Skip to main content
  • EN
  • BM
  • Search
  • AIA Malaysia
  • Produk Kami
    • Perlindungan Hayat
    • Perlindungan Perubatan
    • Perlindungan Penyakit Kritikal
    • Simpanan & Pelaburan
    • Perlindungan Kemalangan
    • Penyelesaian Hartanah
    • Insurans Kenderaan
    • Produk Dalam Talian
    • AIA Vitality
    • Manfaat Pekerja
    • Insurans Komersial
  • AIA Vitality
    • Bagaimana AIA Vitality Berfungsi?
    • MAFAAT & GANJARAN
    • Testimonial Ahli
  • Tahukah Anda?
    • Kesihatan & Kesejahteraan
    • Kewangan & Insurans
    • Galeri video
    • Statistik Kesihatan
  • Tentang Kami
    • Tentang Kami
    • Tentang AIA Public Takaful Berhad
    • Tentang AIA General Insurance Berhad
    • Tentang AIA Pension & Asset Management (APAM)
    • Peluang Kerjaya
    • Program Komuniti
    • Pusat Media
    • Acara & Promosi
    • Piagam Pelanggan
  • Bantuan
    • Hubungi Kami
    • Temui Kami
    • Soalan Lazim
    • Pengumuman Penting
    • Hab Borang
    • Panduan Pengguna Portal Pelanggan My AIA
  • Log Masuk My AIA
    • Log Masuk Portal Pelanggan
    • Pendaftaran Pelanggan
    • Log Masuk Portal Korporat
  • Investment-Linked Funds
AIA
  • Produk Kami

    Produk Kami

    Pilih daripada salah satu kategori di kanan atau klik untuk cadangan mengikut keperluan anda.

    Kami sedia membantu anda.
    Dana Berkaitan Pelaburan

    Dapatkan maklumat terkini mengenai dana-dana kami dan prestasi dana tersebut.

    Klik di sini untuk Laporan Prestasi Dana Berkaitan Pelaburan AIA 2021

    Untuk Individu

    Untuk Perniagaan

    • Perlindungan Hayat

      Lindungi masa depan orang yang tersayang daripada ketidakpastian

    • Perlindungan Perubatan

      Memiliki penyelesaian penjagaan kesihatan yang diyakini dan inovatif disaat memerlukan.

    • Perlindungan Penyakit Kritikal

      Perlindungan daripada beban kewangan akibat penyakit kritikal.

    • Simpanan & Pelaburan

      Gandakan pulangan nilai wang anda – impian anda bermakna.

    • Perlindungan Kemalangan

      Kukuhkan kewangan untuk menghadapi perkara di luar jangkaan.

    • Penyelesaian Hartanah

      Biayai hartanah impian anda dan pastikan isi rumah dilindungi.

    • Insurans Kenderaan

      Dapatkan perlindungan komprehensif untuk kenderaan bermotor anda.

    • Produk Dalam Talian

      Dapatkan pelan insurans dan takaful kami secara dalam talian untuk perlindungan serta-merta.

    • AIA Vitality

      AIA Vitality adalah program kesejahteraan yang disokong oleh bidang sains yang sesuai dengan anda dan memberi ganjaran bagi pilihan kesihatan anda. Ketahui lebih lanjut

    • Manfaat Pekerja

      Lindungi aset syarikat anda yang paling penting melalui penyelesaian kami yang menerajui pasaran.

    • Insurans Komersial

      Lindungi perniagaan anda daripada kejadian yang tidak diingini dan kerosakan.

  • AIA Vitality

    AIA Vitality

    • Bagaimana AIA Vitality Berfungsi?

      Ketahui bagaimana AIA Vitality mendorong anda untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat, berpanjangan dan bermakna.

    • MAFAAT & GANJARAN

      Ketahui manfaat dan ganjaran yang boleh anda nikmati sebagai ahli AIA Vitality.

