Skip to main content
  • EN
  • BM
  • Search
  • AIA Malaysia
  • Produk Kami
    • Perlindungan Hayat
    • Perlindungan Perubatan
    • Perlindungan Penyakit Kritikal
    • Simpanan & Pelaburan
    • Perlindungan Kemalangan
    • Penyelesaian Hartanah
    • Insurans Kenderaan
    • Produk Dalam Talian
    • AIA Vitality
    • Manfaat Pekerja
    • Insurans Komersial
  • AIA Vitality
    • Bagaimana AIA Vitality Berfungsi?
    • MAFAAT & GANJARAN
    • Testimonial Ahli
  • Tahukah Anda?
    • Kesihatan & Kesejahteraan
    • Kewangan & Insurans
    • Galeri video
    • Statistik Kesihatan
  • Tentang Kami
    • Tentang Kami
    • Tentang AIA Public Takaful Berhad
    • Tentang AIA General Insurance Berhad
    • Tentang AIA Pension & Asset Management (APAM)
    • Peluang Kerjaya
    • Program Komuniti
    • Pusat Media
    • Acara & Promosi
    • Piagam Pelanggan
  • Bantuan
    • Hubungi Kami
    • Temui Kami
    • Soalan Lazim
    • Pengumuman Penting
    • Hab Borang
    • Panduan Pengguna Portal Pelanggan My AIA
  • Log Masuk My AIA
    • Log Masuk Portal Pelanggan
    • Pendaftaran Pelanggan
    • Log Masuk Portal Korporat
  • Investment-Linked Funds
AIA
  • Produk Kami

    Produk Kami

    Pilih daripada salah satu kategori di kanan atau klik untuk cadangan mengikut keperluan anda.

    Kami sedia membantu anda.
    Dana Berkaitan Pelaburan

    Dapatkan maklumat terkini mengenai dana-dana kami dan prestasi dana tersebut.

    Klik di sini untuk Laporan Prestasi Dana Berkaitan Pelaburan AIA 2021

    Untuk Individu

    Untuk Perniagaan

    • Perlindungan Hayat

      Lindungi masa depan orang yang tersayang daripada ketidakpastian

    • Perlindungan Perubatan

      Memiliki penyelesaian penjagaan kesihatan yang diyakini dan inovatif disaat memerlukan.

    • Perlindungan Penyakit Kritikal

      Perlindungan daripada beban kewangan akibat penyakit kritikal.

    • Simpanan & Pelaburan

      Gandakan pulangan nilai wang anda – impian anda bermakna.

    • Perlindungan Kemalangan

      Kukuhkan kewangan untuk menghadapi perkara di luar jangkaan.

    • Penyelesaian Hartanah

      Biayai hartanah impian anda dan pastikan isi rumah dilindungi.

    • Insurans Kenderaan

      Dapatkan perlindungan komprehensif untuk kenderaan bermotor anda.

    • Produk Dalam Talian

      Dapatkan pelan insurans dan takaful kami secara dalam talian untuk perlindungan serta-merta.

    • AIA Vitality

      AIA Vitality adalah program kesejahteraan yang disokong oleh bidang sains yang sesuai dengan anda dan memberi ganjaran bagi pilihan kesihatan anda. Ketahui lebih lanjut

    • Manfaat Pekerja

      Lindungi aset syarikat anda yang paling penting melalui penyelesaian kami yang menerajui pasaran.

    • Insurans Komersial

      Lindungi perniagaan anda daripada kejadian yang tidak diingini dan kerosakan.

  • AIA Vitality

    AIA Vitality

    • Bagaimana AIA Vitality Berfungsi?

      Ketahui bagaimana AIA Vitality mendorong anda untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat, berpanjangan dan bermakna.

    • MAFAAT & GANJARAN

      Ketahui manfaat dan ganjaran yang boleh anda nikmati sebagai ahli AIA Vitality.

    • Testimonial Ahli

      Dapatkan inspirasi dari kisah ahli kami mengenai pengalaman mereka dengan AIA Vitality.

  • Tahukah Anda?

