Benefits

Manfaat AIA Vitality
Dengan AIA Vitality, anda boleh menikmati Health Rewards tambahan bergantung kepada status AIA Vitality anda:
• Pengecualian deduktibel sehingga 100%
• Naik taraf Wad – tambahan sehingga 100% daripada amaun manfaat
• Booster Health Wallet Tahunan
Soalan Lazim
A-Plus Health Booster ialah pilihan penambahan manfaat perubatan (“rider”) yang boleh ditambah kepada pelan A-Life Med Regular. Dengan A-Plus Health Booster, ia akan melanjutkan jaringan keselamatan perubatan anda dengan had tahunan yang lebih tinggi sehingga RM1.5juta dan manfaat pesakit luar yang dipertingkatkan.
A-Plus Health Booster boleh didapati untuk sesiapa sahaja yang berumur 14 hari hingga 70 tahun. Ia hanya boleh ditambah kepada A-Life Med Regular yang mempunyai pelan yang sama (contohnya Pelan 150 A-Life Health Booster boleh ditambah kepada Pelan 150 A-Life Med Regular sahaja).
Ya, A-Plus Health Booster menyediakan perlindungan di seluruh dunia. Namun jika anda menetap atau merantau di luar Malaysia untuk lebih daripada 90 hari berturut-turut, anda tidak akan dilindungi bagi sebarang rawatan perubatan yang diterima di luar negara (kecuali Singapura dan Brunei). Sila ambil perhatian bahawa perlindungan di luar negara akan mengikut dengan Bayaran Munasabah dan Biasa dan Perlu Daripada Segi Perubatan untuk rawatan yang sama di Malaysia. Jika anda merupakan warga asing atau bukan pemastautin, perlindungan anda terhad kepada kemasukan ke hospital di Malaysia dan kemasukan ke hospital akibat kecemasan perubatan sahaja hanya apabila berada di luar negara.
Premium dibayar bagi A-Plus Health Booster adalah bergantung kepada usia yang dicapai, ia akan meningkat setelah umur anda meningkat.
Premium untuk rider ini adalah tidak dijamin dan Syarikat berhak untuk mengubah premium dengan memberi notis bertulis 30 hari kepada pemegang polisi.
Ya, premium yang dibayar untuk rider ini melayakkan anda untuk mendapat pelepasan cukai sehingga RM3,000 untuk insurans perubatan dan pendidikan, tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Tidak, amaun di dalam Health Wallet tidak boleh dikeluarkan dan hanya boleh digunakan untuk manfaat yang disenaraikan
Jika anda memilih opsyen RM300 deduktibel, anda perlu membayar RM300 pertama kos perbelanjaan, dan kami akan menanggung baki perbelanjaan yang layak. Amaun deduktibel ini akan terpakai untuk kedua-dua A-Life Med Regular and A-Plus Health Booster. Namun jika anda ahli AIA Vitality dan telah mencapai status Emas ketika tuntutan dibuat, sebagai sebahagian daripada Ganjaran Kesihatan anda, amaun deduktibel anda (jika ada) akan dikecualikan.
Rider ini tidak melindungi:
• Keadaan penyakit sedia ada;
• Rawatan atau Pembedahan bagi Penyakit Tertentu untuk tempoh 120 hari dari Tarikh Penyertaan atau Tarikh Mula rider ini, yang mana kemudian;
• Sebarang keadaan perubatan atau keadaan fizikal yang timbul dalam 30 hari dari Tarikh Penyertaan atau Tarikh Mula rider ini, yang mana kemudian kecuali bagi kecederaan yang dilindungi;
• Manfaat Pengurusan Kes Perubatan Peribadi di mana keadaan perubatan yang pertama kali berlaku adalah sebelum atau dalam tempoh 30 hari dari Tarikh Penyertaan atau Tarikh Mula rider ini, yang mana kemudian;
• Rawatan Dialisis Buah Pinggang Pesakit Luar di mana gejala-gejala yang pertama kali berlaku adalah sebelum atau dalam tempoh 30 hari dari Tarikh Penyertaan atau Tarikh Mula rider ini, yang mana kemudian;
• Manfaat Rawatan Kanser Pesakit Luar di mana gejala-gejala yang pertama kali berlaku adalah sebelum atau dalam tempoh 60 hari dari Tarikh Penyertaan atau Tarikh Mula rider ini, yang mana kemudian;
• Sebarang keabnormalan perubatan atau fizikal yang wujud pada masa kelahiran, serta keabnormalan fizikal neo-natal yang wujud dalam tempoh enam (6) bulan dari masa kelahiran. Ini termasuk: (a) segala jenis hernia dan epilepsi, kecuali apabila disebabkan oleh sesuatu trauma, yang berlaku selepas tarikh Insured dilindungi secara berterusan di bawah Kontrak Tambahan Hospitalisasi yang berkaitan, dan (b) sebarang keadaan kongenital atau keadaan keturunan yang telah menjadi nyata atau didiagnosis sebelum Insured mencapai umur tujuh belas (17) tahun; kecuali apabila ia dilindungi di bawah Manfaat Penjagaan Khas.
