Skip to main content
  • EN
  • BM
  • Search
  • AIA Malaysia
  • Produk Kami
    • Perlindungan Hayat
    • Perlindungan Perubatan
    • Perlindungan Penyakit Kritikal
    • Simpanan & Pelaburan
    • Perlindungan Kemalangan
    • Penyelesaian Hartanah
    • Insurans Kenderaan
    • Produk Dalam Talian
    • AIA Vitality
    • Manfaat Pekerja
    • Insurans Komersial
  • AIA Vitality
    • Bagaimana AIA Vitality Berfungsi?
    • MAFAAT & GANJARAN
    • Testimonial Ahli
  • Tahukah Anda?
    • Kesihatan & Kesejahteraan
    • Kewangan & Insurans
    • Galeri video
    • Statistik Kesihatan
  • Tentang Kami
    • Tentang Kami
    • Tentang AIA Public Takaful Berhad
    • Tentang AIA General Insurance Berhad
    • Tentang AIA Pension & Asset Management (APAM)
    • Peluang Kerjaya
    • Program Komuniti
    • Pusat Media
    • Acara & Promosi
    • Piagam Pelanggan
  • Bantuan
    • Hubungi Kami
    • Temui Kami
    • Soalan Lazim
    • Pengumuman Penting
    • Hab Borang
    • Panduan Pengguna Portal Pelanggan My AIA
  • Log Masuk My AIA
    • Log Masuk Portal Pelanggan
    • Pendaftaran Pelanggan
    • Log Masuk Portal Korporat
  • Investment-Linked Funds
AIA
  • Produk Kami

    Produk Kami

    Pilih daripada salah satu kategori di kanan atau klik untuk cadangan mengikut keperluan anda.

    Kami sedia membantu anda.
    Dana Berkaitan Pelaburan

    Dapatkan maklumat terkini mengenai dana-dana kami dan prestasi dana tersebut.

    Klik di sini untuk Laporan Prestasi Dana Berkaitan Pelaburan AIA 2021

    Untuk Individu

    Untuk Perniagaan

    • Perlindungan Hayat

      Lindungi masa depan orang yang tersayang daripada ketidakpastian

    • Perlindungan Perubatan

      Memiliki penyelesaian penjagaan kesihatan yang diyakini dan inovatif disaat memerlukan.

    • Perlindungan Penyakit Kritikal

      Perlindungan daripada beban kewangan akibat penyakit kritikal.

    • Simpanan & Pelaburan

      Gandakan pulangan nilai wang anda – impian anda bermakna.

    • Perlindungan Kemalangan

      Kukuhkan kewangan untuk menghadapi perkara di luar jangkaan.

    • Penyelesaian Hartanah

      Biayai hartanah impian anda dan pastikan isi rumah dilindungi.

    • Insurans Kenderaan

      Dapatkan perlindungan komprehensif untuk kenderaan bermotor anda.

    • Produk Dalam Talian

      Dapatkan pelan insurans dan takaful kami secara dalam talian untuk perlindungan serta-merta.

    • AIA Vitality

      AIA Vitality adalah program kesejahteraan yang disokong oleh bidang sains yang sesuai dengan anda dan memberi ganjaran bagi pilihan kesihatan anda. Ketahui lebih lanjut

    • Manfaat Pekerja

      Lindungi aset syarikat anda yang paling penting melalui penyelesaian kami yang menerajui pasaran.

    • Insurans Komersial

      Lindungi perniagaan anda daripada kejadian yang tidak diingini dan kerosakan.

  • AIA Vitality

    AIA Vitality

    • Bagaimana AIA Vitality Berfungsi?

      Ketahui bagaimana AIA Vitality mendorong anda untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat, berpanjangan dan bermakna.

    • MAFAAT & GANJARAN

      Ketahui manfaat dan ganjaran yang boleh anda nikmati sebagai ahli AIA Vitality.

    • Testimonial Ahli

      Dapatkan inspirasi dari kisah ahli kami mengenai pengalaman mereka dengan AIA Vitality.

  • Tahukah Anda?

    Tahukah Anda?

    Panduan dan tip-tip mengenai topik kesihatan dan kewangan terkini.

    LIHAT SEMUA DALAM TAHUKAH ANDA?
    • Kesihatan & Kesejahteraan

      Kehidupan bermakna & sihat bermula hari ini.

