Perlindungan Hayat
Lindungi masa depan orang yang tersayang daripada ketidakpastian
Pilih daripada salah satu kategori di kanan atau klik untuk cadangan mengikut keperluan anda.
Kami sedia membantu anda.Dapatkan maklumat terkini mengenai dana-dana kami dan prestasi dana tersebut.
Untuk Individu
Untuk Perniagaan
Lindungi masa depan orang yang tersayang daripada ketidakpastian
Memiliki penyelesaian penjagaan kesihatan yang diyakini dan inovatif disaat memerlukan.
Perlindungan daripada beban kewangan akibat penyakit kritikal.
Gandakan pulangan nilai wang anda – impian anda bermakna.
Kukuhkan kewangan untuk menghadapi perkara di luar jangkaan.
Biayai hartanah impian anda dan pastikan isi rumah dilindungi.
Dapatkan perlindungan komprehensif untuk kenderaan bermotor anda.
Dapatkan pelan insurans dan takaful kami secara dalam talian untuk perlindungan serta-merta.
AIA Vitality adalah program kesejahteraan yang disokong oleh bidang sains yang sesuai dengan anda dan memberi ganjaran bagi pilihan kesihatan anda. Ketahui lebih lanjut
Panduan dan tip-tip mengenai topik kesihatan dan kewangan terkini.
LIHAT SEMUA DALAM TAHUKAH ANDA?Hampir seabad lamanya, AIA memenuhi keperluan jutaan orang yang sentiasa berubah di seluruh rantau Asia Pasifik.
BACA LEBIH LANJUTKami bertekad untuk membantu menjawab pertanyaan anda dengan sentuhan perkhidmatan pelanggan yang memuaskan.
Hubungi AIA{{title}}
{{label}}Perlindungan Perubatan
Tempoh Perlindungan
Umur Penyertaan
Anda boleh membelinya melalui
A-Plus MedCare adalah satu pilihan rider penolakan unit yang boleh dilampirkan kepada pelan premium tetap Insurans Berkaitan Pelaburan yang terpilih.
A-Plus MedCare memberikan anda Pengurusan Kes Perubatan Peribadi (PMCM) yang memberi tumpuan dalam memastikan anda dapat menerima rawatan yang terbaik dan memberi sokongan peribadi secara berterusan sepanjang perjalanan perubatan anda, apabila anda menghadapi keadaan perubatan yang serius. Sekiranya anda dicadangkan dengan rawatan luar negara (di luar Malaysia) disebabkan tiada kepakaran tempatan dalam bidang yang berkaitan dan anda membuat keputusan untuk mengikuti rawatan tersebut, kami akan membayar balik kos tiket penerbangan untuk anda dan seorang peneman.
Sila rujuk terma dan syarat.
Manfaat ini diuruskan oleh penyedia perkhidmatan kami, Medix Medical Services Asia Limited (Medix).
Sekiranya anda dicadangkan dengan rawatan luar negara (di luar Malaysia) disebabkan tiada kepakaran tempatan dalam bidang yang berkaitan dan anda membuat keputusan untuk mengikuti rawatan tersebut, kami akan membayar balik kos tiket penerbangan untuk anda dan seorang peneman, pergi dan/atau balik dari lokasi rawatan tersebut tertakluk kepada had keseluruhan RM10,000 seumur hidup.
Q: Apakah itu A-Plus MedCare?
A-Plus MedCare adalah rider penolakan unit opsyenal yang menyediakan manfaat Pengurusan Perubatan Kes Peribadi (PMCM), yang akan memberi tumpuan dalam memastikan anda dapat menerima rawatan yang terbaik dan memberi sokongan peribadi secara berterusan sepanjang perjalanan perubatan anda, apabila anda menghadapi keadaan perubatan yang serius.
Sekiranya rawatan luar negara (di luar Malaysia) dicadangkan disebabkan tiada kepakaran tempatan dalam bidang yang berkaitan, dan anda membuat keputusan untuk menjalani rawatan tersebut, kami akan membayar balik kos tiket penerbangan anda dan seorang peneman, pergi dan/atau balik dari lokasi rawatan tersebut tertakluk kepada had keseluruhan RM10,000 seumur hidup.
Q: Siapakah yang layak untuk membeli A-Plus MedCare?
A-Plus MedCare boleh dibeli sebagai rider untuk polisi A-LifeLink 2 dan A-Life Joy 2 dan untuk individu yang berumur di antara 14 hari hingga 70 tahun.
Q: Berapakah umur atau tempoh perlindungan matang bagi A-Plus MedCare?
A-Plus MedCare akan diperbaharui setiap tahun sehingga tempoh matang pelan asas yang dilampirkan. A-Plus MedCare akan diperbaharui secara automatik pada setiap ulang tahun rider.
Q: Berapakah kos insurans yang perlu saya bayar?