• Sebarang Hilang Upaya yang diakibatkan oleh memusnahan diri sendiri, kecederaan diri yang disengajakan atau cubaan memusnahkan diri sendiri dalam keadaan siuman atau tidak siuman;
• Sebarang Hilang Upaya yang disebabkan oleh pendedahan kepada bahaya secara sengaja;
• Sebarang Hilang Upaya yang disebabkan oleh peperangan, sama ada diisytiharkan atau tidak diisytiharkan, mogok, rusuhan, perang saudara, revolusi atau sebarang operasi ketenteraan;
• Berkhidmat dalam angkatan bersenjata semasa peperangan yang diisytiharkan ataupun tidak diisytiharkan atau semasa di bawah perintah untuk operasi ketenteraan atau pemulihan ketenteraan awam;
• Sebarang perlanggaran atau cubaan untuk melanggar undang-undang atau menentang daripada ditahan;
• Kehamilan, keguguran atau melahirkan anak;
• Penyakit mental atau penyakit saraf, rawatan ketagihan arak, atau penyalahgunaan dadah atau sebarang komplikasi lain yang timbul daripadanya atau sebarang pengambilan dadah secara tidak sengaja yang tidak dipreskripsikan oleh Doktor yang merawat;
• Pembedahan elektif/plastik/kosmetik (kecuali Pembedahan elektif/plastik/kosmetik disebabkan oleh Kemalangan atau Kanser di bawah Manfaat Penjagaan Khas), khatan (kecuali khatan akibat jangkitan), pemeriksaan mata/pembedahan elektif untuk kecacatan penglihatan akibat keterlihatan, penglihatan atau astigmatisme atau radang keratotomi; semua cermin mata pembetulan, kanta lekap dan kanta intraocular (kecuali kanta intraocular monofocal dalam pembedahan katarak) atau penggunaan atau perolehan peralatan atau peranti prostetik luaran (kecuali anggota tiruan dan bantuan pendengaran di bawah Mobiliti dan Bantuan Pendengaran) dan preskripsinya;
• Sebarang bentuk rawatan atau Pembedahan pergigian termasuk penggantian gigi asal, penggantian gigi palsu dan perkhidmatan prostetik seperti titian gigi (“bridges”) dan korona (“crowns”) atau penggantiannya, melainkan jika diperlukan Kecederaan yang dilindungi di bawah Manfaat Rawatan Pergigian Kecemasan Pesakit Luar akibat Kemalangan;
• Hospitalisasi terutamanya untuk tujuan penyiasatan, diagnosis, pemeriksaan sinar-X, pemeriksaan fizikal atau perubatan am, tidak berkaitan dengan rawatan atau diagnosis Hilang Upaya yang dilindungi atau sebarang rawatan yang tidak perlu dari segi perubatan dan apa-apa rawatan pencegahan, ubat atau pemeriksaan pencegahan yang dijalankan oleh Pakar Perubatan (kecuali Pemeriksaan Kesihatan dan Pemvaksinan di bawah Manfaat Pencegahan), vitamin/makanan tambahan dan rawatan khusus untuk mengurangkan atau menaikkan berat badan;
• Sebarang rawatan atau siasatan yang tidak perlu dari segi perubatan, atau penyembuhan, penjagaan atau rehat pulih;
• Radiasi pengionan atau pencemaran radioaktif daripada apa-apa bahan api nuklear atau sisa nuklear daripada proses pembelahan nuklear atau daripada apa-apa bahan senjata nuklear; atau
• Perbelanjaan yang dilakukan untuk mendermakan mana-mana bahagian badan atau organ oleh Insured dan pemerolehan organ termasuk semua kos yang dilakukan oleh penderma semasa pemindahan organ dan komplikasinya. Kami hanya akan membayar Caj Munasabah dan Biasa yang dikenakan ke atas Pembedahan Pemindahan Organ Utama/Sumsum Tulang untuk Insured sebagai penerima, terhad kepada sekali seumur hidup.