    • Testimonial Ahli

      Dapatkan inspirasi dari kisah ahli kami mengenai pengalaman mereka dengan AIA Vitality.

  • Tahukah Anda?

    Tahukah Anda?

    Panduan dan tip-tip mengenai topik kesihatan dan kewangan terkini.

    LIHAT SEMUA DALAM TAHUKAH ANDA?
    • Kesihatan & Kesejahteraan

      Kehidupan bermakna & sihat bermula hari ini.

    • Kewangan & Insurans

      Kewangan dipermudahkan.

    • Galeri video

      Video pendek mengenai topik kesihatan dan kewangan terkini.

    • Statistik Kesihatan

      Ketahui lanjut mengenai statistik kesihatan terkini.

  • Tentang Kami

    Tentang Kami

    Hampir seabad lamanya, AIA memenuhi keperluan jutaan orang yang sentiasa berubah di seluruh rantau Asia Pasifik.

    BACA LEBIH LANJUT
    • Tentang Kami

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA Public Takaful Berhad

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA General Insurance Berhad

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA Pension & Asset Management (APAM)

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Peluang Kerjaya

      Berminat untuk menyertai keluarga AIA? Carilah jawatan yang sesuai untuk anda.

    • Program Komuniti

      Berbakti kepada komuniti amatlah penting buat kami.

    • Pusat Media

      Kewangan, siaran akhbar dan maklumat lain mengenai AIA.

    • Acara & Promosi

      Acara & Promosi

    • Piagam Pelanggan

      Komitmen kami untuk Pelanggan kami

  • Bantuan

    Bantuan

    Kami bertekad untuk membantu menjawab pertanyaan anda dengan sentuhan perkhidmatan pelanggan yang memuaskan.

    Hubungi AIA
    • Hubungi Kami

      Tiada jawapan dalam bahagian FAQ? Hubungi kami sekarang.

    • Temui Kami

    • Soalan Lazim

      Ada soalan? Anda boleh dapatkan jawapan di sini.

    • Pengumuman Penting

      Maklumat berguna untuk pelanggan kami.

    • Hab Borang

      Perlukan borang? Carilah di hab borang kami.

    • Panduan Pengguna Portal Pelanggan My AIA

  • Log Masuk My AIA

    My AIA

    Urus pelan AIA dan manfaat pekerja anda, kekal sihat dengan AIA Vitality serta akses perkhidmatan kesihatan.

    Download My AIA
    Download My AIA
    Download My AIA
    Download My AIA
    • individual
      PORTAL PELANGGAN

      Urus pelan AIA, manfaat pekerja dan akaun AIA Vitality anda.

      Daftar Log masuk

    • corporate
      PORTAL KORPORAT

      Untuk kakitangan Sumber Manusia (HR) dan pihak pengantara mengurus portfolio faedah pekerja syarikat dengan lebih efisien.

      Log masuk

  • Language Select
    • EN
    • BM
  • Search
  • Contact Us
    • Hubungi Kami

      Waktu Operasi:
      Isnin – Khamis : 8.30pagi – 5.30petang,
      Jumaat : 8.30pagi – 4.30petang

    • AIA BHD.

    • AIA PUBLIC TAKAFUL BHD.

    • AIA General Berhad

    • AIA Auto Assist/AIA Roadside Assist

Perlindungan Perubatan
Sebelum | Selepas
Back to Top
  • {{title}}

    {{label}}
  • Takaful

    A-Plus MedCare-i

    Perlindungan Perubatan

    Tempoh Perlindungan

    DIPERBAHARUI SETIAP TAHUN SEHINGGA 70, 80 & 100 TAHUN

    Umur Penyertaan

    UMUR 14 HARI - 70 TAHUN

    Anda boleh menyertai melalui 

    PERANCANG HAYAT AIA


    MENGENAI PRODUK INI

    A-Plus MedCare-i adalah satu pilihan faedah tambahan (“rider”) penolakan unit yang boleh dilampirkan kepada pelan caruman tetap berkait-pelaburan yang terpilih.