    • Kewangan & Insurans

      Kewangan dipermudahkan.

    • Galeri video

      Video pendek mengenai topik kesihatan dan kewangan terkini.

    • Statistik Kesihatan

      Ketahui lanjut mengenai statistik kesihatan terkini.

  • Tentang Kami

    Tentang Kami

    Hampir seabad lamanya, AIA memenuhi keperluan jutaan orang yang sentiasa berubah di seluruh rantau Asia Pasifik.

    BACA LEBIH LANJUT
    • Tentang Kami

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA Public Takaful Berhad

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA General Insurance Berhad

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA Pension & Asset Management (APAM)

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Peluang Kerjaya

      Berminat untuk menyertai keluarga AIA? Carilah jawatan yang sesuai untuk anda.

    • Program Komuniti

      Berbakti kepada komuniti amatlah penting buat kami.

    • Pusat Media

      Kewangan, siaran akhbar dan maklumat lain mengenai AIA.

    • Acara & Promosi

      Acara & Promosi

    • Piagam Pelanggan

      Komitmen kami untuk Pelanggan kami

  • Bantuan

    Bantuan

    Kami bertekad untuk membantu menjawab pertanyaan anda dengan sentuhan perkhidmatan pelanggan yang memuaskan.

    Hubungi AIA
    • Hubungi Kami

      Tiada jawapan dalam bahagian FAQ? Hubungi kami sekarang.

    • Temui Kami

    • Soalan Lazim

      Ada soalan? Anda boleh dapatkan jawapan di sini.

    • Pengumuman Penting

      Maklumat berguna untuk pelanggan kami.

    • Hab Borang

      Perlukan borang? Carilah di hab borang kami.

    • Panduan Pengguna Portal Pelanggan My AIA

  • Log Masuk My AIA

    My AIA

    Urus pelan AIA dan manfaat pekerja anda, kekal sihat dengan AIA Vitality serta akses perkhidmatan kesihatan.

    Download My AIA
    Download My AIA
    Download My AIA
    Download My AIA
    • individual
      PORTAL PELANGGAN

      Urus pelan AIA, manfaat pekerja dan akaun AIA Vitality anda.

      Daftar Log masuk

    • corporate
      PORTAL KORPORAT

      Untuk kakitangan Sumber Manusia (HR) dan pihak pengantara mengurus portfolio faedah pekerja syarikat dengan lebih efisien.

      Log masuk

  • Language Select
    • EN
    • BM
  • Search
  • Contact Us
    • Hubungi Kami

      Waktu Operasi:
      Isnin – Khamis : 8.30pagi – 5.30petang,
      Jumaat : 8.30pagi – 4.30petang

    • AIA BHD.

    • AIA PUBLIC TAKAFUL BHD.

    • AIA General Berhad

    • AIA Auto Assist/AIA Roadside Assist

Kewangan & Insurans
Sebelum | Selepas
Back to Top
  • {{title}}

    {{label}}
  • Anda Graduan Baru Mula Bekerja? Ikuti Tips Kewangan Ini!

    29/04/2019

    Sebaik sahaja tamat pengajian, pastinya ramai graduan yang berpusu-pusu untuk mencari kerja yang sesuai dengan kelulusan mereka. Sebenarnya, ada pelbagai kesilapan yang dilakukan oleh graduan yang baru bekerja sehingga menjadi punca ramai yang diisytihar muflis pada usia yang muda. Graduan yang baru bekerja seharusnya mempunyai strategi merancang kewangan yang bagus untuk mengelakkan berlakunya hutang melebihi pendapatan yang diperolehi. Apabila anda mampu belajar mengawal perbelanjaan sewaktu mula-mula bekerja, ianya pasti menjadi lebih mudah pada masa akan datang. 

    graduan-berbaring-di-padang

    Ada beberapa tips berguna yang boleh diguna pakai oleh graduan yang baru bekerja dalam memastikan perancangan kewangan anda lancar:

