Skip to main content
  • EN
  • BM
  • Search
  • AIA Malaysia
  • Produk Kami
    • Perlindungan Hayat
    • Perlindungan Perubatan
    • Perlindungan Penyakit Kritikal
    • Simpanan & Pelaburan
    • Perlindungan Kemalangan
    • Penyelesaian Hartanah
    • Insurans Kenderaan
    • Produk Dalam Talian
    • AIA Vitality
    • Manfaat Pekerja
    • Insurans Komersial
  • AIA Vitality
    • Bagaimana AIA Vitality Berfungsi?
    • MAFAAT & GANJARAN
    • Testimonial Ahli
  • Tahukah Anda?
    • Kesihatan & Kesejahteraan
    • Kewangan & Insurans
    • Galeri video
    • Statistik Kesihatan
  • Tentang Kami
    • Tentang Kami
    • Tentang AIA Public Takaful Berhad
    • Tentang AIA General Insurance Berhad
    • Tentang AIA Pension & Asset Management (APAM)
    • Peluang Kerjaya
    • Program Komuniti
    • Pusat Media
    • Acara & Promosi
    • Piagam Pelanggan
  • Bantuan
    • Hubungi Kami
    • Temui Kami
    • Soalan Lazim
    • Pengumuman Penting
    • Hab Borang
    • Panduan Pengguna Portal Pelanggan My AIA
  • Log Masuk My AIA
    • Log Masuk Portal Pelanggan
    • Pendaftaran Pelanggan
    • Log Masuk Portal Korporat
  • Investment-Linked Funds
AIA
  • Produk Kami

    Produk Kami

    Pilih daripada salah satu kategori di kanan atau klik untuk cadangan mengikut keperluan anda.

    Kami sedia membantu anda.
    Dana Berkaitan Pelaburan

    Dapatkan maklumat terkini mengenai dana-dana kami dan prestasi dana tersebut.

    Klik di sini untuk Laporan Prestasi Dana Berkaitan Pelaburan AIA 2021

    Untuk Individu

    Untuk Perniagaan

    • Perlindungan Hayat

      Lindungi masa depan orang yang tersayang daripada ketidakpastian

    • Perlindungan Perubatan

      Memiliki penyelesaian penjagaan kesihatan yang diyakini dan inovatif disaat memerlukan.

    • Perlindungan Penyakit Kritikal

      Perlindungan daripada beban kewangan akibat penyakit kritikal.

    • Simpanan & Pelaburan

      Gandakan pulangan nilai wang anda – impian anda bermakna.

    • Perlindungan Kemalangan

      Kukuhkan kewangan untuk menghadapi perkara di luar jangkaan.

    • Penyelesaian Hartanah

      Biayai hartanah impian anda dan pastikan isi rumah dilindungi.

    • Insurans Kenderaan

      Dapatkan perlindungan komprehensif untuk kenderaan bermotor anda.

    • Produk Dalam Talian

      Dapatkan pelan insurans dan takaful kami secara dalam talian untuk perlindungan serta-merta.

    • AIA Vitality

      AIA Vitality adalah program kesejahteraan yang disokong oleh bidang sains yang sesuai dengan anda dan memberi ganjaran bagi pilihan kesihatan anda. Ketahui lebih lanjut

    • Manfaat Pekerja

      Lindungi aset syarikat anda yang paling penting melalui penyelesaian kami yang menerajui pasaran.

    • Insurans Komersial

      Lindungi perniagaan anda daripada kejadian yang tidak diingini dan kerosakan.

  • AIA Vitality

    AIA Vitality

    • Bagaimana AIA Vitality Berfungsi?

      Ketahui bagaimana AIA Vitality mendorong anda untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat, berpanjangan dan bermakna.

    • MAFAAT & GANJARAN

      Ketahui manfaat dan ganjaran yang boleh anda nikmati sebagai ahli AIA Vitality.

    • Testimonial Ahli

      Dapatkan inspirasi dari kisah ahli kami mengenai pengalaman mereka dengan AIA Vitality.

  • Tahukah Anda?

    Tahukah Anda?

    Panduan dan tip-tip mengenai topik kesihatan dan kewangan terkini.