    A-Plus MedCare-i memberikan anda Faedah Pengurusan Kes Perubatan Peribadi (PMCM) yang memberi tumpuan dalam memastikan anda dapat menerima rawatan yang terbaik dan memberi sokongan peribadi secara berterusan sepanjang perjalanan perubatan anda, apabila anda menghadapi keadaan perubatan yang serius. Sekiranya anda dicadangkan dengan rawatan luar negara (di luar Malaysia) disebabkan tiada kepakaran tempatan dalam bidang yang berkaitan dan anda membuat keputusan untuk mengikuti rawatan tersebut, kami akan membayar balik kos tiket penerbangan untuk anda dan seorang peneman.

    Sila rujuk terma dan syarat.

    KLIK DI SINI UNTUK VERSI INSURANS BAGI PRODUK INI
    • BROSUR PRODUK BROSUR PRODUK
    • KONGSI KONGSI

    APA YANG DISEDIAKAN?

    • FAEDAH PENGURUSAN KES PERUBATAN PERIBADI (PMCM)
      FAEDAH PENGURUSAN KES PERUBATAN PERIBADI (PMCM)

      • Akses kepada pakar terkemuka di dunia
      • Mengkaji dan menilai semula keadaan perubatan anda
      • Menawarkan cadangan perubatan berdasarkan diagnosis yang dikaji semula
      • Panduan dan sokongan yang berterusan
      • 24/7 talian (tidak termasuk cuti umum) dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Mandarin

      Faedah ini diuruskan oleh penyedia perkhidmatan kami, Medix Medical Services Asia Limited (Medix).

    • Faedah Tiket Penerbangan untuk Rawatan Luar Negara
      Faedah Tiket Penerbangan untuk Rawatan Luar Negara

      Sekiranya anda dicadangkan dengan rawatan luar negara (di luar Malaysia) disebabkan tiada kepakaran tempatan dalam bidang yang berkaitan dan anda membuat keputusan untuk mengikuti rawatan tersebut, kami akan menbayar balik kos tiket penerbangan untuk anda dan seorang peneman, pergi dan balik dari lokasi rawatan tersebut sehingga dan tertakluk kepada had keseluruhan sepuluh ribu Ringgit Malaysia (RM10,000) seumur hidup.

    Tentang A-Plus MedCare-i
    • BAGAIMANA PMCM BERFUNGSI
    • TESTIMONI PELANGGAN
    • SOALAN LAZIM
    • TERMA DAN SYARAT
    LIHAT PENERANGAN FAEDAH PMCM
    https://www.youtube.com/watch?v=J3OMN94kZFw

    Bagaimana PMCM berfungsi

    Sokongan perubatan antarabangsa daripada diagnosis sehingga pemulihan

    KISAH HIDUP SEBENAR
    https://www.youtube.com/watch?v=aca2dwT8mCY

    Daripada memerlukan pembedahan kepada tidak memerlukannya lagi

    MEDIX dengan A-Plus MedCare-i, membantu para pelanggan untuk melalui perjalanan perubatan mereka dengan memberikan sokongan peribadi dan menghubungkan mereka dengan sumber global bagi rawatan dan penjagaan.

    https://www.youtube.com/watch?v=bLp8FONi0SM&feature=youtu.be

    Pembedahan di Shanghai, Pemulihan di Hong Kong. Pesakit menerima bantuan perubatan daripada diagnosis hingga pemulihan

    MEDIX dengan A-Plus MedCare-i, membantu para pelanggan untuk melalui perjalanan perubatan mereka dengan memberikan sokongan peribadi dan menghubungkan mereka dengan sumber global bagi rawatan dan penjagaan.

    https://www.youtube.com/watch?v=lghwXT085Dc&feature=youtu.be

    Sokongan peribadi sepanjang tempoh perubatan anda

    MEDIX dengan A-Plus MedCare-i, membantu para pelanggan untuk melalui perjalanan perubatan mereka dengan memberikan sokongan peribadi dan menghubungkan mereka dengan sumber global bagi rawatan dan penjagaan.

    https://www.youtube.com/watch?v=6uoemDkuuxc

    Menghubungkan pesakit dengan sumber global bagi rawatan dan penjagaan

    MEDIX dengan A-Plus MedCare-i, membantu para pelanggan untuk melalui perjalanan perubatan mereka dengan memberikan sokongan peribadi dan menghubungkan mereka dengan sumber global bagi rawatan dan penjagaan.