Kos insurans adalah RM10 sebulan. Sila ambil perhatian bahawa kos insurans adalah tidak dijamin dan pihak Syarikat mempunyai hak untuk menyemak semula kos insurans dengan memberikan anda notis bertulis 30 hari terlebih dahulu.
Q: Apakah yuran dan caj yang perlu saya bayar?
Tiada bayaran dan caj lain selain daripada kos insurans.
Q: Bagaimanakah manfaat Pengurusan Perubatan Kes Peribadi di bawah A-Plus MedCare berbeza dengan pendapat kedua?
Kebanyakan perkhidmatan pendapat kedua membuat kajian semula laporan dan maklumat perubatan bagi menyediakan diagnosis bebas dan mencadangkan rawatan yang sesuai. Melalui pendapat kedua, pesakit seringkali ditinggalkan dengan tanda tanya, serta keperluan untuk mencari doktor dan hospital terbaik untuk menguruskan rawatan tersebut.
Dengan A-Plus MedCare, pelanggan tidak akan bersendirian. Perkhidmatan 24/7 tersedia untuk pelanggan pada setiap masa, sepanjang perjalanan diagnosis, rawatan dan memantau perkembangan rawatan sehingga pemulihan.
Q: Bagaimanakah maklumat dan laporan perubatan saya diperolehi?
Sekiranya anda layak anda memilih untuk menggunakan manfaat PMCM, anda akan diminta menandatangani borang penerimaan perkhidmatan dan borang pengecualian kerahsiaan. Dengan borang ini, penyedia perkhidmatan kami, Medix, akan memperoleh dari anda semua maklumat dan laporan perubatan sedia ada yang berkaitan dengan kes perubatan anda.
Kami mengiktiraf kepentingan dan sensitiviti data peribadi tersebut, dan hanya akan berkongsi maklumat yang diperlukan untuk menganalisis keadaan pelanggan dengan tepat, dan membolehkan cadangan yang sesuai dilakukan.
Q: Adakah saya akan dirujuk untuk melakukan rawatan di luar negara?
Penilaian ke atas rawatan adalah berdasarkan kepada keperluan perubatan. Secara amnya, anda akan dirujuk untuk melakukan rawatan di dalam negara, akan tetapi anda juga mungkin dicadangkan untuk mendapatkan nasihat atau rawatan di luar negara dalam keadaan yang jarang berlaku jika terdapat kekurangan kepakaran tempatan dalam bidang yang berkaitan.
Sila ambil perhatian bahawa sekiranya anda memilih untuk meneruskan pelan perubatan yang dicadangkan oleh penyedia perkhidmatan kami, kos perubatan tersebut mungkin tidak dilindungi di bawah Polisi atau kad perubatan anda dengan pihak Syarikat. Anda dinasihatkan supaya memastikan manfaat yang dilindungi dibawah Polisi anda dengan pihak Syarikat sebelum membuat rawatan yang dicadangkan.
Q: Bagaimana jika doktor yang merawat anda tidak bersetuju dengan cadangan rawatan yang diberikan?
Dalam situasi sedemikian, dengan kebenaran anda, penyedia perkhidmatan kami, Medix, akan membincangkan kes anda dengan doktor yang merawat dan bersetuju secara bersama mengenai tindakan terbaik untuk anda. Walaubagaimanapun, pesakit sendiri yang akan membuat keputusan muktamad mengenai bagaimana untuk meneruskan pelan rawatan yang dicadangkan.
Q: Apa yang berlaku sekiranya cadangan kes perubatan tersebut adalah tidak tepat?
Keputusan rawatan yang dilakukan sentiasa mengambil kira keputusan bersama doktor yang merawat pesakit, termasuk dengan persetujuan pesakit itu sendiri. Adalah penting untuk anda tahu bahawa penyedia perkhidmatan kami tidak merawat pesakit secara langsung, atau memberi apa-apa ubat-ubatan, dan tidak melakukan sebarang rawatan. Justeru, penyedia perkhidmatan kami tidak akan bertanggungjawab terhadap doktor yang merawatnya. Walau bagaimanapun, penyedia perkhidmatan kami, Medix, mempunyai Insurans Liabiliti Perubatan Profesional dan akan bertanggungjawab penuh terhadap cadangan perubatan yang diberikan.
AIA Bhd. tidak terlibat dalam sebarang cadangan yang diberikan. Tujuan adalah untuk penyedia perkhidmatan kami memberikan nasihat perubatan bebas.
Q: Apakah pengecualian penting bagi A-Plus MedCare?
Keadaan yang berikut dikecualikan bagi perlindungan di bawah manfaat PMCM:
Nota: Senarai ini adalah tidak lengkap. Sila rujuk kontrak polisi untuk senarai penuh pengecualian-pengecualian.
AIA Bhd. (790895-D) adalah dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.