    Tahukah Anda?

    Panduan dan tip-tip mengenai topik kesihatan dan kewangan terkini.

    LIHAT SEMUA DALAM TAHUKAH ANDA?
    • Kesihatan & Kesejahteraan

      Kehidupan bermakna & sihat bermula hari ini.

    • Kewangan & Insurans

      Kewangan dipermudahkan.

    • Galeri video

      Video pendek mengenai topik kesihatan dan kewangan terkini.

    • Statistik Kesihatan

      Ketahui lanjut mengenai statistik kesihatan terkini.

  • Tentang Kami

    Tentang Kami

    Hampir seabad lamanya, AIA memenuhi keperluan jutaan orang yang sentiasa berubah di seluruh rantau Asia Pasifik.

    BACA LEBIH LANJUT
    • Tentang Kami

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA Public Takaful Berhad

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA General Insurance Berhad

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA Pension & Asset Management (APAM)

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Peluang Kerjaya

      Berminat untuk menyertai keluarga AIA? Carilah jawatan yang sesuai untuk anda.

    • Program Komuniti

      Berbakti kepada komuniti amatlah penting buat kami.

    • Pusat Media

      Kewangan, siaran akhbar dan maklumat lain mengenai AIA.

    • Acara & Promosi

      Acara & Promosi

    • Piagam Pelanggan

      Komitmen kami untuk Pelanggan kami

  • Bantuan

    Bantuan

    Kami bertekad untuk membantu menjawab pertanyaan anda dengan sentuhan perkhidmatan pelanggan yang memuaskan.

    Hubungi AIA
    • Hubungi Kami

      Tiada jawapan dalam bahagian FAQ? Hubungi kami sekarang.

    • Temui Kami

    • Soalan Lazim

      Ada soalan? Anda boleh dapatkan jawapan di sini.

    • Pengumuman Penting

      Maklumat berguna untuk pelanggan kami.

    • Hab Borang

      Perlukan borang? Carilah di hab borang kami.

    • Panduan Pengguna Portal Pelanggan My AIA

  • Log Masuk My AIA

    My AIA

    Urus pelan AIA dan manfaat pekerja anda, kekal sihat dengan AIA Vitality serta akses perkhidmatan kesihatan.

    Download My AIA
    Download My AIA
    Download My AIA
    Download My AIA
    • individual
      PORTAL PELANGGAN

      Urus pelan AIA, manfaat pekerja dan akaun AIA Vitality anda.

      Daftar Log masuk

    • corporate
      PORTAL KORPORAT

      Untuk kakitangan Sumber Manusia (HR) dan pihak pengantara mengurus portfolio faedah pekerja syarikat dengan lebih efisien.

      Log masuk

  • Language Select
    • EN
    • BM
  • Search
  • Contact Us
    • Hubungi Kami

      Waktu Operasi:
      Isnin – Khamis : 8.30pagi – 5.30petang,
      Jumaat : 8.30pagi – 4.30petang

    • AIA BHD.

    • AIA PUBLIC TAKAFUL BHD.

    • AIA General Berhad

    • AIA Auto Assist/AIA Roadside Assist

Kesihatan & Kesejahteraan
Sebelum | Selepas
Back to Top
  • {{title}}

    {{label}}
  • Pemakanan Sihat: Pilihan Yang Baik Jika Makan Di Luar

    Sungguh bertuah berada di Malaysia kerana pengaruh daripada setiap satu budaya yang ada memberikan kita pelbagai pilihan sehingga menjadi agak sukar untuk memilih menu apa yang hendak dimakan.

    Jika anda sedang berusaha mengurangkan berat badan, tabiat pemakanan yang baik ialah menyediakan makanan sendiri daripada rumah tetapi kesibukan hidup dan kerja mungkin menjadikannya sukar.

    Ramai yang merasakan lebih mudah untuk untuk makan di luar apatah lagi terdapat banyak kedai yang menjual makanan 24 jam sehari di serata tempat.