    LIHAT SEMUA DALAM TAHUKAH ANDA?
    • Kesihatan & Kesejahteraan

      Kehidupan bermakna & sihat bermula hari ini.

    • Kewangan & Insurans

      Kewangan dipermudahkan.

    • Galeri video

      Video pendek mengenai topik kesihatan dan kewangan terkini.

    • Statistik Kesihatan

      Ketahui lanjut mengenai statistik kesihatan terkini.

  • Tentang Kami

    Tentang Kami

    Hampir seabad lamanya, AIA memenuhi keperluan jutaan orang yang sentiasa berubah di seluruh rantau Asia Pasifik.

    BACA LEBIH LANJUT
    • Tentang Kami

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA Public Takaful Berhad

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA General Insurance Berhad

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA Pension & Asset Management (APAM)

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Peluang Kerjaya

      Berminat untuk menyertai keluarga AIA? Carilah jawatan yang sesuai untuk anda.

    • Program Komuniti

      Berbakti kepada komuniti amatlah penting buat kami.

    • Pusat Media

      Kewangan, siaran akhbar dan maklumat lain mengenai AIA.

    • Acara & Promosi

      Acara & Promosi

    • Piagam Pelanggan

      Komitmen kami untuk Pelanggan kami

  • Bantuan

    Bantuan

    Kami bertekad untuk membantu menjawab pertanyaan anda dengan sentuhan perkhidmatan pelanggan yang memuaskan.

    Hubungi AIA
    • Hubungi Kami

      Tiada jawapan dalam bahagian FAQ? Hubungi kami sekarang.

    • Temui Kami

    • Soalan Lazim

      Ada soalan? Anda boleh dapatkan jawapan di sini.

    • Pengumuman Penting

      Maklumat berguna untuk pelanggan kami.

    • Hab Borang

      Perlukan borang? Carilah di hab borang kami.

    • Panduan Pengguna Portal Pelanggan My AIA

  • Log Masuk My AIA

    My AIA

    Urus pelan AIA dan manfaat pekerja anda, kekal sihat dengan AIA Vitality serta akses perkhidmatan kesihatan.

    Download My AIA
    Download My AIA
    Download My AIA
    Download My AIA
    • individual
      PORTAL PELANGGAN

      Urus pelan AIA, manfaat pekerja dan akaun AIA Vitality anda.

      Daftar Log masuk

    • corporate
      PORTAL KORPORAT

      Untuk kakitangan Sumber Manusia (HR) dan pihak pengantara mengurus portfolio faedah pekerja syarikat dengan lebih efisien.

      Log masuk

  • Language Select
    • EN
    • BM
  • Search
  • Contact Us
    • Hubungi Kami

      Waktu Operasi:
      Isnin – Khamis : 8.30pagi – 5.30petang,
      Jumaat : 8.30pagi – 4.30petang

    • AIA BHD.

    • AIA PUBLIC TAKAFUL BHD.

    • AIA General Berhad

    • AIA Auto Assist/AIA Roadside Assist

2019
Sebelum
Back to Top
  • {{title}}

    {{label}}
  • Tenaga Kerja Malaysia: Kurang Tidur dan Kerja Berlebihan?

    15/11/2019


    Winners of Malaysia’s Healthiest Workplace

    Pemenang-pemenang Tempat Kerja Paling Sihat Malaysia oleh AIA Vitality 2019 bersama Ben Ng (tengah), Ketua Pegawai Eksekutif AIA Bhd.

    Hasil tinjauan Tempat Kerja Paling Sihat Malaysia oleh AIA Vitality 2019 menunjukkan bahawa tenaga kerja Malaysia tertekan dan tidak tidur secukupnya

    • 51% pekerja mengalami sekurang-kurangnya satu dimensi tekanan yang berkaitan dengan kerja
    • Tekanan kewangan terus meyumbang kepada masalah kesihatan mental yang mana 22% pekerja melaporkan bahawa mereka mempunyai banyak beban kewangan
    • Masalah kekurangan tidur semakin meningkat dengan 53% pekerja tidur kurang daripada 7 jam
    • Majoriti mengalami kesakitan bahu dan leher dengan 84% pekerja melaporkan satu atau lebih masalah muskuloskeletal