    1. Buat anggaran perbelanjaan kewangan

    Membuat anggaran perbelanjaan adalah perkara penting dalam menguruskan pendapatan bulanan anda. Setiap bulan, anda perlu membuat anggaran perbelanjaan dalam memastikan gaji yang diterima tidak dihabiskan pada benda-benda yang tidak perlu. Sebagai contoh, anda boleh buat kira-kira secara kasar perbelanjaan bulanan dengan menyenaraikan perkara yang perlu dibayar pada setiap bulana seperti sewa rumah, bil telefon, bil air, bil elektrik, hutang pengajian, makanan, kereta (jika ada) dan simpanan. Dengan melakukan anggaran perbelanjaan bulanan, anda dapat mengawal aliran tunai dari digunakan untuk perkara yang tidak berfaedah, dan selain itu, anda juga boleh tahu ke mana wang anda pergi setiap bulan. 

    Setiap bulan, anda perlu membuat anggaran perbelanjaan dalam memastikan gaji yang diterima tidak dihabiskan pada benda-benda yang tidak perlu. 

    2. Buat tabung kecemasan

    Apa itu tabung kecemasan? Tabung kecemasan ialah wang yang boleh anda gunakan jika berlakunya perkara yang tidak diingini seperti kemalangan, jatuh sakit atau kehilangan kerja secara tiba-tiba. Displinkan diri untuk menyimpan sekurang-kurangnya 10% dari pendapatan bulanan anda untuk tabung kecemasan ini.

    Sebagai contoh, jika gaji permulaan anda sebagai graduan yang baru bekerja ialah RM2500, simpan sekurang-kurangnya RM200-RM250 untuk tabung kecemasan ini. Ianya mungkin nampak seperti remeh, tetapi malang tidak berbau, kita tidak tahu bila kejadian tidak diingini akan berlaku. Dengan tabung kecemasan ini, sekurang-kurangnya simpanan tersebut mampu meringankan sedikit beban yang ditanggung sekiranya berlakunya perkara yang tidak diingini. 

    3. Tangguhkan pembelian kereta

    Ramai graduan yang baru bekerja sudah mula berfikir tentang kereta jenis apa yang boleh mereka miliki dengan gaji permulaan ini. Namun, jika pekerjaan itu tidak memerlukan anda menggunakan kereta secara kerap, adalah lebih baik jika anda menangguhkan pembelian kereta ini. Pada yang tinggal di Lembah Klang, anda boleh menggunakan pengangkutan awam seperti LRT, MRT, Monorail, KTM dan bas untuk ke pejabat. Dengan penggunaan pengangkutan awam, anda dapat berjimat lebih banyak berbanding dengan penggunaan kereta yang memerlukan anda membayar ansuran secara bulanan, duit minyak, tol dan bayaran tempat meletak kenderaan. 

    ARTIKEL BERKAITAN: 4 KAEDAH KREATIF UNTUK MEMUPUK TABIAT MENYIMPAN

    4. Buat catatan untuk setiap perbelanjaan

    Buat catatan untuk setiap perbelanjaan? Ianya kedengaran seperti menyusahkan, tetapi percayalah, cara ini sebenarnya sangat membantu dalam menguruskan wang dengan lebih berhemah. Di zaman teknologi serba canggih ini, terdapat pelbagai cara untuk anda membuat catatan perbelanjaan menjadi lebih mudah. Anda boleh memuat turun aplikasi di Google Play Store atau Apple App Store secara percuma atau berbayar untuk mencatat perbelanjaan harian anda.

    app-kewangan-manbung-duit

    Sebagai contoh, WALLET adalah salah satu contoh aplikasi terbaik yang boleh anda gunakan untuk mencatat perbelanjaan harian anda. Dengan aplikasi ini, anda boleh mengawal perbelanjaan harian, dan jika perbelanjaan pada hari tersebut terlebih dari yang ditetapkan, anda boleh mengawal perbelanjaan pada hari berikutnya supaya bajet yang telah anda tetapkan dapat dikawal. 

    5. Bayar hutang yuran pengajian

    Sebaik sahaja tamat pengajian, adalah menjadi tanggungjawab buat graduan untuk membayar hutang pengajian mereka. Ramai yang mengambil remeh hal bayaran hutang pengajian kerana merasakan ini bukan salah satu komitmen penting yang perlu diutamakan. Walaupun kadar faedah pinjaman pendidikan biasanya lebih rendah, namun lama-kelamaan jumlahnya akan menjadi lebih besar jika pembayaran ditangguhkan. Ini mungkin bukan satu masalah besar buat anda sekarang, tetapi jika kadar faedah semakin bertambah kelak, ianya akan membebankan.