    SOALAN LAZIM

    Q: Apakah maksud Takaful?

    Takaful ialah skim saling bantu-membantu berdasarkan prinsip-prinsip perpaduan, persaudaraan dan kerjasama. Setiap peserta bersetuju untuk membuat sumbangan berdasarkan Tabarru‘ (derma) ke dalam dana, yang dinamakan Dana Risiko Peserta (DRP), digunakan untuk saling bantu-membantu di saat diperlukan. AIA PUBLIC Takaful Bhd. (AIA PUBLIC) sebagai Pengendali Takaful diamanahkan untuk melabur dengan sewajarnya dan menguruskan dana ini berdasarkan strategi pelaburan mengikut prinsip-prinsip Syariah.

    Q: Apakah itu A-Plus MedCare-i?

    A-Plus MedCare-i satu faedah pilihan tambahan (“rider”) penolakan unit yang menyediakan faedah Pengurusan Perubatan Kes Peribadi (PMCM), yang akan memberi tumpuan dalam memastikan anda dapat menerima rawatan yang terbaik dan memberi sokongan peribadi secara berterusan sepanjang perjalanan perubatan anda, apabila anda menghadapi keadaan perubatan yang serius.

    Sekiranya rawatan luar negara (di luar Malaysia) dicadangkan, dan anda membuat keputusan untuk menjalani rawatan tersebut, Kami akan membayar balik kos tiket penerbangan anda dan seorang peneman, pergi dan/atau balik dari lokasi rawatan tersebut tertakluk kepada had keseluruhan RM10,000 seumur hidup.

    Q: Siapa yang layak untuk menyertai A-Plus MedCare-i?

    A-Plus MedCare-i layak bagi pelanggan A-Life Link-i, A-Life Joy-i dan A-Life Fleksi yang berumur diantara 14 hari hingga 70 tahun.

    Q: Berapakah umur atau tempoh perlindungan matang bagi A-Plus MedCare-i?

    A-Plus MedCare-i akan diperbaharui setiap tahun sehingga tempoh matang pelan asas yang dilampirkan. A-Plus MedCare-i ini akan diperbaharui secara automatik pada setiap ulang tahun rider. 

    Q: Berapa banyak kadar Tabarru’ yang perlu saya bayar?

    Kadar Tabarru’ ialah RM10 sebulan. Sila ambil perhatian bahawa kos Tabarru’ adalah tidak dijamin dan kami mempunyai hak untuk menyemak semula kos Tabarru’ dengan memberi anda notis bertulis 30 hari terlebih dahulu.

    Q: Apakah yuran dan caj yang perlu saya bayar?

    Tiada bayaran dan caj lain selain daripada Tabarru’ yang ditolak.

    Q: Bagaimanakah A-Plus MedCare-i ini berbeza dengan pendapat kedua?

    Kebanyakan perkhidmatan pendapat kedua membuat kajian semula laporan dan maklumat perubatan bagi menyediakan diagnosis bebas dan mencadangkan rawatan yang sesuai. Melalui pendapat kedua, pesakit seringkali ditinggalkan dengan tanda tanya, serta keperluan untuk mencari doktor dan hospital terbaik untuk menguruskan rawatan tersebut.

    Dengan A-Plus MedCare-i, pelanggan tidak akan bersendirian. Perkhidmatan 24/7 tersedia untuk pelanggan pada setiap masa, sepanjang perjalanan diagnosis, rawatan dan memantau perkembangan rawatan sehingga pemulihan.