    KUALA LUMPUR, 15 November 2019 – Penyedia insurans hayat dan kesihatan terkemuka, AIA Bhd. hari ini mengumumkan hasil tinjauan Tempat Kerja Paling Sihat Malaysia oleh AIA Vitality 2019 (Malaysia’s Healthiest Workplace by AIA Vitality 2019 survey). Tinjauan yang dianjurkan secara tahunan ini bertujuan untuk memahami bagaimana tempat kerja dapat mempengaruhi kesihatan pekerja dengan mengaitkan kesihatan pekerja terhadap prestasi dan penglibatan mereka di tempat kerja. Tahun ini, penemuan tinjauan menunjukkan bahawa pekerja Malaysia kerja secara berlebihan dan tidak mendapat tidur yang mencukupi dengan 51% pekerja mengalami sekurang-kurangnya satu dimensi tekanan yang berkaitan dengan kerja dan 53% tidur kurang daripada tujuh (7) jam dalam tempoh 24 jam.

    2019 merupakan tahun ketiga AIA menjalankan tinjauan tersebut dengan rekod penyertaan daripada 230 buah organisasi yang berbeza saiz dan daripada pelbagai sektor di seluruh Malaysia yang mewakili gabungan tenaga kerja seramai 17,595 orang. Tahun ini, tinjauan tersebut memperoleh hampir dua kali ganda bilangan penyertaan daripada organisasi-organisasi di Malaysia berbanding tahun sebelumnya – sekaligus membuktikan peningkatan kepentingan yang diletakkan oleh Korporat Malaysia untuk memahami tahap kesihatan di dalam organisasi masing-masing.

    Selaras dengan komitmen AIA terhadap sokongan kesihatan di tempat kerja, tinjauan tersebut mengukur kadar kesejahteraan keseluruhan di tempat kerja dan mengambil kira tahap kesihatan mental dan fizikal pekerja, penglibatan kerja, serta kesannya terhadap produktiviti di tempat kerja. Melalui hasil tinjauan yang dilaporkan, para majikan dapat memperoleh pengetahuan dan strategi yang tepat untuk melabur ke arah kesihatan dan kesejahteraan pekerja mereka.

    Salah satu pendedahan terbesar oleh tinjauan tersebut merupakan peningkatan budaya kerja berlebihan di dalam organisasi-organisasi di Malaysia, yang berkaitrapat dengan beberapa faktor dari aspek kesejahteraan mental, kesihatan klinikal, persekitaran kerja dan tidur. Hasil tinjauan 2019 mendedahkan bahawa masalah kesihatan mental terus meningkat dengan 22% pekerja melaporkan bahawa mereka mempunyai banyak beban kewangan pada ketika ini. Di samping itu, 20% pekerja terus terjejas dengan masalah pembulian di tempat kerja yang secara keseluruhannya, menyumbang kepada tekanan di tempat kerja.

    Tempoh yang lama diluangkan di hadapan komputer di pejabat turut menyumbang kepada budaya kerja berlebihan, yang menyebabkan masalah kesihatan klinikal dan kekurangan tidur. Tinjauan tersebut mendedahkan bahawa 84% pekerja melaporkan satu atau lebih masalah muskuloskeletal manakala lebih daripada separuh responden menyatakan bahawa mereka tidur kurang daripada tujuh (7) jam setiap hari dengan 14% mempunyai corak tidur yang kurang baik atau sangat tidak baik.

    17% pekerja melaporkan bahawa mereka berasa penat dan letih setiap hari namun 20% daripada mereka tidak boleh menentukan bila masanya untuk berehat. Sebagai tambahan kepada waktu kerja yang lama, peningkatan terhadap ketersambungan kerja di luar waktu pejabat dan tekanan berkaitan dengan kerja juga merupakan faktor yang dikaitkan dengan masalah tidur yang boleh meningkatkan kebarangkalian masalah kesihatan mental yang teruk dikalangan pekerja.