Penyedia perkhidmatan kami, Teladoc, akan melantik pasukan perubatan peribadi yang berdedikasi (“pasukan PMCM”), yang diketuai pengurus kes perubatan peribadi, untuk menilai semula dan menguruskan keadaan perubatan anda. Pasukan PMCM akan mengumpul dan mengkaji semula maklumat serta ujian perubatan anda yang sedia ada. Pasukan PMCM juga akan berunding dengan pakar-pakar terkemuka di seluruh dunia, daripada pelbagai aspek kepakaran, untuk mencapai diagnosis yang tepat, memantau perkembangan anda dan menyokong anda sepanjang perjalanan rawatan perubatan anda sehingga pulih. Hubungi Talian Khidmat Pelanggan AIA di 1300 88 1899 untuk menyemak kelayakan polisi anda Nota: (i)Teladoc ialah syarikat pihak ketiga bebas yang mempunyai kepakaran dalam Pengurusan Kes Perubatan Peribadi. Untuk maklumat lanjut tentang Teladoc, sila layari laman web mereka di www.teladochealth.com. (ii) AIA Bhd. tidak terlibat dalam sebarang cadangan yang diberikan. Tujuan ini adalah untuk penyedia perkhidmatan kami memberikan nasihat perubatan bebas
Keadaan berikut dikecualikan daripada manfaat PMCM: • Kecemasan perubatan; • Kemalangan; • Situasi mendesak atau mengancam nyawa, seperti kemasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU); • Isu harian atau biasa, seperti selesema, demam, ruam dsb.; • Pengurusan penyakit kronik jangka panjang seperti hepatitis kronik, diabetis, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dsb. (namun, sebarang komplikasi penyakit kronik adalah terpakai); dan • Keadaan kesihatan mental seperti anoreksia/bulimia, gangguan tidur berkaitan kesihatan mental, kebimbangan, kemurungan dsb. Nota: Senarai ini adalah tidak lengkap. Sila rujuk kontrak polisi untuk senarai penuh pengecualian
A-Plus Health Booster ialah manfaat tambahan ("rider") pilihan yang boleh ditambah kepada pelan A-Life Med Regular. Pelan ini memberikan perlindungan sehingga usia 100 tahun atau tamat tempoh pelan asas, yang mana lebih awal. Jumlah caj rawatan perubatan yang akan dibayar kepada anda adalah tertakluk kepada Had Tahunan anda. Tiada had seumur hidup untuk A-Plus Health Booster. Anda juga tidak perlu bimbang jika anda melebihi had tahunan kerana ia akan diset semula setiap tahun sepanjang tempoh perlindungan. AIA akan hanya membayar perbelanjaan perubatan yang layak sehingga satu jumlah yang kami anggap munasabah dan lazim, dengan syarat penjagaan perubatan tersebut perlu daripada sudut perubatan. A-Plus Health Booster menyediakan perlindungan di seluruh dunia. Namun jika anda menetap atau melancong di luar Malaysia selama lebih daripada 90 hari berturut-turut, anda tidak akan dilindungi untuk apa-apa rawatan perubatan yang diterima di luar negara (kecuali Singapura dan Brunei). Sila ambil maklum bahawa perlindungan di luar negara akan mengikut Caj Munasabah dan Lazim yang diperlukan untuk rawatan tempatan yang setara di Malaysia. Sekiranya anda memilih opsyen RM300 deduktibel, anda perlu membayar RM300 yang pertama untuk kemasukan ke hospital dan kami akan membayar baki untuk perbelanjaan yang layak. Walau bagaimanapun, jika anda adalah ahli AIA Vitality dan telah mencapai status Emas atau Platinum pada masa tuntutan, sebagai sebahagian daripada Health Rewards anda, jumlah deduktibel (jika ada) akan dikecualikan. Premium yang perlu dibayar bergantung kepada usia yang anda capai dan ia akan meningkat seiring peningkatan umur anda. Kadar premium bagi pelan ini tidak dijamin dan AIA berhak untuk menyemak semula premium dengan memberikan anda notis bertulis 30 hari. Premium yang dibayar bagi pelan ini boleh melayakkan anda untuk mendapat pelepasan cukai persendirian, tertakluk kepada keputusan akhir Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia. Anda perlu menjalani tempoh menunggu sebelum anda boleh membuat sebarang tuntutan di bawah rider ini kecuali untuk kecederaan yang dilindungi. Tempoh menunggu yang berbeza adalah terpakai untuk manfaat yang berlainan. Sila ambil maklum bahawa sekiranya anda memilih untuk meneruskan pelan perubatan yang dicadangkan oleh penyedia perkhidmatan kami, kos perubatan tersebut mungkin tidak dilindungi di bawah Polisi atau kad perubatan anda dengan pihak Syarikat. Anda dinasihatkan supaya memastikan manfaat yang dilindungi di bawah Polisi anda dengan pihak Syarikat sebelum membuat rawatan yang dicadangkan. AIA Bhd. tidak terlibat dalam sebarang cadangan yang diberikan oleh Teledoc dengan tujuan agar Teledoc dapat memberikan nasihat perubatan bebas. Maklumat di atas adalah tidak menyeluruh. Anda digalakkan untuk mendapatkan satu salinan Ilustrasi Jualan dan Lembaran Pendedahan Produk untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang produk ini. Untuk penjelasan terperinci berkenaan manfaat, pengecualian, terma dan syaratnya, sila rujuk kepada kontrak polisi.
Share
Find a main plan to complete this coverage
Learn More
Add on additional benefits to boost your coverage