    Q: Bagaimanakah maklumat dan laporan perubatan saya diperolehi?

    Sekiranya anda layak anda memilih untuk menggunakan faedah PMCM, anda akan diminta menandatangani borang penerimaan perkhidmatan dan borang pengecualian kerahsiaan. Dengan borang ini, penyedia perkhidmatan kami diberi kuasa untuk meminta anda untuk menyerahkan semua maklumat dan laporan perubatan sedia ada yang berkaitan dengan kes perubatan anda.

    Kami mengiktiraf kepentingan dan sensitiviti data peribadi tersebut, dan hanya akan berkongsi maklumat yang diperlukan untuk menganalisis keadaan pelanggan dengan tepat, dan membolehkan cadangan yang sesuai dilakukan.

    Q: Adakah saya akan dirujuk untuk melakukan rawatan di luar negara?

    Penilaian ke atas rawatan adalah berdasarkan kepada keperluan perubatan. Secara amnya, anda akan dirujuk untuk melakukan rawatan di dalam negara, akan tetapi anda juga mungkin dicadangkan untuk mendapatkan nasihat atau rawatan di luar negara dalam keadaan yang jarang berlaku jika terdapat kekurangan kepakaran tempatan dalam bidang yang berkaitan.

    Sila ambil perhatian bahawa sekiranya anda memilih untuk meneruskan pelan perubatan yang dicadangkan oleh penyedia perkhidmatan kami, kos perubatan tersebut mungkin tidak dilindungi dibawah Sijil Takaful atau kad perubatan anda dengan kami. Anda dinasihatkan supaya memastikan faedah yang dilindungi dibawah Sijil anda dengan kami sebelum membuat rawatan yang dicadangkan.

    Q: Bagaimana jika doktor yang merawat anda tidak bersetuju dengan cadangan rawatan yang diberikan?

    Dalam keadaan ini berlaku, dengan kebenaran pesakit, penyedia perkhidmatan akan membincangkan kes tersebut dengan doktor yang merawat dan bersetuju secara bersama mengenai tindakan terbaik untuk pesakit. Walaubagaimanapun, pesakit sendiri yang akan membuat keputusan muktamad mengenai bagaimana untuk meneruskan pelan rawatan yang dicadangkan.

    Q:  Apa yang berlaku sekiranya cadangan kes perubatan tersebut adalah tidak tepat?

    Keputusan rawatan yang dilakukan sentiasa mengambil kira keputusan bersama doktor yang merawat pesakit, termasuk dengan persetujuan pesakit itu sendiri. Adalah penting untuk anda tahu bahawa penyedia perkhidmatan kami tidak merawat pesakit secara langsung, atau memberi apa-apa ubat-ubatan, dan tidak melakukan sebarang rawatan. Justeru, penyedia perkhidmatan kami tidak akan bertanggungjawab terhadap doktor yang merawatnya. Walau bagaimanapun, penyedia perkhidmatan mempunyai Insurans Liabiliti Perubatan Profesional dan akan bertanggungjawab penuh terhadap cadangan perubatan yang diberikan.

    AIA PUBLIC tidak terlibat dalam sebarang cadangan yang diberikan. Tujuan pelan ini adalah untuk penyedia perkhidmatan kami memberikan nasihat perubatan bebas.

    Q: Apakah pengecualian penting bagi A-Plus MedCare-i?