    Hasil tinjauan Tempat Kerja Paling Sihat Malaysia oleh AIA Vitality 2019 yang lain adalah: 

    • Organisasi-organisasi kehilangan sejumlah 73.3 hari bagi setiap pekerja yang disebabkan oleh ketidakhadiran* dan kehadiran tidak produktif**, yang melibatkan kos sebanyak RM1.46 juta sebulan bagi setiap majikan
    • 98% pekerja mempunyai usia AIA Vitality*** yang lebih tinggi berbanding usia sebenar
    • 16% pekerja mempunyai tahap penglibatan yang rendah atau sangat rendah di tempat kerja
    • 32% pekerja mempunyai satu atau lebih penyakit kronik (masalah buah pinggang, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, diabetes, penyakit jantung, strok atau kanser)
    • 90% pekerja tidak mengamalkan diet yang seimbang
    • 42% pekerja memiliki berat badan berlebihan atau obes
    • 45% organisasi tidak menawarkan sebarang intervensi berkaitan kesihatan mental

     

    Turut hadir di Sidang Kemuncak Tempat Kerja Paling Sihat Malaysia 2019 adalah YB Dr. Lee Boon Chye, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia yang menyatakan bahawa: “Tanggungjawab memacu Malaysia ke arah sebuah negara berteraskan individu-individu sihat terus menjadi agenda utama di Kementerian Kesihatan sebagai langkah menghadapi statistik yang membimbangkan mengenai keadaan kesihatan kita – dari segi mental dan fizikal.

    "Kejayaan sesebuah negara bergantung kepada kesihatan rakyatnya dan inisiatif-inisiatif seperti tinjauan Tempat Kerja Paling Sihat Malaysia memainkan peranan yang penting apabila semakin ramai rakyat Malaysia melangkah masuk ke alam pekerjaan setiap tahun. Saya gembira melihat lebih banyak organisasi-organisasi yang mengambil bahagian dalam tinjauan ini dan menyumbang kepada perbincangan penting ini." akhiri Dr. Lee.

    Mengulas mengenai hasil tinjauan yang diumumkan di Sidang Kemuncak Tinjauan Tempat Kerja Paling Sihat Malaysia 2019 pada hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif AIA Bhd., Ben Ng berkata: "Sebagai sebuah syarikat yang mendorong dan menyokong kesihatan di tempat kerja, ia adalah sesuatu yang menggalakkan apabila melihat bilangan penyertaan syarikat yang tertinggi dalam sejarah penganjuran tinjauan ini selama tiga tahun. Bagi kami, ini merupakan suatu pengesahan bahawa kami berada pada landasan yang betul dalam usaha kami untuk terus mewujudkan kesedaran tentang manfaat-manfaat yang diperoleh melalui tenaga kerja yang sihat. Dengan hasil tinjauan tahun ini, kami berharap bahawa Korporat Malaysia akan dapat menggunakan maklumat dan pandangan dalam melaksanakan strategi-strategi serta intervensi yang boleh memberi manfaat kepada kesihatan dan kesejahteraan pekerja dalam jangka masa panjang.”

    “Tinjauan ini terus menunjukkan masalah kemurungan, kebimbangan dan kekurangan tidur, sebagai beberapa contoh, yang dihadapi oleh tenaga kerja yang menjadi penyumbang kepada tahap produktiviti yang rendah dalam organisasi-oragsnisasi. Golongan majikan perlu menyedari terlebih dahulu, bahawa tenaga kerja yang ceria dan rehat secukupnya adalah lebih produktif. Kedua, majikan juga perlu menggalakkan intervensi yang bukan sahaja tertumpu kepada kesihatan fizikal dan pemakanan yang sihat, tetapi juga kesejahteraan mental. Adalah menjadi harapan kami untuk tinjauan Tempat Kerja Paling Sihat Malaysia oleh AIA Vitality terus memacu tindakan yang lebih positif untuk manfaat tenaga kerja rakyat Malaysia," tambah Ben.

    Tinjauan Tempat Kerja Paling Sihat Malaysia adalah tinjauan bebas yang dijalankan oleh AIA dengan kerjasama agensi penyelidikan RAND Europe dan Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai penasihat akademik tempatan tinjauan tersebut. Diadaptasi daripada Tempat Kerja Paling Sihat Britain, sebuah kajian yang berjaya dijalankan di UK sejak tahun 2013, ia merupakan satu-satunya tinjauan tempat kerja komprehensif berlandaskan sains yang pernah dijalankan di Malaysia.