    Namun begitu, jika anda makan di luar perlulah berpada-pada kerana makan secara berlebihan atau pilihan yang salah akan mendatangkan kemudaratan pada tubuh badan lebih-lebih lagi dengan penggunaan minyak dan santan yang sangat lazim dalam masakan kita.

    Terdapat beberapa jenis makanan yang boleh anda pilih jika anda mementingkan kesihatan dan apa yang lebih menarik, makanan-makanan ini tidak sukar untuk didapati.

    Kami berikan tujuh tips untuk anda membuat pilihan yang bijak jika anda makan di luar.

    1. Ulam-ulaman

    Ulam ulaman

    Usah dipandang pada salad semata jika anda terfikir untuk mula makan secara sihat. Sejak dulu lagi, masyarakat Melayu terutamanya mengamalkan ulam-ulaman apabila memakan nasi dan lauk.

    Daun selom, ulam raja, pegaga, tenggek burung adalah beberapa jenis ulam yang mudah didapati di gerai-gerai menjual nasi campur. Ulam-ulaman lazimnya tumbuh melata dan harganya tidak mahal. Kaya dengan pelbagai khasiat, ulam-ulaman mempunyai nutrisi untuk kesihatan manusia. Contohnya daun pegaga, ia mampu merawat kulit secara tradisional dan melancarkan pergerakan darah. Daun pegaga juga boleh dikisar dan dibuat jus.

    Sebelum anda menceduk kobis masak lemak apabila ke gerai nasi campur, cuba gantikan sayur yang dimasak dengan ulam-ulaman yang segar. 

    2. Rojak buah

    Rojak buah

    Cara yang amat menarik untuk menikmati buah-buahan tempatan semestinya dengan rojak buah.

    Buah mangga muda, kedondong, mangga masak, jambu air dan jambu batu bagaikan buah-buahan wajib untuk rojak buah. Potongan buah-buahan segar itu sendiri kaya dengan serat dan boleh membantu penghadaman yang sihat.

    Keistimewaan rojak buah terletak pada kuahnya yang masam, manis, pedas dan masin. Namun begitu, hati-hati dengan kuah rojak buah kerana terdapat kandungan gula yang agak tinggi.

    Kurangkan pengambilan kuah rojak untuk memastikan anda tidak terlebih kalori yang tidak sepatutnya.

    3. Ikan Bakar

    Ikan bakar

    Jika anda berkunjung ke gerai-gerai nasi campur, pasti ada gerai yang menjual ikan bakar.

    Ikan bakar adalah pilihan yang bijak untuk makan tengahari kerana makanan yang dipanggang tidak menggunakan minyak yang banyak, sekaligus menjadikan kandungan lemaknya kurang.

    Nutrisi makanan yang dipanggang juga kekal di dalam makanan tersebut.

    Antara jenis-jenis ikan yang popular dibakar adalah ikan talapia, ikan pari, ikan kembung dan ikan keli. Cuba padankan ikan bakar bersama sesenduk kecil nasi putih dan ulam-ulaman.

    Anda boleh mengambil kuah asam dan kicap cili yang dihidangkan bersama ikan bakar untuk rasa yang lebih lazat.

    Satu lagi pilihan yang baik ialah ikan kukus. Menu ikan masak stim senang didapati di gerai-gerai makan terutama pada waktu makan malam. Seperti ikan panggang, ikan yang dikukus juga menggunakan kurang minyak dalam masakan. Ikan adalah sumber Omega-3 yang amat baik untuk kesihatan.

    4. Dhal dan capati

    Dhal dan Chapati

    Sememangnya kedai mamak popular dengan roti canai tetapi pilihan yang lebih baik adalah capati dan kuah dhal. Dhal diperbuat daripada lentil, sejenis kekacang yang tinggi dengan kandungan zat besi, protein dan asid folik.

    Capati pula adalah sejenis roti yang tidak menggunakan minyak untuk dimasak.

    Padanan kedua makanan ini adalah lebih sihat daripada roti canai dan kuah kari yang digoreng dan berkalori tinggi.

