Benefits

Health Rewards dengan AIA Vitality
Dengan AIA Vitality, anda boleh menikmati Health Rewards tambahan apabila anda mendapatkan pelan A-Plus Health:
• Pengecualian deduktibel sehingga 100%
• Naik taraf Wad – tambahan sehingga 100% daripada amaun manfaat
• Booster Health Wallet Tahunan
Video
Soalan Lazim
A-Life Med Regular merupakan pelan perubatan tunggal yang melindungi anda sehingga umur 100 tahun. Ia melindungi kemasukan ke hospital dan perbelanjaan pembedahan tanpa Had Jangka Hayat.
Anda dilindungi di seluruh dunia tetapi tertakluk kepada perlindungan maksimum 90 hari jika anda melancong ke luar Malaysia, Singapura dan Brunei. Jika anda ialah warga negara asing, perlindungan anda akan terhad kepada kemasukan hospital di Malaysia dan kemasukan ke hospital akibat kecemasan perubatan sahaja di luar negara.
Premium untuk pelan ini adalah tidak terjamin dan Syarikat berhak untuk mengubah premium dengan memberi notis bertulis 3 bulan terdahulu kepada pemegang polisi sebelum ulang tahun polisi berikutnya.
Ya, premium-premium yang dibayar untuk pelan ini melayakkan anda mendapat pelepasan cukai sehingga RM 3,000 untuk insurans perubatan dan pendidikan, tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.
Pelan ini tidak melindungi:
• Penyakit Sedia Ada; atau
• Rawatan atau pembedahan bagi Penyakit Tertentu untuk tempoh 120 hari sebelum rawatan dan pembedahan tersebut; atau
• Mana-mana keadaan perubatan atau fizikal yang timbul dalam tempoh 30 hari pertama dari Tarikh Penyertaan atau Tarikh Mula pelan, yang lebih kemudian, kecuali kecederaan yang disebabkan kemalangan; atau
• Rawatan Dialisis Buah Pinggang Pesakit Luar yang mana tanda-tanda atau gejala-gejala, yang pertama kali berlaku dalam tempoh 30 hari selepas Tarikh Penyertaan atau Tarikh Mula pelan, yang mana kemudian; atau
• Manfaat Rawatan Kanser Pesakit Luar yang mana tanda-tanda atau gejala-gejala, yang pertama kali berlaku dalam tempoh 60 hari selepas Tarikh Penyertaan atau Tarikh Mula pelan, yang mana kemudian; atau
• Sebarang keabnormalan perubatan atau fizikal yang wujud pada masa kelahiran, serta keabnormalan fizikal neonatal yang wujud dalam tempoh 6 bulan dari masa kelahiran atau sebarang keadaan kongenital atau keadaan keturunan yang ditunjukkan dengan jelas atau didiagnosis sebelum orang yang dilindungi mencapai umur 17 tahun; atau
• Sebarang hilang upaya yang diakibatkan oleh pemusnahan diri, kecederaan diri yang disengajakan, pendedahan kepada bahaya secara sengaja atau sebarang cubaan pemusnahan diri dalam keadaan siuman atau tidak siuman; atau
• Peperangan, sama ada diisytiharkan ataupun tidak, mogok, rusuhan, perang saudara atau sebarang operasi sedia berperang; atau
• Berkhidmat dalam angkatan bersenjata semasa peperangan yang diisytiharkan ataupun tidak diisytiharkan atau semasa bawah perintah untuk operasi sedia berperang atau memulihkan ketenteraman awam; atau
• Sebarang pelanggaran atau cubaan untuk melanggar undang-undang atau menentang daripada ditahan; atau
• Kehamilan, keguguran atau melahirkan anak; atau
• Penyakit mental atau penyakit saraf, rawatan ketagihan arak, atau penyalahgunaan dadah atau sebarang komplikasi lain yang timbul daripadanya atau sebarang dadah yang tidak dipreskripsikan oleh doktor yang merawat; atau
• Pembedahan plastik/kosmetik, khatan, cermin mata untuk pembetulan penglihatan, kanta sentuh, kanta intraokular kecuali kanta intraokular monofokal dalam pembedahan katarak; atau
• Rawatan pergigian melainkan perlu dilakukan akibat kecederaan; atau
• Kemasukan ke hospital khususnya untuk tujuan penyiasatan, diagnosis, pemeriksaan sinar-x, pemeriksaan fizikal atau perubatan am, tidak berkaitan dengan rawatan atau diagnosis hilang upaya yang dilindungi atau sebarang rawatan yang tidak perlu daripada segi perubatan dan apa-apa rawatan pencegahan, ubat atau pemeriksaan pencegahan yang dijalankan oleh pakar perubatan, vitamin / makanan tambahan dan rawatan khusus untuk mengurangkan atau menaikkan berat badan; atau
• Sebarang rawatan atau siasatan yang tidak perlu daripada segi perubatan, atau penyembuhan, penjagaan atau rehat pulih; atau
• Sinaran radiasi atau jangkitan melalui radioaktif daripada mana-mana bahan api nuklear atau sisa nuklear daripada proses pembelahan nuklear atau daripada apa-apa bahan senjata nuklear; atau
• Rawatan di luar negara jika orang yang dilindungi tinggal atau mengembara di luar Malaysia (kecuali Singapura and Brunei) selama lebih daripada 90 hari berturut-turut. Nota: Senarai ini adalah tidak menyeluruh. Sila rujuk kepada kontrak polisi untuk senarai pengecualian yang sepenuhnya.
Share
Add on additional benefits to boost your coverage
Learn More
Add on additional benefits to boost your coverage