    Keadaan yang berikut dikecualikan bagi perlindungan di bawah manfaat PMCM:

    1. Penjagaan kecemasan dan atau mana-mana keadaan perubatan invansif segera dan / atau proses pembedahan segera;
    2. Diabetis;
    3. Tubuh badan yang rendah bukan disebabkan sebarang penyakit;
    4. Keadaan endokrin yang hanya menjejaskan kesuburan;
    5. Keadaan berdengkur bukan disebabkan sebarang penyakit (tanpa apnea tidur);
    6. Pembedahan kosmetik / estetik;
    7. Keadaan perubatan yang dikecualikan dalam bidang perubatan kanak-kanak:
      1. Penyakit gastroenterologi kanak-kanak yang berikut:
        1. Gagal untuk berkembang maju; dan
        2. Gangguan pemakanan (sebagai contoh anoreksia, bulimia);
      2. Penyakit Kurang Perhatian/ Gangguan Terlampau Aktif (ADHD) dan Penyakit Kurang Perhatian (ADD); dan
      3. Mana-mana Keadaan Perubatan yang berkaitan dengan bayi pramatang semasa kemasukan ke hospital awal selepas kelahiran atau semasa (6) bulan pertama kehidupan.
    8. Penyakit yang dikecualikan:
      1. ADHD dan ADD; dan
      2. Anoreksia/Bulimia atau sebarang penyakit pemakanan;
    9. Keadaan atau prosedur yang berkaitan dengan kesuburan, dengan pengecualian kes-kes keguguran sehingga tiga (3) atau lebih secara berturut-turut;
    10. Obstetrik;
    11. Penyakit psikiatri dan / atau mental bagi kanak-kanak, remaja, dan orang dewasa;
    12. Keadaan yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung terhadap isu-isu yang penampilan dan estetik, termasuk obesiti, kecuali pembedahan rekonstruktif payudara selepas mastektomi;
    13. Keadaan perubatan yang berkaitan dengan pergigian;
    14. Penyakit fibromyalgia;
    15. Sindrom keletihan yang kronik;
    16. Buta kekal dan tidak boleh dipulihkan;
    17. Kemalangan Serebrovaskular Akut (CVA);
    18. Luka terbakar sekiranya pesakit dimasukkan ke hospital;
    19. Allergik;
    20. Penyakit Menular Seksual (STD);
    21. Virus Kurang Daya Tahan Imun Manusia (HIV);
    22. Obesiti;
    23. Sebarang keadaan yang memerlukan perhatian perubatan segera; dan
    24. Sebarang keadaan yang disebabkan oleh ketagihan bahan, dadah atau alkohol.

     

    Nota: Senarai ini adalah tidak lengkap. Sila rujuk sijil Takaful untuk senarai penuh pengecualian.

    SEKILAS PANDANG TERHADAP TERMA & SYARAT
    • Sila ambil perhatian bahawa sekiranya anda memilih untuk meneruskan pelan perubatan yang dicadangkan oleh penyedia perkhidmatan kami, kos perubatan tersebut mungkin tidak dilindungi dibawah Sijil Takaful atau kad perubatan anda dengan kami. Anda dinasihatkan supaya memastikan faedah yang dilindungi dibawah Sijil anda dengan kami sebelum membuat rawatan yang dicadangkan.
    • AIA PUBLIC tidak terlibat dalam cadangan yang diberikan oleh pasukan PMCM kerana tujuannya adalah untuk menyediakan perkhidmatan dalam memberikan nasihat perubatan bebas.
    • Jika sijil asas Takaful Berkaitan Pelaburan di mana rider ini dilampirkan bersama, dibatalkan dalam tempoh percubaan 15 hari, Yuran Wakalah, nilai unit (jika ada), sebarang Tabarru’ dan caj-caj yang telah ditolak tolak perbelanjaan perubatan (jika ada) akan dipulangkan sepenuhnya.
    • Tempoh menunggu selama 30 hari adalah terpakai bermula dari tarikh mula atau tarikh pengembalian semula, yang mana kemudian. Semasa tempoh menunggu ini, anda tidak layak untuk sebarang faedah yang dinyatakan diatas.
    • Tabarru’ bagi pelan ini adalah tidak dijamin dan AIA PUBLIC berhak untuk menyemak semula Tabarru’ dengan memberi anda 30-hari notis bertulis terlebih dahulu. 
    • Kami berhak untuk membatalkan pelan ini secara keseluruhan portfolio jika kami membuat keputusan untuk tidak menyambung faedah rider ini dengan memberikan anda 30-hari notis terlebih dahulu.
    • Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada Brosur Produk, Ilustrasi Product dan Helaian Pendedahan Produk untuk maklumat lanjut.

