kewangan & Insurans
    Galeri Video
    Statistik Kesihatan
    TENTANG KAMI
    Tentang AIA Bhd.
    Tentang AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    Tentang AIA General Berhad
    Tentang AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    Peluang Kerjaya
    Program Komuniti
    Acara & Promosi
    Peta Laman

    Laman web ini menggunakan kuki bertujuan untuk meningkatkan kemudahan pengguna. Anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai jenis kuki yang kami kumpulkan, apa yang kami gunakan, dan cara menguruskan tetapan kuki anda di dalam Polisi Kuki dan Penyata Privasi.

    Bantuan & Sokongan
    Hubungi Kami
    Soalan Lazim
    Pengumuman Penting
    Hab Borang
    AIA Malaysia
    Menara AIA, 99, Jalan Ampang,
    50450 Kuala Lumpur
    AIA Bhd.
    1300-88-1899
    Untuk Pelanggan Luar Negara
    603 2056 1111
    AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    1300-88-8922
    AIA General Berhad
    1300-88-1899
    AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    1300-22-7771
    AIA Auto Assist / Roadside Assist
    1-800-88-8733

    Hak cipta © 2022 AIA Group Limited dan anak-anak syarikatnya. AIA Bhd. 200701032867 (790895-D) AIA PUBLIC Takaful Bhd. 201101007816 (935955-M) AIA General Berhad 201001040438 (924363-W) AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd. 201201027147 (1011637-P) AIA Health Services Sdn. Bhd. 199601016211 (388561-T). Semua hak cipta terpelihara.
    Terma Penggunaan | Penyataan Privasi | Kod Tatacara | Peta Laman