    Jadi, sebaik sahaja mendapatkan pekerjaan dan mempunyai pendapatan, cuba hubungi pihak berkenaan dan buat perbincangan tentang bagaimana anda ingin melangsaikan hutang yuran pengajian. Hutang ini tidak perlulah dibayar sekaligus, berbincang dengan pihak berkenaan tentang jumlah yang sesuai dan anda mampu bayar. 

    6. Lindungi diri anda dengan pelan perlindungan Takaful

    Sebaik sahaja anda memulakan pekerjaan, dapatkan pelan perlindungan takaful sementara usia masih muda di mana risiko penyakit berbahaya masih rendah. Ini kerana semakin awal usia anda mendaftar pelan takaful, semakin rendah kadar bayaran caruman. Anda boleh mulakan dengan pelan takaful yang asas dan berpatutan, seperti takaful hayat atau kad kesihatan. Contohnya, produk takaful seperti A-Life Fleksi memberikan anda perlindungan dan simpanan dalam satu pelan dari harga serendah RM150 sebulan.  Kemudian, apabila semakin lama bekerja, anda boleh menambah manfaat dan risiko yang dilindungi supaya perlindungan yang optimum dapat dicapai selaras dengan keperluan kewangan sendiri. 

    Produk Yang Disyorkan

    +

    A-Life Fleksi

    Perlindungan Hayat

    Pelan fleksibel yang membantu anda melindungi orang yang anda sayangi dan melabur, serendah RM150 sebulan.

    takaful

    Semakin awal usia anda mendaftar pelan takaful, semakin rendah kadar bayaran caruman.

    7. Ubah mentaliti

    Harus diakui bahawa ini adalah salah satu perkara yang paling sukar diubah sewaktu anda masih baru memulakan kerja. Ketika mula bekerja, anda biasanya tidak mempunyai banyak komitmen yang perlu dibayar, maka gaji bulanan yang diterima biasanya akan dihabiskan tanpa membuat sebarang simpanan langsung.  Penyudahnya, menjelang hujung bulan, ada yang terpaksa mengikat perut sementara menunggu gaji bulan seterusnya masuk. Mentaliti inilah yang seharusnya diubah.

    budget on a notepad

    Displinkan diri anda untuk berbelanja secara berhemah. Perangi nafsu untuk berbelanja barang yang anda tidak perlukan. Ingat, mula-mula memang nampak sukar untuk dilaksanakan, tetapi apabila anda berjaya displinkan diri, ianya pasti menampakkan hasil yang memuaskan hati di kemudian hari.  

    References

    https://www.infopelajar2u.com/10-tips-kewangan-untuk-graduan/

    https://jomurusduit.com/2017/08/tips-urus-wang-graduan-muda.html

    https://ringgitplus.com/en/blog/Personal-Finance-News/The-Ultimate-Financial-Tips-For-Fresh-Grads.html

    https://www.studymalaysia.com/education/top-stories/5-money-tips-for-the-fresh-grad

    Artikel di atas adalah untuk memberi maklumat sahaja. AIA tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian yang mungkin berbangkit akibat penggunaan maklumat yang terkandung dalam artikel ini.

    Dalam pendapat anda, apakan tip kewangan yang paling penting untuk graduan yang baru mula bekerja?

    • Yes (55%)
    • No (45%)

    ARTIKEL BERKAITAN

    Bijak Merancang Kewangan Sempena Tahun Baru


    Dalam membuat perancangan untuk tahun baru, merancang kewangan juga salah satu perkara penting yang perlu diambil kira. Sudahkah anda berbuat demikian?

    6 Jenis Matlamat Kewangan Yang Anda Harus Membina Sekarang


    Melabur dan merancang kewangan adalah perkara yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan seseorang bagi memastikan anda dapat membina kehidupan sejahtera.

    4 Kaedah Kreatif untuk Memupuk Tabiat Menyimpan


    Bagaimana untuk memupuk tabiat menabung? Cuba 4 cara kreatif untuk menambah wang simpanan.