    AIA PUBLIC Takaful Bhd. adalah dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.

    Video Popup
    {{modalTitle}}

    PRODUK YANG SAMA

    A-Plus MedCare

    Perlindungan Perubatan

    Memberikan anda manfaat Pengurusan Kes Perubatan Peribadi (PMCM) dengan sokongan peribadi secara berterusan sepanjang perjalanan perubatan anda. 

    Produk Kami
    Perlindungan Hayat
    Perlindungan Perubatan
    Perlindungan Penyakit Kritikal
    Simpanan & Pelaburan
    Perlindungan Kemalangan
    Penyelesaian Hartanah
    Insurans Kenderaan
    Produk Dalam Talian
    Produk Kami
    Perlindungan Hayat
    Perlindungan Perubatan
    Perlindungan Penyakit Kritikal
    Simpanan & Pelaburan
    Perlindungan Kemalangan
    Penyelesaian Hartanah
    Insurans Kenderaan
    Produk atas talian
    Tahukan Anda
    Kesihatan & Kesejahteraan
    Kewangan & Insurans
    Galeri Video
    Statistik Kesihatan
    Tentang Kami
    Tentang AIA Bhd.
    Tentang AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    Tentang AIA General Berhad
    Tentang AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    Peluang Kerjaya
    Program Komuniti
    Acara & Promosi
    Peta Laman
    Bantuan & Sokongan
    Hubungi Kami
    Soalan Lazim
    Pengumuman Penting
    Hab Borang
    AIA Malaysia
    Menara AIA, 99, Jalan Ampang,
    50450 Kuala Lumpur
    AIA Bhd.
    1300-88-1899
    Untuk Pelanggan Luar Negara
    603 2056 1111
    AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    1300-88-8922
    AIA General Berhad
    1300-88-1899
    AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    1300-22-7771
    AIA Auto Assist / Roadside Assist
    1-800-88-8733
    Tahukah Anda
    Kesihatan & Kesejahteraan
    Kewangan & Insurans
    Galeri Video
    Statistik Kesihatan
    TENTANG KAMI
    Tentang AIA Bhd.
    Tentang AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    Tentang AIA General Berhad
    Tentang AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    Peluang Kerjaya
    Program Komuniti
    Acara & Promosi
    Peta Laman

    Laman web ini menggunakan kuki bertujuan untuk meningkatkan kemudahan pengguna. Anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai jenis kuki yang kami kumpulkan, apa yang kami gunakan, dan cara menguruskan tetapan kuki anda di dalam Polisi Kuki dan Penyata Privasi.

    Bantuan & Sokongan
    Hubungi Kami
    Soalan Lazim
    Pengumuman Penting
    Hab Borang
    AIA Malaysia
    Menara AIA, 99, Jalan Ampang,
    50450 Kuala Lumpur
    AIA Bhd.
    1300-88-1899
    Untuk Pelanggan Luar Negara
    603 2056 1111
    AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    1300-88-8922
    AIA General Berhad
    1300-88-1899
    AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    1300-22-7771
    AIA Auto Assist / Roadside Assist
    1-800-88-8733

    Hak cipta © 2022 AIA Group Limited dan anak-anak syarikatnya. AIA Bhd. 200701032867 (790895-D) AIA PUBLIC Takaful Bhd. 201101007816 (935955-M) AIA General Berhad 201001040438 (924363-W) AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd. 201201027147 (1011637-P) AIA Health Services Sdn. Bhd. 199601016211 (388561-T). Semua hak cipta terpelihara.
    Terma Penggunaan | Penyataan Privasi | Kod Tatacara | Peta Laman