    Tinjauan ini ditawarkan secara percuma kepada syarikat-syarikat di Malaysia dengan sekurang-kurangnya 20 pekerja. Syarikat yang mengambil bahagian akan menerima laporan kesihatan organisasi secara terperinci yang membantu mereka memahami faktor risiko di kalangan pekerja mereka, serta keberkesanan intervensi kesihatan dan kesejahteraan syarikat tersebut.

    Pemenang anugerah Tempat Kerja Paling Sihat di Malaysia oleh AIA Vitality 2019 juga turut diumumkan yang mana 15 syarikat telah diiktiraf atas usaha mereka dalam mempromosikan kesihatan di tempat kerja dan mewujudkan persekitaran yang sihat bagi pekerja mereka.

    Senarai pemenang bagi setiap kategori anugerah adalah seperti berikut:

    1.    Pekerja Paling Sihat di Malaysia

    Pemenang:

    • Organisasi Bersaiz Kecil (20-249 orang pekerja) – Mindvalley
    • Organisasi Bersaiz Sederhana (250-999 orang pekerja) – Agilent Technologies LDA Malaysia Sdn Bhd
    • Organisasi Bersaiz Besar (1,000 orang pekerja dan ke atas) – Technip Geoproduction (M) Sdn Bhd

     

    Menerima Kepujian Tinggi:

    • Organisasi Bersaiz Kecil (20-249 orang pekerja) – Yayasan Pahang
    • Organisasi Bersaiz Sederhana (250-999 orang pekerja) – Fitness First Malaysia
    • Organisasi Bersaiz Besar (1,000 orang pekerja dan ke atas) – Keysight Technologies Malaysia Sdn Bhd

     

    2.    Majikan Paling Sihat di Malaysia

    Pemenang:

    • Organisasi Bersaiz Kecil (20-249 orang pekerja) – Yayasan Pahang
    • Organisasi Bersaiz Sederhana (250-999 orang pekerja) – International Medical University (IMU)
    • Organisasi Bersaiz Besar (1,000 orang pekerja dan ke atas) – Dell Global Business Center Sdn Bhd

     

    Menerima Kepujian Tinggi:

    • Organisasi Bersaiz Kecil (20-249 orang pekerja) – Mindvalley
    • Organisasi Bersaiz Sederhana (250-999 orang pekerja) – UDA Holdings Berhad
    • Organisasi Bersaiz Besar (1,000 orang pekerja dan ke atas) – Nestlé Malaysia Bhd

     

    3.    Tempat Kerja Paling Sihat di Malaysia

    Pemenang:

    • Organisasi Bersaiz Kecil (20-249 orang pekerja) – Yayasan Pahang
    • Organisasi Bersaiz Sederhana (250-999 orang pekerja) – International Medical University (IMU)
    • Organisasi Bersaiz Besar (1,000 orang pekerja dan ke atas) – Dell Global Business Center Sdn Bhd

     

    Menerima Kepujian Tinggi:

    • Organisasi Bersaiz Kecil (20-249 orang pekerja) – Mindvalley
    • Organisasi Bersaiz Sederhana (250-999 orang pekerja) – Agilent Technologies LDA Malaysia Sdn Bhd
    • Organisasi Bersaiz Besar (1,000 orang pekerja dan ke atas) – Top Glove Corporation Bhd

     

    4.    Tempat Kerja Berprestasi Lebih Baik di Malaysia

    Pemenang:

    • Organisasi Bersaiz Kecil (20-249 orang pekerja) – Yayasan Pahang
    • Organisasi Bersaiz Sederhana (250-999 orang pekerja) – KPJ Pasir Gudang Specialist Hospital
    • Organisasi Bersaiz Besar (1,000 orang pekerja dan ke atas) – McDonald’s Malaysia

     

    Menerima Kepujian Tinggi:

    • Organisasi Bersaiz Kecil (20-249 orang pekerja) – Harveston Financial Advisory Sdn Bhd
    • Organisasi Bersaiz Sederhana (250-999 orang pekerja) – Petrosains Sdn Bhd
    • Organisasi Bersaiz Besar (1,000 orang pekerja dan ke atas) – Nestlé Malaysia Bhd

     

    *Ketidakhadiran: Tidak hadir kerja di atas sebab-sebab berkaitan dengan kesihatan

    **Kehadiran tidak produktif: Hadir di tempat kerja semasa tidak sihat

    ***Usia AIA Vitality merupakan penunjuk kesihatan seseorang berbanding usia sebenar mereka: tubuh seseorang mungkin lebih muda (lebih sihat) atau lebih tua (kurang sihat) daripada usia sebenar, begantung kepada kesihatan dan gaya hidup mereka.