    5. Sup

    Sup

    Makanan bersup amat bagus untuk kesihatan kerana nutrisi yang masih terkumpul di dalam air rebusan itu. Sama ada anda memilih sup ayam, sup daging, mahupun sup sayur, pasti ia lebih baik daripada makanan yang digoreng.

    Jangan bimbang jika anda melihat minyak yang terapung di dalam sup ayam atau daging, lazimnya minyak itu adalah hasil semulajadi daripada protein tersebut apabila direbus.

    Anda juga boleh menggunakan sudu untuk mengeluarkan minyak itu daripada air rebusan.

    Anda boleh memilih untuk menjamah sup dengan segenggam nasi putih atau bihun.

    6. Tosai

    Tosai

    Satu lagi pilihan sihat yang boleh dinikmati di kedai mamak adalah tosai.

    Lazimnya diperbuat daripada tepung beras dan lentil, bancuhan tosai ditapai (fermented) terlebih dahulu sebelum ia sedia untuk dimasak atas kuali leper.

    Tosai juga amat mudah dihadam perut. Kandungan kalori dan lemak yang rendah menjadikannya sesuai bagi mereka yang menjaga badan.

    Kami cadangkan agar tosai dipadankan dengan kuah dhal untuk kandungan nutrisi yang tinggi.

    7. Air kosong

    Air kosong

    Mungkin ini kedengaran mudah, tetapi berapa ramai di antara kita yang masih memesan minuman manis atau bergas ketika makan di luar? Pilihan yang paling baik adalah air kosong kerana ia menghidratkan badan tanpa menambah kalori.

    Jika anda sedang duduk minum petang bersama rakan-rakan dan tidak mahu hanya meminum air kosong, anda boleh memesan teh kosong atau teh 'o' kurang manis.

    Mengurangkan jumlah gula di dalam pemakanan dan minuman anda adalah amalan yang sihat dan boleh membantu mengurangkan berat badan.

    Pemakanan yang sihat tidak sukar jika anda memahami kandungan yang terdapat dalam makanan dan kesannya pada tubuh badan. Tidak salah jika anda mahukan gulai lemak cili api atau kari yang dimasak dengan santan namun pilihan tersebut perlu ada hadnya.

    Di samping mengamalkan gaya hidup yang aktif, amalkan dan lebihkan tujuh pilihan yang kami cadangkan sekiranya anda memilih untuk makan di luar.

    Rujukan

    https://www.deherba.com/apa-khasiat-daun-pegagan.html

    https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/heart-disease/in-depth/omega-3/art-20045614

    http://healthyeating.sfgate.com/benefits-eating-rice-daal-together-11619.html

    https://www.indiatimes.com/health/healthyliving/is-dal-a-good-protein-source-241099.html

    http://healthyeating.sfgate.com/benefits-eating-rice-daal-together-11619.html

    https://www.livestrong.com/article/368293-chicken-broth-nutrition/

    http://www.dosamatic.com/9-reasons-dosas-are-a-healthy-option/


    Artikel di atas adalah untuk memberi maklumat sahaja. AIA tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian yang mungkin berbangkit akibat penggunaan maklumat yang terkandung dalam artikel ini.

    Antara makanan sihat yang dicadangkan, yang manakah makanan kegemaran anda?

    • Yes (55%)
    • No (45%)

    Antara makanan sihat yang dicadangkan, yang manakah makanan kegemaran anda?

    • Yes (55%)
    • No (45%)

    Artikel Berkaitan

    Sebab-Sebab Mengapa Sarapan Pagi Adalah Waktu Makan Paling Penting Dan Resipi Ringkas Untuk Diikuti


    Ini sering terjadi di tempat kerja: Bila tengah hari, semua akan mengalihkan pandangan daripada kerja dan bertanya, "Nak makan apa?" Makan malan pun memang dinanti, selalunya dinikmati bersama teman di untuk menikmati hidangan yang enak.

    Lemak Sihat, Lemak Tidak Sihat: Mitos Dan Fakta


    Anda betul jika anda memilih mana-mana jawapan di atas! Semua makanan tersebut mengandungi lemak. Sama ada anda sedari ataupun tidak, lemak terdapat dalam pemakanan anda. Ia hadir dalam sayur goreng, dalam lelemak untuk membuat biskut dan dalam salmon pada sushi anda.