    PRODUK YANG DISYORKAN

    SIMPANAN DAN PELABURAN

    Jadikan wang anda memberi lebih nilai kepada anda dengan pelbagai rangkaian pelan simpanan atau maksimumkan potensi pulangan anda dengan pelan pelaburan.

    A-EnrichGold-i

    Simpanan & Pelaburan

    Pelan simpanan takaful dengan tempoh caruman singkat yang menawarkan pembayaran tunai terjamin dan potensi keuntungan pelaburan.

    takaful

    Perlindungan Hayat

    Kehidupan ini penuh dengan ketidakpastian Untuk melindungi masa depan anda dan mereka yang tersayang, merancang untuk mendapatkan perlindungan yang sewajarnya, perlu menjadi salah satu daripada keutamaan anda.

    A-LifeLink 2

    Perlindungan Hayat

    Sebuah pelan fleksibel yang membantu anda melindungi orang yang anda sayangi dengan pelaburan rendah RM150 sebulan.

    ×
    One Second Survey

    Apakah pendapat anda mengenai artikel ini?

    One Second Survey

    One Second Survey

    Produk Kami
    Perlindungan Hayat
    Perlindungan Perubatan
    Perlindungan Penyakit Kritikal
    Simpanan & Pelaburan
    Perlindungan Kemalangan
    Penyelesaian Hartanah
    Insurans Kenderaan
    Produk Dalam Talian
    Produk Kami
    Perlindungan Hayat
    Perlindungan Perubatan
    Perlindungan Penyakit Kritikal
    Simpanan & Pelaburan
    Perlindungan Kemalangan
    Penyelesaian Hartanah
    Insurans Kenderaan
    Produk atas talian
    Tahukan Anda
    Kesihatan & Kesejahteraan
    Kewangan & Insurans
    Galeri Video
    Statistik Kesihatan
    Tentang Kami
    Tentang AIA Bhd.
    Tentang AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    Tentang AIA General Berhad
    Tentang AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    Peluang Kerjaya
    Program Komuniti
    Acara & Promosi
    Peta Laman
    Bantuan & Sokongan
    Hubungi Kami
    Soalan Lazim
    Pengumuman Penting
    Hab Borang
    AIA Malaysia
    Menara AIA, 99, Jalan Ampang,
    50450 Kuala Lumpur
    AIA Bhd.
    1300-88-1899
    Untuk Pelanggan Luar Negara
    603 2056 1111
    AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    1300-88-8922
    AIA General Berhad
    1300-88-1899
    AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    1300-22-7771
    AIA Auto Assist / Roadside Assist
    1-800-88-8733
    Tahukah Anda
    Kesihatan & Kesejahteraan
    Kewangan & Insurans
    Galeri Video
    Statistik Kesihatan
    TENTANG KAMI
    Tentang AIA Bhd.
    Tentang AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    Tentang AIA General Berhad
    Tentang AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    Peluang Kerjaya
    Program Komuniti
    Acara & Promosi
    Peta Laman

    Laman web ini menggunakan kuki bertujuan untuk meningkatkan kemudahan pengguna. Anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai jenis kuki yang kami kumpulkan, apa yang kami gunakan, dan cara menguruskan tetapan kuki anda di dalam Polisi Kuki dan Penyata Privasi.

    Bantuan & Sokongan
    Hubungi Kami
    Soalan Lazim
    Pengumuman Penting
    Hab Borang
    AIA Malaysia
    Menara AIA, 99, Jalan Ampang,
    50450 Kuala Lumpur
    AIA Bhd.
    1300-88-1899
    Untuk Pelanggan Luar Negara
    603 2056 1111
    AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    1300-88-8922
    AIA General Berhad
    1300-88-1899
    AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    1300-22-7771
    AIA Auto Assist / Roadside Assist
    1-800-88-8733

    Hak cipta © 2022 AIA Group Limited dan anak-anak syarikatnya. AIA Bhd. 200701032867 (790895-D) AIA PUBLIC Takaful Bhd. 201101007816 (935955-M) AIA General Berhad 201001040438 (924363-W) AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd. 201201027147 (1011637-P) AIA Health Services Sdn. Bhd. 199601016211 (388561-T). Semua hak cipta terpelihara.
    Terma Penggunaan | Penyataan Privasi | Kod Tatacara | Peta Laman