     

    - TAMAT -

    Mengenai AIA Bhd.

    AIA Bhd., adalah sebuah syarikat insurans terkemuka di Malaysia, di mana kami mendapat penghormatan menjalankan perniagaan sejak 1948. Kami menawarkan pelbagai penyelesaian kewangan termasuk Perlindungan, Kesihatan, Kemalangan Diri, Manfaat Pekerja, Insurans Am, Gadai Janji, Persaraan dan Takaful Keluarga untuk memenuhi keperluan dan jaminan kewangan pelanggan kami pada setiap peringkat kehidupan. Melalui rangkaian pengedaran yang pelbagai dengan kekuatan pasukan agensi seramai 14,000 Perancang Hayat, cawangan rakan kongsi bank yang eksklusif di seluruh negara serta pasukan jualan korporat dan broker, kami memberi para pelanggan pilihan dalam menentukan bagaimana, bila dan di mana mereka menghubungi kami.

    Sebahagian daripada Kumpulan AIA, kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas, AIA Bhd. mempunyai kekukuhan kewangan, pengalaman, rangkaian pusat perkhidmatan serta pasukan terlatih terdiri daripada lebih 2,000 kakitangan yang memberi perkhidmatan kepada 3.9 juta pelanggan kami di seluruh negara.  Sehingga 30 Jun 2019, jumlah aset AIA Bhd. bernilai RM54.7 bilion, dengan modal berbayar sebanyak RM1,451 juta.

    Mengenai AIA

    AIA Group Limited dan anak syarikatnya (keseluruhannya “AIA” atau “Kumpulan”) terdiri daripada kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas. Ia beroperasi di 18 pasaran di Asia Pasifik – cawangan dan anak syarikat milik penuh di Hong Kong, Thailand, Singapura, Malaysia, Tanah Besar China, Korea, Filipina, Australia, Indonesia, Taiwan, Vietnam, New Zealand, Macau, Brunei, Kemboja, 97 peratus pegangan anak syarikat di Sri Lanka dan 49 peratus pegangan usaha sama di India. Pada April 2019, AIA juga diberikan kelulusan sebagai pemohon pilihan untuk beroperasi di Myanmar menerusi pemilikan 100 peratus anak syarikatnya.

    Perniagaan yang kini dikenali sebagai AIA telah ditubuhkan di Shanghai sedekad yang lalu pada tahun 1919. Ia merupakan peneraju pasaran di rantau Asia Pasifik (tidak termasuk Jepun) berasaskan premium insurans hayat dan memegang kedudukan utama di sebahagian besar pasarannya. AIA mempunyai jumlah aset bernilai $256 bilion dolar Amerika pada 30 Jun 2019.

    AIA memenuhi keperluan simpanan dan perlindungan individu jangka panjang dengan menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan termasuk insurans hayat, insurans kemalangan dan kesihatan serta pelan simpanan. Kumpulan ini juga menyediakan manfaat pekerja, kredit hayat dan perkhidmatan persaraan kepada pelanggan korporat. Melalui rangkaian agensi, rakan kongsi dan kakitangan yang meluas di seluruh Asia Pasifik, AIA memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 34 juta pemegang polisi individu dan lebih 16 juta ahli skim insurans berkumpulan.

    Kumpulan AIA disenaraikan di Papan Utama, Bursa Saham Hong Kong di bawah kod bursa “1299” dengan Resit Depositari Amerika (Tingkat 1) yang diniagakan pada pasaran kaunter (simbol ticker: “AAGIY”).