    Adakah Anak Anda Berisiko Menghidap Kencing Manis?


    Adakah anda risau anak anda mempunyai risiko kencing manis? Teruskan membaca untuk memahami apa itu kencing manis dan apa yang boleh anda lakukan untuk melindungi anak anda daripada risiko tersebut.

    Produk Yang Disyorkan

    AIA VITALITY

    AIA Vitality adalah program insurans dan kesihatan unik yang menyokong secara aktif dan memberi ganjaran kepada anda atas pilihan harian anda yang sihat supaya anda boleh menjalani kehidupan yang  lebih sihat, lebih lama dan sejahtera.

    AIA Vitality

    Produk Kami
    Perlindungan Hayat
    Perlindungan Perubatan
    Perlindungan Penyakit Kritikal
    Simpanan & Pelaburan
    Perlindungan Kemalangan
    Penyelesaian Hartanah
    Insurans Kenderaan
    Produk Dalam Talian
    Produk Kami
    Perlindungan Hayat
    Perlindungan Perubatan
    Perlindungan Penyakit Kritikal
    Simpanan & Pelaburan
    Perlindungan Kemalangan
    Penyelesaian Hartanah
    Insurans Kenderaan
    Produk atas talian
    Tahukan Anda
    Kesihatan & Kesejahteraan
    Kewangan & Insurans
    Galeri Video
    Statistik Kesihatan
    Tentang Kami
    Tentang AIA Bhd.
    Tentang AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    Tentang AIA General Berhad
    Tentang AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    Peluang Kerjaya
    Program Komuniti
    Acara & Promosi
    Peta Laman
    Bantuan & Sokongan
    Hubungi Kami
    Soalan Lazim
    Pengumuman Penting
    Hab Borang
    AIA Malaysia
    Menara AIA, 99, Jalan Ampang,
    50450 Kuala Lumpur
    AIA Bhd.
    1300-88-1899
    Untuk Pelanggan Luar Negara
    603 2056 1111
    AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    1300-88-8922
    AIA General Berhad
    1300-88-1899
    AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    1300-22-7771
    AIA Auto Assist / Roadside Assist
    1-800-88-8733
    Tahukah Anda
    Kesihatan & Kesejahteraan
    Kewangan & Insurans
    Galeri Video
    Statistik Kesihatan
    TENTANG KAMI
    Tentang AIA Bhd.
    Tentang AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    Tentang AIA General Berhad
    Tentang AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    Peluang Kerjaya
    Program Komuniti
    Acara & Promosi
    Peta Laman

    Laman web ini menggunakan kuki bertujuan untuk meningkatkan kemudahan pengguna. Anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai jenis kuki yang kami kumpulkan, apa yang kami gunakan, dan cara menguruskan tetapan kuki anda di dalam Polisi Kuki dan Penyata Privasi.

    Bantuan & Sokongan
    Hubungi Kami
    Soalan Lazim
    Pengumuman Penting
    Hab Borang
    AIA Malaysia
    Menara AIA, 99, Jalan Ampang,
    50450 Kuala Lumpur
    AIA Bhd.
    1300-88-1899
    Untuk Pelanggan Luar Negara
    603 2056 1111
    AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    1300-88-8922
    AIA General Berhad
    1300-88-1899
    AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    1300-22-7771
    AIA Auto Assist / Roadside Assist
    1-800-88-8733

    Hak cipta © 2022 AIA Group Limited dan anak-anak syarikatnya. AIA Bhd. 200701032867 (790895-D) AIA PUBLIC Takaful Bhd. 201101007816 (935955-M) AIA General Berhad 201001040438 (924363-W) AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd. 201201027147 (1011637-P) AIA Health Services Sdn. Bhd. 199601016211 (388561-T). Semua hak cipta terpelihara.
    Terma Penggunaan | Penyataan Privasi | Kod Tatacara | Peta Laman