    Mengenai AIA Vitality

    AIA Vitality merupakan satu-satunya program kesejahteraan menyeluruh berasaskan sains yang pertama di Asia. Program ini menyediakan pengetahuan, alat dan motivasi kepada ahli-ahlinya untuk membantu mereka melaksanakan langkah-langkah yang boleh dicapai bagi memenuhi matlamat kesihatan dan perubahan tingkah laku positif secara jangka panjang ke arah gaya hidup yang lebih sihat. Ahli AIA Vitality diberi insentif untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti kesihatan dan kesejahteraan dengan menawarkan mereka pelbagai faedah termasuk manfaat insurans dan perlindungan tambahan kepada pelan insurans dan pelan takaful yang terpilih serta menikmati diskaun daripada rakan AIA Vitality.

    Ketahui dengan lebih lanjut mengenai AIA Vitality di www.aiavitality.com.my

    Mengenai RAND Corporation

    RAND Corporation adalah sebuah organisasi penyelidikan yang membangunkan penyelesaian bagi cabaran polisi awam untuk membantu komuniti di seluruh dunia menjadi lebih selamat, lebih sihat dan lebih makmur.

    Produk Kami
    Perlindungan Hayat
    Perlindungan Perubatan
    Perlindungan Penyakit Kritikal
    Simpanan & Pelaburan
    Perlindungan Kemalangan
    Penyelesaian Hartanah
    Insurans Kenderaan
    Produk Dalam Talian
    Produk Kami
    Perlindungan Hayat
    Perlindungan Perubatan
    Perlindungan Penyakit Kritikal
    Simpanan & Pelaburan
    Perlindungan Kemalangan
    Penyelesaian Hartanah
    Insurans Kenderaan
    Produk atas talian
    Tahukan Anda
    Kesihatan & Kesejahteraan
    Kewangan & Insurans
    Galeri Video
    Statistik Kesihatan
    Tentang Kami
    Tentang AIA Bhd.
    Tentang AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    Tentang AIA General Berhad
    Tentang AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    Peluang Kerjaya
    Program Komuniti
    Acara & Promosi
    Peta Laman
    Bantuan & Sokongan
    Hubungi Kami
    Soalan Lazim
    Pengumuman Penting
    Hab Borang
    AIA Malaysia
    Menara AIA, 99, Jalan Ampang,
    50450 Kuala Lumpur
    AIA Bhd.
    1300-88-1899
    Untuk Pelanggan Luar Negara
    603 2056 1111
    AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    1300-88-8922
    AIA General Berhad
    1300-88-1899
    AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    1300-22-7771
    AIA Auto Assist / Roadside Assist
    1-800-88-8733
    Tahukah Anda
    Kesihatan & Kesejahteraan
    Kewangan & Insurans
    Galeri Video
    Statistik Kesihatan
    TENTANG KAMI
    Tentang AIA Bhd.
    Tentang AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    Tentang AIA General Berhad
    Tentang AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    Peluang Kerjaya
    Program Komuniti
    Acara & Promosi
    Peta Laman

    Laman web ini menggunakan kuki bertujuan untuk meningkatkan kemudahan pengguna. Anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai jenis kuki yang kami kumpulkan, apa yang kami gunakan, dan cara menguruskan tetapan kuki anda di dalam Polisi Kuki dan Penyata Privasi.

    Bantuan & Sokongan
    Hubungi Kami
    Soalan Lazim
    Pengumuman Penting
    Hab Borang
    AIA Malaysia
    Menara AIA, 99, Jalan Ampang,
    50450 Kuala Lumpur
    AIA Bhd.
    1300-88-1899
    Untuk Pelanggan Luar Negara
    603 2056 1111
    AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    1300-88-8922
    AIA General Berhad
    1300-88-1899
    AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    1300-22-7771
    AIA Auto Assist / Roadside Assist
    1-800-88-8733

    Hak cipta © 2022 AIA Group Limited dan anak-anak syarikatnya. AIA Bhd. 200701032867 (790895-D) AIA PUBLIC Takaful Bhd. 201101007816 (935955-M) AIA General Berhad 201001040438 (924363-W) AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd. 201201027147 (1011637-P) AIA Health Services Sdn. Bhd. 199601016211 (388561-T). Semua hak cipta terpelihara.
    Terma Penggunaan | Penyataan Privasi | Kod Tatacara | Peta Laman